BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! AGENDA KRISTIAN MEYERANG UMAT ISLAM DI MALAYSIA TELAH BERMULA !!! WAJIB BACA !!!
- KANTOI DAN BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM MASIH GILA TALAK DENGAN UMNO !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! ISU MESIR !!! KEHANCURAN DUNIA ISLAM SEMAKIN NYATA !!! WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! BUKU 'AWAKENING' !!! PAK LAH MASIH TIDUR DIBUAI MIMPI !!!
- HOT NEWS !!! PENGECUT !!! ISU CEC DAP !!! LIM GUAN ENG TAKUT ADAKAN PEMILIHAN SEMULA !!!
BONGKAR !!! AGENDA KRISTIAN MEYERANG UMAT ISLAM DI MALAYSIA TELAH BERMULA !!! WAJIB BACA !!! Posted: 16 Aug 2013 08:30 AM PDT Al Baqarah 120 : "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redha dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka.Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'.Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".Jelas di dalam Al-Quran telah disebutkan bahawa orang kafir terutamanya Kristian dan Yahudi tidak akan berpuashati sehinggalah seluruh umat Islam tunduk kepada mereka.Ini dapat dilihat sejak dari zaman bermulanya Islam sehinggalah sekarang.Orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tetap dengan misi utama mereka iaitu untuk melihat umat Islam berpaling arah dan mengikut cara hidup mereka. Peperangan dan tentangan golongan Yahudi dan Kristian keatas umat Islam telah berlangsung beribu tahun lamannya.Namun begitu,dengan tamatnya perang Salib,umat Islam telah alpa dengan kemenangan yang telah dicapai oleh panglima agung Islam, Sultan Salahuddin Ayubi.Kemenangan ini hanya dapat dicapai apabila semua umat Islam bersatu padu tanpa memikirkan ideologi dan pelbagai fahaman setiap kumpulan atau individu yang mengaku dirinya Muslim. Apabila Jerusalem (Baitul Maqdis) telah dapat ditawan oleh tentera Islam,umat Islam di seluruh dunia mula alpa dan orang kafir pula sibuk mencari tempat di dunia. Lantas, mereka menjelajah sambil menakluk hati dan perasaan umat Islam.Umat Islam pada ketika itu kuat dari sudut ketenteraan dan kekuatan fizikal.Orang-orang Islam telah tersilap dengan menyangka serangan yang akan dilancarkan oleh musuh-musuh Islam adalah dengan peperangan.Sedangkan musuh-musuh Islam di seluruh dunia menggunakan pelbagai cara alternatif untuk mempengaruhi umat Islam dalam bentuk yang lebih halus.Di Malaysia,agenda pemansuhan Islam telah dilaksanakan apabila Portugis/British/Belanda menjejakkan kaki di Malaya.Apabila penaklukan mereka gagal untuk mengubah iman dan akal umat Islam di Malaysia,maka mereka menghantar pula pendakwah-pendakwah mereka untuk menyusupkan ideologi Kristian di dalam pendidikan moden Malaya. Namun begitu, usaha mereka hambar apabila ibubapa Melayu yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah mubaligh mempersiapkan anak-anak mereka di rumah dengan ilmu agama yang mencukupi sehigga tidak ada pun anak Melayu yang tergoncang iman mereka dek penangan layanan mesra para mubaligh. Orang Melayu "kebal" dengan hasutan para mubaligh,ini kerana sifat orang Melayu yang lemah lembut tetapi cekal hati yang telah menyebabkan ramai mubaligh-mubaligh ini pulang ke negara mereka dengan tangan kosong.Kini Malaysia telah dilanda dengan serangan baru puak Kristian dan musuh-musuh Islam yang lain.Oleh kerana mereka tahu umat Islam di Malaysia sangat mudah untuk diprovokasi, mereka melaksanakan perancangan halus yang akan mengubah seluruh senario keagamaan di Malaysia.Seperti kata-kata Datuk Ambiga Seevanesan "Saya berani bercakap pasal Islam, kerana PAS bersama saya" jelas menunjukkan,golongan Kristian dan musuh Islam di Malaysia sedang menggunakan teknik terbaru yang akan melaga-lagakan umat Islam di Malaysia agar Kristian dapat berkuasa di Malaysia.Apabila sesuatu golongan yang dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai pejuang agama Islam memberikan sokongan kepada golongan yang menentang Islam secara terang-terangan dan halus,apa yang boleh dikatakan oleh umat Islam di Malaysia ??? Ada khabar angin yang mengatakan bahawa selepas tahun 2020,Malaysia akan menjadi sebuah negara Kristian dan semua masjid-masjid yang tersergam indah di seluruh Malaysia akan dijadikan Gereja.Perkara ini tidak pasti samada benar atau tidak, namun angin yang membawa khabar itu cukup kencang sehingga apabila siasatan dibuat, sememangnya ada perjumpaan paderi-paderi besar Kristian yang membincangkan kemungkinan yang serupa. Ini semua berlaku apabila umat Islam berpecah belah dan membenci antara satu sama lain. Sekiranya seluruh umat Islam di Malaysia bersatu, tidak akan ada seorang pun orang KAFIR di Malaysia yang berani mengangkat kepalanya dan bertindak biadap kepada Islam dan umatnya.Penghinaan demi penghinaan telah dilemparkan kepada umat Islam di Malaysia.Ramadhan yang lepas,pasangan Kristian Alvin dan Vivian telah mengeluarkan gambar yang mengajak umat Islam untuk berbuka puasa dengan hidangan khinzir. Diletakkan pula logo halal di dalam gambar tersebut. Terbaru, sebuah surau di Johor telah dijadikan tempat sembahyang agama Buddha. Ini merupakan satu penghinaan yang amat dasyat untuk umat Islam di Malaysia.Di mana golongan yang sibuk menceritakan bahawa merekalah pejuang Islam di Malaysia.Di mana golongan yang sering menggunakan kitan Allah untuk mencari publisiti murahan dan meraih undi ??? Dimana golongan yang mengatakan kerajaan Malaysia ini kafir dan zalim, hanya kerana pemimpin tidak memakai serban, berjubah dan berjanggut ??? Golongan ini hanya duduk diam kerana mereka telah diikat oleh orang-orang Kafir dan mereka juga akan sentiasa menentang pemimpin Islam di Malaysia. Kesimpulannya,apa yang telah sedang orang Kristian,Yahudi dan golongan musyrikin lain adalah kesinambungan usaha untuk menghancurkan Islam oleh nenek moyang mereka.Umat Islam patut sedar bahawa mereka akan menggunakan apa jua cara untuk menghancurkan agama suci ini. Oleh itu, golongan "ulama'" yang memberi perlindungan kepada Kristian,Yahudi dan kafir musyrikin yang sedang giat menyerang Islam di Malaysia haruslah berhenti dari memberi bantuan kepada mereka.Jangan kerana politik mereka sanggup menggadaikan iman dan masa depan anak cucu mereka.Golongan ini perlu sedar, serban dan jubah mereka tidak akan menyelamatkan mereka daripada azab Allah yang menunggu mereka di Alam Barzakh,apabila pengkhianatan mereka terhadap agama Allah akan dinilai dan dihukum.Ingatlah,Orang Kafir tidak sesekali akan berhenti dari mencari jalan untuk menhancurkan agama Islam di bumi Malaysia.Ingatlah.. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI DAN BONGKAR !!! ANWAR IBRAHIM MASIH GILA TALAK DENGAN UMNO !!! WAJIB BACA !!! Posted: 16 Aug 2013 05:00 AM PDT Beberapa pihak akhir-akhir ini heboh memperkatakan tentang kemungkinan Anwar kembali ke dalam UMNO.Berbagai teori dikemukakan,antaranya perjanjian sulit antara Anwar dengan Datuk Seri Najib yang memberi syarat dan ruang tertentu bagi membolehkan Anwar selamat.Kemudiannya,heboh pula berita bahawa Pak Lah merupakan 'tali perhubungan' utama yang bakal menarik Anwar kembali.Desas-desus ini dikuatkan lagi dengan munculnya buku 'The Awakening' yang menjadikan Pak Lah sebagai subjek dan juga laporan Asia Sentinel mengenai pengakuan Anwar bahawa beliau telah berbuhung dengan Datuk Seri Najib sebelum pilihanraya-13 untuk berbincang soal 'perjanjian'.Menurut teori yang dikemukakan Datuk Seri Najib kini berada dalam keadaan lemah dan takut lantaran kemenangan PRU-13 yang tipis.Justeru,Datuk Seri Najib memerlukan sokongan dari kumpulan Pak Lah dan juga Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO. Kononnya,kritikan dari kumpulan pro-Tun Mahathir dilihat sebagai pemangkin kepada kejatuhan Datuk Seri Najib.Teori ini tidak lain tidak bukan pastinya diilhamkan oleh mereka-mereka yang tidak berpijak di bumi nyata.Hakikatnya,Pak Lah dan Anwar adalah dua pihak yang kalah dan ditolak oleh rakyat Malaysia.Oleh itu,'apa kejadahnya'bagi Datuk Seri Najib untuk melukut meraih sokongan dari pihak yang ditolak oleh rakyat ??? Bukankah tindakan itu hanya mengundang penolakan terhadap dirinya juga ??? Perlu diingatkan bahawa perjuangan bukan hanya setakat Perhimpunan Agong UMNO sahaja,tetapi perjuangan sebenar ialah PRU-14.Dalam politik,yang mengkritik tidak semestinya menentang dan yang menyokong kadangkala membawa rebah dan kita pasti Datuk Seri Najib cukup maklum akan prinsip ini.Dalam politik Malaysia pula,sudah jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah musuh Datuk Seri Najib,musuh UMNO dan musuh negara bukan Tun Mahathir,biar betapa pedas pun kritikan beliau.Malah,hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah UMNO mungkin gagal meningkatkan jumlah kerusi dalam PRU-13 jika Tun Mahathir tidak bertungkus lumus menjelajah ke serata ceruk negara, berkempen untuk BN dan semua rakyat Malaysia sedia maklum mengenai situasi ini melainkan mereka-mereka yang punya agenda tersendiri yang enggan mengakuinya. Sedangkan Anwar sanggup memfitnah Datuk Seri Najib membunuh dan tidak peduli sekiranya orang yang tidak bersalah dihukum.Anwar sanggup memburukkan imej Datin Seri Rosmah seburuk-buruknya.Anwar telah merosakkan UMNO dengan politik wang dan Anwar jugalah yang memburukkan imej negara di serata dunia.Oleh itu,sekali lagi diulang bahawa Anwar adalah musuh dan tidak ada sebab bagi Datuk Seri Najib untuk bekerjasama dengan musuh apatah lagi dalam keadaan di mana kedudukan Datuk Seri Najib adalah jauh lebih kukuh dari kedudukan Anwar sendiri.Tidak kira apa jua keputusan post-mortem yang dibentangkan,hakikatnya,BN menang dalam PRU-13 semata-mata kerana rakyat,khususnya orang Melayu,menolak PR/Anwar sebagai pemerintah.Walhal,orang Melayu pada ketika itu, masih ragu-ragu dengan UMNO kerana kewujudan kumpulan pro-Pak Lah di dalamnya.Namun,orang Melayu masih memberi sokongan kepada UMNO atas faktor keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib.Maka,dengan kekuatan yang ada pada dirinya, untuk apa Datuk Seri Najib perlu menumpang kelemahan Pak Lah dan Anwar Ibrahim ??? Bukankah lebih logik jika Datuk Seri Najib bekerjasama dengan kumpulan yang terbukti lebih kuat dan mendapat sokongan rakyat seperti kumpulan pro-Tun Mahathir ??? Justeru,teori Anwar akan kembali kepada UMNO ini membuktikan bahawa Anwar sebenarnya sudah tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap partinya sendiri.Anwar tahu bahawa hanya UMNO yang mampu memberi kuasa kepadanya.Dalam kata lain,hanya 'orang-orang Melayu' yang mampu menentukan Perdana Menteri Malaysia dan kerana itu, Anwar sedaya upaya ingin kembali kepada UMNO.Malang bagi Anwar kerana orang-orang Melayu sudah serik dengan Anwar mahupun Pak Lah serta kuncu-kuncu mereka dan bagi mana-mana pemimpin UMNO untuk mengharapkan kerjasama dengan dua personaliti ini untuk terus berkuasa,pastinya merupakan satu perhitungan yang salah RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! ISU MESIR !!! KEHANCURAN DUNIA ISLAM SEMAKIN NYATA !!! WAJIB BACA !!! Posted: 16 Aug 2013 02:00 AM PDT Pergolakan di Timur Tengah sudah diterima sebagai berita rutin sejak berkurun lamanya.Saban hari ada saja pertelingkahan antara puak dan mazhab walaupun secara dasarnya masyarakat di sana merupakan penganut agama Islam.Dari apa yang diceritakan oleh rakyat di sana,negara mereka tidak pernah membezakan mazhab atau puak sebelum persengketaan tercetus.Pertelingkahan antara mazhab dan puak hanya berbangkit beberapa tahun kebelakangan seolah-olah ada yang sengaja mencetuskannya.Malang sekali,sikap orang-orang Arab itu begitu mudah terpengaruh dan terbawa-bawa dengan emosi.Oleh itu,musuh mudah 'bermain' dengan minda mereka,memanipulasi dan menghasut dengan agenda-agenda tertentu bagi membangkitkan kemarahan mereka Berikutan dengan itu,pemikiran mereka yang tertutup serta capaian maklumat yang terhad,menyebabkan mereka tidak dapat berfikir panjang serta pantas memilih keganasan untuk melepaskan perasaan dan mencapai matlamat.Maka tidak hairanlah jika negara mereka sering bergolak dan sukar untuk berdamai. Mesir,suatu ketika dahulu merupakan pusat ilmu bagi dunia Islam.Disitulah terletaknya Universiti Islam tersohor di dunia iaitu Al-Azhar di mana terkumpulnya Ulama-ulama hebat.Namun,entah kenapa setelah sekian lama,Mesir masih belum mampu menyaingi dunia barat dari segi ilmu.Al-Azhar tidak mampu membantu melahirkan pemimpin Islam yang cukup ramai,yang berpandangan jauh dan berkredibiliti,bagi mengubah pemikiran masyarakat Arab.Jika sebelum ini rakyat Mesir berbangga dengan kuasa rakyat menukar kerajaan,maka hari ini terbukti sudah bahawa tindakan anarki tidak pernah menghasilkan sesuatu yang baik.AlQuran telah menyatakannya secara jelas,tetapi rakyat Mesir,termasuk Ulama Al-Azharnya telah gagal memahami dan mempraktikkan ajaran AlQuran itu.Akibatnya,Mesir hari ini sekali lagi tenggelam dalam lautan darah yang jauh lebih dalam dari pemberontakan Dataran Tahrir di permulaan Arab Spring. Lautan darah di Mesir mungkin tidak seluas dan sedalam Syria dan Palestin namun,ia seharusnya mengejutkan umat Islam dari tidur.Sudah sampai masanya kita semua berhenti sejenak dan berfikir bagi mencari di manakah salah kita sebagai satu ummah ??? Bukankah umat Islam hari ini 'jauh lebih Islam' dari umat Islam terdahulu ??? Bukankah umat Islam hari ini lebih 'terserlah keIslamannya' berbanding dahulu ??? Bukankah terdapat beratus kali ganda jumlah tahfiz,ustaz dan ulama pada hari ini berbanding dahulu ??? Jika dahulu,imam hanya membaca surah-surah lazim dalam solat tetapi kini,surah-surahnya cukup panjang.Itu belum lagi dikira dengan tazkirah,ceramah dan kuliah agama yang giat dijalankan di mana-mana saja.Jika dahulu kita hanya menghafal doa-doa asas,tetapi kini kita melakukan semuanya dengan doa dari masuk tidur hinggalah ke masuk ke bilik air.Tetapi,kenapakah ketika pemerintahan Shah Iran yang isterinya tidak bertudung,Iran lebih aman maju dan makmur berbanding selepas itu ??? Kenapakah umat Islam di Malaysia lebih jujur, ikhlas, sopan dan beradab di zaman dahulu berbanding hari ini ??? Sedangkan dahulu, wanita Islam di Malaysia tidak bertudung tetapi hari ini bertudung, berpurdah siap berstokin dan bersarung tangan ??? Justeru, kenapakah Dunia Islam semakin tenat jika benar kita semua 'semakin Islam' ??? Apakah ia salah orang Kristian ??? Atau salah orang Yahudi ??? Atau salah wanita Islam yang tidak bertudung ??? Atau salah lelaki Islam yang gemar berjudi dan minum arak? Atau salah pemimpin yang rasuah atau pembangkang yang khianat ??? Apakah benar Acheh dilanda tsunami kerana 'tidak cukup Islam' ???Apakah benar umat Islam Bosnia disembelih sebagai balasan kerana 'tidak mengamalkan cara hidup Islam' ??? Jika ditanya para Ulama, jawapannya pastilah berbunyi,'kita harus kembali kepada AlQuran'. Namun,seperti apa yang berlaku di Mesir,para Ulama sendiri telah membelakangkan AlQuran kerana ingin menjatuhkan kerajaan.Malaysia pernah dijulang sebagai satu-satunya negara Islam tulen di zaman Rasulullah SAW di mana semua golongan termasuk bukan Islam mendapat keadilan dan kebebasan secukupnya. Malaysia tidak ekstrem dan tidak juga liberal,sebaliknya menepati ajaran Islam sebenar iaitu 'bersederhana'.Tiada paksaan dalam Islam di Malaysia sama ada ke atas bukan Islam atau ke atas umat Islam sendiri.Wanita Islam di Malaysia tidak dikongkong atau dilayan seperti kelas dua atau hamba,yang mana membolehkan negara ini maju dan makmur tidak seperti negara-negara Islam lain yang konservatif. Malaysia pernah menjadi satu-satunya harapan dunia Islam bagi membela nasib mereka.Hari ini,harapan dunia Islam kepada Malaysia masih lagi tinggi.Justeru,jika kita masih tertanya-tanya di manakah silap kita sebagai ummah, maka tanyalah juga apa yang Malaysia lakukan yang tidak silap,sehingga mampu menjadikan kita sebagai negara Islam contoh.Jawapannya ada di sekeliling kita.Kemakmuran,kemajuan,keamanan dan kestabilan yang kita nikmati hari ini adalah bukti bahawa kita tidak silap seperti negara-negara Arab,tetapi telah melakukan sesuatu yang tepat. Sejak kita Merdeka,kerajaan telah meletakkan ilmu sebagai matlamat utama sejajar dengan ajaran AlQuran.Ilmu boleh diperolehi secara percuma.Kerajaan tidak pernah meminggirkan atau mendiskriminasikan wanita atau mana-mana kaum dalam soal ilmu sejajar dengan ajaran AlQuran juga.Prinsip Malaysia ialah menolak sebarang bentuk ektremisme termasuk dalam amalan agama Islam. Rakyat Malaysia juga terkenal dengan lemah lembut dan adab sopan sekali gus menentang sebarang bentuk keganasan sejajar dengan ajaran AlQuran juga. Oleh itu,jika kita mengambil sedikit masa untuk berfikir maka kita akan dapati bahawa empat perkara ini iaitu 'ilmu','kedudukan wanita','kesederhanaan' dan 'adab' merupakan asas kejayaan Malaysia dan jika kita mengambil sedikit masa untuk mengkaji, maka kita akan dapati bahawa empat perkara ini, tidak pernah dipegang oleh negara-negara Arab yang sentiasa bergolak itu. Malang sekali, terdapat usaha dari beberapa pihak di Malaysia untuk menjadikan negara-negara Arab yang sentiasa bergolak itu sebagai model pula. Kesilapan orang-orang Arab dianggap benar oleh segelintir orang-orang kita. Sedangkan jika kita mengikut jejak langkah mereka, sudah tentu kita juga akan terhumban dalam nasib yang sama.Hari ini,kita wajar bersyukur kerana Malaysia adalah satu-satunya Negara Islam yang 'masih waras' walaupun diasak dari berbagai sudut oleh oleh golongan ekstremis, liberal dan sesat (Syiah).Malangnya,walaupun Malaysia cukup kukuh sebagai sebuah Negara Islam,namun Malaysia masih belum mampu menghulurkan bantuan yang signifikan bagi memulihkan keadaan di Timur Tengah.Ini bermakna,Malaysia juga masih terlalu jauh dalam mencapai matlamat menjadi 'Khalifah' di dunia kerana kita tidak berdaya menyaingi musuh Islam dari segi ketinggian ilmu. Justeru,Malaysia hanya mampu berdoa kepada rakyat Palestin,Syria dan Mesir tanpa mampu berbuat apa-apa.Kita hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, agar umat Islam tidak lagi beretorik mengenai kembali kepada AlQuran,tetapi benar-benar mengotakannya.Kita berdoa agar umat Islam mampu meletakkan ilmu dari langit,bumi dan lautan di tempat tertinggi sepertimana ajaran AlQuran. Kita berdoa agar suatu hari nanti Universiti AlAzhar atau mana-mana Universiti di Malaysia akan berjaya melahirkan para pencipta,pemikir dan saintis yang mampu menyaingi dunia barat dan mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Kita berdoa agar ada saintis Islam yang membuktikan bahawa bulan itu pernah terbelah dua dan bukan hanya merujuk kepada kajian saintis bukan Islam,Kita tidak tahu sampai bila Malaysia mampu bertahan sebagai Negara Islam sebenar,tetapi tidak keterlaluan dikatakan bahawa sekiranya Malaysia turut jatuh,maka hancurlah dunia Islam sepenuhnya. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! BUKU 'AWAKENING' !!! PAK LAH MASIH TIDUR DIBUAI MIMPI !!! Posted: 16 Aug 2013 01:34 AM PDT saya hampir terlepas isu buku yang menjadi kontroversi iaitu 'Awakening',yang mampu mengganggu kemeriahan Hari Raya.Tetapi,setelah membaca dan 'mengorek-ngorek' ceritanya,inilah dimaklumkan bahawa buku itu tidak menjadi gangguan langsung,malah tidak membawa apa-apa makna atau perubahan pun kepada rakyat Malaysia.Pak Lah berdendam dengan Tun Mahathir bukanlah sesuatu yang baru kita dengar.Begitu juga dengan hakikat bahawa Bridget Welsh dan James Chin yang menjadi pengarang buku tersebut,kerana kedua-dua mereka ini memang kerjanya membantai UMNO setiap hari dan berita bahawa Nurul Izzah dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura juga bukan sesuatu yang mengejutkan kerana umum sedia maklum bahawa Pak Lah dan kumpulan tingkat empatnya sememangnya meletakkan sebelah kaki di dalam PR,sementara sebelah lagi di dalam UMNO sebagai 'jaminan'.Justeru,apa yang dikatakan 'kontroversi' di dalam buku tersebut bukanlah kontroversi pun,tetapi sekadar usaha mencipta publisiti oleh para penulisnya,selain usaha beberapa pihak untuk mengucar-kacirkan UMNO dan mungkin juga usaha beberapa pihak lain untuk memenuhi 'keperluan hidup' mereka untuk terus menghentam Tun Mahathir.Apapun jua motifnya,UMNO wajar bersyukur ke hadhrat Allah SWT atas satu lagi pengajaran atau mungkin lebih tepat,'ulangkaji pelajaran'. Dari apa yang saya lihat,buku 'Awakening' seharusnya membantu menyedarkan UMNO mengenai kewujudan musuh dalam selimut.Berapa kali UMNO perlu 'diajar' ??? Pembabitan Singapura,hakikat bahawa para penulis buku tersebut punya hubungan dengan SUARAM dan bahawa PR 'terlebih mesra' dengan Pak Lah dan kumpulan tingkat empatnya dan bahawa kesemua mereka menentang seorang individu iaitu Tun Mahathir sepatutnya sudah mampu menyedarkan UMNO.Tun Mahathir telah mengubah Malaysia dari sebuah negara dunia ketiga yang masih 'baru' kepada Harimau Asia yang dihormati dan disegani oleh rakan dan juga musuh.Sepanjang perkhidmatannya,beliau hanya membawa kebaikan dan kemakmuran kepada rakyat termasuk rantau ini dan seluruh dunia.Malangnya,telah menjadi kelaziman manusia di mana mereka yang disanjungi dan dihormati turut mempunyai musuh yang ramai.Oleh itu,adalah menjadi tugas kita untuk memilih sama ada untuk mempercayai dan menyokong musuh yang tidak menyumbang apa-apa selain menghentam Tun Mahathir saban hari, ataupun untuk mempercayai dan menyokong Tun Mahathir atas khidmat jasanya yang tidak berbelah bagi yang dapat kita nikmati sehingga ke hari ini. Pendek kata,kita tidak perlu menjadi seorang 'genius' untuk membuat pendirian dalam isu buku 'Awakening' ini.Bagaimanapun,hakikat bahawa musuh memilih untuk menyerang di ketika UMNO sedang bersiap untuk Perhimpunan Agong, adalah sesuatu yang amat menarik.Ini kerana ia mampu membuka gelanggang kepada pertempuran terbuka.Pertempuran terbuka adalah peluang bagi UMNO untuk membuat keputusan yang tepat,iaitu memilih pemimpin yang 'benar'.Perlu diingatkan bahawa perhimpunan atau pertempuran ini boleh jadi peluang terakhir bagi UMNO untuk pulih sepenuhnya.Untuk itu,Pak Lah mungkin memainkan peranan yang tidak lebih dari sekadar 'subjek wawancara' dalam buku tersebut sepertimana yang didakwanya tetapi beliau jelas telah menyedarkan kita semua.Terima kasih kepada Pak Lah,kita sekarang dapat melihat dengan lebih jelas di mana kedudukannya di dalam parti termasuklah kedudukan mereka-mereka yang mempertahankannya di dalam UMNO yang senada dengan PR.Kesimpulannya,'kawan kepada musuh,bukanlah kawan'.Semoga UMNO menerima pengajaran ini dengan sebaiknya,untuk kesekian kalinya. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! PENGECUT !!! ISU CEC DAP !!! LIM GUAN ENG TAKUT ADAKAN PEMILIHAN SEMULA !!! Posted: 15 Aug 2013 09:32 PM PDT DAP nampaknya benar-benar bertemu jalan buntu dalam isu pemilihan CEC.Parti itu terus menerus mempolitikkan keputusan ROS dan cuba sedaya upaya mengelak hakikat bahawa tindakan ROS hanyalah berdasarkan aduan dari ahli-ahli DAP sendiri.Dalam kata lain,yang tidak puas hati dengan keputusan pemilihan CEC dan yang mendesak untuk didakan pemilihan semula bukanlah ROS tetapi ahli-ahli DAP yang merasakan diri mereka telah dianiaya dan ditipu hidup-hidup oleh pemimpin sendiri. ROS hanya bertindak sebagai badan yang berkuasa untuk menyiasat dan memerintahkan DAP memenuhi tuntutan ahli-ahlinya.Keengganan DAP untuk akur dengan keputusan ROS membuktikan bahawa pemimpin parti itu,khususnya Guan Eng telah benar-benar menipu ahlinya.Guan Eng jelas amat takut jika diadakan pemilihan semula kerana keputusan pastinya akan berbeza di mana kemungkinan besar akan menjejaskan kedudukan semua kroni dan kuncu-kuncunya, termasuk dirinya sendiri.Ertinya,Guan Eng sedar bahawa dirinya dan kuncu-kuncunya tidak begitu digemari oleh sebahagian besar ahli-ahli parti. Justeru,beliau perlu memanipulasi,menipu dan berbohong, malah mengugut dan mengancam bagi memastikan kedudukannya dan kroni serta kuncunya terus berada di hierarki teratas.Amatlah malang bagi penyokong-penyokong DAP yang terus menyokong parti itu kononnya atas dasar prinsip ketelusan dan keadilan. Sedangkan hakikatnya,DAP adalah parti diktator tegar,bersifat samseng dan langsung tidak telus,jauh sekali adil. Kit Siang,Guan Eng dan kerabat mereka memerintah berdasarkan ideologi komunisme yang kejam dan tidak berhati perut.'Rasis',merupakan tonggak utama perjuangan mereka dan atas dasar itu,mereka tidak mengendahkan suara 753 ahli berbangsa India yang mengadu kepada ROS dan mendesak diadakan pemilihan semula.Malah,Guan Eng sememangnya dengan sengaja sejak dari awal lagi memastikan kesemua 753 ahli berbangsa India tersebut tidak diberi hak untuk memilih ahli jawatankuasa parti.Muslihatnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memastikan hanya kaum Cina yang berkuasa di dalam parti.Kaum Cina mungkin tidak kisah dipimpin oleh samseng dan diktator dari kaum mereka,tetapi kaum lain seharusnya sudah membuka mata terhadap nasib yang bakal menimpa mereka jika memberi mandat kepada DAP untuk memerintah. Fikirkan,apakah kebetulan kejadian tembak dan peningkatan gejala samseng berlaku sejajar dengan peningkatan kuasa DAP di dalam negara ??? Kenapakah rumah urut,pusat hiburan dan rangkaian-rangkaian perniagaan gelap di Selangor dan Pulau Pinang juga meningkat selari dengan 'kebangkitan' DAP ??? Sekurang-kurangnya, hari ini,DAP perlu menjawab kepada ROS walaupun mereka berusaha sedaya upaya untuk mengelaknya.Ertinya,masih ada badan yang berkuasa memantau mereka.Tetapi, bayangkan jika DAP mempunyai kuasa mutlak dan ROS juga di berada di bawah cengkaman mereka.Hari ini,kaum Cina mungkin terus menyokong DAP atas alasan 'keCinaan',namun,saya pasti kaum Cina juga lambat laun akan menyedari nikmat hidup di bawah pemerintahan BN berbanding hidup dibawah pemerintah samseng seperti Guan Eng.Kepada kaum Cina,ingatlah bahawa sesungguhnya DAP tidak pernah teragak-agak untuk 'menghukum' ahlinya yang mengkritik kepimpinan.Justeru,apakah jaminan yang DAP tidak akan menghukum rakyat yang mengkritik kepimpinan sekiranya parti itu menjadi kerajaan ??? Inikah kehidupan yang kaum Cina mahukan ??? Iaitu Ketuanan Cina dan 'Keagongan Diktator Lim' ??? RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment