Kedah Ke KL - MctHeory |
- LAYANN!! Santai Nostalgia Ramadhan Bersama Ustaz Kazim Elias!
- PANASS!! Demi Dap, Muslimat Pas Maafkan Alvin dan Vivian! #HinaIslam
- GEMPAR!! Bekas Peguambela Dedah Penipuan Anwar di Mahkamah!!
- HOT! Amoi Cute ni dalami Islam dan Berpuasa?
- HOT! PRK Kuala Besut Polis Trafik Di Langgar Putus Kaki!
- PANASS! Azhar Idrus Termuntah Tengok Signboard 'Rakyat Didahulukan'? #prkKualaBesut
| LAYANN!! Santai Nostalgia Ramadhan Bersama Ustaz Kazim Elias! Posted: 18 Jul 2013 08:12 AM PDT Seronok baca tulisan Ustaz Kazim kat FB. Kadang-kadang Ustaz ni santai juga teringatkan nostalgia lama. Pada sesiapa yang mengikuti FB Ustaz Kazim, tentu tahu. Baca print screen yang sempat Mc ambil, Asyik berpolitik pun penin juga. Layan santai bersama Ustaz Kazim lagi best.. Tak pernah pula Mc tengok Ustaz Kazim bercerita politik dalam FB, kecuali masalah mengenai umat Islam di Malaysia. Tak macam Ustaz 'natang' yang hari-hari kutuk kerajaan, tapi mengaku diri tak berpolitik..pui! |
| PANASS!! Demi Dap, Muslimat Pas Maafkan Alvin dan Vivian! #HinaIslam Posted: 18 Jul 2013 06:12 AM PDT Lepas membaca kenyataan dari Ketua Penerangan Muslimat Pas, Mc hanya tersenyum, jika sekarang ni umat Islam sedang 'bara' dengan tindakan Alvin dan Vivian kerana menghina Islam dan bulan Ramadhan. Ada insan yang beragama Islam, tak sensitif dan terus menyatakan sokongan kepada blogger prono ini. Memaafkan tu, umpama menyokonglah. Mc taktau nak kata apa, muslimat Pas lebih memilih politik dari martabatkan Islam. Patutnya, agama kita tak boleh di 'cuit' pun di Malaysia ni, sebab Islam adalah agama rasmi, tapi puak Pas lebih sayangkan 'persahabatan' mereka dengan Dap dan demi selamatkan undi cina, mereka sanggup abaikan Islam. Baca apa Penerangan muslimat Pas tulis, 1. Ia adalah satu jenaka yg agak biadab terhadap ummat Islam dan Islam itu sendiri. Tidak wajar dilakukan dan pasangan ini wajib meminta maaf secara terbuka kepada seluruh ummat Islam. Mereka perlu disedarkan bahawa ianya melanggar sensitiviti agama dan mereka wajar dibimbing agar faham dan tidak berterusan melakukan kesilapan ini. 2. Walau bagamanapun...dlm bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak yang sinonim sebagai bulan kasih sayang,bulan kemaafan dan keampunan, adalah wajar kita menangani dan mendepani isu-isu seumpama ini dengan jujur, hikmah dalam berdakwah hatta bersifat pemaaf. Jgn bakar kemarahan kita dan menidakkan kemaafan walaupun yg mlakukn kesalahan adalah daripada mereka yang bukan beragama Islam. Seerah perjuangn Nabi SAW banyak menunjukkan suri teladan tika berhadapan situasi seperti ini. Ia perlu dihadapi secara dakwah, bukannya hukuman kejian kutukan dan celaan. Biasalah mereka tidak atau kurang faham. Maka tugas kita dakwahlah sehingga mereka faham dan berubah. 3. Adalah tidak wajar bila ada pihak yg dilihat sengaja menghangatkan isu ini dan menaikkan kemarahan ummat Islam secara tidak bertanggungjawab. Terus mengapi-apikan semangat permusuhan dan ketegangan agama dan kaum hanya kerana tindakan seorg dua orang bukan Islam yg tidak sensitif dan kurang bijak adalah satu tindakn tidak bertanggungjawab dan merendahkan diri kita sendiri sebagai orang mukmin yang bijak dan pemaaf. Hatta merendahkan kemuliaan bulan kemaafan dan keampunan ini. 4. Jangan lepaskn peluang kita berdakwah terhadap orang bukan Islam hanya kerana kesombongan kita atas keIslaman kita lantas semudahnya memandang orang lain sebagai rendah. Islam bukan agama yg sombong. Islam itu rahmat kpd sekalian alam. 5. Justeru, semua pihak harus menghentikan polemik kebencian ini. Pasangan yang bersalah juga wajib segera sedar insaf dan memohon maaf. 6. Saya juga secara jelas melihat betapa isu ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk menang dlm PRK N01 Kuala Besut. Menakut-nakutkan ummat Islam dengan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat. Seterusnya menjadikan sbg faktor utama melegitimasikn pindaan terhadap Akta Multimedia yang hakikatnya bertujuan menyekat kebebasan rakyat daripada mendapat maklumat daripada sumber lain selain daripada media milik proksi umno bn. 7. Ia adalah suatu tindakan yang sangat berniat jahat dan dilakukan secara terancang fasa demi fasa. Rakyat mesti menolak propaganda n modus operandi yang jahat ini dgn berhenti daripada menjadi mangsa adu domba dan fitnah jahat regim diktator BN. Enough is enough to BN! Aiman Athirah Al Jundi Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat Mc ambil dari FB Ketua Penerangan Muslimat Pas, kalau tak percaya boleh tengok kat SINI. Dalam kenyataan muslimat Pas, anda rasa siapa yang berpolitik sekarang ni? UMNO/BN ka Pas? McTheory: Agama kena caci, pun boleh politik lagi? |
| GEMPAR!! Bekas Peguambela Dedah Penipuan Anwar di Mahkamah!! Posted: 18 Jul 2013 02:13 AM PDT Yuktes menyatakan bahawa beliau ada emel yang membuktikan perancangan Anwar, Chegu Bard dan konco-konconya untuk memalsukan Sijil Sakit untuk menipu mahkamah? Yuktes - "The actions of Anwar and his team of lawyers to deceive the Court, in fact readily plan and eventually submit a fake document, for the sole purpose of political mileage is an insult to all Malaysians. A contempt of Court and an act punishable under S193 of the Penal Code." Baca tulisan Yuktes Vijay, bekas anggota pasukan peguam bela Anwar tentang perancangan jahat Anwar di bawah..... Sambung Baca Sini This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
| HOT! Amoi Cute ni dalami Islam dan Berpuasa? Posted: 17 Jul 2013 11:12 PM PDT J SZE adalah gadis cina, berumur 21 tahun. Bukan Islam. Beliau menceritakan pengalaman berpuasa ramadhan dan menerangkan hikmah-hikmahnya. Beliau juga bersolat terawih bersama umat Islam. Beliau adalah salah seorang dalam team Najasyi / Abu Talib yang terdiri dari mereka yang bukan Islam tetapi berusaha menghayati Islam secara positif. Beliau sedang belajar berhujah pro-Islam dengan Xifu Naser (pensyarah pemikiran kritis cfs, iium). J Sze telah muncul di pentas KONVENSYEN FIQH UMMAH di Johor bersama barisan para ustaz terkenal seperti dr.zaharudin, dr maszlee, ustaz zahzan, ustaz zamri mantop, imam muda asyraf dan lain-lain. Di sana beliau menakjubkan ramai orang bila beliau berhujah mengapa Islam itu agama yang rasional. Kini beliau sedang belajar bahasa Arab dengan Xifu Naser dan giat menghafal hadis, ayat al-qur'an. Kalau tak percaya boleh tengok video kat bawah ni, Inilah cina sahabat kita yang memahami Islam, walaupun tidak memeluk Islam, tapi J SZE amat menghormati Islam. Mc tak rasa, J SZE ni mendalami Islam disebabkan tarbiah dari Pas. J SZE mengkaji dan dalami Islam disebabkan persekitaran yang wujud dalam negara sekarang dan minatnya untuk mengkaji. Amoi ni patut kita hormat, dan ambil jadi IKON berbanding 'namewee dan alvivi prono tu'. Agak-agak Dap suka tak dengan tindakan amoi sorang ni? Orang baik macam amoi ni, Kerajaan taknak sumbang apa-apa ka? heh.. McTheory: Kena jadi jahat, baru orang nampak.. kadang-kadang rugi jadi baik.. kan? |
| HOT! PRK Kuala Besut Polis Trafik Di Langgar Putus Kaki! Posted: 17 Jul 2013 09:24 PM PDT Kuala Besut - Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu. Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu. Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain. Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian. Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh. "Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini. Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut. Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut. Keadaannya kini dilaporkan stabil. Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu. Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan. - BERNAMA |
| PANASS! Azhar Idrus Termuntah Tengok Signboard 'Rakyat Didahulukan'? #prkKualaBesut Posted: 17 Jul 2013 06:45 PM PDT Tweet dari Ustaz politik Pas yang bersungguh-sungguh berpolitik untuk calon cari make Pas di Kuala Besut nuu. Masalahnya bukan nak termuntah tengok signboard, tapi nak termuntah tengok muka Azhar Idrus 'Ustaz Menatang' ni Kalau sengaja muntah tengok muka Ustaz ni, maka batal lah puasa.. McTheory: Rugi pahala puasa tengok muka orang tua ni.. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.










No comments:
Post a Comment