Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Video Pertandingan Nasyid Syiah, Di Mana Jabatan Agama?

Posted: 02 Aug 2013 08:35 AM PDT


Wow! Siap buat pertandingan nasyid syiah tu. Nak kata tertutup, macam nampak macam 'open' tapi takkan tak ada orang Jabatan Agama yang tahu akan semua ini?

Takkan nak harap laporan awam? Bila keadaan dah jadi makin kritikal, rasanya jabatan agama kena tambah penguatkuasa dan penyiasat sendiri untuk pantau pergerakan syiah. Kalau tak lagi 10 tahun, kita dah boleh perang dengan syiah ni, sebab bagi syiah darah ahlul sunnah halal untuk dibunuh!

Lagi cerita pasal syiah boleh baca kat SINI

PANASS!! "The Chinese Di Lemma' Tulisan Tun Dr Mahathir Paling Kontroversi!

Posted: 02 Aug 2013 06:12 AM PDT


Terjemahan artikel Tun Dr Mahathir 'The Chinese Dilemma' di NST (26th July 2013) kepada Bahasa Melayu.

Konsep 'Kongsi': Setiap pihak perlu berkorban sesuatu supaya pihak lain boleh mendapat sesuatu.

Tindak balas kepada kemunculan parti politik Melayu, Umno dan kejayaan menolak ilham British Malayan Union, masyarakat Cina tahun 1940-an melihat keperluan untuk menubuhkan parti politik mereka sendiri untuk membawa pandangan mereka kepada kerajaan British.

Oleh itu MCA dilahirkan, dan diketuai oleh Sir Tan Cheng Lock. Walaupun ia bertujuan untuk melawan pengaruh Umno dan melindungi kepentingan masyarakat Cina, zaman mengubah strategi dan peranan MCA.

Pada tahun 1952, pemimpin Umno Kuala Lumpur dan pemimpin MCA Kuala Lumpur memutuskan bahawa di pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur, mereka tidak perlu bertanding menentang satu sama lain, tetapi sebaliknya harus menyokong calon masing-masing di kawasan masing-masing.

Keputusannya mengejut kerana mereka mengalahkan hampir semua parti bebas kaum. Menyedari kelebihan politik bekerjasama dengan satu sama lain, Tunku (Abdul Rahman) dan Sir Tan Cheng Lock, dan pemimpin-pemimpin kanan MCA dan Umno memutuskan untuk merasmikan kerjasama mereka dengan menubuhkan Parti Perikatan, gabungan MCA dan Umno.

Asas pakatan ini adalah idea yang menyokong antara satu sama lain dan berkongsi kuasa. Didorong oleh kejayaan parti Perikatan dalam pilihan raya 1955, di mana MIC telah menyertai, Tunku kelihatan lebih terbuka dengan cadangan Sir Tan Cheng Lock bahawa kewarganegaraan hendaklah berdasarkan jus soli (kewarganegaraan melalui yang dilahirkan di negara ini) dan tidak jus saguinis (kewarganegaraan berdasarkan kewarganegaraan bapa atau ibu, iaitu kewarganegaraan berdasarkan hubungan darah).

Tunku tidak begitu setuju tetapi dia namun memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada orang Cina dan India yang tidak berkelayakan.

Dengan itu konfrontasi antara Cina dan Melayu berubah menjadi kerjasama yang positif.

Ia merupakan satu kongsi klasik yang telah ditubuhkan. Intipati adalah suatu aku janji untuk berkongsi. Perkongsian melibatkan perjanjuan memberi dan mengambil, di mana setiap bahagian terpaksa berkorban sesuatu supaya yang lain boleh mendapat sesuatu.

Sebab orang Melayu membentuk majoriti rakyat secara semula jadi Melayu memimpin Parti Perikatan. Tetapi orang Cina dan India juga mendapat kuasa yang mencukupi. Di mana kuasa politik Melayu dikurangkan untuk mendapat undi dan kuasa ekonomi Cina dan India.

Tunku melihat manfaat daripada "kongsi" kerana beliau percaya orang Melayu hanya mahu menjadi kakitangan kerajaan dan orang Cina cuma mahu berniaga. Tidak akan ada persaingan atau perebutan di antara mereka.

Orang India akan mengisi jawatan profesional. Tunku tidak menjangkakan apabila kerajaan tidak dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk bilangan Melayu yang meningkat secara mendadak.

Perikatan 'kongsi' berjalan dengan baik. Tetapi pada tahun 1963 Singapura menyertai Malaysia.

Segera PAP cuba mendapatkan sokongan Cina dengan mengutuk Perikatan kongsi kerana ia merugikan orang Cina. PAP berkata rakyat Malaysia tidak sama. Perlu ada Malaysian Malaysia di mana semua faedah perlu berdasarkan merit semata-mata, dengan yang terbaik mengambil segala-galanya, tanpa mengira kaum.

Dengan itu,PAP telah membuat kesimpulan bahawa orang Melayu tidak patut ada hak. Orang terbaik perlu memerintah negara ini. Di mata PAP, Singapura diperintah oleh orang terbaik dan yang paling layak. Secara kebetulan, kesemuanya adalah orang Cina.

Dalam pilihan raya 1964, MCA dan Cina Malaysia secara amnya hargai kerjasama mereka dengan orang Melayu. Mereka menolak PAP dan rayuan cauvinis, memberikan ia hanya satu kerusi.

Tunku sedar apa PAP sedang lakukan sehingga beliau memutuskan bahawa Singapura tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada Malaysia. Tetapi PAP itu tidak habis lagi. Sisa parti tersebut di Malaysia menubuhkan DAP untuk menjalankan formula Malaysian Malaysia untuk melemahkan sokongan kaum Cina untuk MCA.

Meneruskan serangan terhadap keistimewaan Melayu yang dipanggil tidak adil kepada orang Cina, DAP perlahan-lahan mengurangkan idea kongsi dalam gabungan berbilang kaum Barisan Nasional.

Walaupun ia adalah fakta bahawa Barisan Nasional menyokong pendidikan Cina dan penggunaan bahasa Cina, DAP memberitahu kepada orang Cina bahawa budaya dan bahasa mereka tidak diberikan keutamaan sewajarnya oleh Barisan Nasional.

MCA telah diserang kerana tidak melakukan secukupnya untuk orang Cina.

PANASS! Harun Taib kata Dr Asri Tak Layak!

Posted: 02 Aug 2013 02:12 AM PDT



Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak layak bercakap hal-hal berkaitan PAS, lebih-lebih lagi yang mengaitkan pemimpin-pemimpin parti itu dengan ajaran Syiah, kata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib.

Ini katanya, Asri bukan ahli PAS dan tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di dalam parti itu.

"Jangan ambil kira apa yang dia cakap, dia bukan ahli politik. Dia tak tahu. Sepanjang pengetahuan saya tidak ada orang PAS menganut Syiah. Sebab syarat nak masuk PAS mesti Ahli Sunnah Wal Jamaah, " katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini, hari ini.

Pandangan yang sama turut disuarakan oleh Setiausaha Majlis Syura PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Malah, menurutnya, beliau yakin tiada seorang pun ahli PAS yang cenderung terhadap ajaran Syiah, seperti yang dilaporkan media masa kini.

"Itu masalah orang lain, kalau nak tahu masalah PAS, kena tanya orang PAS. Mufti atau sesiapa, mereka tidak berkelayakan bercakap hal (mengenai) PAS.

"Setakat ini saya yakin seratus peratus kecuali jika ada bukti-bukti yang dibawa kita akan lihat kembali. Setakat ini memang ada peraturan sesiapa yang sertai PAS mesti Ahli Sunnah Wal Jamaah," kata Nik Zawawi ketika dihubungi di sini.

Rabu lalu, melalui laporan Antarapos, Dr Asri mengakui terdapat pengikut-Syiah di kalangan pemimpin PAS, malah menurut beliau perkara itu tidak dinafikan pemimpin PAS sendiri.

Dua nama besar PAS yang sering dikaitkan sebagai pengikut Syiah adalah Timbalan dan Naib Presiden PAS, Mohamed Sabu dan Datuk Mahfuz Omar.

Namun pembabitan kedua-dua pemimpin kanan parti berkenaan dinafikan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mengulas lanjut hal ini, Nik Zawawi menegaskan tiada sebarang bukti yang boleh menunjukkan terdapat ahli-ahli PAS menyimpang dengan ajaran sesat berkenaan kerana telah termaktub di dalam perlembagaan parti yang mana ahli-ahlinya perlulah menjadi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Tidak semestinya yang dikaitkan itu betul terlibat. Dalam suasana politik sekarang yang saya sifatkan tidak matang, saya minta pihak kerajaan mempunyai kuasa sekiranya mereka rasa mereka ini Syiah, mereka boleh tangkap dan ambil tindakan. Tidak perlu dakwa itu ini.

"Kita mahu bukti dari kerajaan jika ada. Sekiranya kerajaan Umno BN dapat membuktikan kedua-dua pemimpin PAS ini terlibat dengan ajaran Syiah dan benar-benar terbukti, maka Majlis Syura Ulama tidak teragak-agak menggugurkan mana-mana pihak.

"Dan bagi pihak Majlis Syura Ulama kita sangat bertegas dalam perkara ini. Apabila kita dapati ada ahli PAS yang mengikut fahaman Syiah dan lain-lain, maka kita akan buang dan pecat daripada menjadi ahli PAS," katanya lagi.

Khalid dalam wawancaranya dengan Antarapos sebelum ini tidak menolak hubungan baik beberapa pemimpin PAS dengan tokoh utama Syiah di luar negara memungkinkan parti itu dikaitkan dengan gerakan Syiah di negara ini.

Namun katanya, PAS bertegas untuk menentang sebarang usaha membawa fahaman Syiah ke negara ini kerana boleh menimbulkan pelbagai polemik dan pertembungan masyarakat, sekaligus mendedahkan negara kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam.

HOT! Punca Sebenar Chetz Yusof Beraya Bersama Anjing!!

Posted: 01 Aug 2013 11:38 PM PDT



Bapa saudara kepada Chetz Yusof atau Maznah Yusof, 38, jurulatih anjing yang terlibat dalam rakaman video sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama anjing di laman sosial YouTube sedia memohon maaf walaupun untuk seribu kali demi menghormati saudara se-Islam yang lain di bulan Ramadan ini.

Wahid Togom, 57, berkata, permohonan maaf itu dibuatnya bagi mewakili seluruh keluarga dan Maznah.
Menurutnya, Maznah atau mesra dipanggil Mai oleh keluarga telah dibesarkan oleh bapanya iaitu Togom Yanang sejak berusia setahun sehingga tamat persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim (TIGS) di sini.

"Semasa kecil Mai tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan ajaran agama sebaliknya dia juga cemerlang dalam pelajaran termasuk mata pelajaran agama Islam.

"Tetapi segalanya berubah selepas dia pulang daripada menyambung pelajaran di Amerika Syarikat (AS). Mungkin dia telah terpengaruh dengan gejala sosial sehingga mengamalkan gaya hidup yang pelik di negara ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Perserai di sini hari in.

Sementara itu, Maznah telah direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd. Kamil Sukaimi ketika dihubungi mengesahkan wanita berusia 38 tahun itu direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

 
Tambah Wahid, tindakan Maznah juga turut menjejaskan nama baik bapanya (Togom) yang juga seorang penangkap dan penjinak buaya terkenal di negara ini sekitar 1970-an.

Menurut Wahid, keluarganya turut akur dengan tindakan pihak berkuasa yang menahan Maznah ketika ini dan berharap anak saudaranya itu diberikan hukuman yang mampu memberikan keinsafan.
"Saya dan isteri telah puas berdoa supaya Mai insaf, mungkin inilah jalannya (hukuman) yang dapat menginsafkan dia daripada hidup dengan cara yang bertentangan dengan suruhan agama.
"Walaupun ibu dan bapanya tidak menjaganya sejak kecil namun saya yakin mereka antara orang yang kecewa dengan tindakan Maznah yang memalukan itu," katanya.

Dalam pada itu, adik Maznah, Zuraimi, 35, yang kini menetap di Taman Kota Masai, Pasir Gudang dan keluarga mereka di Taman Sungai Abong di sini kecewa tetapi tidak terkejut dengan kewujudan video itu kerana sudah pun mengetahuinya sejak 2010.

"Ayah saya, Mohd. Yusof sudah menasihatkannya supaya tidak melakukan perbuatan itu. Kami sudah puas menegurnya sejak awal lagi. Ini mungkin ada kena-mengena dengan gaya hidupnya yang bebas dan sebagai seorang tomboi," ujarnya - UM

 Pada yang nak tengok video hari raya bersama anjing dan cerita pasal si Maznah ni, boleh SINI

PANASS! Bila Si HERO Cina Namewee Ludah Pejuang Melayu! #AntiRasis

Posted: 01 Aug 2013 09:09 PM PDT



Ohh. si Namewee cuba menjadi hero lagi, kita wusya video apa pulak dia buat,



Ko boleh kata apa ko nak kata Namewee, apa yang kami tau, cina dah tolak Kerajaan sekarang, hanya 3% yang undi kerajaan semasa PRU yang lepas. Hampir 97% cina di Malaysia tolak kerajaan, soo dalam kerajaan kini sudah tak ada suara kaum cina. Bising pun tak guna, apa yang kami tau, kerajaan sekarang dibentuk dari kaum melayu, india, orang asli, siam, sikh, iban dan lain-lain. Baik kerajaan utamakan kumpulan yang menyokong ni, dari asyik 'kenyangkan' golongan pembantah yang tak mengenang budi.

Soo.. siapa yang manoritikan kuasa sendiri? Korang tak pilih wakil kerajaan, sanggup pilih wakil roket untuk jaga diri korang. Jadi apa kata ko serahkan saja filem ko tu kat roket untuk di tayangkan. he he..

McTheory:
Kira ko tak kena pijak lagi pun dah kira bagus Namewee. he he.. puih!

HOT! Video China Rasis, Budak Islam Kena Sepak Kepala!

Posted: 01 Aug 2013 07:08 PM PDT


Ya Allah. Sedihnya bila lihat anak kecil muslim ini disepak terajang dan digelakkan dalam keadaan ketakutan. Mendidih rasa darah melihat kekejaman yang berlaku. Tangan anak kecil itu dipatahkan bagai ranting kayu. Biadap! 

Inilah yang akan terjadi andai Islam menjadi minoriti. Bangsat betul mereka yang membuat kekejaman terhadap insan yang lemah. Bangsat! Bangsat! Bangsat!

Orang Islam Uighur di Xinjiang, barat China, wilayah kaya petroleum telah lama ditindas agama dan ekonomi oleh rejim komunis China sejak 60 tahun dulu.

Orang Uighur berjumlah 8 juta dulu adalah majoriti di Xinjiang (nama lama Turkmenistan Timur) wilayah luas gurun dan gunung merupakan 1/6 China dan pintu masuk Asia Tengah.

Hari ini orang Uighur berjuang mempertahankan budaya dan tradisi mereka berdepan dengan dasar migrasi 1.2 juta orang China etnik Han ke Xinjiang. Eksploitasi sumber tenaga Xinjiang membuat Urumqi ibu negeri menjadi bandar metropolis moden. Peluang ekonomi disapu oleh kaum pendatang China menyebabkan orang tempatan Uighur ketinggalan dibelakang.
Kerajaan China takut orang Uighur guna agama menyokong 3 kuasa; extremis, separatis dan terroris yang mahu memisahkan Xinjiang dengan China.

Penindasan agama yang menyedihkan seperti berikut:

  • Tidak boleh sembahyang Jumaat di Masjid. 
  • Masjid ditutup. 
  • Tidak boleh menunaikan Haji. 
  • Tidak boleh ceramah agama. 
  • Tidak boleh memiliki senaskah Al-Quran. 
  • Pasport antarabangsa dinafikan. 
  • Bawah umur 18 tidak boleh pergi masjid. 
  • Ustaz yang tidak dapat kelulusan ceramah dibenarkan dilarang berdakwah dan hilang tauliah. 
  • Tidak boleh menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih dan sebarang aktiviti keagamaan. 
  • syarikat-syarikat swasta menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan. 
  • golongan pelajar beragama Islam disediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan. 
  • restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang. 
Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.

Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009. 

Penindasan keatas umat Islam Uighur di China adalah lebih teruk dari aspek kebebasan dan tekanan Yahudi ke atas umat Arab di Palestin sehinggakan untuk berpuasa pun tak boleh.

Dari sini juga Umat Islam sepatutnya sedar – dan musuh mereka telah lama sedar akan hakikat ini – bahawa kekuatan Umat Islam itu sebenarnya adalah terletak kepada aqidah dan ajaran yang terkandung di dalam Islam itu sendiri.

Ini juga dijelaskan oleh Allah swt di dalam Al-Quran. Hakikat ini juga dinasihatkan oleh para Malaikat kepada manusia yang menjadi kekasih-kekasih Allah swt dalam firmanNya bermaksud, 'Dan orang-orang yang berkata "Tuhan kami adalah Allah' kemudian mereka istiqamah (dengan ajaran dan perjuangan agama Allah), Malaikat turun kepada mereka (seraya berkata) 'Jangan kamu takut dan jangan pula kamu bersedih hati. Bergembiralah dengan Syurga yang dijanjikan untuk kamu'. Kami adalah wali-wali Allah dan kekasih-kekasihNya … " (Al-Quran).


Di Malaysia kita boleh lihat belang DAP semakin terserlah apabila laungan azan di masjid diarahkan supaya diperlahankan agar tidak mengganggu masyarakat cina. Itupun masih belum ada yang sedar.

Malah umat Islam di Pulau Pinang juga ditindas. Tempat tinggal diroboh atas alasan pembangunan. Di Kedah, pemimpin Islam terpaksa tunduk dengan kehendak DAP. Apalagi jika di Selangor, pemimpin Islam sanggup sujud di kaki DAP..Demi mengekalkan kuasa.

Jika kita lihat keadaan masyarakat Islam Uighur di Urumqi masih belum cukup menginsafkan, tak tahulah nak cakap apa lagi.
McTheory:
Kita nak tunggu anak kita kena sepak kepala baru nak sedar?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...