PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


DAH PENAMPOR?? FOTO PASANGAN LUCAH ALVIN & VIVIAN DI PEJABAT SKMM !

Posted: 14 Jul 2013 10:06 PM PDT


KUALA LUMPUR 15 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menjadikan video mohon maaf pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang dimuat naik dalam YouTube sebagai bukti siasatan terhadap tindakan mereka mempersenda bulan Ramadan yang menyentuh sensitiviti umat Islam baru-baru ini. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, pasangan itu telah hadir ke SKMM pagi ini bagi dirakam kenyataan untuk membantu siasatan pihak berkuasa.
"Saya dimaklumkan oleh SKMM kedua-duanya telah hadir pagi ini. Setakat ini SKMM hanya boleh melakukan siasatan dan dakwaan hanya akan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.
"Pihak polis juga telah menerima aduan. Siasatan akan dilakukan tetapi terpulang kepada pihak pendakwaraya untuk membuat keputusan terhadap pasangan itu,'' katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Johari memberitahu, kes yang melibatkan pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

KERAJAAN MALAYSIA SILA LA JANGAN JADI LEMBAB!!

Tolong Tengok Gua dekat Penjara Kalau apa-apa terjadi dekat Beruk 2 Ekor Ni!!!

Posted: 14 Jul 2013 05:07 PM PDT

Jangan duk buat lembik la!
Bukan sekali dua, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 25, buat perangai dan mencabar undang-undang negara ini. Bahkan mereka pernah dipanggil untuk memberi keterangan di Bukit Aman. Singapura dan universiti tempat mereka belajar telah bertindak, namun di Malaysia mereka masih bebas lepas dan mereka untuk melakukan apa-apa sahaja tanpa sedikit pun takut dengan undang-undang mahupun penguatkuasa undang-undang.

Pasangan tersebut berasakan mereka sudah terlalu kebal dan tidak dapat disentuh oleh sesiapa pun. Apatah lagi, di belakang mereka terdapat ahli-ahli politik yang hanya menunggu masa untuk mengambil kesempatan bagi membuktikan kononnya mereka lebih berfikiran terbuka dan mahu mengajar rakyat negara ini agar berfikiran sama seperti mereka.

Apa sangatlah dengan video dan budaya seks liar, kalau dibandingkan dengan RASUAH dan PENYELEWENGAN KUASA, kata mereka. Justeru, dosa Alvin Tan dan Vivian Lee kepada masyarakat negara ini, tidaklah sebesar mana sehingga memerlukan mereka dihukum.

Ekoran penyebaran gambar makan BAK KUT TEH bersama-sama ucapan SELAMAT BERBUKA PUASA yang dilihat bermotifkan penghinaan terhadap agama Islam, banyak pihak yang melakukan tekanan terhadap pasangan berkenaan. Beberapa laporan polis telah dibuat oleh pelbagai golongan termasuklah dari masyarakat Cina dan India walaupun tiada seorang pun daripada mereka adalah dari DAP atau PKR.

Pasangan berkenaan cuba bertahan dengan penghinaan yang dilakukan terhadap umat Islam dan amalan Islam sehinggalah apabila akaun Facebook mereka dibatalkan. Namun sebagai manusia yang tidak tahu diuntung, pasangan tersebut sekali lagi menyeranah semua pihak yang telah menyebabkan akaun Facebook mereka dibatalkan oleh pengendali laman sosial tersebut.

Telah kecoh yang SKMM akan memanggil kedua-duanya untuk memberi keterangan berhubung penghinaan yang telah dibuat. Namun ramai yang melihat tindakan tersebut sebenarnya hanyalah untuk memenuhi protokol semata-mata tanpa sebarang tindakan..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...