BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PEMIMPIN DAP MENGHINA AHLI DAN 'MENCABUL' HAK WARTAWAN !!! ITU KER PARTI YANG TELUS UNTUK RAKYAT ???

Posted: 24 Jul 2013 08:30 AM PDT


DAP lebih gah dengan slogan-slogan retorik mereka tetapi realitinya semuanya hanya omong-omong kosong.Perkara ini terbukti apabila Selasa lepas,bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai,Jenice Lee membuat demonstrasi aman di hadapan ibu pejabat DAP di Hotel Wenworth di Pudu,Kuala Lumpur bersama 11 ahli DAP Pandan dan Ampang yang juga antara penyokongnya kerana mendakwa telah dipecat mengikut perlembagaan parti.Tujuan Jenice membuat demonstrasi aman pada hari itu kerana mahu bertemu dengan setiap pemimpin jawatankuasa tertinggi (CEC) yang menghadiri mesyuarat pada hari yang sama (sekitar 8 malam) untuk menyerahkan surat tuntutan penjelasan pemecatan beliau yang tidak mengikut lunas parti.Namun,usaha beliau untuk bertemu pemimpin-pemimpin ini berjaya dihidu oleh pihak ibu pejabat sehingga berlaku tindakan di luar rasional. 

Awal-awal lagi,jurugambar dan wartawan Utusan Malaysia dihalau keluar dari lobi hotel itu.Bukan sahaja wartawan Utusan Malaysia,wartawan dari akhbar-akhbar lain yang turut hadir juga diminta pulang kerana pihak DAP mendakwa tidak pernah menghantar apa-apa notis jemputan.Malah ada wartawan ditengking.Mengapa DAP 'mencabul' hak wartawan ??? Mereka hanya hadir kerana telah menerima jemputan untuk membuat liputan demonstrasi itu.Mereka tidak mengganggu mesyuarat CEC – hanya berada di luar dan dalam lobi sahaja.Tidak cukup dengan itu,beberapa pegawai khas beberapa ahli Parlimen serta ADUN telah 'diimport' untuk menjadi pengawal keselamatan di luar pintu lobi hotel seawal pukul 7 petang lagi.Juga terdapat beberapa pekerja ibu pejabat yang turut serta menjaga pintu masuk hotel tersebut. Yang peliknya, mengapa perlu menjadi 'jaga' di lobi hotel ??? Bukankah lobi hotel itu kawasan awam yang bebas keluar masuk ??? 

Setahu saya,DAP hanya sekadar 'menyewa' beberapa tingkat hotel itu kerana tidak 'mempunyai wang yang banyak' untuk membeli keseluruhan bangunan hotel itu ???? Jadi mengapa berkelakuan seolah-olah hotel itu seperti mereka yang punya ??? Adakah dakwaan bahawa hotel tersebut sebenarnya hak milik DAP,adakah benar begitu ??? Lebih memalukan apabila pemimpin-pemimpin tertinggi yang mula masuk perkarangan lobi hotel pula menjadi kelam kabut kerana kebanyakan yang 'jaguh bercakap' di media dan Parlimen menggunakan alternatif pintu 'belakang' untuk mengelak bertembung Jenice dan penyokongnya.Turut kelihatan kelibat beberapa pemimpin yang menyelinap masuk menggunakan pintu lain, tidak kurang berlari-lari anak.Malah ada yang mengikut pintu depan,tetapi melayan Jenice seperti 'pengebom berani mati' kerana begitu cuak berdepan dengannya dan ada yang sempat memaki beliau.

Tidak jauh dari situ kelihatan pemimpin DAP yang sedang menikmati makan malam 'dipaksa' tidak keluar dari coffee house hotel sehingga Jenice bersurai.saya sekadar pemerhati kejadian itu tidak mahu menyebut nama-nama pemimpin terbabit kerana tidak mahu memalukan mereka.Walaupun ironinya rata-rata mereka ini dikagumi rakyat kerana vokal dan berani tetapi yang hairannya untuk berdepan dengan Jenice yang mahu berjuang bagi pemecatannya itu pun cukup sesuatu yang mengerikan mereka. Setiap perbuatan mereka telah disaksikan serta direkodkan oleh semua media yang hadir.Cara DAP mengendalikan sekumpulan yang tidak lebih daripada 15 orang yang juga merupakan akar parti itu sebelum kemenangan besar pada pilihan raya umum 2008 dan 2013 sungguh mengejutkan.saya ingin tahu,adakah sebilangan besar pegawai khas serta pekerja di ibu pejabat itu dibayar untuk menjadi 'gengster' separuh masa ??? Bukankah retorik apabila mereka bercakap tentang kebebasan bersuara.Kebebasan media.namun apabila kesemua itu terkena 'batang hidung' sendiri,maka mereka bertindak sebegitu rupa.'Memanglah senang' setiap kali berlaku demonstrasi jalanan oleh pembangkang,pihak polis dikutuk, disindir oleh mereka.Rata-rata pemimpin ini akan bangkit membuat provokasi dengan bertanyakan soalan seperti mengapa begitu banyak polis dikerah untuk kumpulan yang sedikit ??? Di mana kebebasan rakyat untuk bersuara ??? 

Semua persoalan ini akan sering dimainkan oleh mereka tetapi mengapa mereka daripada DAP ini bertindak berlainan pula ??? Bagaimana DAP kendalikan situasi seperti ini ??? Orang yang dipecat kerana kepentingan beberapa pemimpin tertinggi DAP dilayan lebih teruk.Jangan hanya pandai berlindung di sebalik slogan-slogan indah jika semua prinsip ini tidak boleh dijadikan realiti.Jenice turut melahirkan rasa terkejut dengan cara mereka dilayan dalam parti itu.Jelas beliau demokrasi dalam parti itu sudah mati dek kerana segelintir pemimpin tertinggi yang gila kuasa. "Mengapa perlu layan kami begini ??? Kami hanya membuat demonstrasi di luar hotel,niat kami hanya untuk bertemu dengan pemimpin tertinggi CEC.Kami cuba mendapatkan keadilan daripada parti sendiri tetapi kami dilayan seperti musuh mereka.Perbuatan ibu pejabat DAP sungguh mengejutkan, mereka bersikap keji dengan kami. Mana hilangnya sifat perikemanusiaan dan keprihatinan mereka ??? Saya telah bersama DAP lebih 13 tahun,seluruh jiwa,wang serta masa saya berikan kepada parti ini.Namun saya kecewa kerana hampir kesemua yang dipamerkan,sama ada slogan hebat serta sikap prihatin itu seolah-olah hanyalah cakap-cakap kosong," katanya kepada rakan saya yang berada diluar lobi hotel itu. 

Pada 20 April lalu,Jenice yang ketika itu merupakan Setiausaha Publisiti Selangor telah dimaklumkan melalui pihak media bahawa keahliannya telah dilucutkan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).Ekoran itu,Jenice atau nama sebenarnya Lee Ying Ha telah memfailkan saman terhadap DAP di Mahkamah Tinggi bagi memohon perisytiharan supaya keahliannya dalam parti itu dikembalikan. Sejurus kejadian itu, seramai 11 ahli DAP yang juga penyokong Jenice dipecat pada bulan lepas tanpa diberikan surat tunjuk sebab termasuk peluang untuk dibicarakan terlebih dahulu mengikut lunas-lunas perlembagaan parti.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KEPUTUSAN PENUH #PRKKUALABESUT !!! BN MENANG DENGAN MAJORITI 2,592 !!!

Posted: 24 Jul 2013 07:28 AM PDT


Keputusan rasmi PRK Kuala Besut:

Barisan Nasional :      8,288   undi
PAS                   :      5,696 undi
Undi rosak         :        125 undi

Majoriti :                  2,592   undi

Bertambah 158 undi (naik 6.49%) berbanding 2,434 majoriti pada Mei 2013. 

Peratus keluar undi : 80%

TAHNIAH BN KERANA BERJAYA MENGEKALKAN DUN KUALA BESUT !!!

HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! PUAK PR NAK BOGEL KALAU BN MENANG !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 24 Jul 2013 06:54 AM PDT

lihat gambar di bawah.nampaknya si damia dan zul nas akan bogel kalau BN menang.kita tunggu pengumuman dari SPR ok.tunaikan janji tau 

MUAHAHAHAHA...



EKSKLUSIF !!! BAKAR KITAB INJIL VS KES ALVAVI !!! APA BEZANYA ???

Posted: 24 Jul 2013 05:00 AM PDT


Kes 30,000 Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah kini di dalam proses rayuan di mana kerajaan yang bertindak menyekatnya telah kalah pada 'pusingan pertama' di mahkamah.Walaupun ia membuatkan umat Islam 'panas hati' tetapi ia membuktikan betapa kerajaan Malaysia langsung tidak masuk campur dengan perjalanan mahkamah.Berikutan itu,PERKASA telah menyarankan agar Injil tersebut dibakar sahaja sebagaimana biasa dilakukan terhadap buku-buku yang ingin dihapuskan.Saranan tersebut turut dipersetujui oleh Tun Mahathir Mohamad.Akibatnya,kedua-dua mereka menjadi sasaran pihak Kristian bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak berlaku adil.Kononnya,apa yang mereka sarankan telah menyentuh sensitiviti pihak Kristian sama seperti yang dilakukan oleh pasangan Alvin-Vivian yang menyentuh sensitiviti Umat Islam dengan mengajak berbuka puasa dengan Bak Kut Teh. 

Dengan menggunakan hujah yang sama,DAP dan media-media pro-pembangkang seperti Malaysian Insider dan Meloyakini mula menyerang kerajaan sebagai bersikap berat sebelah.Jelas,pihak yang membela Kristian cuba memanipulasi isu Injil dengan Kalimah Allah dengan cuba membalikkan peluru kepada kerajaan Islam Malaysia.Sedangkan di dalam isu ini,sensitiviti umat Islam yang disentuh terlebih dahulu,bukannya Kristian.Hati umat Islam telah terguris akibat desakan Kristian yang tidak berasas ingin menggunakan nama Tuhan umat Islam untuk kitab agama mereka dan saranan agar membakar sahaja Injil berbahasa Melayu tersebut hanyalah tindakbalas dari hati yang terguris itu.Sekiranya,Kristian tidak dengan sengaja mengguris hati umat Islam dengan menimbulkan provokasi melalui nama Tuhan didalamnya,pastinya tiada siapa yang akan menyarankan agar Injil tersebut dibakar.Dalam kata lain,pihak Kristian telah dengan sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam dan kemudiannya menyalahkan umat Islam apabila mereka bertindak balas.Ini merupakan taktik kotor yang tidak seharusnya diterima oleh mana-mana agama, termasuk Kristian.Apatah lagi,apabila sehingga kini,tiada sesiapa di pihak Kristian yang mampu menjelaskan kenapa mereka ingin atau perlu menggunakan nama Allah untuk menggantikan 'Father' iaitu Tuhan Bapa mengikut agama mereka.Kenapa Kristian tidak menggunakan nama Dewa-dewa Hindu bagi Injil berbahasa India atau 'Buddha' bagi Injil berbahasa Cina ??? Atau kenapa Kristian tidak ingin menggunakan nama Allah dalam Injil semua bahasa termasuk Inggeris ??? 

Kenapa hanya bahasa Melayu yang menjadi sasaran sedangkan bagi 'Allah' adalah nama Tuhan sejagat,bukan hanya untuk umat Melayu yang bertutur bahasa Melayu.Satu perkara lagi yang perlu direnungkan oleh pihak Kristian ialah,walaupun Injil dianggap kitab suci dalam agama mereka,namun mereka sendiri tidak meletakkannya di tempat yang setahap dengan AlQuran bagi umat Islam.Ini kerana,Islam tidak membenarkan AlQuran diubah sejak dari diturunkan.Ayat-ayat AlQuran adalah ayat Allah SWT serta tidak pernah ditukar,ditambah atau dikurangkan walau satu perkataan pun.Manakala,Injil telah melalui beberapa versi perubahan sejak zaman berzaman.Menurut Islam,Injil yang asal iaitu di zaman Nabi Isa A.S akan mengesahkan bahawa Nabi Isa adalah manusia bertaraf Nabi,bukan anak Tuhan dan bukan Tuhan.Namun,Injil itu tidak lagi dapat dijumpai hari ini,kecuali satu atau dua yang didakwa disimpan di Turki dan Vatican namun dinafikan dan diragui oleh pihak Kristian sendiri sebagai Injil asal.Ini kerana Kristian tahu bahawa Injil mereka telah ditukar beberapa kali dan mereka sendiri tidak tahu yang manakah versi asal.Secara dasarnya,mereka sendiri percaya yang ianya tidak wujud lagi.Dengan kedudukan Injil yang ditukar dan diubah, maka ia bolehlah dianggap sebagai sebuah buku biasa karya manusia.Oleh itu,saranan untuk membakar Injil yang telah dengan sengaja menyentuh sensitiviti agama lain,adalah saranan yang tidak seharusnya menyentuh sensitiviti sesiapa.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! #PRKKUALABESUT !!! BN AKAN MENANG DAN PEROLEH MAJORITI LEBIH TINGGI (3500) !!!

Posted: 24 Jul 2013 03:00 AM PDT


PAS dengan susah payah terpaksa berusaha keras supaya kehadiran mereka di Kuala Besut benar-benar dapat mencabar kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam usaha memenangi kerusi dun berkenaan.Namun,realitinya mereka semakin jauh ketinggalan berbanding Barisan Nasional.sehingga semalam,Jentera parti PAS sedang berusaha sedaya upaya untuk mengambil hati pengundi dengan ceramah mereka pada setiap malam.Walaupun mendapat sambutan hambar dikalangan penduduk Kuala Besut.Para penceramah undangan parti tersebut,termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu telah mencuba untuk menaikkan isu nasional seperti tuduhan korupsi dan projek gajah putih di Terengganu,namun sambutan tetap hambar tanpa apa-apa reaksi daripada pengundi.Pengundi tempatan yang kebanyakkannya adalah nelayan dan petani,lebih berminat dengan hal-hal harian yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. 

Ini termasuk keperluan untuk membina pemecah ombak di jeti dimana bot-bot nelayan boleh berlabuh dengan selamat daripada angin monsun.Golongan pengundi di Kuala Besut adalah mereka yang boleh dikatakan kuat agama dimana surau dan masjid boleh dilihat dari jarak 100 meter dari setiap sudut pandangan.Ini menunjukkan betapa berakarnya kepercayaan dan budaya Islam di dalam diri mereka.Hanya ada beberapa kedai Cina yang kelihatan di Kuala Besut,kebanyakkan adalah berdekatan jeti untuk ke Pulau Perhentian.Satu-satunya mesin ATM di sini adalah Bank Simpanan Nasional,ramai peniaga mengadu bahawa ini mendatangkan kesukaran bagi mereka kerana kemudahan ATM lain hanya ada di Jertih yang jauhnya adalah lebih kurang 20 km dari Kuala Besut.Tidak boleh dinafikan bahawa PAS adalah parti dominan di pekan yang menjadi titik pemisahan antara Terengganu dan Kelantan. 

Sebanyak separuh dari 31,312 penduduk di sini boleh dikatakan dari Kelantan dan hanya 17, 679 daripada mereka berasal dari Kuala Besut.Walaubagaimanapun,pengaruh PAS semakin terhakis di kemuncak pertarungan antara PAS dan UMNO,apabila ia telah menyebabkan perpecahan diantara masyarakat dan keluarga.Kejadian dua imam dan pengasingan masjid juga berlaku di sini.Itu berlaku pada tahun 80an dimana insiden seperti itu amat jarang untuk dilihat.Kini Kuala Besut adalah sebuah kawasan yang aman damai dimana rumah-rumah kayu berdiri seiring dengan pembangunan bangunan besar.Walaupun telah bertukar menjadi bandar moden,ia masih lagi mengekalkan ciri-ciri kampung dan tradisionalnya.Sekiranyan dilihat dari kisah lama Kuala Besut,tindakan PAS menggunakan isu agama dan kaedah PR untuk memburukkan kerajaan tidak ditelan bulat-bulat oleh orang tempatan.Sedang sibuk PAS dan PR memfitnah dan mengadu domba,BN pula sibuk berkempen dan memberikan fokus utama kepada projek pembangunan rumah untuk rakyat tempatan di Kuala Besut.Selepas 10 hari berkempen secara sederhana dan berterusan,BN telah meninggalkan PAS jauh kebelakang sehingga penduduk tempatan pun berpendapat bahawa majoriti BN akan menjadi lebih tinggi sehingga 3,500 berbanding 3 bulan lepas dengan 2,434 undi.

ADAKAH SEMUA INI AKAN TERJADI ???

KITA SAKSIKAN KEPUTUSAN OLEH SPR MALAM INI !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! SYURGA DAN NERAKA MILIK PAS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Jul 2013 01:00 AM PDT


setelah bersara lebih dua bulan lepas dari jawatan Menteri Besarnya,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat muncul kembali di Kuala Besut baru-baru ini dengan isu lamanya.Dalam ceramah di Kampung Beris Pak Abu,Besut,Terengganu,Mursyidul Am Pas itu kembali memainkan isu kafir mengkafir dan syurga neraka.Ini dalam usaha partinya menarik sokongan pengundi pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini.Seperti biasa beliau mengulangi kenyataannya bahawa UMNO menolak Islam dan mengambil perjuangan yang dibawa oleh Inggeris.

"UMNO tolak Islam ambil 'kebangsaan'.Parti mereka pun guna bahasa Inggeris sampai susah hendak sebut tetapi nak bela orang Melayu," katanya. 

Apa yang disebut-sebut oleh Nik Abdul Aziz bukan benda baru.Acap kali itulah yang diuar-uarkannya.Ketika suasana pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau sebelum ini pun,bukan sahaja Nik Abdul Aziz malahan pemimpin parti itu yang lainnya begitu juga nadanya.Mereka mengatakan sokongan kepada Pas akan dijanjikan syurga,sebaliknya jika menyokong BN,pengundi akan berhadapan balasan perlu dihentikan.Kita umat Melayu cukup sedih apabila Nik Abdul Aziz mengungkapkan kenyataan yang seolah-olah ada yang tidak kena dengan orang Melayu.Apa salahnya untuk UMNO membela orang Melayu.Apa salahnya untuk UMNO yang membawa panji Barisan Nasional di Kuala Besut membela hampir 97 peratus pengundi Melayu dalam pilihan raya kecil di situ ??? saya tertanya-tanya apa motif beliau apabila mengungkapkan :

"Bela bangsa Melayu boleh bawa bekal ke akhirat ??? Adakah di akhirat akan ditanya kamu bangsa apa ??? Melayu, terus boleh masuk syurga,senanglah kalau macam tu.Bangsa tidak boleh buat apa-apa di akhirat.Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka yang sama sekali berbeza dengan politik dan perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat.Kita umat Melayu juga cukup sedih apabila pemimpin Pas ini turut mendakwa UMNO telah merosakkan pemikiran umat Islam di negara ini kerana membina terlalu banyak masjid. "UMNO suruh buat masjid tetapi mereka sendiri tidak sembahyang. Mereka hanya nak dapatkan kontrak buat masjid sahaja," katanya. 

Benarkah begitu ??? Begitu dahsyat tuduhan itu sedangkan Pas tidak begitu komited ambil usaha untuk dirikan masjid.Ketika semua masjid yang ada di Kelantan dibina oleh Kerajaan Persekutuan atau peninggalan pembangunan yang dibawa oleh BN ketika mentadbir negeri itu pada 1978-1990,Pas tampil tanpa rasa malu mengakui hanya membina sebuah masjid,iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di Rantau Panjang.Itu,dengan nada tinggi pula, mendakwa ia daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas.

Tidak berapa lama dulu Nik Abdul Aziz pernah sibuk menjaja isu syurga dan neraka, seolah-olah dirinya 'penjaga kunci' yang akan menentukan orang yang sokong Pas masuk syurga dan orang UMNO masuk neraka.Sebelumnya,beliau dengan selamba menyatakan kesediaan 'bersahabat dengan syaitan' semata-mata untuk menjustifikasikan perlunya hubungan kerjasama Pas dengan DAP.saya tidak tahu sama ada itu berupa 'analogi' atau tidak,tetapi sepatutnya tidak keluar daripada mulut seorang pemimpin Islam. Banyak kenyataan mencurigakan keluar dari mulut Nik Abdul Aziz. 

Antaranya,mendakwa orang Islam yang menyokong UMNO tidak akan mendapat pahala meskipun menunaikan sembahyang sebagaimana difardukan dalam Islam.Alasannya konon kerana UMNO menerima dasar kebangsaan yang ditakrifnya sebagai menolak Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Malahan beliau sanggup pula mengeluarkan kenyataan sebegini rupa sekitar Januari lalu : 

"Menteri itu akan masuk neraka,tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang,Nik Abdul Aziz 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggungjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.Pas lebih cenderung menyalahkan dan mencari keburukan dan kesalahan orang lain dan sebaliknya.Diharap,peringatan Allah di bawah boleh menjadi pedoman kepada sesiapa sahaja termasuk pengikut dan penyokong mana-mana parti politik supaya tidak taksub kepada kepimpinannya. 

PERINGATAN ALLAH 

l Pengikut Nabi Nuh AS : 

Maka mereka mendustakan Nuh,kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya). (7:54) 

l Pengikut Nabi Hud AS: "Maka Kami selamatkan Hud beserta orang-orang yang bersamanya dengan rahmat yang besar dari Kami, dan kami tumpaskan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan tiadalah mereka orang-orang yang beriman." (7:72) 

"Dan (ingatlah),ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu ???" Mereka menjawab : "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi".(Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)" [7: 172] 

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai".[7:179] Kita sentiasa berdoa dan berharap mereka sebilangan pemimpin dan penyokong tegar Pas akan insaf dan kembali semula ke pangkal jalan dalam memperjuangkan Islam yang sebenar. Dan bukannya dengan cara begini mengkafirkan sesama Islam. Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka yang sama sekali berbeza dengan politik.Perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKKUALABESUT !!! PAS BIMBANG KALAH TERUK DENGAN BN !!! TAHU PULAK TAKUT ???

Posted: 23 Jul 2013 11:00 PM PDT


kelmarin selesai sudah proses pengundian awal bagi PRK DUN Kuala Besut melibatkan anggota tentera,polis dan pasangan bagi Peti Undi TUDM Gong Kedak yang menyaksikan sejumlah 911 daripada 1,148 telah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.Angka 911 itu jauh lebih kecil berbanding 1,022 yang direkodkan pada PRU-13 dan peratusan keluar mengundi 79.36 peratus itu juga menjadikan sasaran 95 peratus yang diletakkan SPR gagal dicapai.Dalam pada itu,menurut sumber yang dekat dengan kepimpinan PAS menyuarakan kebimbangan kemungkinan PAS sedang ketinggalan jauh apabila menjangkakan jumlah undi yang diperolehi dari pengundian awal mungkin sekitar 100 hingga 150 undi sahaja.Jika anggaran yang dinyatakan itu betul bermakna ia satu bonus kepada BN memandangkan pada PRU-13 yang lepas Peti Undi TUDM Gong Kedak menyumbang sebanyak 388 undi untuk calon PAS,sementara 626 undi lagi berpihak kepada BN.

Sumber yang sama juga tidak menolak kemungkinan jumlah keseluruhan yang akan diperolehi PAS pada PRK kali ini jauh lebih rendah dengan andaian kurang dari 5,500 undi setelah mengambil kira protes dikalangan penyokong PAS yang membantah penguasaan PAS Kelantan di Kuala Besut.Menurutnya lagi PAS mungkin kalah teruk sekiranya hari ini ramai penyokong PAS yang membuat protes dengan tidak keluar mengundi atau pun berpaling arah menyokong BN.Sementara itu wakil BN yang ditemui optimis Peti Undi TUDM Gong Kedak akan terus dikuasai BN tetapi sedikit bimbang kalau-kalau sebahagian dari 111 pengundi yang tidak keluar mengundi semalam merupakan penyokong BN.Bagaimana pun secara keseluruhannya kedua-dua pihak yang bertanding berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal semalam dan masing-masing kini fokus untuk mengiatkan kempen menjelang hari pengundian hari ini.

INGAT !!!

HARI INI ADALAH HARI YANG MENENTUKAN NASIB ANDA WAHAI RAKYAT KUALA BESUT !!!

PANGKAH PADA CALON YANG BETUL !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! CALON PAS SEKALI LAGI DIARAH TUTUP MULUT KETIKA CERAMAH !!!

Posted: 23 Jul 2013 10:00 PM PDT


Tidak tahan dengan pelbagai persoalan yang bertali arus dari petugas media,calon Pas untuk pilihanraya kecil DUN Kuala Besut,Azlan @ Endut terpaksa 'dilarikan' bagi mengelakkannya bertembung dengan para wartawan yang sedang membuat liputan.Sebelum ini Azlan pernah diarahkan untuk menutup mulut,dari menjawab semua persoalan yang dibangkitkan namun selang 2 hari,arahan itu kemudianya telah ditarik semula.Namun menurut sumber,Azlan sekali lagi diarahkan untuk mendiamkan diri,kerana sering tersilap menjawab soalan sehingga menimbulkan masalah kepada jentera dan petugas parti.Malah ada kalanya kenyataannnya dilihat semakin menyukarkan gerak kerja dan peluangnya untuk menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN).Sejak dicalonkan mewakili Pas,Azlan yang diselubungi dengan pelbagai masalah dan sering menjadi tumpuan media bagi mendapatkan penjelasan dan maklumbalas.Dia yang sebelum ini dikaitkan dengan isu 'samseng jalanan' kerana dikatakan mempunyai 54 saman yang tertunggak semenjak dari tahun 1999.Selain dari itu,dia juga dikatakan pernah gagal dalam ujian air kencing dan dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Pas di Kelantan.

Ekoran hubungan tersebut,Azlan dikatakan sering mendapat laluan mudah dan dikurniakan dengan pelbagai projek pembangunan yang bernilai jutaan ringgit.Paling mengemparkan,apabila Azlan dikatakan ingin memberikan tumpuan kepada perniagaannya berbanding berkhidmat kepada rakyat di Kuala Besut.Malah melalui rakaman yang dimuatnaik di dalam Youtubetidak lama dahulu,calon Pas itu turut mengakui akan memberikan semua gaji yang diperolehi kepada wakilnya bagi menyelesaikan masalah rakyat.Dalam masa yang sama juga,kenyataan daripada Hanafiah Mat yang mengatakan Che Long sebagai orang baru dalam dunia politik meninggalkan seribu satu pertanyaan di kalangan penyokong PAS sendiri.Di mana adakah keputusan PAS mencalonkan Che Long merupakan pilihan yang tepat atau sebenarnya ia adalah keputusan terdesak mencari calon yang berkelayakan dan hanya Che Long saja calon yang merupakan pilihan akhir ???

Orang baru dalam politik memberi gambaran yang luas sebenarnya.Adakah Che Long tidak mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang politik atau adakah Che Long hanya digunakan untuk kepentingan pihak tertentu saja.Persoalan demi persoalan timbul di kalangan penyokong PAS yang melihat kepincangan dari peringkat kepimpinan PAS untuk PRK kali ini.Ekoran terlalu banyak persoalan yang dibangkitkan,Azlan akhirnya terpaksa membuat kenyataan melalui rakaman peribadi yang kemudiannya dimuatnaik di dalam laman Youtube.Paling menarik ada dikalangan petugas media mendapat SMS makluman dari nombor yang tidak dikenali agar mengunakan rakamkan kenyataan tersebut untuk digunakan sebagai laporan berita.Persoalannya dimanakah hak kebebasan media yang sering dilaungkan selama ini oleh pakatan pembangkang ???

INGAT !!!

HARI INI ADALAH HARI YANG MENENTUKAN NASIB ANDA WAHAI RAKYAT KUALA BESUT !!!

PANGKAH PADA CALON YANG BETUL !!!

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! KISAH SEBENAR BILIK PERSALINAN DI SK SRI PRISTANA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 23 Jul 2013 07:45 PM PDT


anda kurang percaya dengan gambar di atas ??? kita lihat pula gambar di bawah.sebenarnya blogger PR telah mengelirukan anda.anda jijik kan kalau makan dalam tandas ??? lagi jijik kalau makan sambil bau busuk betul tak ??? adakah pelajar ini buat semua itu ??? INGAT !!! TANDAS DAN BILIK PERSALINAN BERBEZA !!!!





ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

DAN 

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

IKUTI LUAHAN DI BAWAH

Coretan anak pengetua sk sri pristana.Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi mereka.Hentikan fitnah.Saya akui,saya sendiri sebak membaca status farah asyikin (Terjemahan) 

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Kebiasaannya cepat saja untuk saya menulis post saya,tetapi kali ini,entah kenapa,saya rasa seperti tersekat.Tiada kata yang boleh memperlihatkan kekecewaan saya mengenai apa yang telah terjadi.Saya melihat post di facebook dan saya tidak dapat menanggung segala fitnah yang berlaku.Didalam hati,saya menangis.Menangis kuat.Mencuba menahan diri untuk tidak mengeluarkan kata kesat di saat bulan mulia. Mereka bercakap seperti mereka lebih tahu segalanya.Saya seperti tak percaya yang ada segelintir dari mereka adalah sahabat saya sendiri.Saya tak boleh salahkan mereka.Mereka tidak tahu cerita yang sebenar-benarnya. Adakah mereka layak untuk bercakap? Untuk post apa saja yang mereka hendak? Walaupun hal itu akan merosakkan dan memburukkan pihak yang berkenaan? Seperti yang kamu semua tahu mengenai cerita kononnya "sekolah yang telah memaksa pelajar bukan islam untuk makan di tandas",ya Allah,itu sebenarnya adalah BILIK PERSALINAN

Sekarang,sesetengah orang tak tahu apa perbezaannya.Ia adalah BERBEZA! Dan adakah kamu tahu sebenar-benarnya keadaan yang kamu katakan kotor dan entah apa lagi? Kamu tak pernah berada disitu! Kenapa kamu seakan-akan meletakkan garam di atas luka? adakah kamu benar tahu,dengar dan prihatin tentang sensitiviti kaum? Kalau benar kamu prihatin,kenapa hanya menyebarkan gambar pelajar bukan islam sedangkan pelajar islam yang tidak berpuasa juga DISURUH melakukan hal yang sama (makan dibilik persalinan).Mereka (pelajar muslim) tidak diberi layan istimewa,makan di tempat yang seakan-akan mewah.Mereka diberi layanan yang sama.Hanyalah kerana kebanyakkan mereka yang makan disitu adalah bukan muslim,membuatkan hal ini menjadi isu besar.Adakah kamu lihat apa yang saya lihat sekarang? Saya sangat-sangat TERLUKA dengan hal ini dan sangat-sangat pedih rasanya kerana hal ini melibatkan ayah saya sendiri. 

Ye,ayah saya.Dia adalah pengetua sekolah dan hanya Allah saja yang tahu berapa kali saya berfikir untuk menulis post ini di facebook kerana saya merasakan hal ini telah menjadi sangat serius dan apa yang perlu, saya perlu berbuat sesuatu,paling tidak pun untuk menulis post ini.Siapalah diri saya ini? Siapa yang akan membaca post saya ini? Saya seperti pelajar dalam bidang perubatan yang lain ,belajar di luar negara dengan bantuan duit rakyat, dan balik sebentar untuk percutian musim panas, dengan harapan dapat meluangkan masa dengan keluarga.Tetapi,apakah yang berlaku sekarang ini? Ayah saya adalah seorang pengetua yang sangat bermotivasi yang pernah saya jumpa dan kamu boleh mengatakan ianya bias,kerana saya sebagai seorang anak perempuan dan bukankah semua merasakan ayah kita adalah yang terbaik di dunia? Saya mengenali ayah saya dengan sangat baik.Dia mungkin merupakan insan yang menyokong kerajaan,tetapi dia TIDAK AKAN menyalahgunakan hak dan kuasa dia sebagai pengetua seperti apa yang diperkatakan oleh setengah pihak yang tidak bertanggungjawab.Dia balik kerja setiap hari bercerita dengan megahnya mengenai potensi sekolah.Mengenai bagaimana pelajar-pelajar membesar dengan baik didalam pelajaran mahupun kokurikulum.Dia tak pernah berhenti bertanya dengan saya dan abang mengenai bagaimana caranya untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi prestasi sekolah.Memohon kami untuk pergi ke sekolah tersebut dan memberikan kata-kata motivasi dan ceramah untuk para pelajar untuk mengejar cita-cita. 

Untuk menjadi contoh kepada mereka dan jangan biarkan masyarakat menjatuhkan kita . Ironinya, masyarakat jugalah yang menjatuhkan dia (ayah saya).Menjadikan hal ini lebih teruk kerana ada manusia yang tidak henti menyebarkan hal yang buruk mengenai ayah saya, tidak cukup dengan itu,mereka menyerang ayah saya di facebook,di setiap post ayah dan apa yang perlu saya lakukan hanyalah dengan menghentikan dulu akaun facebook ayah saya untuk sementara, hanyalah untuk melindungi ayah saya daripada komen-komen yang menghina dan tak dapat diterima akal, segala komen yang mengecam ayah saya yang dia sendiri tidak sedar.Tolonglah,jika kamu masih ada rasa perikemanusiaan,hentikanlah fitnah.Adakah kamu tidak takut akan kesan menyebarkan fitnah? Adakah kamu tidak takut akan pembalasan dari Allah? Saya menulis ini dengan menangis sekuat hati dengan niat agar post ini dapat menarik mereka yang baik hati agar menghentikan fitnah ini.Dengan nama Allah,saya memohon ,ketepikan dahulu politik mana yang kamu sokong dan cuba berfikir dalam perspektif seorang anak perempuan yang prihatin akan ayahnya.Saya rasa kamu faham apa yang saya rasa sekarang.Jika Kamu rasa,saya menulis ini adalah untuk meraih simpati,kamu memang benar.Jika dengan berbuat demikian,boleh membantu ayah saya.

Untuk pengetahuan,oleh kerana pemikiran kejam pihak yang menulis hal ini,ayah saya sekarang berada dengan pihak polis untuk disiasat.Adakah ayah saya kelihatan sangat jahat? Saya rasa,cukup untuk saya mengatakan tidak.Saya pasti,sesiapa yang mengenali ayah saya pasti akan memihak kepada saya.Tabahkan hati Farah.InsyaAllah Allah bersama org teraniaya.Kebenaran akan terbongkar juga.saya mendoakan.saya juga percaya,kawan saya akan tetap disini bersama saya,tak kira apa warna kulit dan kepercayaan.Mereka yang mengenali saya dengan lebih baik,saya percaya dengan mereka.Kepada yang tidak mengenali saya,tak perlulah memperhatikan hidup saya dan mencari salah dan memburuk-burukkan saya pula.Kerana saya pasti bahawa diantara kamu dah pun melakukan hal tersebut, dengan ayah saya.Saya mohon agar Allah memberi petunjuk dalam hidup kamu.Kamu boleh baca sendiri post didalam gambar ini,jika kamu rasakan ianya perlu. -- F.A



UNTUK SELANJUTNYA 

Artikel ini di tulis oleh rakan blogger saya yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.


UNTUK SELANJUTNYA 

saya akan taip dalam bahasa melayu khas untuk anda 

Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.Sejak dari itu,saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza.Dengan bersikap secara adil,saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah sk Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.Saya telah pun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat : 

1. kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama.Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi. 

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri. 

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin. 

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin dibawah terik dan panas matahari. 

5. Sehingga bermulanya Ramadhan,semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telah pun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin" 

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut. 

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. sebenarnya,itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat,pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan. 

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin.Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini. 

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli) .Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini . 

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook,hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan didalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013. 1

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak. 

gambar dibawah sudah cukup untuk menepis tuduhan bahawa sekolah ini memberi "layanan buruk" kepada pelajar bukan islam.Guru-guru sendiri pun menggunakan bilik tersebut sebagai tempat untuk menjamu selera. 



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKKUALABESUT !!! PAS MENYERAH KALAH !!! TIADA HARAPAN UNTUK KURANGKAN MAJORITI !!!

Posted: 23 Jul 2013 05:00 PM PDT


PAS telah menyerah kalah dan tidak lagi berharap untuk memenangi kerusi dun Kuala Besut.Mereka juga merasakan usaha mereka untuk mengurangkan majoriti kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 sebanyak 2,434 undi merupakan satu usaha yang sia-sia.Mengikut kata mereka,tidak kelihatan apa-apa tanda bahawa majoriti besar yang dimenangi BN boleh dikurangkan apabila terdapat beberapa faktor yang telah menumpaskan mereka sebelum gelanggang pertarungan dibuka.Ahli Jawatankuasa Pusat PAS,yang juga Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar telah mengatakan hari pengundian yang berlangsung pada hari Rabu (hari bekerja) sebagai faktor pertama yang akan mengurangkan pengundi luar .Ramai diantara mereka tidak dapat pulang untuk mengundi pada hari Rabu.Yang keduanya,kehadiran pengundi tempatan pun tidak lah sebanyak mana kerana ianya adalah hari sabtu dan juga kerana di dalam bulan Ramadhan.jap,saya nak tanya juga.habis tu ramai juga pengundi luar dari BN ??? apa pun kita lihat juga keputusan jam 10 malam ini yerrr.

"Walaubagaimanapun,kami tetap akan berusaha, kerana kami masih lagi belum tewas." Kata Datuk Kamaruddin Jaafar.PAS sememangnya tertinggal jauh kebelakang berbanding BN dan dengan hanya 3 hari lagi sebelum hari mengundi sebelum ini,kehadiran ceramah mereka setiap malam tidak lebih daripada 150 orang sahaja.Kecuali Mursyidul Am Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dimana ceramahnya dihadiri 1,000 orang,namun kehadiran itu disebabkan oleh rakyat negeri Kelantan yang hadir dan bukannya pengundi Kuala Besut.Bermula dari 6 hari lepas Nik Aziz tidak dapat hadir kerana beliau tidak sihat dan hanya bercakap selama 15 minit di atas pentas.Ucapan beliau telah dihentikan kerana beliau berasa kurang sihat pada malam tersebut. Ketua PAS Terengganu yang merupakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya hadir dua hari selepas kembali dari Umrah,meninggalkan jentera PAS Terengganu tanpa Jeneral di dalam peperangan yang kononya boleh mengubah nasib PAS di Terengganu.

Parti tersebut sebenarnya telah jauh ketinggalan di belakang pada hari pertama kempen, manakala BN pula melancarkan perang besar-besaran terhadap kawasan DUN.Menteri dan timbalan menteri hadir bertali arus berjumpa dengan pengundi siang dan malam.Ceramah pula diadakan secara kelompok dimana, tidak lebih 100 orang dijemput hadir.Penerangan terhadap polisi kerajaan dan apakah bantuan yang boleh diterima oleh rakyat dalam pelbagai sektor diadakan secara berterusan.Manakala majlis-majlis rasmi diadakan setiap hari diwaktu pagi.Ini menunjukkan kuasa dan kesepakatan BN dalam meraih pengundi dikawasan DUN tersebut.PAS pula,terlalu lambat untuk menjalankan gerak kerja mereka,ini berlaku kerana PAS Terengganu telah diletakkan sebagai pengemudi kedua dan PAS Kelantan pula diberikan kuasa penuh kerana wakil mereka dari Kelantan telah dilantik sebagai pengarah pilihanraya kecil Kuala Besut-Datuk Husam Musa.Kebanyakkan jentera juga berasal dari PAS Kelantan dari Pasir Puteh yang hanya 20 minit dari Kuala Besut.Dengan senario sedemikian rupa,Kamaruddin benar dalam mengagak situasi yang dilanda oleh parti beliau di dalam peperangan ini. 

INGAT !!!

HARI INI ADALAH HARI YANG MENENTUKAN NASIB ANDA WAHAI RAKYAT KUALA BESUT !!!

PANGKAH PADA CALON YANG BETUL !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...