House PK

House PK


LAWAK SEBELUM RAYA YANG AKAN BUATKAN KILAFAIRY HANGIN SATU BADAN!

Posted: 06 Aug 2013 09:15 AM PDT

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan (PLUS highway) kelihatan sebuah Viva putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik Viva tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu tetapi tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba- tiba datang lah sebuah kereta Mitsubishi Evo 10 berhenti di sebelah Viva tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya mamat Evo 10 berusia dalam lingkungan 20an.

"A'ha rosak "jawab pakcik tu simple je….

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"canteek gak tu…" tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Woraaitt pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat depan Viva putih didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper Evo 10nye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, maklumlah Evo 10 brother….apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah Porsche 911 datang dari belakang dan press minyak kat mamat Evo10, apa lagi bro….jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Porsche 911 nie…lupa la pulak dia dengan Viva putih org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo10 tu dah tak sedar dah….angin punya pasal.

Tak sampai 2 kilometer di depan ada mamat Polis bertenggek buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm…. bedesup peginye.

"Ini dah lebih speed limit nie"kate mamat Polis nie.

"Mak ai !! ini dah cecah 250kmj" Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie…

"Over..over.. over"kate mamat Polis tadi pada kawannya didepan.

"Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah Porsche 911, Mitsubishi Evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye" kate mamat Polis.

"Kereta ape yang satu lagi Bro" kate member Polis yg ada di depan..?

"Viva putih beb….tengah cucuk angin ngan Evo10 tu….siap bagi hon dan hi beam nak potong !!! pergh…

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...