BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! #PRKKUALABESUT !!! LEMBU DAN KAMBING LEBIH RAMAI DARI CERAMAH PAS !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! SUBHANALLAH !!! CYBERTROOPER HUSAM MUSA SANGGUP SAMAKAN NIK AZIZ DAN HADI AWANG DENGAN BABI !!!
- KANTOI !!! #PRKKUALABESUT !!! PAS TAMAK HALOBA DAN ANGKUH - PKR TERENGGANU !!!
- KANTOI !!! #PRKKUALABESUT !!! CALON PAS MENGAMUK DAN MEMBELASAH HUSAM DAN NIK AZIZ ??? APA CERITA NI ???
- BONGKAR !!! #PRKKUALABESUT !!! GAMIS INGIN HURU HARAKAN PERJALANAN PRK !!!
- KANTOI !!! #PRU13 VS #PRKKUALABESUT !!! MANA ARTIS TOP YANG SELALU BANTU PAS DI KUALA BESUT ???
- HOT NEWS !!! PENEROKA #FELDA DAPAT BONUS RAYA !!! PESERTA #LADANGRAKYAT MULUT TERNGANGA !!! TERIMA KASIH PM @NAJIBRAZAK !!!
- HOT NEWS !!! MASALAH KEMASUKAN KE UNIVERSITI BUKAN MASALAH EKSKLUSIF KAUM CINA !!!
| KANTOI !!! #PRKKUALABESUT !!! LEMBU DAN KAMBING LEBIH RAMAI DARI CERAMAH PAS !!! APA CERITA NI ??? Posted: 23 Jul 2013 09:00 AM PDT Dengan masa untuk berkempen masih berbaki lagi sehari,ataupun hari ini,Pas dilihat semakin gelisah apabila melihat sambut masyarakat khususnya pengundi di Kuala Besut semakin merosot.Walaupun pelbagai program dan aktiviti telah diaturkan oleh unit-unit penjumlahan undi (UPU) mereka,namun ia hanya dihadiri oleh para petugas dan ahli-ahli parti sahaja.Malah strategi mengunakan khidmat pimpinan tertinggi untuk berceramah juga hanya dipandang sepi oleh masyarakat setempat. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini kehadiran Presiden, Timbalan Presiden,Naib-Naib Presiden parti itu,malah Mursyidul Am sendiri, juga tidak mampu menukarkan pendirian pengundi yang dilihat semakin sebati dengan Gerakan Gelombang Biru.Tambah menarik kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Besut,Supt Kamaruddin Mohd Zakaria baru-baru ini berhubung permohonan permit ceramah yang dikemukakan oleh Pas. Dari 8 permohonan yang dibuat,pihak penganjur terpaksa membatalkan 6 permit di saat akhir. "Enam ceramah dibatalkan oleh pihak penganjur di saat-saat akhir walaupun permit yang dipohon diluluskan.Hanya dua permit ceramah yang digunakan,itupun berbentuk tayangan video " katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah baru-baru ini.Apa sudah jadi ??? Sekiranya merekalah yang paling kuat menyalak kononnya polis cuba sabotaj gerakan kempen pembangkang dengan tidak mengeluarkan permit.Namun kini,permit yang telah diluluskan tidak mampu untuk digunakan kerana GAGAL menarik sokongan.Sekiranya pada 5 hari di permulaan kempen,kehadiran penonton yang hadir untuk mendengar cerita 'penglipur lara' parti itu masih lagi sekitar angka 200 – 300 orang.Namun di penghujung hari-hari berkempen ini,kehadiran penonton jatuh merosot dengan secara mendadak,sehinggakan pada satu-satu ketika para penceramah dilihat seperti sedang bercakap seorang diri. Nasib baik program ceramah diadakan pada waktu malam dan dalam suasana yang gelap.Kerana sekiranya ia dilakukan di tempat yang terang,sudah pasti kita dapat melihat jumlah kehadiran lembu dan kambing jauh lebih banyak mengatasi jumlah orang.Nampaknya analisa dan pandangan yang diberikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad ada kebenarannya.Ini kerana menurut beliau,Pas akan lebih berjaya,sekiranya bersendirian dalam PRU-14 sebab telah kelihatan potensi sebagai Politikal Islam yang sederhana cerah di seluruh alam Islam.Tetapi disebabkan Pas terus dilihat oleh majoriti Melayu/Islam sebagai sebuah parti yang "di prop-up" oleh DAP dan PKR,demi 'electoral strategy' maka Pas,sebagai parti yang lebih tua dan lebih teruji,akhirnya akan rugi 'electorally' seperti telah berlaku padanya dalam PRU-13.Kesimpulannya rakyat tidak perlu menunggu sehingga ke PRU-14,PRK Kuala Besut ini seakan telah membuktikan analisa yang dilakukan itu.Disebabkan tunduk dan akur untuk berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP,parti yang kononnya berjuang atas nama Islam itu semakin ditinggalkan oleh orang Islam sendiri.Buat ahli dan penyokong Pas,bertindaklah untuk membuat perubahan atau bersedia untuk menjadikan lembu dan kambing sebagai teman akrab di setiap program ceramah yang diadakan. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 23 Jul 2013 07:00 AM PDT Risalah di atas mula ditampal sekitar Kuala Besut dengan harapan pengundi Kuala Besut akan salahkan Barisan Nasional.Husam Musa (PAS) mula menggerakkan unit psywar beliau dengan menghasilkan bahan kempen palsu untuk mengaburi mata pengundi sekitar Kuala Besut.Tapi pada saya itu adalah perkara biasa dalam pilihanraya,tetapi amatlah sedih bila jentera psywar Husam sanggup samakan gambar Nik Aziz dengan Haji Hadi dengan seekor babi yang sedang minum air.Hari ini alhamdulillah secara profesional,jentera BN secara sukarela membuang poster tersebut kerana ianya mengaibkan orang Islam itu sendiri.Husam Musa cuba burukkan imej Barisan Nasional di Kuala Besut kerana beliau sangat terdesak untuk menang PRK. Husam faham,PRK kali ini adalah KPI bagi beliau untuk bertanding dalam muktamar PAS yang akan datang. Mahu tidak mahu Husam kena guna apa cara sekalipun untuk kalahkan BN hingga sanggup palsukan poster dengan menyamakan Nik Aziz dan Haji Hadi seperti seekor khinzir.Hanya orang bodoh yang akan kata poster itu dikeluarkan oleh BN.Bagi manusia yang berakal seperti orang Kuala Besut, mereka pasti tahu poster itu dicipta hanya kerana ingin burukkan imej BN.Unit Psywar PAS yang dibawa oleh Husam Musa sangat keterlaluan dalam siri kempen PRK kali ini.Semoga Allah melindungi kita semua dari melakukan perkara yang keji di bulan ramadhan ini. - Tok Guru RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! #PRKKUALABESUT !!! PAS TAMAK HALOBA DAN ANGKUH - PKR TERENGGANU !!! Posted: 23 Jul 2013 05:00 AM PDT Tidak berpuas hati dengan sikap tamak haloba dan keangkuhan yang ditunjukkan oleh kepimpinan Pas di peringkat negeri dan pusat,wakil PKR Terengganu mengeluarkan kenyataan bagi menyelar rakan sekutu mereka itu.Ketika bercakap di hadapan media,Pengarah Pilihanraya PKR Negeri Terengganu,Yahya Zakaria mengatakan sebenarnya tidak wujud sebarang kerjasama di dalam PR di Terengganu. "Sebenarnya walaupun di perintkat pusat wujud satu (kerjasama parti) pakatan,tapi di Terengganu,pakatan tidak wujud malah ia tidak pernah berpakat.Dia bukan pakatan tapi lebih merupakan pakat-tang (merujuk kepada istilah pengkhianatan sesame sendiri).Dia (Pas) kata kita lemah, orang sikit dan sebagainya,sebab tu dia pakat-tang kita.patutnya yang lemah dibantu.Ia (kerjasama tersebut) hanya berlaku di kawasan pantai barat,di mana Pas lemah.Namun di kawasan pantai timur,di mana Pas mempunyai kekuatan, mereka tidak memerlukan PKR. Oleh itu kerjasama Pakatan di Terengganu tidak wujud" katanya di program sidang akhbar yang diadakan di Primula Beach Resort. Menurut Yahya lagi,disebabkan Pas mempunyai kekuatan dan sokongan ahli yang ramai,parti PKR seperti tidak dipedulikan.Malah ketika pilihanraya umum yang lalu,mereka turut menerima,5 memorandum bantahan yang mengesa agar PKR memulangkan kembali beberapa kerusi yang telah diperuntukkan sebelum ini.Malah menurutnya lagi,sebagai contoh di dalam pilihanraya umum yang lalu Pas langsung tidak memberikan kerjasama kepada PKR."Kawan yang khianat ini lebih teruk dari lawan kita lawan dengan secara berdepan" tegasnya lagi.Ketika diminta mengulas mengenai kerjasama untuk pilihanraya kecil di Kuala Besut ini,Yahya menegaskan PKR Terengganu langsung tidak dipanggil untuk sama-sama berbincang bagi merangka strategi terbaik bagi menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN).Malah menurutnya lagi,langsung tidak wujud sebarang penyelarasan bagi membantu jentera kempen dan sebagainya.Tambah mengecewakan mereka apabila,jadual dan penyusunan program berhubung lawatan Anwar ke Terengganu turut tidak dimaklumkan. Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim hadir buat pertama kalinya di Kuala Besut Kelmarin bagi membantu jentera kempen Pas.Namun begitu program ceramah yang diadakan kelmarin turut tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.Kenyataan Yahya itu juga secara tidak langsung,telah menjawab semua persoalan berhubung jentera PKR yang langsung tidak kelihatan sebelum ini.Ketiadaan jentera PKR sebelum ini telah mebimbulkan pelbagai spekulasi khususnya di kalangan petugas media.Di sebalik persoalan tersebut,rupa-rupanya PKR Terengganu langsung tidak diendahkan oleh Pas yang merasakan sudah cukup kuat dan mampu untuk bernewaskan calon dari BN secara bersendiri.PKR negeri bukan sahaja telah di anaktirikan oleh Pas,malah kehadiran mereka di atas pentas politik Terengganu juga dilihat pengacau yang perlu disingkirkan.Maka sesuailah dengan jawapan yang diberikan oleh Yahya yang secara sinis mengatakan 'pandai-pandailah',berhubung persoalan mengenai sokongan ahli PKR dan pengundi terhadap PKR Kuala Besut ini.Jawapan terbaik,Undilah Calon Barisan Nasional,Ayuh Gelombang Biru... RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 23 Jul 2013 03:00 AM PDT Satu SMS dikesan sedang beredar di sekitar Kuala Besut dan tidak lama lagi,pastinya akan beredar di seluruh Malaysia kalau tidak di seluruh dunia pun. Berdasarkan kepada nama si pengirim,CHE LONG,ianya dirujuk kepada nama panggilan calon PAS DUN Kuala Besut,Azlan @ Endut Jusuh.Manakala nombor telefon yang tertera pada SMS itu pula,memang nombor calon PAS.Daripada SMS tersebut,kelihatan benar kekecewaan calon PAS yang mulai patah semangat untuk meneruskan perjuangan dan pertaruhannya.Pastinya ada sesuatu yang lebih besar sedang berlaku sehingga dia mulai mengungkit duit yang dikeluarkan dan dikorbankan untuk perjuangan PAS tempatan.Namun yang paling mengejutkan ialah,kemarahannya terhadap HUSAM MUSA,boss dia sendiri,merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut. Tidak setakat itu sahaja,dia turut mengecam Nik Aziz yang dituduhnya sengaja mahu memecah belahkan kaum keluarganya di Kuala Besut.Tentu sekali,Che Long merujuk tindakan Nik Aziz menuduh orang UMNO tidak sembahyang dalam ceramahnya dua hari lepas.Che Long merupakan anak tempatan.Sekaligus turut mengesahkan bahawa tindakan PAS dengan kempen politik memecah belahkan ukhwah dan persaudaraan, tidak dapat diterima oleh penduduk tempatan.SMS berkenaan menjelaskan tentang kekecewaan terhadap PAS yang semakin ketinggalan dari segi perjuangan Islam dengan menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. - Flying Kick APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| BONGKAR !!! #PRKKUALABESUT !!! GAMIS INGIN HURU HARAKAN PERJALANAN PRK !!! Posted: 23 Jul 2013 01:30 AM PDT Tiga hari sebelum hari penamaan calon sempena PRK DUN Kuala Besut,Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia atau singkatannya GAMIS telah membuat pengumuman untuk melibatkan diri dalam pilihan raya itu kononnya untuk mengajar 'pendidikan politik dan pencerahan yang matang'.Menurut GAMIS penglibatan mereka adalah atas kesedaran sendiri sebagai agen penerangan kepada masyarakat Kuala Besut dan tiada kaitan langsung dengan kepentingan mana-mana parti politik.Itu dakwa mereka.Entah siapa yang GAMIS nak tipu tak tahulah.Macamlah 'pendidikan politik dan pencerahan yang matang' yang dicanang oleh GAMIS itu tidak boleh dilaksanakan pada hari lain,nak juga dibuatnya secara tergesa-gesa saat menjelangnya PRK DUN Kuala Besut.Realitinya GAMIS sedari dulu lagi dikenali umum sebagai NGO Mahasiswa yang condong memihak kepada PAS dan kerap menjadi agen kepada parti itu dalam merekrut pelajar baru dengan pelbagai cara samada melalui usrah,tamrin dan sebagainya untuk dibentuk menjadi penyokong PAS tegar. Golongan yang boleh diiktiraf sebagai mahasewel setaraf seperti geng Adam Adli ini tidak terhad tugasnya sekadar membawa panji PAS di dalam kampus IPTA tetapi juga sering diberi peranannya yang tersendiri dalam dunia politik tanah air khususnya untuk kepentingan PAS.Asal sahaja ada pilihan raya terutama sekali melibatkan penyertaan PAS biasanya jarang GAMIS menolak arahan pihak atasan PAS untuk membantu mereka dalam kempen-kempen pilihan raya.Dalam konteks PRK DUN Kuala Besut demikian juga di mana GAMIS telah diberi peranan untuk berkempen secara halus bagi pihak PAS. Untuk itu sekumpulan mahasiswa khususnya dari Kelantan dan Terengganu telah digembleng untuk berkampung di Kuala Besut selama seminggu.Ada khabar menyebut gerombolan yang dibawa oleh GAMIS ini telah ditugaskan khusus untuk menimbulkan kecelaruan fikiran dikalangan masyarakat Kuala Besut dengan pelbagai aktiviti provokasi termasuklah penyamaran sebagai petugas BN bagi menghasut dan mengelirukan para pengundi. Bagi mahasiswa kaum hawa pula dikhabarkan akan menyamar sebagai Puteri UMNO untuk berkempen dari rumah ke rumah menyebarkan propaganda anti BN sementara sesetengahnya tinggal bersama penghuni sebagai anak angkat sambil cuba mempengaruhi tuan rumah sekeluarga.Antara aktiviti lain yang mungkin dilakukan termasuklah konvoi bermotosikal dengan aksi yang menjelikkan sambil memakai baju BN dengan harapan ia akan menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan masyarakat sekaligus membawa keuntungan undi untuk PAS. Setakat ini belum ada pengesahan sejauh mana kebenaran info tersebut namun jika senario semasa PRU-13 serta PRK DUN Tenang dan beberapa PRK sebelumnya diambil kira,unsur-unsur penyamaran samada berupa sebagai Puteri UMNO atau pun Petugas BN sudah pernah berlaku.Justeru itu,kali ini BN mengambil langkah ke depan dengan memantau pergerakan kumpulan yang disyaki mempunyai kaitan dengan GAMIS atau seumpamanya.Masyarakat Kuala Besut juga diingatkan berjaga-jaga dan jangan mudah terpedaya dengan penyamaran sebegini. RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! #PRU13 VS #PRKKUALABESUT !!! MANA ARTIS TOP YANG SELALU BANTU PAS DI KUALA BESUT ??? Posted: 22 Jul 2013 10:00 PM PDT Pada PRU-13 lepas umum mengetahui ada sekelompok artis yang sudah hilang seri popularitinya terlibar secara aktif membantu kempen parti pembangkang seperti PAS dan PKR.Jumlahnya boleh dikira dengan jari tapi bagi pembangkang kehadiran artis-artis ini dikira satu publisiti murahan untuk kempen mereka.Antara artis yang terlibat itu termasuklah bekas pelawak yang dikenali sebagai Bob Lokman yang kini menjadi ostad jadi-jadian serta Leman Raja Lawak,pelakon filem seperti Hairie Othman,Pak Jambit, Mustapa Kamal dan Abby Abadi serta penyanyi Faizal Tahir,Aisyah dan Dayangku Intan.Dua daripada mereka yakni Aisyah dan Dayangku Intan telah diangkat sebagai calon PAS dan PKR tetapi tewas,namun ia tetap satu peningkatan taraf berbanding sebelumnya hanya berceramah,manakala yang lainnya menjadi penceramah jemputan sebagai satu daya tarikan yang tak berapa nak menarik. Di antara kesemua mereka ini,Abby Abadi boleh dikira paling kontroversi kerana tangan gatalnya yang gemar tweet sana sini dengan komen separa masak dan tak cerdik,sementara Bob Lokman pula diingati ramai disebabkan pernah mengkafirkan rakyat Johor yang bekerja di Singapura.Samada Abby mahupun Bob Lokman,kini kedua-duanya sudah tenggelam selepas berakhirnya PRU-13,semacam sudah hilang peranan dalam PAS seolah-olah habis madu sepah dibuang atau lebih tepat lagi selepas diperalatkan oleh PAS masing-masing kini hidup umpama kain buruk yang terbuang.Malah menjelang hari pengundian 24 Julai 2013 untuk PRK DUN Kuala Besut juga sampai kini nama mereka langsung tak kedengaran,kecuali Aisyah yang ada juga satu dua slot berceramah tapi yang lain-lainnya senyap sunyi macam sudah ghaib dari dunia politik yang baru setahun jagung mereka kenali.Barangkali PAS tahu nasibnya dalam PRK DUN Kuala Besut amat kelam dan tak mustahil jurang perbezaan undi majoriti yang memihak kepada BN akan lebih besar berbanding sebelumnya,mungkin itu faktor utama kenapa PAS terpaksa melupakan selebriti artis yang bukan kepalang upah khidmat bakti mereka. Tapi kot iya pun dah tahu kemungkinan besar akan kalah teruk,setidak-tidaknya bagilah peluang semua artis pro pembangkang yang malang itu beberapa slot ceramah,supaya ada juga sekupang dua wang poket buat meringankan bebanan kehidupan.Tapi inilah hakikat politik terutama sekali melibatkan PAS,waktu masih baru dan fresh bukan main lagi diusung ke sana ke mari sampai tak cukup tidur dibuatnya mengelilingi negara demi menabur bakti untuk parti, alih-alih kain buruk juga jadinya.Itulah agaknya sebab utama yang mengakibatkan bekas pelakon filem Leftenan Adnan melenting tak keruan baru-baru ini apabila kehidupannya selepas PRU-13 terumbang ambing sehingga terpaksa merayu meminta simpati PAS supaya prihatin dengan nasib yang menimpa dirinya.Dulu-dulu sewaktu menjadi artis sepenuh masa,baik Hairie mahu pun artis yang lain adalah juga kerjanya mencari rezeki walau tak kerap menerima tawaran berlakon atau undangan menyanyi sekurang-kurangnya tidaklah sampai mati kutu dibuatnya macam sekarang terbiar tanpa pembelaan selepas selesainya PRU-13.Kasihan,tapi dah nasib badan akibat mudah tertipu dengan propaganda PAS,terima sajalah.Harapnya tak usahlah para artis yang pernah tertipu dengan janji manis PAS sebelum ini terlalu melayan sangat rasa kecewa.Tak dapat cari makan melalui PAS atau di negeri yang ditadbir PR tak mengapalah.Manalah tahu kot selepas ini dek kerana pernah berkhidmat bersama PAS dulu kemudiannya mendapat pembalasan menerima 'kunci syurga' bukankah berbaloi namanya tu,tak gitu pembaca Badut Rakyat ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 22 Jul 2013 07:00 PM PDT Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan sempena menjelangnya hari raya Aidilitri 2013,seramai 112,396 peneroka FELDA di seluruh negara tetap akan menikmati duit raya masing-masing meski pun beberapa bulan kebelakangan ini harga sawit mengalami penurunan.Pengumuman menggembirakan warga peneroka itu dibuat ketika Perdana Menteri menghadiri Program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda Kebangsaan 2013 di Felda Gunung Besout 2,Tanjung Malim.Duit raya berjumlah RM32.3 juta itu akan diberikan kepada 112,396 orang peneroka di mana peneroka yang bersama FELDA bakal menerima RM300 seorang sementara peneroka yang tidak bersama FELDA pula mendapat duit raya sebanyak RM150 seorang.Dibandingkan tahun sebelumnya para peneroka FELDA memperolehi RM400 dan RM200 setiap orang membabitkan perbelanjaan RM43.2 juta merangkumi 112,635 peneroka manakala pada tahun 2011 pula perbelanjaan duit raya sejumlah RM42.6 juta duit raya telah dibahagikan. Dengan adanya pemberian ini yang mungkin tak seberapa bagi segelintir orang namun sedikit sebanyak dapat juga meringankan bebanan para peneroka dalam persiapan mereka untuk menyambut perayaan Aidilfitri kelak. Pemberian duit raya ini merupakan tradisi Kerajaan BN semenjak tahun 2003 lagi tanpa mengira harga sawit naik atau turun dan ia meliputi semua 317 rancangan FELDA di seluruh negara dan tempias nikmat duit raya ini juga turut dirasai para penyokong PAS dan PKR yang tak sedar diri.Dalam pada itu,tentunya ramai yang tertanya-tanya entah apa pula nasib para peserta Ladang Rakyat yang berjumlah lebih 4,000 orang di Selatan Kelantan tika ini. Agak-agaknya berpeluangkah mereka untk sama-sama menikmati duit raya sama seperti rakan mereka di FELDA??? Persoalan itu amat rumit sebenarnya kerana usahkan nak merasa duit raya,tanah yang para peserta Ladang Rakyat terokai pun sampai sekarang payah nak diperolehi hak miliknya.Tapak rumah yang dijanjikan pula sampai sekarang hanya segelintir yang dapat itu pun untuk golongan yang rapat dengan PAS.Jadi tiada gunanya kalau kita tanya pasal duit raya tatkala hak milik tanah yang lebih utama pun belum tentu mampu diperolehi dek kerana lemahnya pengurusan Ladang Rakyat yang dipelopori Kerajaan PAS Kelantan.Peserta Ladang Rakyat hanya mampu ternganga mulut sajalah jawabnya sedangkan di masa yang sama pemimpin DAP si Ngeh dan si Nga tersengih gembira memiliki tanah lebih 10,000 ekar hampir menyamai luas Putrajaya.Ladang Rakyat Ladang Air Mata Rakyat… Bo La Weii… RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! MASALAH KEMASUKAN KE UNIVERSITI BUKAN MASALAH EKSKLUSIF KAUM CINA !!! Posted: 22 Jul 2013 05:00 PM PDT Setiap tahun apabila keputusan kemasukan ke universiti diumumkan,anda akan mendengar lolongan dari kaum Cina berkenaan anak-anak mereka yang bijak tetapi tidak mendapat tempat atau kursus yang dipilih di universiti pilihan dan kelmarin terdapat 55 ibubapa Cina yang melolong-lolong menemui MCA mengadu bahawa anak-anak mereka yang mendapat keputusan 4.0 tidak mendapat apa yang mereka inginkan.Dari lolongan mereka kedengaran seolah-olah kerajaan tidak adil dan sengaja mendiskriminasikan anak-anak mereka.Perkataan 'meritokrasi' diulang-ulang,seolah-olah itulah penyelesaian bagi segala masalah.Meritokrasi membawa makna persaingan sama rata.Dalam konteks pendidikan,ia bermakna mengambil kira keputusan peperiksaan semata-mata.Kononnya,inilah persaingan yang sihat yang mampu membawa kita ke tahap negara dunia pertama.Malangnya,meritokrasi bagi kaum Cina hanya perlu dilaksanakan di Universiti Awam,sektor kerajaan dan GLC. Di dalam perniagaan yang dikuasai mereka,meritokrasi tidak digunapakai langsung.Sebaliknya,segala peluang berniaga hanya diberi kepada kaum mereka sahaja.Kadar sewa kedai milik mereka juga berbeza-beza mengikut kaum di mana penyewa dari kaum mereka akan diberi harga murah dan sebaliknya harga yang lebih tinggi atau dinaikkan sesuka hati sekiranya penyewanya kaum Melayu atau kaum lain.Sejak azali lagi,kedai-kedai dan pasaraya besar milik mereka tidak akan sekali-kali mempromosi produk bumiputera walaupun sebelum orang-orang Melayu melancarkan boikot ke atas produk mereka.Produk Bumiputera akan diletakkan di tempat yang tidak strategik atau disabotaj melalui pengangkutan, pembayaran dan berbagai-bagai cara lagi.Di syarikat-syarikat swasta,sudah menjadi perkara biasa apabila seorang Melayu yang telah berpuluh tahun bekerja sehingga syarikat bergantung penuh kepada kebijaksanaan dan kebolehannya,tetap tidak akan dinaikkan pangkat.Lebih dahsyat, beliau akan disuruh melatih seorang Cina di mana Cina tersebut akan kemudiannya dijadikan ketuanya.Lebih malang lagi,hampir kesemua syarikat swasta dan kompleks perniagaan di Malaysia dimiliki oleh kaum mereka. Atas dasar ini, maka meritokrasi yang dilolongkan oleh kaum Cina di universiti awam sewajarnya dibakulsampahkan saja.Mereka perlu diajar agar 'bercakap serupa bikin' dahulu sebelum mengajar orang 'bikin' sesuatu.MCA kini sedang mengendalikan 108 rayuan anak-anak Cina yang 'tidak mendapat apa yang mereka inginkan' tadi.Berikutan dengan itu,beberapa blogger dari kaum Cina pro-kerajaan menempelak mereka kerana meminta bantuan MCA dan menyuruh mereka melolong kepada DAP atas nasib yang menimpa mereka.Hujah mereka,kaum Cina telah menolak MCA mentah-mentah dan menidakkan segala jasa MCA kepada mereka selama ini.Justeru,kenapa perlu diruntun MCA lagi ??? Bukankah inilah masanya untuk mereka menekan DAP agar mula 'membuat jasa' ???Bagaimanapun,hakikatnya,masalah yang sama turut dialami oleh anak-anak dari kaum lain,iaitu India dan juga Bumiputera.Namun,kaum lain tidak pula melihatnya sebagai masalah perkauman atau ketidakadilan kerajaan.Ramai dari anak-anak Melayu yang bijak turut terpaksa berpuas hati dengan tawaran kursus yang tidak diminati mereka.Begitu banyak kes berlaku di mana rakan yang mendapat keputusan lebih rendah berjaya mendapat kursus pilihan manakala mereka yang lebih cemerlang diberi kursus pilihan kedua.Namun,kebanyakan ibubapa Melayu hanya memujuk anak-anak mereka bahawa manusia tidak semestinya mendapat apa yang diinginkan walaupun telah berusaha sedaya upaya.Lagipun,kita tidak tahu bahawa apa yang diinginkan itu kadangkala tidak sesuai dan tidak baik untuk kita.Oleh itu,Allah SWT hanya membawa kita ke arah yang terbaik kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui.Itulah yang dinamakan takdir. Pendek kata,mendapat keputusan yang cemerlang tidak menjadikan kita istimewa di mana semua orang di dunia ini wajib memberi apa yang kita mahukan. Lebih dari itu, pencapaian akademik yang cemerlang bukan jaminan yang seseorang itu sesuai untuk menjadi apa saja yang dicita-citakannya.Bayangkan,jika seorang anak Cina dengan keputusan 4.0 melalui temuduga untuk kursus perubatan,tetapi beliau tidak punya pemahaman dan tidak mampu bertutur dengan baik atau tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan kepada penemuduga,sedangkan ada anak Cina atau Melayu lain yang mendapat keputusan 3.89 tetapi mempunyai pemahaman,personaliti dan kematangan yang sesuai serta mengkagumkan, yang manakah agaknya yang wajar terpilih ??? Ini belum lagi dikira latarbelakang. Seorang miskin yang tidak pernah ke tuisyen dan mendapat pendedahan lain tetapi mampu mendapat keputusan 3.89 serta mempunyai kemahiran berbahasa dan pemahaman yang baik mungkin saja sama atau lebih bijak dari seorang kaya yang mendapat 4.0. Justeru,yang miskin lebih layak diberi peluang untuk ke universiti awam bagi menepati dasar kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.Hanya dengan memberi peluang kepada golongan miskin untuk belajar ke peringkat tinggi maka kehidupan mereka dapat ditingkatkan.Manakala,golongan kaya,boleh saja mencuba nasib di Universiti Swasta.Dasar inilah yang membantu membawa Malaysia hingga ke tahap ini, pada hari ini.Oleh kerana kaum Bumiputera merupakan majoriti rakyat serta mewakili golongan sederhana dan miskin,maka tidak hairanlah peratusan kemasukan kaum ini ke universiti merupakan yang tertinggi.Di samping itu,apa yang terjadi ialah kaum Cina sendiri sering memandang rendah terhadap universiti awam dan ramai di antara mereka lebih suka ke universiti swasta. Alasan mereka ialah penekanan terhadap Bahasa Melayu serta enggan bergaul dengan majoriti Melayu.Dengan sikap kaum Cina yang memperlekeh dan menghina segala-galanya tentang kerajaan dan kini menolak kerajaan di dalam PRU,mereka sepatutnya merasa malu untuk melolong-lolong ingin masuk ke universiti kerajaan apatah lagi mendesak agar diberi apa yang mereka inginkan.Sewajarnya,kerajaan terlebih dahulu membantu anak-anak Melayu yang mengalami masalah yang sama tetapi tabah menghadapinya. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









No comments:
Post a Comment