CELAH GELEGAR |
Diana Danielle Jawab Isu Pendaftaran Nama Anak Posted: 06 Aug 2013 07:22 PM PDT Sebelum ini pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil pernah memaklumkan bahawa putera sulungnya yang dilahirkan pada 2 Julai lalu masih belum diberikan nama, ini kerana dia ingin mendaftarkan nama bayinya itu di Malaysia. Susulan daripada kenyataan tersebut, terdapat segelintir peminat yang bertanya bagaimanakah pasangan ini akan membawa pulang bayi tersebut sedangkan namanya belum didaftarkan dan sekaligus tiada passport untuk dibawa pulang ke Malaysia. Bagi menjawab pertanyaan tersebut, Diana Danielle menjelaskan bahawa anaknya boleh menggunakan passport ekspres dan tiada masalah untuk dia mendaftarkan nama anaknya itu di Malaysia kelak. Untuk makluman, Diana Danielle akan membawa pulang putera sulungnya itu ke Malaysia pada Hari Raya Aidilfitri nanti dan buat masa ini dia dan Farid Kamil telah menyediakan beberapa nama yang sesuai buat bayi comel tersebut. - OhBulan |
[LAGI KES TEMBAK, 7 Ogos 2013] Lelaki cedera ditembak di Kulim Posted: 06 Aug 2013 09:43 AM PDT KULIM 7 Ogos - Seorang lelaki cedera parah selepas ditembak oleh dua lelaki di Pondok Labu, Lunas dekat sini malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 malam ketika mangsa, 26, yang berasal dari sini dalam perjalanan melawat keluarganya di Pondok Labu. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Chin Su Song ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. Katanya, mangsa yang memandu kereta ketika kejadian telah ditembak oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, kini dirawat di Hospital Kulim. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment