Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Video BN Raikan Kemenangan Di #KualaBesut!
- TERKINI! Keputusan PRK #KualaBesut Meh Tengok Meh!!
- Tahniah UMNO Kedah Berjaya Tawan Kubu Kuat Pas PDM Bukit Puteri!! @MukhrizMahathir #KualaBesut
- TERKINI! BN Tawan Dua Peti Undi Pas dan Menang di Kuala Besut? #kualabesut
- HOT! Video Gelagat Pakcik Pakar Kempen Untuk Pas! #KualaBesut
- PANASS!! Adun BN Cuba Di Pukul Muslimah Pas!! #KualaBesut
- TERKINI! Gambar Menarik Awal Pagi Suasana Pengundian Di #KualaBesut
- PANASS! Perkara yang Kurang Menarik Tentang Che Long yang perlu anda tahu! #KualaBesut
| PANASS!! Video BN Raikan Kemenangan Di #KualaBesut! Posted: 24 Jul 2013 07:12 AM PDT Belum pun keluar keputusan rasmi, BN sudah pun meraikan kemenangan. ha ha ha.. saja nak bagi puak PR panas dengan video ni. terbaik dari ladang! Alhamdullilah kita menang! |
| TERKINI! Keputusan PRK #KualaBesut Meh Tengok Meh!! Posted: 24 Jul 2013 06:28 AM PDT |
| Tahniah UMNO Kedah Berjaya Tawan Kubu Kuat Pas PDM Bukit Puteri!! @MukhrizMahathir #KualaBesut Posted: 24 Jul 2013 05:40 AM PDT Tahniah Mc ucapkan pada semua jentera UMNO Kedah yang bekerja keras berkempen membantu jentera tempatan untuk menawan kubu kuat Pas di Bukit Puteri. Mc dimaklumkan sejak dari dulu lagi BN tak pernah menang di Bukit Puteri. Buat pertama kali dalam sejarah, PDM Bukit Puteri berjaya di tawan oleh BN dengan majoriti 21 undi. Dulunya pada PRU 13 yang lepas kita kalah dengan 91 undi majoriti. Betul lah kata Pas, Kuala Besut mencipta sejarah! Sent from my BlackBerry 10 smartphone. |
| TERKINI! BN Tawan Dua Peti Undi Pas dan Menang di Kuala Besut? #kualabesut Posted: 24 Jul 2013 03:16 AM PDT Menurut statistik SPR setakat ini, seramai 12,919 pengundi atau 78.14 peratus sudah keluar mengundi. Jumlah keseluruhan, termasuk undi awal sebanyak 911, menjadikan seramai 13,830 orang (79.24 peratus) keluar mengundi. Paling menarik apabila Mc diberitahu dua PDM yang kalah pada PRU ke 13 berjaya ditawan oleh BN. Iaitu PDM Kampung Nangka dan PDM Bukit Puteri. Keputusan tak rasmi, pengundi putih mendahului 60% disemua peti undi. Itu bermakna BN menang di Kuala Besut, namun kita tunggu update seterusnya nanti. |
| HOT! Video Gelagat Pakcik Pakar Kempen Untuk Pas! #KualaBesut Posted: 24 Jul 2013 02:34 AM PDT Dalam banyak-banyak peraih undi Pas. Mc tertarik dengan gelagat seorang pakcik yang tak henti-henti bercakap dan berkempen untuk Pas, sampai mulut berbuih. Kesian la tengok pakcik sorang ni, punya la semangat nak masuk syurga Pas, sampai tak tentu hala bercakap yang bukan-bukan. Apa la yang Pas 'racun' kat otak dia sampai jadi macam tu sekali. Tengok gelagat pakcik tu kat video kat bawah ni, McTheory: Dah tua masuk Pas, nak mudoh cari surga la kot. he he.. |
| PANASS!! Adun BN Cuba Di Pukul Muslimah Pas!! #KualaBesut Posted: 24 Jul 2013 01:45 AM PDT Dalam banyak-banyak kejadian yang berlaku semasa pengundian dijalankan tengah hari tadi, ada satu insiden yang melibatkan Jentera Perak dan peraih undi Pas. Ianya berlaku betul-betul di hadapan pusat pengundi di Kampung Nangka. ADUN Kuala Kangsar, YB Maslinsham telah diacuh dan cuba dipukul, dihalau oleh muslimah PAS apabila beliau bersama jentera Perak bertemu dengan jentera PAS untuk mengucapkan selamat jalan kerana jentera Perak akan berangkat pulang. Namun tindakan muslimat Pas yang mengacukan payung dan cuba memukul ADUN itu dilihat amat keterlaluan. Politik pun politik la, agama kita tetap sama. Orang minta maaf apa salah terima dengan baik. Buat apa nak halau dan pukul dengan payung. Akai ada ka? Atau memang ajaran Pas suka pukul orang? |
| TERKINI! Gambar Menarik Awal Pagi Suasana Pengundian Di #KualaBesut Posted: 23 Jul 2013 08:38 PM PDT Seperti biasa peraih undi akan memenuhi di tepi-tepi jalan untuk meraih undi dan penduduk Kuala Besut mula keluar mengundi dari seawal pagi pukul 8. Mc diberitahu, buat permulaan peratus keluar penduduk agak slow dan dijangka tengah hari ini lebih ramai yang akan keluar mengundi. Mungkin faktor bulan puasa menyebabkan penduduk menunggu sehingga petang untuk membuang undi. Keadaan akan di update dari masa ke semasa.. Sent from my BlackBerry 10 smartphone. |
| PANASS! Perkara yang Kurang Menarik Tentang Che Long yang perlu anda tahu! #KualaBesut Posted: 23 Jul 2013 06:12 PM PDT Maklumat ni Mc dapat bila berjalan dikampung-kampung sekitar Kuala Besut ni, macam-macam cerita Mc dengar. Salah satunya cerita tentang kisah silam Che Long yang dikatakan dulu pernah 'menagih dadah' sewaktu dia muda dulu. Terkejut juga Mc dengar. Sebelum ni kita dah didedahkan dengan Che Long ada berpuluh saman jalanraya yang dah 14 tahun tidak dijelaskan, kemudian Che Long juga dikatakan jarang balik ke Kuala Besut kerana sibuk berniaga di Kelantan, almaklumlah kontraktor klas A. Kemudian Che Long ni bekas Pemuda UMNO yang belot disebabkan tiada jiwa UMNO dan lebih kejar kontrak dari berjuang untuk rakyat. Orang macam Che Long rasanya layak ka jadi Wakil kepada rakyat Kuala Besut? Bukan nak pertikaikan dirinya tu, tapi latar belakang Che Long yang agak teruk dan kepentingannya untuk berniaga lebih dari jaga rakyat tu mendatangkan rasa sangsi kepada Mc. Jika Mc sebagai orang luar pun sangsi, macam mana rakyat Kuala Besut boleh percayakan orang macam ni? Malah pada mula-mula Che Long dicalonkan jadi Pas, beliau juga pernah kata akan meneruskan bisnesnya dan meletakan 'orang upahan'nya di sini untuk menjaga Dun Kuala Besut. Wakil rakyat apa ni, main 'sub' 'sub' DUN kepada orang lain. Dia ingat jaga DUN ni macam kontrak ka, maincon sub dekat subcon untuk jaga projek. Macam tu? Kalau macam tu, parah la DUN Kuala Besut jika Che Long ni jadi wakil rakyat, sebab mungkin dalam setahun hanya hari raya saja la mereka berpeluang untuk berjumpa dengannya. Sebab hari lain, Che Long di Kelantan sibuk berniaga! Dah la latar belakangnya agak teruk, komitmennya untuk jaga kawasan pun boleh dipertikaikan, soo.. Mc harap orang Kuala Besut fikir elok-elok untuk buat keputusan. BN tawar calon Abe Ku tu 20 kali lebih baik dari Che Long. Dah ada yang elok, nak pilih buat apa yang buruk tu kan? McTheory: Hanya yang kurang waras saja ambil benda yang tak elok tu.. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.


.jpg)












No comments:
Post a Comment