Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Jentera UMNO Runtuh Bila Mat Said dan Idris Jusoh Bergaduh? #prkKualaBesut

Posted: 16 Jul 2013 06:12 AM PDT




Teruk, Idris Jusoh dengan Mat Said gaduh, cuba tengok gambar kat bawah ni, dorang siap lawan makan lagi. Habis la pening kepala DS Najib!!


Sebenarnya, bukan ada apa pun, Pas saja nak buat isu kata dua individu penting dalam UMNO Terengganu ni bergaduh besar.

Semuanya konon nak tunjuk dan melemahkan jentera parti, isu ini telah dijadikan modal kempen di pilihan raya kecil Kuala Besut (PRK Kuala Besut).

Idris yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Besut, ketika diminta mengulas mengenai isu yang dibangkitkan itu, menafikannya sekali gus menegaskan ia hanyalah isu yang sengaja dicipta oleh pakatan pembangkang.

Menurut Idris, pemimpin PAS itu sudah kekeringan modal apabila terpaksa memainkan isu berkenaan selepas gagal mengetengahkan calon terbaik kepada rakyat di Kuala Besut.

"Dia (PAS) memang kena buat isu, tak ada masalah. Kita (beliau dan Ahmad Said) boleh bekerja bersama-sama. Bila tak ada modal, dia carilah modal. Calon dia pun tak larat, parti pun tak larat. Dia cucuk kita. Dia cucuklah..., biasalah," katanya.

Naib Presiden PAS, Husam Musa sebelum ini mendakwa 'pertembungan' dan perbezaan pendapat antara Idris dan Ahmad Said akan dapat membantu kemenangan PAS di PRK Kuala Besut.

Menurut Husam lagi, kemenangan PAS di Kuala Besut secara tidak langsung merupakan kejayaan bagi pihak Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Idris turut menjelaskan isu pertembungan itu sengaja dicipta oleh PAS sambil menegaskan perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam politik.

"Perbezaan pendapat itu biasa, tetapi tidaklah sehingga menimbulkan masalah dan menganggu jentera parti. Kami berbuka bersama, bersolat terawih bersama dan pada sebelah malam sempat juga meluangkan masa untuk minum teh tarik sambil berbincang...." tegasnya lagi.

Ketika ditanya mengenai peluang untuk calon Barisan Nasional (BN) dalam PRK Kuala Besut ini, Idris melahirkan keyakinan mampu mengulangi kecemerlangan sekaligus mempertahankan kemenangan yang diperoleh oleh BN/Umno dalam Pilihanraya Umum yang lalu.

"Kita bukan sahaja akan menang dalam pilihan raya kecil ini, tetapi kita akan menang besar" katanya.

PANASS!! Rafizi Bengang Calon Cari Make Pas Banyak Saman!! #prkKualaBesut

Posted: 16 Jul 2013 12:17 AM PDT



Rafizi akan panggil PC tengahhari ini di Kuala Besut?

Iya tak iya juga. Kenapa tiada kedengaran suara Rafizi anak lahir Terengganu ini yang jadi AP kawasan majoriti Cina di Kuala Lumpur?

Syukurlah akhirnya dia akan muncul kerana semasa pilihanraya umum, dialah yang beriya-iya nak dedahkan Rosmah ada saman trafik yang belum bayar sebanyak dua.




Eloklah tu kerana ianya mengingatkan Datin Seri untuk bayar.

Kalau betul Rafizi sedia nak buat PC hari ini, harap dedahkan bahawa Che Long calun Pakatan Rakyat ada 54 saman trafik yang tidak dibayarnya lagi.

Klik untuk besarkan gambar

Mungkin itu yang dikatakan mahu guna skit duit gaji wakkil rakyat untuk modal berniaga. Kenderaannya yang banyak tu perlu dibayar saman sebagai penggunaan berniaga.

Bila jadi wakil rakyat nanti, adakah kenderaan untuk diguna sebagai melawat kawasan?

Kah kah kah ...

Harap Che Long bayar segera saman tu kerana nanti lagu gini kempen mu ...

'

Boleh sambung baca SINI. 

Macam mana calon Pas ni boleh ada 12 saman?

Diri sendiri tak terurus, macam mana nak uruskan rakyat nanti? Teruk la Pas pilih calon wehh. Orang Kuala Besut nak pilih orang macam ni jadi calon ke?

Habis rosak punah Kuala Besut kalau calon cari make ni jadi Wakil Rakyat..

McTheory:
Calon cari make, banyak samea.. hehe

PANASS!! Kerajaan Kedah Bantah Keras Kalimah Allah Digunakan Oleh Orang Bukan Islam! #HanyaDiKedah

Posted: 15 Jul 2013 09:47 PM PDT


JITRA, 16 Julai - Kerajaan negeri Kedah tidak mengizinkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam dalam kitab mereka dan memberi amaran keras bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap golongan yang menyalahgunakan kalimah suci itu.

Ketika memberi amaran itu, Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir turut menyifatkan golongan bukan Islam yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu sebagai mempunyai manifestasi tidak baik terhadap umat Islam di samping cuba mengelirukan generasi muda Islam.

"Kita tidak boleh terima alasan mereka kerana di sebalik alasan tersebut tersembunyi matlamat hendak memurtadkan umat Islam," katanya sambil meminta umat Islam memberi mesej jelas kepada pihak luar yang menyokong kalimah Allah dibenar digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 372 guru al-Quran sukarela, bidan kampung dan mudim bagi daerah Kubang Pasu di Masjid Wang Tepus, dekat sini Isnin malam.

Mukhriz menegaskan Allah adalah tuhan umat Islam dan tidak boleh ditukar dengan istilah 'God' iaitu tuhan secara umum dan jauh sekali 'Lord' yang bermaksud 'tuan' dalam bahasa Melayu.

"Sekiranya perkara ini berlaku di Kedah kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka kerana tidak sensitif dengan majoriti orang Melayu beragama Islam," katanya.

Baru-baru ini Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan menyokong kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, yang mendapat kecaman daripada banyak pihak.

Mukhriz berkata beliau juga mahu umat Islam memberi mesej jelas kepada golongan yang mempersendakan bulan Ramadan kerana perbuatan itu sememangnya disengajakan.

"Dalam negara mengandungi rakyat berbilang kaum dan pegangan agama, kita tidak boleh bermain dengan pegangan agama orang lain kerana ia amat sensitif.

"Mereka (pihak yang mempersendakan Ramadan) kena faham dari mana mereka datang. Siapa yang mendoktrinkan mereka sehingga sanggup memperlekeh agama orang lain, lagi-lagi di negara majoriti rakyatnya adalah Islam.

"Ini tidak biasa dilakukan.....kita tak berani nak bermain-main dengan pegangan agama orang lain. Saya tidak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku," kata Mukhriz berhubung pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee yang mempersendakan agama Islam dalam bulan Ramadan dalam Facebook mereka.

Pasangan itu tampil memberi keterangan di Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia semalam.

Mukhriz berkata tindakan tegas perlu diambil sebagai pengajaran supaya tidak ada lagi orang mengambil kesempatan atas sikap berprasangka baik umat Islam Malaysia selain agar perbuatan seperti ini tidak berulang dan berlarutan.

Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini sehingga mengenal pasti pihak yang menyuntik doktrin bertujuan memecahbelahkan perpaduan masyarakat Malaysia.

-- BERNAMA

GEMPAR!! Pas Anggap Calon PRK Kuala Besut Tak Cerdik Rupanya!! #prkKualaBesut

Posted: 15 Jul 2013 07:13 PM PDT



Huk alohh.. rupanya calon Pas PRK Kuala Besut ni, tak cerdik? Jadi calon gu mano kalo tak cerdik deh?


Kesiann.. kesiann..

Bukan Mc yang cakap, ADUN PAS Chukai yang cakap, si Hanafiah Mat tu, bahawa pihak PAS menyarankan agar calon mereka iaitu Che Long Cari Make agar menutup mulut dari memberi sebarang komen kepada media kerana Che Long dianggap kurang cerdik atau dalam bahasa kasar adalah 'bodoh'.


Che Long Cari Make bukan sahaja dianggap 'bendul', ADUN tersebut juga turut menyatakan Che Long 'kurang cerdik' berbanding wartawan!

McTheory:
Pas sendiri tak yakin dengan calon dorang? Macam mana rakyat nak yakin?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...