Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS! UMNO Fitnah Pas, atau Pas yang Fitnah UMNO? #KualaBesut
- TUDIAA!! Jentera Perlis dan Kedah Bergabung Mengamuk Di #KualaBesut
- PANASS!! Siapa dia ni untuk pertikaikan Azeez Rahim? @Tunfaisal
- PANASS! Cerita Menarik Melayu Singapore yang Sedar Diri!
- PANASS!! Penduduk Tolak Kempen Bodoh Pas 16:16!! #KualaBesut
- PANASS! Cerita Kurang Menarik Mengenai Jentera Pas di #KualaBesut!!
| PANASS! UMNO Fitnah Pas, atau Pas yang Fitnah UMNO? #KualaBesut Posted: 23 Jul 2013 08:12 AM PDT Fitnah terbaru Pas di Kuala Besut! Blackops bodoh macam ni pun Pas sanggup buat untuk tuduh UMNO. Mangkuk hayun sungguh! Sebenarnya Mc ada rakaman dari ceramah di Kampung Tok Saboh yang diambil malam tadi. Selesai sesi ceramah, pengacara telah meminta perhatian hadirin terhadap satu SMS palsu yang kononnya telah disebarkan kepada penduduk kampung supaya beramai-ramai pergi ke rumah Che Long untuk menerima zakat padahal ianya tidak berlaku. Paling menarik bila Pas menuduh UMNO yang menyebarkan sms tersebut semata-mata untuk meraih simpati. Betul ka UMNO yang buat? Video kat bawah ni, ada jawapannya! |
| TUDIAA!! Jentera Perlis dan Kedah Bergabung Mengamuk Di #KualaBesut Posted: 23 Jul 2013 06:12 AM PDT Kepada blogger, media sosial yang Datuk Seri Shahidan Kassim katakan tu, bukannya media pro UMNO tapi media pro pembangkang, soo jangan terasa pulak. Memang betul sekarang ni cybertropers PR memang dahsyat memfitnah, depa punya fitnah tu seolah-olah macam tak ada agama. Kemudian komen Datuk Shahidan dan YB Det tentang jentera UMNO di Bukit Puteri tu, merupakan satu pendekatan yang bagus. UMNO/BN gunakan 'personel touch' untuk berkempen. Manakala pembangkang pula lebih gunakan ceramah menipu orang kampung, import orang luar ramai-ramai, bagi penuh ceramah. Kononnya orang Kuala Besut sokong dorang. Rasa-rasa diantara kedua-dua kempen tu, mana yang lebih bagus? Tak payah jawab, kita tengok keputusannya nanti. PDM Bukit Puteri akan BN tawan! |
| PANASS!! Siapa dia ni untuk pertikaikan Azeez Rahim? @Tunfaisal Posted: 23 Jul 2013 04:03 AM PDT Sebelum kita tegur orang, sepatutnya muhasabah diri kita dulu. Tengok apa jasa kita pada parti, pada rakyat, pada negara. Kalau setakat mengkayakan diri dan tak pernah sumbang apa-apa, baik dok diam saja la. Itulah yang berlaku pada manusia yang bernama Syed Mehdar. Ketua Pemuda Cheras yang sakan sungguh dok pertikaikan perlantikan Datuk Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji. Syed Mehdar pertikaikan kelayakan Azeez Rahim sehingga beliau di pilih menjadi Pengerusi Tabung Haji. Kenapa nak pertikaikan? Sudah tentu Azeez mempunyai kelayakan yang cukup dan jasa yang besar untuk beliau dipilih! Kita tak payah bandingkan perkara lain la. Kita fokus pada sumbang Azeez Rahim pada PRU 13 yang lepas. Azeez berjaya menawan parlimen Baling dengan majoriti yang agak besar. Sedangkan semua orang tahu, parlimen Baling tu kawasan hitam bagi UMNO/BN untuk menang. Dibawah pimpinan Azeez Rahim juga, UMNO Baling berjaya merampas Dun Kupang dan mengekalkan DUN Bayu. Kalau macam tu pun kata Azeez tak bagus, apa yang Syed Mehdar buat untuk membantu BN tambah kerusi Dun dan Parlimen? Ohh lupa pulak nak tanya si Syed Mehdar, Parlimen Cheras siapa menang? Apa sumbangan ketua Pemuda Cheras pada parti? Syed Mehdar dulu naik cepat sebab siapa? Hasil usaha sendiri atau Syed Ali? Orang tahu siapa Syed Mehdar, golongan kaya yang hanya mengkayakan diri dan bukan berjuang untuk parti. Kalau dilihat perjuangan dalam politik, Mc rasa tak mungkin beliau akan naik cepat kalau takdak 'cable' yang menolong untuk beliau cepat naik. Selama ni orang tak kisah pun siapa Syed Mehdar, tapi bila Syed Mehdar tu mula pertikaikan orang lain. Nescaya orang juga akan pertikaikan siapa Syed Mehdar dan apa jasanya pada parti. Kalau ikut Mc, rasanya ramai lagi orang yang layak jawat jawatan Ketua Pemuda Cheras tu. Cuba diberi kepada orang lain, mungkin selepas ini kita akan nampak Pemuda Cheras akan kembali aktif dan kemungkinan besar, BN akan ada peluang cerah untuk menawan semula parlimen Cheras dari tangan PR. Kepada Syed Mehdar, orang tak pertikaikan jawatan ko tu pun dah kira bagus. Jaga punggung diri dulu, sebelum jaga punggung orang lain. Sebab kadang-kadang kita tak sedar, punggung kita tu lebih kotor dari orang. McTheory: Basuh cuci-cuci dulu, sebelum gelakan orang lain.. |
| PANASS! Cerita Menarik Melayu Singapore yang Sedar Diri! Posted: 23 Jul 2013 02:35 AM PDT Orang Melayu PKR, Pas dan Dap bila pulak nak sedar diri? Dalam Pakatan, Dap paling kuat sekarang ni. Tak rasa kalau Pakatan menang Malaysia, Dap akan jadi ketua ka? Kalau pun Dap tak jadi ketua, namun kuasa tetap di tangan Dap sebab mereka mempunyai kerusi parlimen paling banyak. Macam mana Pkr dan Pas nak bantah Dap? Kemudian Anwar Ibrahim naik jadi PM, disebabkan kerusi parlimen Dap, Anwar bakal jadi boneka dan mengikut apa saja arahan dari Dap. Macam Khalid gagap di Selangor sekarang, apa saja arahan dari Dap, dia patuh tanpa bantah! Habis melayu di bodohkan, lama-kelamaan jadilah macam Singapore. Penang dah hampir nak jadi Singapore, sampai pekerja kilang melayu nak sembahyang Jumaat pun tak dibenarkan. Betul-betul melampau tindakan taukeh cina Penang tu. Tak percaya? Boleh klik baca kat SINI. McTheory: Baru dapat negeri dah sombong, kalau dapat Malaysia, melayu tinggal seluar dalam laa.. |
| PANASS!! Penduduk Tolak Kempen Bodoh Pas 16:16!! #KualaBesut Posted: 23 Jul 2013 12:13 AM PDT Kita tahu, kempen Pas di Kuala Besut mahu kerusi Dun Terengganu menjadi 16:16. Kata mereka, mahu membuat perubahan baru dan mengutamakan rakyat, sebab kerusi pembangkang sama dengan kerajaan. Tapi benarkah semua itu berlaku? Atau Pas mempunyai agenda lain? Kita dengar apa kata orang Kuala Besut! McTheory: Huru-hara, takdak kerja, takdak projek jika Pas menang, apa itu yang penduduk Kuala Besut mahu? |
| PANASS! Cerita Kurang Menarik Mengenai Jentera Pas di #KualaBesut!! Posted: 22 Jul 2013 09:08 PM PDT Tak ramai orang tahu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut sudah banyak malam tidak turun berkempan. Kerana beliau menganggap bahawa dirinya yang sepatutnya mengepalai jentera (walaupun bukan sebagai Pengarah Pilihanraya) disebabkan Kuala Besut dibawah Pas Terengganu. Wahid Endut dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS Pusat kerana menyerahkan kuasa kepada Pas Kelantan melalui Husam Musa untuk mengetuai PRK di Kuala Besut. Disebabkan itu Wahid Endut menghantar sms mempertikaikan Pas Kelantan mengetuai jentera di Kuala Besut. Disebabkan itu, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Kelantan, Wan Nik Yusof Ngah pada 11 Julai 2013, 2 PM di Masjid Haji Yaacob, peti undi Tok Sabah, telah mendedahkan bahawa pemilihan Husam Musa sebagai Pengarah PRK dun Kuala Besut dibuat oleh PAS Pusat sendiri. Perlantikan berkenan dibuat untuk mengelakkan isu Husam Musa disingkirkan oleh PAS Kelantan. Justeru PRK DUN Kuala Besut telah dijadikan sebagai topengnya, memandangkan PAS Kelantan amat tahu bahawa kelebihan di Kuala Besut lebih berpihak kepada UMNO berbanding PAS. Wan Nik Yusuf Ngah juga secara terang-terang MENGECAM kepimpinan PAS Terengganu yang disifatkannya tidak bersungguh-sungguh menerima kehadiran petugas dan pembantu dari Kelantan. Wan Nik Yusuf Ngah turut mendedahkan bahawa operasi kempen PAS di Kuala Besut setakat ini langsung tidak mendapat sokongan kewangan dari PAS Terengganu. Malah sambutan dari Pas Kuala Besut sendiri pun kurang memberangsangkan. Maklumat juga mendedahkan tiada sebarang arahan dari peringkat Pusat untuk jentera PKR turun berkempen di Kuala Besut bagi membantu jentera PAS. Buat masa ini, hanya kepimpinan PKR Pahang dan Terengganu sahaja yang telah mengluarkan arahan untuk petugas dan jentera parti turun. Selain daripada itu, tiada sebarang peruntukan atau bajet disalurkan dari Pusat, sebaliknya terpaksa mengharapkan bantuan daripada Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN PKR dari Pahang dan Terengganu. Itu baru sikit kepincangan yang dihadapi oleh jentera Pas di sini. Mc diberitahu banyak lagi, kalau nak tau lagi boleh klik kat KLIK SINI McTheory: Sebab tu setiap kempen, ramai orang Kelantan dari Kuala Besut sendiri.. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

.jpg)
.jpg)



No comments:
Post a Comment