BADUT RAKYAT |
HOT NEWS !!! PAS AKAN MEMBAWA PULANG 4000 PELAJAR DI MESIR !!! FUYOOO !!! Posted: 17 Aug 2013 06:59 PM PDT Kerajaan akan membawa pulang lebih 4,000 pelajar Malaysia di Mesir dengan segera jika pergolakan politik di negara itu semakin meruncing dan persediaan dari segi logistik dilakukan.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata,semua agensi kerajaan yang terbabit diarah bersiap sedia bila-bila masa jika Ops Piramid 2 dilancarkan.Katanya,kerajaan memantau perkembangan semasa di negara itu dan apabila keadaan tidak selamat buat pelajar Malaysia di sana,kerajaan akan membawa mereka pulang. "Kita tidak tahu apa akan terjadi dalam tempoh sehari dua ini,namun jika keadaan menjadi lebih buruk dan perang saudara tercetus, kita tiada pilihan selain membawa pulang pelajar kita.Keutamaan kita adalah keselamatan pelajar di sana.ini pendirian kita dan jika keadaan memaksa,kita mungkin melancarkan Ops Piramid 2 bagi membawa keluar semua rakyat kita di sana," katanya dalam sidang media selepas Majlis rumah Terbukanya di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini, semalam. Turut berangkat dalam majlis itu Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan Exco Kerajaan Negeri serta wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di dalam kawasan Parlimen Pekan.Kira-kira 80,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka berkenaan sejak awal pagi, malah ada juga pengunjung datang dari luar negeri ini, termasuk Lembah Klang dan Johor. Najib berkata, beliau juga berharap rakyat Malaysia tidak terbabit dalam perhimpunan serta demonstrasi di negara berkenaan, termasuk menyokong mana-mana pihak, selain tidak menghampiri kawasan 'panas' bagi mengelak menjadi mangsa.Katanya,kerajaan juga akan membantu rakyat Malaysia yang bekerja di negara Asia Tengah itu untuk pulang, namun ia bergantung kepada keadaan kerana keutamaan kini adalah pelajar. "Buat masa ini kita tiada keperluan untuk menutup kedutaan kita di sana, malah belum ada negara berbuat demikian,namun kita akan melihat perkembangan pergolakan itu dari semasa ke semasa.Apa yang berlaku di Mesir harus diambil iktibar oleh rakyat negara ini bahawa perubahan yang mahu dilakukan tidak semestinya membawa kebaikan, sebaliknya boleh mewujudkan keadaan tidak selamat," katanya. Mengenai perkembangan lain,Najib berkatatindakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz melantik anaknya sebagai pegawai khas tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia tidak membabitkan wang kerajaan.Katanya,perlantikan itu hanya membabitkan tugas Nazri sebagai Ahli Parlimen Padang Rengas dan bukan atas kapasitinya sebagai Menteri Pelancongan. "Ahli Parlimen berhak melantik sesiapa pun, termasuk ahli keluarga, bagi membantu mereka menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parlimen dan ia tidak menjadi kesalahan kerana tidak menggunakan peruntukan kerajaan.Jadi perkara ini tidak harus menjadi isu, lebih-lebih lagi ia tidak menyentuh hal ehwal pengurusan kementerian," katanya. -BH BILA AGAKNYA TAJUK DIATAS AKAN JADI REALITI ??? MUAHAHAHA |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment