CELAH GELEGAR |
[PAKAI TUDUNG BAJU KETAT, BERSENTUH LELAKI] Shila Amzah Dikritik Peminat Posted: 27 Aug 2013 12:35 AM PDT Rasanya tak lengkap hidup sebagai seorang selebriti jika tidak pernah dikritik atau ditegur oleh peminat yang prihatin dan fanatik. Selebriti mana yang tidak pernah merasai pengalaman sebegini? pasti kebanyakan mereka pernah dikecam sebaik sahaja berkongsi gambar, video ataupun status di laman sosial. Shila Amzah juga pernah dikritik sebelum ini akibat memuat naik sekeping gambar dirinya memakai pakaian sukan hingga menampakkan susuh tubuh badan. Terbaru, Shila sekali lagi ditegur peminat yang kurang gemar melihat penyanyi itu berpakaian agak ketat dan berkongsi foto-foto tersebut di Instagram walaupun sudah berhijab. Shila turut menerima kritikan selepas peminat melihat dia bergambar dengan penyanyi lagenda, Lionel Richie dalam jarak yang agak rapat. Sumber:OHBULAN! | ||||||
[HARAM] Baiki Pusara P.Ramlee, Saloma RM25,000 Haram - Mufti Selangor Posted: 26 Aug 2013 06:53 PM PDT PETALING JAYA: Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam. Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu. Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000. Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini. Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh. Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia. "Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib," tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai. "Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti," katanya. Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat. "Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri," katanya. Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment