CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Bekas Ahli Sheila On7, SAKTI Jadi Pengganas?

Posted: 03 Aug 2013 09:18 PM PDT


PETALING JAYA: Bekas ahli kumpulan Sheila On 7, Sakti mengakui pernah disangka sebagai pengganas kerana penampilan barunya selepas keluar daripada kumpulan tersebut.

"Saya pernah disangka sebagai pengganas oleh beberapa orang wanita separuh usia, pada mulanya dia melihat saya dan terus berteriak sambil menjatuhkan plastik barang belanjanya ke tanah.

"Mereka terus berlari dengan laju seperti melihat jin," katanya seperti dipetik detikHot.com.

Sejak lapan tahun tidak aktif dalam industri hiburan, Sakti banyak menghabiskan masa untuk mendalami Islam.

Dia juga kini memiliki nama baru iaitu Salman Al-Jugjawy dan mengubah penampilannya.

Sakti juga akan melancarkan album keagamaan tidak lama lagi.

[MAT YO BENGANG] Nafi Dakwaan KAFA mengenai Hutang

Posted: 03 Aug 2013 04:00 AM PDT


NAMPAKNYA kemelut membabitkan penyerang Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Tahala dengan bekas majikannya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih belum selesai apabila pemain tersebut menafikan tiada usaha dilakukannya untuk menyelesaikan hutang peribadinya bersama Kafa.

Jelasnya, dakwaan  tersebut tidak benar dan dirinya menjalankan tanggungjawab berusaha menyelesaikan perkara ini. "Mana boleh mengatakan saya tidak berusaha untuk  menyelesaikan hutang (dengan Kafa).

"Saya akan berbincang dengan peguam mengenai perkara  ini. Buat masa ini, saya mahu menumpukan aksi pertemuan menentang Barcelona pada Sabtu depan.

"Mungkin perkara ini akan diselesaikan selepas aksi tersebut," katanya ketika ditemui pemberita sebelum sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya  semalam.

Sebelum ini,  Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa pemain kelahiran Besut, Terengganu itu tidak  pernah berusaha untuk melangsaikan hutang peribadinya.
Annuar memaklumkan, campur tangan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku  Ismail Sultan Ibrahim menjadikan perkara itu berjaya diselesaikan di luar mahkamah.

Sebelum ini, Mat Yo diarahkan menjelaskan baki bayaran tebus kontrak bernilai RM120,975 kepada Kafa selepas satu  notis penyampaian ganti writ saman yang dikemukakan  terhadapnya disiarkan sebuah akhbar Isnin lalu.

Mahkamah Seksyen Kota Bharu , pada 29 Julai lalu menyiarkan  notis penyampaian ganti writ saman terhadap Mat Yo  sebagai defendan di sebuah akhbar selepas writ itu gagal  diserahkan oleh peguam Kafa secara sendiri kepada pemain  terbabit.

Dalam writ tersebut, plaintif iaitu Kafa menuntut RM120,957 berserta faedah dengan kadar lima peratus  setahun dikira daripada tarikh 14 Mac 2013 sehingga penyampaian penuh seperti diperintahkan mahkamah pada 9 Jun lalu.

Terdahulu, perpindahan Mat Yo mencetuskan kontroversi selepas mengambil keputusan berhijrah ke Johor DT sebelum tamat kontrak bersama Kafa.

Ketika itu, Kafa menuntut yuran perpindahan sebanyak RM1 juta dari PBNJ selepas nilai Mat Yo itu dianggarkan  berdasarkan pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai  (MVP), tiga musim berturut-turut.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...