BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! ISU ROYALTI MINYAK !!! SATU LAGI SANDIWARA PAS UNTUK PANCING UNDI !!!

Posted: 22 Jul 2013 08:30 AM PDT


Mungkin disebabkan tiada isu yang boleh diketengahkan bagi menarik minat pengundi,parti Pas terpaksa 'mengimport' isu royalti minyak Kelantan.Dengan mengunakan alasan pilihanraya kecil ini sebagai talian hayat,mereka mengharapkan dapat memperdayakan pengundi bagi merampas semula kerusi DUN Kuala Besut yang pernah dimenanggi oleh mereka suatu ketika dahulu.bagi membolehkan isu royalti minyak Terengganu di perjuangkan.Kepada yang bijak menilai rentak permainan politik,pasti akan ada yang tersenyum sinis dengan sandiwara terbaru yang dipersembahkan ini.Ini kerana dengan tidak semena-mena kawasan kecil Kuala Besut telah menerima seorang pengarah 'mee segera' yang dilantik khusus untuk memperjuangan isu yang royalti dibangkitkan ini.Sedangkan pada hakikatnya sekiranya mereka benar-benar ikhlas ingin memperjuangkan hak rakyat di Kuala Besut,mengapa baru sekarang diwujudkan satu jawatankuasa khas ??? Malah isu yang dibangkitkan adalah amat berbeza dengan apa yang sedang berlaku Kelantan.Kerajaan Persekutuan juga telah mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan,Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.Namun begitu,seperti yang diketui oleh umum,sehingga waktu ini tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. 

Oleh itu,dari segi perundangan,kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum.Walau bagaimanapun,demi menjaga kepentingan semua pihak,kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebelum ini berkata Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara,Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara,wakil dari kerajaan negeri Pahang,Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.Tuntutan pembangkang supaya Petronas memberi royalti minyak dari lima kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak lebih merupakan gimik politik yang dipopularkan menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu.Sedangkan pada hakikatnya apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang ini adalah tindakan yang munasabah dan mengambil kira faedah jangka panjang dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat,yang dilaksanakan melalui pelbagai hasil kerajaan termasuk bayaran cukai oleh Petronas. 

Pelbagai kemudahan asas yang sedang dinikmati rakyat termasuk lebuh raya,jalan raya,lapangan terbang,hospital,sekolah dan banyak lagi telah berjaya meningkatkan taraf hidup dan membawa kemakmuran kepada rakyat khususnya di Terengganu.Malah semua kemudahan asas itu juga dapat dibangunkan di seluruh negara kerana kerajaan pusat menguruskan sumber kekayaan negara dengan baik dan mempunyai tenaga kepakaran dalam pelbagai bidang bagi melaksanakan setiap perancangan untuk memajukan negara.Inilah perkara yang rakyat khususnya pengundi di Kuala Besut perlu fikirkan,sebab hasil negara ialah cukai.Disebabkan itu kerajaan pusat mampu mengutip cukai hingga mencecah RM115 bilion setahun.Ia secara tidak langung menyebabkan kerajaan boleh membuat banyak tawaran kepada rakyat termasuk dalam bentuk tunai,ekoran dari pengurusan kerajaan yang cekap dan berkesan. Malah bagi negeri pengeluar minyak seperti Terengganu,kerajaan pusat telah membelanjakan lebih daripada kuotanya dalam pelbagai bentuk pembangunan,khusus untuk rakyat.Oleh yang demikian,rakyat perlu menilai dan sedar niat sebenar pakatan pembangkang yang sengaja membawa isu royalti minyak.Apakah ia untuk kebajikian rakyat atau kemaruk untuk memiliki kuasa ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KURANG AJAR !!! ALVIVI RANCANGAN JAHAT UMNO - KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS !!!

Posted: 22 Jul 2013 05:00 AM PDT


Berikut adalah petikan kenyataan rasmi Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS,Aiman Athirah Al Jundi : 

6. Saya juga secara jelas melihat betapa isu ini telah diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu sebagai satu cara untuk menang dlm PRK N01 Kuala Besut.Menakut-nakutkan umat Islam dengan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.Seterusnya menjadikan sbg faktor utama melegitimasikn pindaan terhadap Akta Multimedia yang hakikatnya bertujuan menyekat kebebasan rakyat daripada mendapat maklumat daripada sumber lain selain daripada media milik proksi umno bn. 

7. Ia adalah suatu tindakan yang sangat berniat jahat dan dilakukan secara terancang fasa demi fasa. Rakyat mesti menolak propaganda n modus operandi yang jahat ini dgn berhenti daripada menjadi mangsa adu domba dan fitnah jahat regim diktator BN.Enough is enough to BN! 


Sebelum ini Ahli Parlimen PAS Sepang,Mohamad Hanipa Maidin juga meminta kerajaan agar jangan mendakwa Alvivi di bawah Akta Hasutan kerana takut pasangan porno itu merasa didiskriminasikan.Nampaknya,Hanipa lebih gusar akan sensitiviti dua orang dewasa Cina biadap dan bodoh daripada sensitiviti umat Islam yang membentuk majoriti di negara ini.Sebagai kesimpulan,kedua-dua pemimpin PAS ini meminta agar pasangan porno tersebut dimaafkan sahaja.Alvivi bukan yang pertama menghina Islam dan Melayu di negara ini.Sudah berpuluh kes menghina Islam,Melayu, Raja-raja,Agong,Perdana Menteri,Azan,malah Allah SWT dan Rasulullah SAW yang mana berakhir dengan denda dan kemudiannya berulang kembali.Persoalannya,sampai bila ia akan dibiarkan berulang ??? Sampai orang-orang Melayu bangun mengangkat parang ??? 

Sudah sampai masanya kebiadapan ini dihentikan untuk kesekian kalinya.saya pasti,tiada negara di dunia ini yang akan mempertikaikan hukuman berat dikenakan terhadap mereka berdua.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa Malaysia adalah negara yang paling 'bebas' mengalahkan negara-negara barat, dalam menangani isu menghina agama.Pelik sekali kerana DAP dan juga MCA yang sebelum ini sering membela setiap kesalahan kaum Cina yang melanggar Akta Hasutan turut mengecam Alvivi dan mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka.Tetapi,PAS pula beria-ia menunjuk keterbukaan dengan menerima penghinaan terhadap Islam serta meminta mereka dimaafkan saja.Tidak cukup dengan itu,Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS pula turut menuduh BN mengambil kesempatan ke atasnya kalaupun tidak merancangnya. 

Hakikatnya,Alvin dan Vivian adalah penyokong PR di mana Vivian telah terbukti terlibat memprovokasi BN dengan menyebar gambarnya memegang bendera BN dalam keadaan berbogel.Vivian juga dikenalpasti sebagai sangat mesra dengan Nurul Izzah di mana gambar-gambar mereka bersama di dalam majlis telah pun tersebar.Justeru,bagaimana pula BN merancang menghina Islam dengan menggunakan penyokong PR dan kemudiannya bertindak memenjarakan mereka pula ??? Oleh itu,kepada PAS,kalau nak menuduh pun biarlah berasas,kalau nak memfitnah pun biarlah masuk akal sikit.Bukan main alim mengajak orang lain bermaaf-maafan di bulan Ramadhan tetapi menyebar fitnah tidak apa pula? ?? satu kesimpulan yang jelas di sini ialah PAS cukup gusar jika Akta Hasutan dikembalikan.Tidak mustahil juga PAS dan DAP yang sebenarnya mengambil kesempatan atas isu ini. 

saya dapati,dengan mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap Alvivi,DAP berharap dapat membina imej 'prihatin dan sensitif' terhadap agama Islam.Manakala dengan mendesak mereka dimaafkan saja,PAS harap dapat menonjolkan imej 'terbuka dan tidak konservatif'.Matlamat mereka ialah untuk menjadikan orang Melayu 'lembut hati' dengan DAP dan orang Cina pula tidak lagi akan terasa terancam dengan PAS.Kebanyakan dari kita mungkin menyangka yang perbuatan Alvivi adalah berpunca dari kebodohan dua manusia yang tidak cukup didikan tetapi, inilah diingatkan agar jangan sekali-kali mengenepikan kewujudan permainan psikologi yang sedang dimainkan oleh PR.Alvivi dan Akta Hasutan ada kaitannya.Iaitu,ada pihak yang sedang menguji 'kebijaksanaan' kerajaan dalam memahami strategi mereka,sekali gus menguji 'ketahanan' BN untuk menghadapi serangan mereka di masa depan di bawah Akta Keharmonian Nasional.Akta Hasutan,ISA,EO,iaitu akta-akta yang didesak oleh PR agar dihapuskan semuanya berkaitan dengan keselamatan negara.Rasanya,kita tidak perlu belajar sehingga ke Oxford untuk membaca strategi PR iaitu ingin mewujudkan suasana huru-hara dan hilang kawalan di peringkat kepimpinan.Suasana ini sudah mula dirasakan hari ini dan akan terus meningkat tidak lama lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! BLOGGER PR MAIN KOTOR !!! TENGKU ZAIHAN SUSAH NAK SENYUM ??? APA CERITA NI ???

Posted: 22 Jul 2013 02:05 AM PDT


satu lagi permainan kotor di kesan.kali ini blogger PR main kotor menyentuh peribadi Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan mengatakan Tengku Zaihan kurang senyum.aikkk ??? anda nampak ker blogger PR ??? bulan puasa ni pun nak fitnah lagi ker ??? jangan lihat peribadi senyum atau tidak,yang penting hati calon tu.lihatlah calon tu perjuangkan.bukan macam PR cakap tak serupa bikin.main sumbat jerrr manifesto akhirnya tak ditunaikan.

sebelum ini mereka serang Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan mengatakan beliau sukar nak senyum.depan orang pun tak senyum,akhirnya jatuh ke tangan PAS.isu ini dimainkan secara berulang-ulang setiap hari sepanjang tempoh berkempen,hingga orang ramai beranggapan Wan Farid memang sukar tersenyum.

SEKARANG TEMPAT YANG DIMENANGI OLEH PAS BERUBAH ATAU TAK ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! WALAUPUN UZUR,NIK AZIZ TERPAKSA DIKERAH UNTUK BANTU KEMPEN PAS !!! APA LAH NASIB SI NIK AZIZ NI !!!

Posted: 21 Jul 2013 10:00 PM PDT


Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini,jentera Pas di pilihanraya kecil DUN Kuala Besut seakan lesu dan tidak bermaya.Sejak bermulanya hari penamaan calon hinggalah waktu untuk berkempen,para petugas parti itu seperti hilang arah tujuan.Bendera dan kain rentang parti itu juga seakan tidak kelihatan berbanding dengan Barisan Nasional (BN) yang telah berjaya menjadikan Kuala Besut bertambah biru.Malah sekiranya diambil kira dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang pernah diadakan sebelum ini,pasti ramai yang dapat melihat kesungguhan jentera dan para petugas parti itu dalam berdepan dengan jentera dari BN.Namun itu semua tidak berlaku di kawasan Kuala Besut,apabila jentera muslimah dan kumpulan ulama Pas seperti membuat haluan sendiri.Tambah menguatkan andaian pelbagai pihak,apabila ramai seolah dapat merasakan calon Pas Azlan @ Endut Jusuh sedang berdepan dengan masalah dalaman.

Walaupun kepimpinan Pas mengatakan isu yang dibangkitkan itu hanyalah khabar angin,namun majoriti masyarakat di Kuala Besut dapat melihat calon pilihan Naib Presiden Pas,Husam Musa itu sedang berdepan dengan masalah sabotaj dalaman.Menurut sumber ia ekoran dari rasa tidak berpuas hati mereka dengan tindakan kepimpinan Pas Pusat yang menolak mentah-mentah calon yang dikemukakan oleh Pas negeri dan kawasan.Malah wajah dan bayang Pesuruhjaya Pas Terengganu,Mohd Abdul Wahid Endut juga langsung tidak kelihatan membantu jentera parti.Menyedari akan perkara itu,parti itu terpaksa mengunakan talian hayat mereka,dengan meminta Mursyidul Am Pas,Nik Abdul Aziz Nik Mat turun bagi membantu jentera dan segera menyelesaikan masalah yang sedang melanda itu.Walaupun bekas menteri besar Kelantan itu berada dalam keadaan yang sangat uzur,namun dia terpaksa memenuhi jemputan tersebut bagi mengelakkan Pas menerima tamparan yang hebat sekiranya calon parti itu gagal beroleh kemenangan. 

Nik Aziz yang kini berusia 82 tahun,pernah beberapa kali dimasukkan ke dalam wad disebabkan faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan.Malah dia juga pernah dilaporkan pengsan dan terpaksa diusung sejauh 100 meter dari tapak ceramah kerana keletihan berikutan program yang padat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.Selain sering mengalami kekejangan otot kaki,Nik Aziz juga dilaporkan kerap berhadapan dengan masalah pernafasan dan sakit dada sehingga memaksa pihak penganjur membatalkan beberapa siri program yang sepatutnya dihadiri olehnya.Mungkin akan ada yang bersimpati dengan keuzuran Nik Aziz yang dipaksa turun padang bagi membantu jentera parti.Namun itu semua merupakan salah Nik Aziz sendiri.Ini kerana,banyak pihak telah memintanya untuk berundur daripada terus terlibat dalam arena politik,namun semua permintaan itu langsung tidak diendahkannya.Ini kerana dia merasakan khidmat masih diperlukan oleh ahli-ahli Pas.Tambahan pula ramai penyokongnya merasakan,dengan ketiadaan Nik Aziz di dalam Pas bakal menyebabkan parti itu lemah dan tidak berdaya.Malah ketika ditanya sebelum ini,dia pernah mengatakan akan terus bertanding sampai bila-bila waima terpaksa menggunakan kerusi roda sekali pun.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KEPADA PM @NAJIBRAZAK !!! AKTA KEHARMONIAN NASIONAL LEBIH RELEVAN UNTUK GANTI AKTA HASUTAN !!!

Posted: 21 Jul 2013 08:56 PM PDT



Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.Antara perkara yang digariskan dalam Akta Hasutan ialah : 

 3. (1) Sesuatu "kecenderungan menghasut" ialah kecenderungan 

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan ; 
(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan,dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu ; 
(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri; 
(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri ; 
(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia atau (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara,hak,taraf,kedudukan,keistimewaan,kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.Pemansuhan ini adalah bertitik tolak dari desakan pembangkang kerana menganggapnya sebagai menghalang rakyat dari bersuara serta mengongkong kreativiti. 

Akibatnya,ia mendapat kritikan banyak pihak di kalangan penyokong UMNO yang menganggap desakan tersebut merupakan satu lagi helah pembangkang untuk 'mengenakan' kerajaan sepertimana dakwat kekal dan ISA.Kritikan dari penyokong UMNO dilihat sebagai mampu mengundang risiko besar kepada BN yang bergantung sepenuhnya kepada undi UMNO setelah ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina termasuk dari MCA.Walaubagaimanapun,di kalangan sesetengah pihak,pemansuhan Akta ini dilihat sebagai keberanian dan kesungguhan kerajaan untuk melakukan transformasi.Untuk itu,Akta Keharmonian Nasional diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan.Keputusan ini telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib pada 11 Julai 2012 di dalam satu majlis makan malam Jabatan Peguam Negara. Melalui akta baru ini,beberapa perkara dari Akta Hasutan dikekalkan iaitu yang berkaitan dengan kuasa kerajaan dalam tiga perkara iaitu : 

a) Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja ;
b) Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia dan 
c) Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan istimewa, kedaulatan atau prerogative sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh Peruntukan Bahagian III atau Perkara 152,153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan. Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk meneliti perkara ini. 

Pada dasarnya,Akta Keharmonian Nasional membawa pendekatan yang lebih longgar untuk rakyat untuk melemparkan kritikan atau ketidakpuasan hati dengan syarat ia tidak membawa niat jahat dan menghasut.Justeru,dengan jaminan kerajaan untuk mengekalkan kuasa bagi menghalang berlakunya ketegangan yang mungkin berpunca dari kelonggaran ini, idak ada sebab untuk rakyat terus merasa musykil mengenai akta baru ini.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...