Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Mukhriz Presiden Baru KFA, Harapan Baru, Kenari Terbang Tinggi! #KedahAmanMakmur @MukhrizMahathir

Posted: 25 Jul 2013 05:36 AM PDT


Pada semua rakyat Kedah, tak kira yang berada di dalam negeri atau pun diluar negeri. Semalam MB kita Datuk Mukhriz sudah secara rasminya menjadi Presiden KFA mengantikan MB Kedah yang lepas Tan Sri Azizan.

Berbekalkan MB Kedah yang muda ni, Mc dapat rasakan akan ada perubahan besar terhadap bola sepak Kedah.

Kat bawah ni ucapan penuh dari Datuk Mukhriz,


Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izinNya, maka dapat kita bersama dalam Messyuarat Luar Biasa KFA
pada petang ini.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Ahli-Ahli Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) yang telah memberi kepercayaan sebulat suara kepada saya selaku Presiden KFA sehingga tahun 2014.
Sesungguhnya amanat dan tanggungjawab ini amatlah berat memandangkan sukan bolasepak amat memberi "kesan yang mendalam " kepada Negeri Kedah Darul Aman dan rakyat keseluruhannya.

Kesempatan ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman ( KFA ) iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Di Raja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak di atas jasabaik dan sumbangan beliau kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman.

Dewasa ini banyak pihak memperkatakan mengenai sukan nombor satu Negara iaitu bolasepak. Ia adalah sejenis sukan yang agak luas untuk diulas dan diperkatakan.Tetapi bagi saya, kita sebagai pihak yang bernaung di bawah KFA mempunyai satu hasrat yang sama iaitu mahu melihat kejayaan demi kejayaan dilakarkan sekaligus mengharumkan nama baik negeri Kedah dalam bidang sukan terutamanya bolasepak.

Maka kita seharusnya bertanya pada diri kita sendiri, selama kita diamanahkan memikul amanah dan tanggungjawab ini, sejauh manakah atau apakah yang telah kita sumbangkan bagi kemajuan dan kecemerlangan KFA.

Hadirin yang saya hormati sekalian,

KFA mempunyai beberapa agenda pembangunan untuk dibangunkan. Kita mempunyai pasukan Liga Perdana, Pasukan Piala Presiden, Pasukan Futsal, Pasukan Bolasepak Pantai, Kenari Kid dan seumpamanya selain Pembangunan Kejurulatihan atau Pengadilan. Selaku Presiden yang baru, saya akan menilai semula keperlua program- program yang sedia ada ini bagi memastikan ianya bersesuaian dengan kos dan matlamat KFA itu sendiri.

Suka atau tidak, pasukan Liga Perdana kita amatlah penting bagi menggambarkan sebenar imej KFA. Jika kuat dan menang, maka ia akan memberi impak yang amat besar pada KFA. Sebagai contoh, kutipan tiket dan jumlah penonton akan bertambah jika kita menang, begitu jugalah sebaliknya.

Para penyokong walau di mana-mana sekalipun mahukan pasukan kesayangan mereka mencapai kemenangan. Tetapi yang lebih penting adalah mutu persembahan, jika kalah sekalipun mutu permainan mereka mestilah bagus dan penyokong pasti akan berpuas hati.

Inilah yang mahu saya tekankan, konsistensi pasukan perlu sentiasa seimbang, semua yang terlibat haruslah mengambil ingatan bahawa penonton datang dan membeli tiket, mereka mahukan sesuatu yang terbaik daripada kita.

Sepertimana kita sedia maklum bahawa saingan Piala Malaysia
(Primier Cup) 2013 akan bermula 2 minggu selepas Hari Raya Aidilfitri. Pengundian pertandingan Piala Malaysia akan diadakan pada 27 Julai 2013 nanti dan saya amat berharap Pasukan Utama kita akan dapat bersaing dan mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga kita layak ke pentas Final nanti. Saya bukanlah ingin mendabik dada, tetapi saya percaya kepada kualiti pemain-pemain yang ada dan mereka mempu mencapai kejayaan, Insyaallah. Kejayaan pasukan kita nanti juga pastinya adalah hadiah utama kepada peminat nombor satu bolasepak Kedah iaitu KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Saya dimaklumkan dalam setahun, KFA berbelanja lebih dari RM6 Juta Ringgit. Di kesempatan ini saya merakamkan berbanyak terima kasih kepada PKNK khususnya yang menjadi penyumbang terbesar. Selain daripada itu kita juga menerima sumbangan dari Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjumlah hampir RM 6 juta. Pelaburan kita agak besar jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan Liga Perdana lain, tetapi mereka dilihat lebih berjaya dari kita apabila berjaya melakar kejayaan bermakna baru-baru ini.

Perkara ini membuatkan saya terfikir, apakah pasukan bolasepak kita diurus dengan betul? Atau perlukah satu lonjakan paradigma di dalam sistem pengurusan sukan bolasepak negeri Kedah ini? Saya bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan kelab- kelab terkemuka di peringkat antarabangsa bagi membolehkan para penggerak bolasepak di negeri Kedah ini akan dapat mempelajari dan mendalami ilmu pengurusan pasukan, pengurusan stadium, pengurusan kelab penyokong dan pengurusan kewangan pasukan.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian ,

Sepertimana pihak tuan-tuan sedia maklum, kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional hari ini mempunyai 'Akujanji' yang khas berkaitan dengan sukan bolasepak. Ianya terkandung di dalam manifesto Barisan Nasional Negeri Kedah Darul Aman menjelang PRU yang lepas. Ianya adalah untuk menebus kembali kegemilangan Bolasepak Kedah melalui pembangunan di semua peringkat di seluruh Negeri Kedah Darul Aman. Oleh yang demikian, tugas kita menjadi semakin mencabar dengan harapan yang menggunung daripada seluruh penyokong pasukan Hijau Kuning!

Akhir kata, saya mengucapkan syabas dan tahniah di atas usaha mengadakan kongres ( EGM ) pada hari ini.Bagi saya, setelah diberi amanah sebagai Presiden yang baru ini, ingin saya nyatakan rasa hormat saya ke atas kelebihan, pengalaman serta kepakaran yang tuan-tuan miliki dan sama-samalah kita berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada bagi mengangkat mutu sukan bolasepak di Negeri Kedah Darul Aman.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PANASS!! Kali ni Umat Islam Pula Buka Puasa Dalam Tandas?

Posted: 24 Jul 2013 11:12 PM PDT



Rupa-rupanya isu Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh lebih kepada propaganda untuk melaga-lagakan sesama kita. Orang Islam pun menggunakan bilik persalinan sekolah itu untuk berbuka puasa.

Blogger MiM membongkarkan cerita sebenar disebalik fitnah yang dibuat oleh puak Pakatan Haram ni.

Apa nak jadi la dengan puak ni, bulan puasa pun nak fitnah ka? Baik pi makan atau minum air la kalau dok fitnah tu, buat lapaq perut saja puasa.

Untuk rekod, kantin sekolah itu ditutup untuk proses naik taraf.



So, perkara yang berlaku di SK Seri Pristana, Sungai Buloh sebenarnya bukan isu besar tetapi sengaja diapi-apikan oleh media pro-pembangkang terutamanya media sosial mereka. Jijik dan jahat sungguh perangai media pro-pembangkang!





Jawapan kepada isu yang diapi-apikan oleh pembangkang

Dan kepada Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan, harap agar beliau tidak cepat melenting membuat kenyataan seperti dibawah :

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.YB, orang Islam pun guna bilik persalinan itu.

Blogger MiM, juga ada minta kenyataan balas dari YB Kamal, boleh tolong jawab tak?

McTheory:
Lain kali siasat dulu sebelum buat kenyataan, kan dah kantoi!!

PANASS! Rintihan Anak Perempuan Guru Besar yang Di Fitnah PR!

Posted: 24 Jul 2013 07:13 PM PDT

Sekadar hiasan..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

I'm usually fast at writing my post but this time I'm stuck. No words can reveal my frustration about what has been happening. I scroll through my facebook wall and I just couldn't bear all the fitnahs that have been going. I'm crying inside. Very loud. Trying my best not to curse out-loud during this holy month. People are talking as if they knew everything. I can't even believe some of them are actually my friends. I can't blame them. They don't know the real story. So they have the right to talk?? To post whatever they want? Even things that are damaging to people involved?

As most of you have known or heard of it's the very famous story of the school that 'forced' non-muslims to eat in the TOILET. Oh my goodness for the sake of your religions and beliefs it is a CHANGING ROOM to begin with. Now some other people don't even care to know the difference. They ARE DIFFERENT! And do you even know the condition of the place to say that it's dirty, not hygienic and whatnot? You're not even there. Why are you rubbing salt to the wounds? Do you really not know, heard or even care about RACIAL SENSITIVITY? If you do why is there only non-muslims in that photo even though muslim students ARE ASKED to do the same if they aren't fasting. They are not given extra treatment, to eat in a luxurious dining hall. They are all treated equally. Just the fact that there are more non-muslims who aren't fasting makes it a bigger deal. Do you see what I see now?

I'm very deeply wounded by this and ESPECIALLY WOUNDED because it's my dad who is involved in this matter. Yes it's my freaking DAD. He is the headmaster of the school and only God knows how many times I have rethink about posting this on my wall but things have gotten too serious for what it's worth and I can't help but to do something, at least by doing this. Who am I again? Who are going to read my post? I'm just like any other medical student studying overseas under the blessings of duit rakyat, and temporarily back in Malaysia for summer holiday, hoping to spend a good time with my family, but now this?

My dad is the most motivated headmaster I've ever met and yes you may think I say this out of bias as a daughter but hey aren't your dad the best dad in the whole world for you? I know my dad so well. He may be a person who is inclined to support the government, but he will NEVER abuses his power to do anything like has been accused by some irresponsible parties. He comes back everyday from work boasting about his school's potential. About how the kids have grown better in both academics and co-curiculums. He never stops asking me and my brother questions about how to improve his school. Urging us to go to his school to give out speeches to motivate the students to reach out for their dreams. To become role models to the society and do not let the society ruins you no matter what. Ironic enough, it's the society who ruined him.

What makes things worse is people keep on posting bad things about my dad, even attacking his posts he's made in the past that I need to deactivate his facebook for a while to protect him from those horrendous comments and threatening messages that he didn't even know about.

Please people, if you still have the slightest bit of humanity stop the fitnah. Do you not fear of the consequences of spreading fitnah? Do you not fear of God's punishment? I'm writing crying my heart out with the intention of being able to reach out to your decent hearts, please STOP! In the name of Allah, in the name of God, please, PUTTING ASIDE WHICH POLITICAL PARTIES YOU'RE ON, just think of me from a perspective of a daughter who cares about her dad. I'm sure you all know how I feel. If you think I'm writing this to gain sympathy, you're damn right I am. If that's the least that I can do for my dad.

FYI, because of your ruthless thought Mr. Author, my dad is now with the police, to be investigated. Seriously is my dad really that bad of a person? I think it's enough for me not to agree with that. And I'm sure all of the people who truly knows him would be on my side. Tabahkan hati Farah. InsyaAllah Allah bersama org teraniaya. The truth will be revealed. I'm praying hard for that. And I believe those who are my friends are with me. No matter what your skin colour or beliefs. People who knows me knows me well and I believe in them and those who don't, don't even bother to stalk my life finding faults in mine. Cause I'm sure some of you have done that to my dad. May God guide your life. You can read the post in the picture if you would even bother.

- Farah Asyikin

Nasihat Mc pada adik Farah, banyakkan berdoa kepada Allah, Insyallah dibulan puasa ni, kebenaran akan muncul jua. Segala fitnah yang mereka buat akan berbalik kepada tuan punya fitnah. Insyallah Allah akan menerima doa insan yang teraniaya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...