Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Peniaga Pekan Rabu Bakal Gulung Tikar, Datuk Bandar Alor Setar Tolong Prihatin Sikit!! #KedahAmanMakmur

Posted: 26 Jul 2013 08:36 AM PDT



 

Mc tertarik untuk mengulas isu yang dibawa oleh blog JKKKKP. Isu yang beliau bawa ialah isu mengenai nasib peniaga Pekan Rabu. Apakah MBAS tidak mengkaji dulu kesan yang akan diterima oleh peniaga Pekan Rabu jika mereka memenuhi parking dengan peniaga?

Tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar mengeluarkan lesen kepada peniaga-peniaga Melayu bagi sama-sama menjual barangan keperluan umat Islam sempena Aidilfitri adalah sesuatu yang dipuji tetapi tindakan membina gerai-gerai sementara sehingga ke tempat meletak kenderaan telah menimbulkan masalah untuk pelanggan meletakkan kenderaan mereka.



Pelanggan yang meletakkan kenderaan atau berhenti berhampiran dengan Pekan Rabu pula akan dikenakan tindakan saman. Hal ini telah menyebabkan bilangan pengunjung Pekan Rabu semakin berkurang.



Bilangan gerai-gerai sementara yang terlalu banyak disekeliling Pekan Rabu juga secara tidak langsung telah mengurangkan pelanggan yang masuk ke kompleks Pekan Rabu. Ada peniaga yang langsung tidak menerima pelanggan sehari suntuk. Peniaga Kompleks Pekan Rabu kini berada dalam keadaan yang amat tertekan sementara Aidilfitri pula semakin hampir.


Justeru, peniaga-peniaga Kompleks Pekan Rabu amatlah berharap pihak MBAS dapat berbuat sesuatu bagi menangani permasalahan meletakkan kenderaan dan jumlah gerai-gerai sementara di sekeliling kompleks Pekan Rabu dengan segera. Janganlah kerana ingin mengambil kesempatan untuk meningkatkan pendapatan MBAS, peniaga Kompleks Pekan Rabu pula menderita dalam sambutan Aidilfitri ini.

Biarlah sempena Aidilfitri ini, semua peniaga Kompleks Pekan Rabu, peniaga-peniaga bazar di sekeliling Kompleks Pekan Rabu dan MBAS sendiri saling berkongsi limpahan nikmat Ramadhan dan Aidilfitri.


McTheory:
MBAS punya tindakan makin lama, makin pelik..

TUDIAA!! Kedah Dapat Pengerusi Perhubungan UMNO yang Baru? @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur

Posted: 26 Jul 2013 06:04 AM PDT




Tahniah Mc ucapkan pada Datuk Paduka Mukhriz Mahathir kerana baru dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru.

Dah lama Mc tunggu Datuk Mukhriz secara rasmi dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah kerana sudah tentu ada perubahan besar yang beliau akan lakukan.

Terima kasih juga pada Presiden UMNO kerana berani membuat perlantikan ini.

Apa pun perancangan beliau, sudah tentu Mc harap beliau jangan lupakan pengiat media sosial macam Mc ni.

McTheory:
Tahniah datuk!

PANASS! Isu Makan Dalam Tandas, Guru Besar Kecewa Tanpa Pembelaan!

Posted: 26 Jul 2013 12:13 AM PDT



Kenapa ramai ahli UMNO yang benar-benar terasa dengan pemimpin UMNO yang sombong dan melupakan jasa orang yang pernah membantu mereka.

Bila lepas PRU atau sesuatu kempen, jangan harap pemimpin yang kita angkat tu mahu membela orang bawahanya. Kalau ada pun, seribu dalam satu. Itulah yang terjadi pada Guru Besar SK Sri Pristina.

"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.

Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

PANASS!! Pemfitnah 'Isu Makan Dalam Tandas' Sudah Di Kenal Pasti! @PDRMsia

Posted: 25 Jul 2013 08:15 PM PDT


Kemunginan besar Ganeswari Kelly adalah seorang ahli Red Bean Army.

Dari pendedahan Ganeswari, timbul karektor Facebooker "Wen Xin Hu dan Chan Wei See yang secara tiba-tiba muncul dan mula menghambur kata-kata perkauman."

Sebaran fitnah oleh wanita India ini telah disambut oleh Amenoworld.

Muka Amenoworld dengan Ganeswari ni hampir sama? Kembar kot?


Anda baca pendedahan di bawah :

Dalam isu makan di tandas ni, ada dua kumpulan Red Bean Army Cina DAP yang memainkan peranan.

Satu yang menggunakan nama Guneswari Kelly yang mula menghangatkan isu ini.

Kedua, watak seperti Wen Xin Hu dan Chan Wei See yang secara tiba-tiba muncul dan mula menghambur kata-kata perkauman.




(Klik untuk besarkan saiz gambar – Lihat, asalnya semua mahu mengelak bercakap dari sudut perkauman dan tiba-tiba muncul watak Wen Xin Hu yang mula memainkan sentimen kaum dan merendahkan masyarakat India yang tidak mahu mengutuk orang Melayu)

Lagi bukti :




Akaun-akuan palsu menggunakan nama masyarat India pula mula digunakan kemudiannya…berakhir dengan ia mula menjadi isu perkauman antara masyarakat Melayu dan India.

Kalau anda lihat printscreen di bawah, ternyata masyarakat India sendiri pasal asalnya meminta perkara itu diselidik dan tidak dijadikan perkara perkauman.

Masyarakat Melayu juga seperti itu….kemudian, datanglah puak-puak Red Bean Army mula memainkan isu perkauman. Dari status yang merbahaya kepada komen-komen yang menyakitkan hati sehingga kepada klip parodi disusun dengan baik sekali.

Soalnya sekarang…sampai bila kita akan terus diperbodohkan puak-puak Red Bean Army Cina DAP ni semua? Dari sebelum pilihan raya hingga kini, kumpulan itu memainkan peranan dalam memecah belahkan rakyat negara ini.

Dari isu kaum…kini isu agama pula…takkan kita sebagai rakyat akan diam dan menerima tindakan orang memperbodohkan kita! - MyNewsHub
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...