House PK

House PK


DEKLARASI HOUSE PK HARI JUMAAT DI BULAN RAMADHAN!

Posted: 01 Aug 2013 05:00 PM PDT

Aku nak open declare yang aku sokong Najib Razak sebagai PM dan Muhyiddin Yassin sebagai TPM. Lantak la apa korang nak cakap, aku fikir negara masih perlukan gabungan mereka berdua ni. Aku tak nampak sesiapa lagi boleh tandingi mereka.

Aku cakap ni dengan ikhlas hati. Aku tak paksa korang ikut aku tapi aku kalau boleh nak mereka berdua tidak ditandingi. Jawatan lain kalau mahu dipertandingkan, silakan.

AKU MASIH YAKIN PM NAJIB RAZAK AKAN MENJAGA MELAYU DAN BUMIPUTERA DENGAN SEBAIK-BAIKNYA!

KUNYIT HANGIT! ANWAR DICABAR UNTUK MEJAWAB PERTUDUHAN YUKTES DALAM 7 HARI! MANA MAU LARI ANWAR?

Posted: 01 Aug 2013 03:04 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi tempoh selama tujuh hari untuk menjawab tuduhan berhubung penggunaan sijil cuti sakit (MC) palsu baru-baru ini.

Cabaran itu dikemukakan bekas pembantu khas peguam bela kepada Anwar, Yuktes Vijay hari ini yang mendakwa dokumen itu digunakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0 dan penipuan 40,000 warganegara Bangladesh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Bercakap pada sidang akhbar di Petaling Jaya, Yuktes berkata pihak polis perlu menyiasat segera laporan yang dibuat di Klang, semalam.

Tujuan laporan itu dibuat katanya, untuk memaklumkan pihak polis, mahkamah dan rakyat negara ini wajah sebenar parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jelasnya, keghairahan pembangkang untuk berkuasa dan memerintah tanpa mempedulikan sistem keadilan dan kehakiman mendorongnya tampil ke hadapan untuk membongkar penipuan agar rakyat tidak diperdayakan lagi.

Sebelum ini, Yuktes atau nama sebenarnya, Yuktesvaran Malaipan turut membuat laporan polis berhubung perkara itu bersama dua rakannya di Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

Baca seterusnya di Perak Today...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...