Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Lagi Cerita Kezaliman BN di #KualaBesut #prkKualaBesut
- HOT INFO! Cerita Menarik Disebalik Mukhriz Lawat Azizan di Hospital! #HanyaDiKedah
- PANASS!! Dap nafi Taja Vivian dan Alvin? #DAPigs
- INFO! Komen Tun Dr Mahathir Tentang Perihal Alvin dan Vivian Hina Islam!
- PANASS!! Kes Pukul Cina Hina Islam, Geng Melayu Alphard Di Tangkap!! #HinaIslam
- INFO! Bodoh! Jadi Melayu Itu Sendiri Sudah Rasis!! #HakMelayu
| PANASS!! Lagi Cerita Kezaliman BN di #KualaBesut #prkKualaBesut Posted: 17 Jul 2013 08:33 AM PDT Pas rupanya penyamun. Samun tanah rakyat Kuala Besut beri kepada orang luar Kuala Besut. Orang luar pula jual dan dah kaut untung berlipat ganda kepada 4 keluarga. 4 keluarga kena tipu beli tanah daripada penyokong Pas. 3 dah sapu pampasan, seorang lagi yang masih dipergunakan Pas. Itu yang ditulis blogger Double Y, baca selanjutnya di bawah.... Suasana dan bentuk kempen sederhana di PRK Kuala Besut bagi kedua-dua calon, kini dilihat semakin panas ekoran PAS memainkan semula isu perobohan empat buah kediaman yang berlaku pada Oktober 2012. Isu yang hampir setahun berlalu itu kini dijadikan sebagai isu utama mereka untuk menyerang BN, ia dilakukan bagi memastikan misi 16:16 mereka berjaya dicapai. Bagi merungkai persoalan serta tuduhan yang dilemparkan oleh PAS melalui sidang media kelmarin, saya serta sahabat berkunjung ke tapak Pangsapuri berkenaan yang terletak di Kg. Lay Out. Kronologi kes : Isu perobohan empat kediaman di Kg.Lay Out tidak sepatutnya ditimbulkan oleh pembangkang, Ini kerana tindakan kerajaan negeri mengambil semula tanah yang diduduki mereka jelas tidak melanggar sebarang peraturan. |
| HOT INFO! Cerita Menarik Disebalik Mukhriz Lawat Azizan di Hospital! #HanyaDiKedah Posted: 17 Jul 2013 06:12 AM PDT Dua hari lepas Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir melawat Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang. Rasanya dah 2 kali Datuk Mukhriz Mahathir melawat Tan Sri Azizan selama 67 hari Tan Sri Azizan menerima rawatan selepas melakukan pembedahan memotong kedua-dua kakinya akibat kencing manis. Terharu dengan keperihatinan Menteri Besar Muda Kedah ni terhadap Tan Sri Azizan. Rajin beliau datang jenguk dan melihat keadaan kesihatan Tan Sri Azizan. Masa mula-mula masuk wad di Kedah Medical Centre (KMC) dulu , Datuk Mukhriz lah antara terawal datang melihat keadaan Tan Sri Azizan sebelum Tan Sri dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Tak semua orang boleh datang selalu melawat Tan Sri Azizan tapi pantang terluang sikit masa semestinya Datuk Mukhriz datang melawat tambah-tambah dibulan puasa ni bagi memberi semangat kepada Tan Sri Azizan walaupun berbeza fahaman politik tapi semangat persaudaraan sesama Islam tetap kuat. Sepatutnya itulah contoh yang harus semua orang lihat dan ikut, politik tidak boleh memutuskan hubungan silatulrahim sesama kita. Bila disoal Isteri Azizan mengenai keadaan beliau, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, keadaan Tan Sri Azizan bertambah baik dan sering dilihat tersenyum setiap kali ahli keluarga dan sahabatnya datang melawat. "Tan Sri sekarang dalam tempoh pemulihan namun ia mengambil masa untuk beliau kembali pulih sepenuhnya. "Beliau sudah mampu berkomunikasi namun tidak boleh bercakap dengan lancar sebaliknya akan menggunakan pen dan kertas jika mahu berinteraksi dengan ahli keluarga," Bersyukur dengan keadaan kesihatan yang semakin baik, Azizan dikatakan berhasrat untuk membuat kenduri dan menyumbangkan seekor lembu kepada HPP. "Sebelum ini setiap kali Ramadan beliau akan membuat perkara yang sama (menyumbangkan seekor lembu) kepada mana-mana hospital di Kedah namun kali ini beliau memilih memberinya kepada HPP," katanya. Faekah berkata, Azizan tidak dibenarkan menjalani ibadah puasa tahun ini berikutan keadaan kesihatannya yang memberlukan pemberian ubatan-ubatan secara berterusan. Beliau berkata, suaminya kini masih lagi makan dan minum menggunakan tiub dan tidak mampu berpuasa sehingga hari ini. Mc berdoa agar kesihatan Tan Sri bertambah baik dan pulih bagi meneruskan perjalanan kehidupan. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan. McTheory: Rajin MB kita pi lawat Tok Jan.. |
| PANASS!! Dap nafi Taja Vivian dan Alvin? #DAPigs Posted: 17 Jul 2013 02:14 AM PDT DAP kesal tiada tindakan dikenakan terhadap ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang mengaitkan parti itu dengan pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee dalam ucapan perbahasannya di persidangan Dewan Rakyat,semalam. Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, Bung Mokhtar telah menyalahgunakan peluang bercakap di Parlimen untuk memfitnah DAP. "Kita amat kesal apabila beliau mengeluarkan kenyataan fitnah itu. Nampaknya beliau sengaja mengucapkannya di Parlimen kerana tahu ada imuniti. "Malangnya tiada tindakan dikenakan kepada beliau walaupun kita sudah membangkitkan soal peraturan mesyuarat. Kita harap Speaker Dewan Rakyat dapat menegur dan ambil tindakan kepada beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen. Terdahulu, Bung Mokhtar dalam ucapan perbahasannya mendakwa pasangan Alvin dan Vivian mendapat tajaan DAP. Tindakannya itu mengundang kemarahan wakil rakyat DAP yang bangun dan membantah dakwaan tersebut, antaranya V Sivakumar (DAP-Batu Gajah), Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Loke sendiri. Menurut Loke yang juga ahli Parlimen Seremban, kenyataan Bung itu cuba memberi gambaran buruk terhadap DAP. "Seperti yang ditegaskan sebelum ini, DAP mengutuk perbuatan pasangan blogger berkenaan. Tindakan mereka ternyata boleh mendatangkan kemarahan umat Islam dan menimbulkan masalah hubungan kaum. "Namun, kita lebih kesal apabila ada pihak yang kaitkan mereka dengan DAP. Ini semua modus operandi Umno untuk memberikan imej negatif kepada DAP," katanya. Utara News McTheory: Betul ke tak kenal? hmm.. pelik la pulak.. |
| INFO! Komen Tun Dr Mahathir Tentang Perihal Alvin dan Vivian Hina Islam! Posted: 16 Jul 2013 11:13 PM PDT Semalam bekas Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perbuatan mempersendakan bulan Ramadhan di laman Facebook oleh Alvin Tan dan Vivian Lee jika dibenarkan undang-undang,mereka seharusnya dilucut kewarganegaraan. Katanya lagi, namun undang-undang di negara ini tidak pernah melucutkan kewarganegaraan seseorang. Jelasnya,perbuatan menceroboh agama lain adalah perkara yang tidak baik dan boleh sampai ke peringkat mencetuskan rusuhan . "Jika kita lihat,di negara lain banyak berlaku rusuhan disebabkan oleh agama, namun Alhamdulillah negara kita tidak berlaku rusuhan itu.Namun,apa yang kita nampak perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan menyakitkan hati orang lain yang mungkin orang lain akan balas lalu bermusuh. Mereka ini adalah orang yang tidak ada akal dan bodoh yang tidak boleh di ajar," katanya ketika majlis berbuka puasa dan solat terawih anjuran Proton semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Alvin Tay Jye Yee dan pasangannya,Vivian Lee yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.Beliau menambah,jika berlaku rusuhan,mereka ini tidak akan bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan tegas jika tidak dilucutkan kewarganegaraan. Selain itu,Tun Mahathir turut berkata,undang-undang dibuat adalah untuk menentukan hidup kita lebih selesa. "Undang-undang dibuat untuk menjadikan masayarkat kita lebih sempurna dan jika mansuhkan semua undang-undang,saya fikir kita akan binasa," katanya. |
| PANASS!! Kes Pukul Cina Hina Islam, Geng Melayu Alphard Di Tangkap!! #HinaIslam Posted: 16 Jul 2013 07:33 PM PDT Kalau geng melayu pukul cina, kenapa polis cepat saja ambil tindakan? Kalau cina hentam melayu, kadang-kadang kita dengar kes sampai bertahun pun tak settle lagi. Polis yakin kes culik dan membogelkan seorang penjaga kaunter kafe siber di sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, semalam, adalah tindak balas pihak tertentu terhadap pasangan kontroversi, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, yang mempersendakan Ramadan dan umat Islam di negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal percaya motif perbuatan itu adalah membalas dendam terhadap pasangan terbabit yang telah menyinggung umat Islam baru-baru ini. "Apabila timbulnya isu sensitif begini maka ada pihak yang tidak berpuas hati dan mengambil tindakan sendiri."Mungkin mangsa ada bercakap sesuatu yang boleh menyinggung bangsa serta agama pihak lain dan dalam situasi sekarang ini (rentetan kes Alvin dan Vivian), mangsa telah menerima akibatnya," katanya selepas menerima kunjungan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) ke Bukit Aman di sini hari ini. Khalid seterusnya berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan tangkapan terhadap empat orang lelaki yang dipercayai terlibat telah dibuat pagi ini. "Saya nasihatkan supaya masyarakat tidak lagi menimbulkan suatu isu yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. Saya telah mengeluarkan arahan supaya memantau rapi kes sebegini dengan tindakan cepat terus diambil," katanya. Dalam perkembangan kes Alvin dan Vivian, Khalid memberitahu, polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 298 (A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan dan benci-membenci hingga memudaratkan perpaduan "SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah menyiasat kes itu namun polis akan meminta kedua-dua mereka turut hadir ke balai polis untuk dirakam percakapan mereka," katanya. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dua daripada suspek yang menculik penjaga kaunter kafe siber tersebut ditahan di Bukit Jalil dan bakinya masing-masing di Kampung Medan, Petaling Jaya dan Ampang awal pagi ini. Beliau berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 20-an telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. "Kesemua suspek yang antaranya merupakan penganggur ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dan polis kini sedang mencari empat lagi lelaki untuk membantu siasatan kes yang sama," kata beliau ketika dihubungi hari ini. Menurut Zahedi lagi, pihaknya membuat tangkapan tersebut selepas menerima laporan mengenai penculikan mangsa daripada keluarganya semalam. "Selepas mangsa ditemui, polis membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan dia dibenarkan pulang tanpa diambil keterangan kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. "Kita akan cuba mendapatkan keterangannya sama ada pada lewat petang ini atau esok pagi bersama teman wanitanya sekali," tambah beliau. Dalam kejadian pukul 3 pagi semalam, mangsa dan teman wanitanya diculik sekumpulan lapan lelaki menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard ketika berada di sebuah restoran. Mangsa kemudian dibawa kumpulan suspek terbabit ke sebuah kawasan hutan sebelum dibogelkan seterusnya ditinggalkan di tepi jalan di Kilometer 4.5, Lebuh Raya Duke berhampiran susur masuk ke Setiawangsa. Sumber memberitahu, kumpulan lelaki tersebut hanya menculik mangsa dan meninggalkan teman wanitanya di restoran tersebut bersama semua barang peribadi mangsa seperti telefon bimbit, rantai emas dan dompet. "Selain dibogelkan dengan seluar, baju dan pakaian dalamnya dilarikan, badan mangsa turut diconteng. "Mangsa bernasib baik apabila seorang penunggang motosikal yang juga seorang anggota polis melalui kawasan terbabit pada pukul 12.30 tengah hari semalam, sebelum menyelamatkan lelaki tersebut dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju," katanya. |
| INFO! Bodoh! Jadi Melayu Itu Sendiri Sudah Rasis!! #HakMelayu Posted: 16 Jul 2013 06:12 PM PDT Sketsa berikut berlaku dalam satu bilik, Baca dialog betul-betul dan fahami! Ada Melayu, cina, india dan orang Asli. Pengacara menyoal orang Asli, "sebagai orang Asli, apa yang kamu akan perjuangkan" tanya pengacara. Orang Asli berfikir sejenak dan sedia menjawab, "Saya akan memajukan kaum orang Asli dan mempertahankan kaum ini hingga ke masa hadapan" katanya dengan penuh semangat. Kata-kata orang Asli menyebabkan semua orang dalam bilik tersebut, bertepuk tangan! Kemudian pengacara menghampiri seorang india yang ada dalam bilik tersebut, "Sebagai seorang yang asal dari kaum india, apakah kamu bangga dengan kaum kamu?" soal pengacara tersebut. Dengan sambil berdiri india tu jawab "Saya sebagai seorang india, amat berbangga dengan diri saya, malah saya akan meningkatkan lagi taraf ekonomi orang india" kata-katanya lantang dan kuat, sambil disorak semangat oleh semua orang dalam bilik tersebut. Tersenyum pengacara tadi dengar dan beralih ke seorang cina pulak, "Jika anda pemimpin kaum cina, apa yang anda bantu kaum anda" tanya pengacara tersebut Dengan muka yakin dan serius cina tu jawab, "Saya akan bantu kaum cina dari segi pendidikan, ekonomi dan pekerjaan. Menjadikan kaum cina sebagai kaum terhebat! Kata-katanya juga turut disambut dengan sorakan dan tepuk tangan dari semua kaum yang ada. Kini cuma tinggal seorang melayu yang belum disoal, Pengacara beralih kepadanya, "Sebagai seorang melayu, apa yang anda perjuangkan?" Melayu tadi dengan muka selamber menjawab, "Saya akan mempertahankan hak Islam, hak melayu dan memajukan lagi ekonomi orang Melayu!" Jawapan orang melayu tu, membuatkan kaum-kaum lain bengang, dan mengejinya! Jika kaum lain disambut sorak dan tepuk tangan. Kenapa melayu ini dimaki? "rasis" "melayu rasis" "ini orang rasis" "tak payah hidup di Malaysia la kalau rasis" "ini rasis bodoh!" Apakah salah, sebagai seorang Melayu, kita mempertahankan hak kita, sebagaimana mereka, mempertahankan hak mereka? Apakah menjadi melayu itu sendiri sudah rasis? McTheory: Wahai Malaysia.. boleh fikir tak? |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment