BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! PAS TUDUH ORANG KUALA BESUT KAKI RASUAH !!! APA CERITA NI ???

Posted: 31 Jul 2013 08:30 AM PDT


Alhamdulillah,PRK Kuala Besut berlangsung tanpa sebarang gimik keterlaluan dari pembangkang iaitu tiada drama Bangladesh,tiada laungan 'tak ada karan' atau gambar peti undi dijumpai diatas sampan.Namun,itu tidak bermakna tiada tuduhan liar dilemparkan terhadap UMNO,apatah lagi apabila UMNO menang.Kini,telah berkumandang di dalam Harakah bahawa UMNO menang kerana rasuah.Konon BN merasuah secara giat,menghulur wang tunai terus kepada rakyat Besut.Malah,jika melihat dari laporan Harakah dan tulisan-tulisan para kolumnisnya serta ceramah-ceramah kempen sebelum ini pun,kita mungkin akan terbayang gambaran jentera dan calon UMNO menabur wang secara besar-besaran dan pengundi K. Besut pula berpusu-pusu berebut-rebut wang tersebut. Apakah yang boleh disimpulkan dari tuduhan Harakah ini ???? 

Kesimpulannya ialah,PAS menuduh orang Kuala Besut sebagai pemakan rasuah.Dalam keghairahan PAS menyerang,menghentam dan menghina UMNO,PAS terlupa yang mereka sebenarnya menyerang, menghentam dan menghina pengundi.Pengundi Kuala Besut tidak wajar dihina sebegitu sekali.Tidak mungkin mereka memilih UMNO kerana wang.Tidak mungkin harga diri mereka semurah itu. UMNO menghormati pengundi Kuala Besut dan tidak pernah menganggap mereka sebagai barang yang boleh dijual beli.Lagipun,dengan rekod perkhidmatan UMNO,UMNO tidak perlu merasuah untuk meraih undi.Sebaliknya,yang jelas merasuah pengundi ialah PAS.Lihat saja bagaimana calon PAS, Che Long membeli undi dengan minyak percuma.Lihat saja bagaimana PAS menjaja Che Long sebagai 'orang kaya' bagi menarik pengundi,seolah-olah pengundi-pengundi di situ begitu 'hadap' dengan wang Che Long.

Walhal,yang 'hadap' dengan wang Che Long sebenarnya adalah PAS sendiri.Tidak cukup dengan itu,PAS turut cuba merasuah pengundi dengan janji syurga.Sedangkan PAS langsung tiada hak untuk menentukan syurga neraka sesiapa termasuk diri mereka sendiri.Apatah lagi dalam pilihanraya yang menyaksikan perlawanan antara parti yang diterajui sesama Islam dengan calonnya juga Islam Jika kita ingin turut menghukum sepertimana PAS menghukum orang lain,maka dosa PAS di PRK K.Besut sahaja sudah cukup banyak.Antaranya memfitnah BN memberi rasuah,memfitnah pengundi Besut menerima rasuah,memberi rasuah minyak,serta menghukum dengan hukum Allah SWT.Namun,kita bukan sejahil PAS. Kita tahu kita tidak berhak menghukum sesiapa sebagai berdosa walaupun perbuatannya nyata.Apa yang berlaku ialah UMNO mungkin ada memberi bantuan dan barang-barang cenderamata kempen kepada penduduk Kuala Besut dan itu bukanlah rasuah tetapi sebahagian dari proses pilihanraya selain memikul tanggungjawab sebagai kerajaan yang memerintah dan PAS juga ada berbuat yang sama iaitu mengedar cenderamata kempen kepada pengundi.

Cumanya, tidak seperti UMNO,PAS jarang memberi bantuan dalam kempen-kempen mereka,tetapi sering menghulur 'tin milo' meminta bantuan (derma),dari pengundi pula walaupun dalam pilihanraya di negeri yang diperintah mereka.Seperti kata pepatah,tangan di atas lebih baik dari yang di bawah iaitu yang memberi lebih baik dari menerima.Oleh kerana PAS biasa menjadi penerima dan bukan pemberi,maka secara automatik,PAS bukanlah lebih baik dari UMNO.Maka,tidak hairanlah pengundi Kuala Besut memilih UMNO kerana mereka tahu UMNO tidak merasuah mereka,sebaliknya memberi,yakni membantu memajukan kawasan mereka bagi membuka peluang pekerjaan dan perniagaan, sekali gus memperbaiki taraf hidup mereka di masa hadapan.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ISU SCORPENE !!! SAH !!! KENYATAAN JASBIR BUKTI SUARAM ADALAH BANGKAI BERNYAWA !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 31 Jul 2013 05:00 AM PDT


Pembelian kapal selam scorpene tentunya sebuah peristiwa hebat di mana sesuatu yang bukan isu menjadi isu yang sebesar gergarsi dan enggan berhenti.Ia bermula dengan dengan satu pembohongan yang besar oleh SUARAM dan seperti semua pembohongan ia hanya akan bertambah besar di mana dalam kes ini,ia telah pecah berderai sehingga tidak dapat dipastikan lagi bentuknya yang asal dan hari ini,mungkin kerana ego,SUARAM berazam untuk meneruskan pembohongan itu walaupun mereka sendiri keliru dengan kisah yang mereka reka.Rakyat Malaysia,secara amnya sudah maklum mengenai kebenarannya dan tidak lagi memberi perhatian kepada SUARAM.Bagaimanapun ada segelintir yang masih terpedaya dengan persepsi negatif yang ditabur terhadap kerajaan dan terus mempercayai pembohongan SUARAM malah menderma pula untuk tujuan itu.

Di pihak SUARAM pula,mereka tentu sekali perlu memastikan semua ini berterusan.Untuk itu,mereka menganjurkan makan malam termasuk program buka puasa menyeru orang ramai memberi sumbangan agar mereka dapat terus berbohong.saya percaya sumbangan itu akan digunakan sebagai bayaran kepada pihak mereka untuk 'menguruskan pembohongan',termasuk membayar peguam-peguam asing,kos pengangkutan dan penginapan mereka,keraian dan juga pelbagai kos lain.Tugasnya adalah untuk terus memberitahu rakyat bahawa Altantuya adalah penterjemah dalam urusniaga scorpene dan beliau mempunyai hubungan sulit sama ada dengan Datuk Seri Najib atau Razak Baginda.Selain itu mereka juga perlu terus berbohong bahawa syarikat DCNS,Thales dan Perimekar,entah bagaimana telah memasukkan wang ke dalam poket Datuk Seri Najib.Dari situ,mereka harus terus menyatakan bahawa mahkamah Perancis telah membuka fail kes dan beberapa orang bakal disapina.

Tidak apa jika mahkamah Perancis telah membuat kenyataan bahawa kes scorpene tidak wujud sama sekali dan telah ditolak sejak dari mula kerana aduan SUARAM didapati tidak berasas.Tidak apa jika pihak polis Perancis mengesahkan bahawa Altantuya tidak pernah menjejak kaki ke negara itu dalam tempoh urusniaga berlaku Tidak apa jika pegawai syarikat DCNS ketawakan kisah kewujudan penterjemah kerana semua transaksi dilakukan dalam bahasa Inggeris dan tidak apa jika laporan audit syarikat Perimekar telah menunjukkan tiada yang pelik dan tiada satu sen pun wang yang tidak berada di tempatnya.Tidak apa semua itu,kerana apa yang SUARAM perlu lakukan ialah terus berbohong mengenainya sebagai alasan untuk menganjur program dan meminta sumbangan. Ini kerana sumbangan itulah satu-satunya cara untuk mereka menjustifikasi perbelanjaan besar yang dilakukan dan akan terus dilakukan oleh pertubuhan itu.Oleh itu,jika ada sesuatu yang pelik dalam pengurusan kewangan, ia bukanlah dalam pembelian scorpene,tetapi dalam operasi SUARAM.


Bagi meletakkan titik noktah kepada semua pembohongan ini,Jasbir Singh Chahl yang terlibat secara langsung dalam transaksi scorpene telah bersetuju agar kenyataannya diambil dan diterbitkan.The New Straits Times telah menyiarkan kenyataannya kelmarin.Dari kenyataan Jasbir,maka sahlah bahawa tiada teka-teki yang perlu diselesaikan dalam isu pembelian scorpene.Semuanya berlaku secara telus dan jelas dan SUARAM lah yang sebenarnya berbohong.Terbukti kini bahawa hayat SUARAM bergantung penuh kepada pembohongan.Jika pembohongan itu berhenti,maka tamatlah riwayat SUARAM.Setakat hari ini,boleh dikatakan hampir tiada lagi yang mempercayai SUARAM.Maka hiduplah SUARAM bagai bangkai bernyawa,berbohong untuk terus mendapat dana dan mengutip derma.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! OSTAZAH ABBY MACAM ANAK LEMBU - UAI !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 31 Jul 2013 01:30 AM PDT


sekali lagi otazah mee segera kena belasah dengan ustaz azhar idrus.best tak ??? lain kali jangan main-main dengan hukum islam.tapi,betul ker apa yang ustaz azhar idrus cakap ni ??? atau sekadar buat lawak jerrr ??? takper lah,lihat video di bawah


RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ISU SCORPENE !!! PENDEDAHAN JASBIR SINGH ADALAH SATU PEMBOHONGAN ??? VIDEO INSIDE !!!

Posted: 30 Jul 2013 10:00 PM PDT


Akhbar the New Straits Times telah memberi ruang khas bagi menangani isu fitnah mengenai pembelian kapal selam scorpene serta pembunuhan Altantuya.Isu ini sebelum ini telah pun tenggelam kerana segala pembohongan dan penipuan SUARAM dan pembangkang telah pun terbongkar.Namun,SUARAM dan pembangkang masih lagi berusaha untuk menghidupkannya mungkin kerana ketandusan isu.Terbaru,SUARAM mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dengan bertemakan fitnah ini bagi mengutip derma dari orang ramai.Apa yang dilakukan oleh SUARAM ini amatlah jijik sekali kerana mengajak orang Islam berbuka dengan fitnah dan kemudiannya mengutip derma pula dari mereka.Justeru,usaha NST untuk memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai.Untuk tujuan itu,NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini.Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini.Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina.

dan kini,Jasbir tampil sekali lagi menerangkan apa yang telah diterangkan berkali-kali sebelum ini.Antara fakta yang tidak pernah berubah sama ada dalam wawancara dengan Jasbir,kenyataan pihak Perancis,keterangan di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya mahupun dalam penjelasan kerajaan Malaysia adalah :

1. Altantuya bukan seorang penterjemah malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga tidak dapat disahkan.

2. Semua yang terlibat secara langsung dalam urusniaga scorpene, termasuk Jasbir, tidak pernah berjumpa dengan Altantuya sepanjang tempoh urusniaga tersebut iaitu pada tahun 2000 – 2002. 

3. Altantuya tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh itu sepertimana yang disahkan oleh polis Perancis.

4. Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Altantuya sekali gus,hanya berjumpa dengan Altantuya pada tahun 2004.

5. Altantuya dibunuh pada tahun 2006.

6. Syarikat DCNS yang menjadi pembekal scorpene menjalankan semua urusannya dengan syarikat di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris serta tidak memerlukan penterjemah apatah lagi dari Mongolia. 

7. Syarikat Perimekar yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.

8. Syarikat Perimekar menerima bayaran atas perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 staff dan 49 pegawai di Perancis dan Sepanyol.

9. Syarikat Perimekar tidak pernah menerima komisyen bagi pihak Datuk Seri Najib dan semuanya terbukti dalam laporan audit di mana keuntungan selepas cukai syarikat mencatatkan jumlah sebanyak RM105,111,191.

LIHAT VIDEO DI BAWAH


Semua fakta dan angka yang dibentangkan adalah menepati gambaran penceritaan,kenyataan dan penjelasan semua pihak yang terlibat.Tiada satu pun yang berubah.Apa yang berubah hanyalah angka dan fakta yang dikemukakan oleh SUARAM dan pembangkang.Oleh itu,kita tidak perlu menjadi seorang 'genius' untuk melihat pihak mana yang berbohong dan pihak mana yang bercakap benar sekiranya benar ikhlas ingin mencari kebenaran.Apa yang menarik ialah Jasbir,dikatakan hampir meninggikan suara ketika wawancara kerana berang dengan tuduhan yang tidak berasas pihak pembangkang.Jelas,sebagai seorang arkitek berpengalaman dan telah bekerja dengan syarikat gergasi negara luar sejak berusia 20-an lagi, Jasbir kurang senang apabila namanya diheret ke dalam politik. 

Beliau sebelum ini pernah bekerja di syarikat pertahanan dan pembinaan di London dan telah terlibat dalam urusan perniagaan berjumlan berbilion dolar.Dari situ beliau membina hubungan yang baik dengan kontraktor pertahanan di Eropah.Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 sebelum menyertai syarikat Thomson-CSF Int. iaitu anak syarikat Thales yang mana membawanya kepada urusan pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia.Dengan penjelasan Jasbir,rakyat Malaysia wajar meletakkan titik noktah ke atas isu skandal scorpene ini.Biarkan SUARAM dan pembangkang terus memainkan isu ini sesuka hati mereka kerana sesungguhnya ia tidak akan ke mana melainkan menghabiskan dana mereka sendiri.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KURANG AJAR !!! PUAK PR MENGHINA PEMIMPIN UMNO !!! APA CERITA NI ???

Posted: 30 Jul 2013 06:45 PM PDT


tu diaa,sedapnya bercakap.pasal kopiah pun nak kecoh ??? kalau pakai kopiah tapi perangai macam nik aziz buat apa.apa masalahnya kalau pemimpin UMNO pakai kopiah ??? tak salah kan ??? kenapa nak memekak wahai puak PR ??? ni dinamakan dah tiada idea lagi nak belasah pemimpin UMNO.dah kering sangat idea tu sampai benda macam ni pun nak serang.kata bengap marah.malas nak ulas panjang-panjang di bulan Ramadhan yang mulia ni

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...