BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! BEKAS CALON PKR MENGAMUK DAN KEMUKA SAMAN TERHADAP HADI AWANG !!!
- HOT NEWS !!! JASA #PAKATAN PADA MALAYSIA !!! JENAYAH MENINGKAT,PROVOK KAUM MENJADI-JADI !!! LEPAS TU SALAHKAN UMNO !!!
- HOT NEWS !!! PKR DAN PAS AKAN BERGABUNG TUBUH PARTI BARU A.K.A PDRM ???
- HOT NEWS !!! KURANG AJAR !!! KAUM CINA CAUVANIST SEMAKIN MELAMPAU DAN MENGHINA ISLAM !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! ADAKAH BN UNTUNG DENGAN GABUNGAN MCA-GERAKAN-SUPP ??? WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! DAP CUBA SELINDUNGI WAJAH RASIS PEKAT !!! WAJIB BACA !!!
| KANTOI !!! BEKAS CALON PKR MENGAMUK DAN KEMUKA SAMAN TERHADAP HADI AWANG !!! Posted: 25 Jul 2013 08:30 AM PDT Ekoran telah terlalu lama menahan sabar dan memendam rasa,calon PKR,bagi kerusi DUN Bukit Besi,Mohd Shamsul Mat Amin,ketika pilihanraya umum yang lalu,tampil membuat kenyataan bagi menyelar Presiden Pas,Haji Abdul Hadi Awang.Ia ekoran dari kenyataan bekas menteri besar Terengganu itu ketika berceramah di Tebakang Alor Limbat,Marang yang mengatakan "ada calon PKR tukang edar pil kuda dan sokong komunis'.Semasa kempen PRU-13 yang lalu,Presiden Pas itu ketika berucap dalam satu majlis ceramah mengatakan dia mendapat maklumat ada calon yang membuat kerja 'haram' iaitu menjual pil kuda dan mempunyai fahaman bertentangan apabila meletakkan gambar pejuang revolusi komunis di Rusia iaitu Karl Marx,Vladimir Lenin dan Joseph Stalin di markas parti mereka.Dia turut menegaskan Pas tidak boleh menerima calon sebegitu dan tindakan itu diambil agar 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk dalam pakatan pembangkang. Ia bagi menjelaskan isu kenapa Pas terpaksa bertanding di kawasan tertentu sehingga menyebabkan pertindihan sesama sendiri.Menurut Shamsul disebabkan kenyataan itu juga,dia sering diejek dan diaibkan oleh masyarakat di kampungnya.Malah nama baiknya dan keluarga turut terjejas,mengalami masalah kemurungan di samping menjejaskan perniagaannya.Beliau yang tidak dapat menahan sebak,terpaksa berhenti beberapa kali ketika membacakan kenyataannya. "Disebabkan kenyataan tersebut,ia telah menjatuhkan maruah saya,malah masyarakat (di kampung) mengangap saya adalah pengedar pil kuda.Tuduhan tersebut sangat berat.(terpaksa berhenti seketika kerana sebak) dan serius.Saya perlu membersihkan nama nama baik saya dari angkara fitnah ini.Justeru itu,saya akan failkan kes fitnah ini ke mahkamah dalam waktu terdekat dan tindakan saman malu saya ini wajar diambil kerana ia adalah fitnah dan menjurus kepada usaha merendahkan reputasi saya sebagai seorang pemimpin politik" katanya ketika sidang media tergempar kelmarin. Shamsul yang ditemani oleh bapanya dan Ketua Pengarah Pilihanraya PKR,Negeri Terengganu,Yahya Zakaria turut menjelaskannya tindakan itu langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ia semata-mata dilakukan bertujuan untuk membersihkan nama baik keluarganya.Menurut Shamsul yang juga merupakan seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selain beliau dua lagi bekas calon dari PKR Terengganu akan turut mengambil tindakan yang sama dalam masa yang terdekat. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 25 Jul 2013 05:00 AM PDT PR,melalui agen-agennya seperti SUARAM merupakan pendesak utama kepada penghapusan ISA,Akta Darurat dan Akta hasutan.Alasan mereka,akta-akta ini telah menyekat kebebasan serta tidak adil kerana membenarkan seseorang ditangkap tanpa bicara.Untuk itu,Harakah terus menyiarkan kisah anak-anak tahanan ISA bagi meraih simpati rakyat sekali gus mencemuh akta itu.Akhirnya, atas desakan PR,kesemua Akta tersebut dihapuskan dan mereka pun bersorak gembira sebagai tanda kemenangan.Kata mereka,kerajaan akhirnya berbuat sesuatu yang tepat apabila mendengar desakan mereka.Namun,malang sekali kerana ia tidak bermakna mereka akan berhenti dari menyerang kerajaan dan jauh sekali menyokong BN.Lebih malang ialah mereka mengutuk dan menghentam BN pula apabila kadar jenayah meningkat dan provokasi menjadi-jadi.Akibat dari ketiadaan undang-undang pencegahan maka pihak berkuasa sukar untuk membanteras jenayah dengan lebih berkesan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila penjenayah yang ditangkap atas dasar pencegahan pula terpaksa dibebaskan.Hasilnya,ialah apa yang kita lihat berlaku pada hari ini iaitu kejadian bunuh,tembak,rompak dan pergaduhan meningkat dengan mendadak.Selain itu,ramai yang semakin berani menghina dan mencabar agama Islam dan juga Institusi Raja-raja secara terbuka dan melampau.Hari ini,pemimpin PR tidak lagi mendabik dada bangga kerana berjaya melepaskan penjenayah.Mereka juga enggan bertanggungjawab terhadap sikap biadap beberapa individu yang menggunakan hak kebebasannya untuk menghina dan menghasut sesuka hati.Mereka yang ditangkap terpaksa dilepaskan kerana tiada akta yang membolehkan mereka ditahan dan pemimpin PR terus bersikap seolah-olah mereka tidak ada kena mengena dengan kekalutan yang berlaku akibat ketiadaan Akta-akta di atas.Sebaliknya,mereka meletakkan segala-galanya ke atas bahu kerajaan BN dan UMNO.Dari situ juga mereka mula membina persepsi terhadap BN sebagai kerajaan yang lemah.Rakyat harus lebih bijak dalam menilai apa yang berlaku dan jangan sekali-kali terlepas pandang akan motif dan sikap PR itu sendiri. Pernahkah anda bertanya kenapa PR begitu gemar membela orang salah ??? Kenapa PR perlu mendesak agar dilepaskan penjenayah ??? Kenapa PR ingin membuka negara ini kepada risiko ketidakstabilan ??? Apakah motif PR sekadar untuk 'mengenakan' BN atau sememangnya mereka benar-benar percaya bahawa penghapusan akta-akta tersebut adalah tepat ??? Sebelum ini,PR juga ada mendesak kepada penggunaan dakwat kekal dalam PRU.Dakwat kekal,seperti yang ditegaskan oleh SPR ketika enggan melayan desakan mereka pada mulanya,merupakan sistem yang tidak efisien dan hanya diguna di negara dunia ketiga.Namun,PR tetap mendesak dan mengasak penggunaannya sebagaimana hebatnya mereka mendesak agar Akta-akta di atas dihapuskan juga.Akhirnya terbuktilah sudah bahawa apa yang diinginkan sangat oleh PR itu merupakan satu kesilapan.Dakwat kekal ternyata tidak lebih dari satu prosedur tambahan yang tidak efisien dan tidak mampu mengatasi sistem sedia ada.Maknanya,kita telah mengeluarkan kos ke atas sesuatu yang tidak perlu. Kesimpulannya di sini ialah PR tidak pernah membawa idea yang bernas dan tepat.Semua idea yang didesak oleh PR ke atas kerajaan adalah idea yang salah, bodoh dan merugikan semua pihak.Dalam soal undang-undang pula,idea yang mereka kemukakan ternyata membahayakan rakyat juga.Sebagai langkah 'pembetulan' dari idea-idea PR yang menyusahkan semua pihak ini,Ketua Polis,bekas Ketua Polis dan juga Menteri Dalam Negeri telah mencadangkan penggubalan Akta pencegahan baru bagi mengawal keadaan.Justeru,saya berharap agar Akta-akta baru ini akan dapat menangani segala kelemahan yang dibawa oleh idea-idea pembangkang. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! PKR DAN PAS AKAN BERGABUNG TUBUH PARTI BARU A.K.A PDRM ??? Posted: 25 Jul 2013 01:30 AM PDT PR khususnya PKR dan kumpulan demokrat Pas dilaporkan blog GA sedang merancang penubuhan parti baru yang dinamakan Parti Demokrat Rakyat Malaysia (PDRM).Blog GA yang mendapat sumber risikan daripada ibu pejabat PKR melaporkan parti baru itu akan dilaksanakan sebaik sahaja Mursyidul Am,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersara daripada politik.Ia adalah rentetan daripada kritikan Presiden Pas,Abdul Hadi yang menuduh calon-calon PKR tidak berkualiti : pengedar pil kuda,jual kerusi dan penganut komunisme pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) baru-baru ini. "HQ PKR masih lagi tidak dapat menerima salakan TG Haji Hadi sebelum PRU yang lalu.Malahan, ada ahli AMK yang nekad untuk pijak bendera Pas dan ludah pada gambar Hadi.Kepada mereka,penghinaan yang diberikan oleh Presiden Pas itu tidak masuk akal dan tidak dapat diterima,"lapornya. Lapornya lagi,parti itu meniru model Partai Demokrat pimpinan Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang sekarang menjadi parti pemerintah Republik Indonesia. "Apa yang perlu PKR lakukan sekarang adalah menanti detik persaraan Hadi dan Nik Aziz.Pas akan mengalami re-brand total bila itu berlaku.Malahan,ada kumpulan penasihat dalam PKR yang mahu PKR dan PAS bergabung dengan nama Parti Demokrat Rakyat Malaysia (PDRM).Malahan slogan parti tersebut pun sudah diperhalusi 'Utamakan Kepentingan Rakyat'."Katanya,antara perbincangan Anwar dan SBY di Indonesia baru-baru ini adalah kemungkinan aspirasi 'nasionalis-religius' (nasionalisme-penting agama) akan turut menjadi akar PDRM di Malaysia,sama seperti Partai Demokrat Indonesia.Anwar juga banyak bertanya tentang kaedah mengurus 'agamawan' seperti yang dilakukan di Indonesia,"lapornya. Menurut blog itu lagi,penggabungan Pas dan PKR itu merupakan jalan terbaik dalam mencapai impian menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum ke-14 khususnya merebut undi Melayu-Islam."Dalam satu mesyuarat strategik,Anwar sendiri mengakui bahawa dia perlu lebih membawa imej 'nasionalis-religius' selepas daripada ini.Orang Melayu mahukan itu. "Antara kegagalan besar PKR dalam PRU yang lalu adalah merapati undi Melayu yang selama ini di outsource kepada Pas. PRU14, ada game baru. Sementara BN masih leka,Anwar sudah buka lembar baru," lapornya. Lapor blog itu lagi,sekiranya Pas tewas dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut,ia akan mempercepatkan lagi proses penggabungan itu."Kuala Besut adalah agenda PAS dan tidak ada kena mengena dengan PKR.Anwar turun ke Kuala Besut pun,bukan atas tujuan menang kerusi,tetapi menurunkan undi yang bakal diperolehi BN.Jika penurunan menjadi terlalu teruk,Anwar akan berdepan dengan masalah ego apabila Dewan Rakyat mula bersidang semula nanti.MP BN akan pastinya membuka semula angka di Kuala Besut,sebagai bukti bahawa PR sudah semakin hilang sengat. Menurut angka HQ PKR,BN akan menang dengan majoriti lebih 4100.Ini angka yang dibuat oleh rakan-rakan mereka di bawah," lapornya. APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 24 Jul 2013 10:00 PM PDT |
| HOT NEWS !!! ADAKAH BN UNTUNG DENGAN GABUNGAN MCA-GERAKAN-SUPP ??? WAJIB BACA !!! Posted: 24 Jul 2013 07:00 PM PDT satu sahaja persamaan antara tiga parti Cina yang bakal bergabung ini – semuanya kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-13,5 Mei lalu.MCA kalah 30 daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan hanya menang 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 90 kerusi DUN yang dipertaruhkan.Gerakan pula hanya menang satu kerusi Parlimen,Simpang Renggam,daripada 11 kerusi diperuntukkan dan tiga kerusi DUN daripada 31 kerusi ditandingi.Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pula tewas di enam daripada tujuh kerusi Parlimen.Inilah yang menyebabkan isu penggabungan timbul semula sejak hangat diperkatakan pada 2008 lagi.Ketiga-tiga parti terutama MCA dan Gerakan sememangnya sejak lima tahun lagi telah meneroka semua kemungkinan untuk perlu mencari jalan yang membolehkan terus bernafas pada pilihan raya umum akan datang. Penggabungan adalah satu-satunya langkah yang boleh memastikan kelangsungan hidup ketiga-tiga parti ini.Bagi Gerakan,parti itu hakikatnya sudah tidak boleh hidup lagi kerana telah dua kali kalah teruk dalam pilihan raya umum,selain tidak mempunyai hala tuju dan kepemimpinan yang agresif.Difahamkan,MCA yang diketuai Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan menjadi parti dominan dalam gabungan.Presiden Gerakan akan diberikan jawatan Naib Presiden.Dikhabarkan,Gerakan bersetuju untuk menggabungkan partinya dengan kedua-dua parti Cina itu dengan hanya meminta satu syarat,MCA perlu menjadikan parti itu sebagai parti multiracial seperti Gerakan dan SUPP yang diterajui Tan Sri Peter Chin Fah Kui. Pemangku Presiden Gerakan,Chang Ko Youn dikatakan meminta MCA supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah parti multiracial kerana parti yang berdasarkan kepada bangsa,dikatakan sudah tidak relevan lagi. Barangkali PRU-13 banyak 'mengajar' ketiga-tiga parti terutama cara DAP bangkit mencanak meskipun parti yang didominasi 'Dinasti Lim' itu pernah kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum 1995.Cuma,kejayaan DAP yang didakwa sesetengah pihak bergantung kepada elemen 'rasis', banyak yang dicapai menerusi formula 'penggabungan strategik' parti itu dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dalam konteks ini,ia lebih menguntungkan DAP sehingga akhirnya mendominasi jumlah kerusi dalam kalangan parti pembangkang.Formula 'penggabungan DAP-PKR-Pas' ini bagaimanapun kurang disenangi oleh sebilangan ahli Pas,ekoran DAP dalam usaha mendapatkan sokongan padu kaum bukan Melayu secara total,DAP juga melakukan kesilapan dengan menawar isu 'kalimah Allah'. Ini sekali gus mengakibatkan Pas terpinga-pinga untuk membuat pendirian,sehingga sukar mendapat sokongan Melayu di luar bandar dan Felda.Cuma,persoalan yang juga ditimbulkan oleh segelintir pihak,adakah penggabungan MCA-Gerakan-SUPP ini akan memberi tekanan kepada UMNO atau menjadikan BN lebih hebat ??? 'Mereka' ini membangkitkan,antaranya kalau sebelum ini UMNO boleh tawar menawar di antara MCA dan Gerakan, tetapi apabila mereka bersatu, mungkin sebagai 'badan pendesak',apakah impak seterusnya kepada UMNO ??? Apa pun,diharapkan penggabungan MCA-Gerakan-SUPP akan menjadi satu-satunya jalan untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada kepada parti yang didominasi kaum Cina dalam BN dan jika usaha menggabungkan parti-parti Cina ini berjaya, maka jumlah keahlian parti-parti dalam BN akan berkurangan menjadi 12.Persoalan-persoalan akibat penggabungan ini juga perlu diselesaikan sebaik mungkin.Bagaimana dengan kedudukan ahli Gerakan dari kaum India ??? Adakah mereka akan menyertai MIC atau PPP jika masih mahu bersama dengan BN ??? dan adakah ahli Gerakan yang mungkin 'tidak berpuas hati' akan menyertai DAP ??? tepuk dada tanya selera RENUNG-RENUNGKAN |
| BONGKAR !!! DAP CUBA SELINDUNGI WAJAH RASIS PEKAT !!! WAJIB BACA !!! Posted: 24 Jul 2013 05:00 PM PDT Demi 'survival' politik,Dap kini cuba menukar imej daripada sebuah parti rasis Cina yang anti-Melayu kepada wajah yang kononnya prihatin kepada isu-isu bersangkutan orang Melayu.Dalam soalan bertulis yang diajukan kepada Menteri Kesihatan di Dewan Rakyat pada 15 Julai lalu,Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng mahu siasatan dilakukan serta diambil tindakan terhadap tiga doktor berbangsa Cina di dua hospital Kerajaan di Pulau Pinang kerana enggan memberikan rawatan perubatan kepada pesakit Melayu.Menurut Guan Eng sikap rasis yang ditunjukkan oleh Dap itu adalah ekoran "tsunami Cina" yang mengakibatkan pengundi Cina tidak memihak kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.Sikap pengundi Cina yang membenci Barisan Nasional terbawa-bawa kepada perbuatan memboikot serta menghina orang Melayu pula.Realitinya fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi menjadi satu realiti yang berakar di dalam masyarakat sejak sekian baru.Lakonan Dap untuk tiba-tiba menjadi juara anti-rasisme bukanlah baru.Ini kerana Dap berpura-pura menuding jari telunjuk yang lurus tetapi hakikatnya jari kelingking adalah berkait. Dap cuba menunjukkan kepada orang Melayu bahawa parti itu sensitif serta peka kepada amalan rasisme yang dilakukan oleh kaum Cina terhadap bangsa Melayu tetapi secara senyap dan untuk sekian lama parti itu menggalakkan orang Cina supaya membenci orang Melayu.Seperti yang dinyatakan oleh Al-Quran bahawa orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali redha kepada umat Islam,begitu juga kaum Cina tidak akan redha dan terima kepimpinan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini.Walaupun telah diberikan segala macam peluang dan kemudahan oleh Kerajaan sehingga kaum ini menguasai bidang ekonomi serta diberi perkongsian kuasa dalam pentadbiran negara,mereka kini tamak dan rakus pula untuk menguasai Kerajaan sepenuhnya.Berlakunya Tsunami Cina adalah sustu realiti politik dalam PRU13 yang tidak boleh dinafikan tetapi Dap seboleh-bolehnya mahu menyanggahnya dengan mengatakan ia adalah Tsunami Malaysia.Parti itu amat takut jika tembelang dan agenda liciknya menipu orang Melayu terbongkar. Sememangnya penyokong-penyokong daripada kalangan orang Melayu di dalam Pas dan PKR membuta tuli menyokong Dap tanpa memperdulikan samada parti itu menindas orang Melayu.Malah Dap setiap hari menyerang pemimpin-pemimpin serta institusi berkaitan Melayu tanpa dibangkang oleh pemimpin Pas atau PKR.Umpamanya ketika ditanya berkenaan siasatan terhadap dua blogger seks,Alvin Tan dan Vivian Lee,dua ahli parlimen Pas,Mahfuz Omar dan Dr Mariah Mahmud secara jelas mahu tindakan juga diambil terhadap pemimpin Melayu yang membuat kenyataan yang didakwa berbaur rasis.Di mana letaknya sifat sayang serta mempertahankan bangsa sendiri yang gagal dizahirkan oleh pemimpin Pas yang rela menjunjung sikap rasis dua individu Cina ini ??? Pas sudah menjadi barua Dap dengan menyokong tindak tanduk Dap dan penyokong-penyokongnya.Kedua-dua individu Cina yang menghiris hati umat Islam dan menimbulkan kemarahan dalam bulan Ramadhan yang mulia dengan 'iklan' Bak Kut Teh mereka yang amat tidak sensitif telah disokong sepenuhnya oleh pemimpin Pas.Pada masa yang sama Pas cuba menonjolkan imej Islamik dengan slogan Islamnya tetapi realitinya ia telah menjadi keldai tunggangan Dap yang mengiyakan segala tindakan parti rasis itu.Pas serta PKR mungkin tidak sedar mereka telah dipergunakan oleh Dap selama ini sehingga berjaya merangkul 38 kerusi parlimen di atas sokongan penuh pengundi Cina dan juga Melayu yang terpengaruh dengan dakyah parti itu.Kepuraan-puraan yang ditunjukkan oleh Dap hanya sandiwara yang terus dimainkan untuk mengaburi mata orang Melayu.Sekiranya dap mendapat kuasa politik, barulah orang Melayu akan sedar apa yang dipamerkan oleh Dap hanya wayang semata-mata.Ketika iu nasi sudah menjadi bubur,kaum Cina akan menguasai segala apa yang pernah dimiliki oleh orang Melayu.Orang Melayu akan menjadi pengemis yang mengharapkan ehsan dan belas kasihan penguasa berbangsa Cina yang akan menindas orang Melayu dengan sehina-hinanya. Ketika itu baru orang Melayu akan hanya bernostalgia betapa untungnya nasib mereka ketika negara berada di bawah kepimpinan serta kuasa politik orang Melayu.Sebelum ini berlaku,sedarlah kaum Melayu bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesuautu bangsa jika bangsa itu sendiri tidak berusaha memperbaiki nasibnya sendiri. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.






No comments:
Post a Comment