BADUT RAKYAT |
- KANTOI !! #PRKKUALABESUT !!! PENDUDUK KUALA BESUT DAN KELUARGA SENDIRI MEMBELASAH CALON PAS !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! AZHAR IDRUS 'BONEKA BARU' GANTI CHE LONG A.K.A AZLAN !!!
- HOT NEWS !!! ABDUL RAHMAN MEMBELASAH TONY PUA KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! USTAZ YOUTUBE LEBIH POPULAR BERBANDING NIK AZIZ !!!
| Posted: 21 Jul 2013 05:00 AM PDT Di dalam tempoh berkempen ini,sudah pasti pelbagai pendekatan akan diguna pakai sebagai satu usaha untuk menarik minat dan simpati para pengundi.Ada yang mengunakan pendekatan konvesional seperti kebiasaanya malah tidak ketinggalan ada yang mengunakan pendekatan 'reverse psychology' bagi mengelaburi pandangan rakyat.Terbaru calon Pas bagi pilihanraya kecil Kuala Besut Azlan @ Endut mengunakan penampilan seperti ahli Sufi bagi menipu para pengundi.Sejak bermulanya aktiviti kempen, dia dilihat cuba berlagak alim dengan gaya seperti seorang ahli agama sehingga ada dikalangan penduduk di Kuala Besut yang mengatakan dia seorang yang zuhud.Namun ternyata itu semua adalah merupakan helah politik semata-mata,kerana majoriti penduduk yang mengenalinya secara dekat mengatakan calon Pas ini tak ubah seperti seekjor sesumpah.Ini kerana penampilan dan gayanya amat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini.Rata penduduk yang mengenalinya mengatakan 'calon cari makan' ini adalah merupakan seorang yang kaya raya.Selain mempunyai rumah banglo yang besar dia juga dikatakan mempunyai puluhan kereta mewah. "Ini semua politik.Sebelum jadi calon dia hidup bermewah-mewah,tapi lepas dipilih jadi calon penampilan dan gayanya terus berubah seperti seorang ahli Sufi yang zuhud.Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf,tidak ada seorang pun ahli Sufi yang diceritakan hidup atas kemewahan harta.Betul,Islam tidak menghalang umatnya untuk mencari kekayaan,malah ada dikalangan sahabat Nabi Muahammad saw yang kaya.Tetapi bukan di kalangan ahli Sufi yang zuhud,kerana jalan hidup seorang ahli Sufi adalah meninggalkan semua bentuk yang bersifat keduniaan dan hanya menumpukan kepada ibadat menuju akhirat" tegas salah seorang penduduk yang ditemui di pecan Kuala Besut petang tadi. Mengikut rekod,perkataan sufi berasal dari Suffah (para sahabat Nabi Muhammad saw yang miskin dan hidup di sekitar masjid Nabawi di Madinah).Ia adalah kata asal dari perkataan Suf/kulit (kambing) sebab ramai dikalangan mereka hanya memakai pakaian yang diperbuat dari kulit kambing. Malah di dalam riwayat juga pun ada yang mengatakan ramai sahabat Nabi Muhammad saw yang menyertai perang Badar,memakai pakaian dari bulu kambing.Menurut Zainab Besah,53 sebagai pengundi dia mengharapkan calon yang menawarkan diri,untuk memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai bentuk hala tuju dan isu yang ingin diperjuangkan dan bukannya berlakon dengan gaya seperti ustaz. "Saya bukan berniat untuk menghina,kalau betul pun nak kempen gunakanlah cara yang lain. Bukannya berlagak alim dengan perwatakan seperti ustaz dan ahli agama.Rakyat Kuala Besut kenal sangat dengan Che Long ni.Dia orang kaya,sibuk uruskan perniagaan.Tapi bila jadi calon, terus berubah watak. Patutnya dia jumpa pengundi dan bagi tahu khidmat dan isu yang nak dibawa.Bukan menipu pengundi dengan gaya dan penampilan" tegasnya lagi. ANDA NAK LIHAT KELUARGA AZLAN TIDAK SUKA AZLAN JADI CALON ??? LIHAT VIDEO DI BAWAH APA KATA ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! AZHAR IDRUS 'BONEKA BARU' GANTI CHE LONG A.K.A AZLAN !!! Posted: 20 Jul 2013 10:00 PM PDT Azhar Idrus bukanlah satu nama yang asing bagi para peminat ceramah yang gemarkan pendekatan lawak jenaka dalam penyampaian kuliah ilmu agama.sekiranya dahulu ceramah agama hanya boleh diikuti dalam di masjid dan surau,namun dengan gaya hidup yang serba moden ketika ini,ceramah agama turut menerima evolusi apabila terpaksa menguna pakai pendekatan baru sesuai dengan perubahan zaman dan masa.Bertitik tolak dari itu,nama Azhar Idrus mula dikenali ramai,apabila pelbagai siri ceramahnya yang dimuatnaik di dalam Youtube mendapat sambutan hangat.Maka dia yang suatu ketika merupakan seorang gitaris untuk salah sebuah kumpulan band di Terengganu mula 'dinaiktarafkan' sebagai ustaz ekoran penyampaian ceramahnya yang dikatakan berbeza.Mengunakan platform sebagai penceramah bebas,Azhar Idrus terus mendapat perhatian ramai apabila sering menerima undangan ceramah di serata pelusuk tanahair sehingga meningkatkan popularitinya di kalangan masyarakat. Menyedari akan hakikat itu,Pas sebagai salah sebuah parti politik yang kononnya berpaksikan perjuangan Islam terpaksa mengunakan khidmat Azhar Idrus bagi membantu parti itu, menarik sokongan masyarakat.Maka bermulalah detik baru dalam kariernya sebagai 'ikon' untuk Pas.Dengan mengunakan imej sebagai penceramah agama bebas,Azhar Idrus mula bertindak sebagai agen bagi menyampaikan dakyah-dakyah Pas melalui ceramah-ceramah yang disampaikannya.Tidak cukup dengan itu,dia akhirnya turut dijadikan sebagai agen kempen di setiap pilihanraya bagi membantu calon-calon Pas yang bertanding.Sebagai contoh,dia pernah beberapa kali diminta turun padang,bagi membantu jentera Naib Presiden Pas,Husam Musa yang bertanding kerusi parlimen Putrajaya dalam pilihanraya umum yang lalu.Terbaru,Azhar yang terkenal dengan pangilan 'ustaz kemah-keming' turut diminta diminta membantu jentera Pas di Kuala Besut bagi menarik sokongan pengundi. Ia ekoran dari laporan awal jentera parti itu yang mengatakan calon Pas,Azlan @ Endut bakal berdepan dengan laluan sukar.Selain dari imej 'calon cari makan',Azlan juga dilihat sebagai calon yang bermasalah kerana tidak mendapat sokongan dari jentera akar umbi dan kepimpinan parti di peringkat negeri.Malah sokongan yang diberikan kepada Husam sebelum ini juga dikatakan sebagai punca,calon itu diboikot oleh kumpulan ulama dan jentera muslimah.Atas semua faktor itu,Azlan dikatakan sukar untuk menandingi calon dari Barisan Nasional yang merupakan seorang anak muda professional.Selain berpendidikan tinggi,Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman juga mempunyai rekod bersih dan cemerlang serta aktif mendampingi masyarakat.Tengku Zaihan merupakan jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya,yang sebelum itu pernah berkhidmat selama lima tahun di JPS Daerah Besut.Anak kelahiran Kampung Nail,Kuala Besut itu mula mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat setelah menyertai JPS 15 tahun lalu sebagai jurutera daerah.SPR menetapkan 24 Julai sebagai tarikh mengundi dan PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.Pada PRU13 Mei lalu,Dr A Rahman BN menang dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon Pas Napisah Ismail RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! ABDUL RAHMAN MEMBELASAH TONY PUA KAW-KAW !!! Posted: 20 Jul 2013 07:00 PM PDT Datuk Abdul Rahman Dahlan,Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan menganggap kecaman Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan,Tony Pua terhadap dirinya sebagai usaha membodek bossnya,Lim Guan Eng,Setiausaha Agung DAP. "YB (Tony Pua), kejahilan anda isu ini boleh difahami tetapi saya mesti mengatakan bahawa ritual harian anda adalah untuk membela bos lagenda anda Lim Guan Eng," kata Rahman dalam tweet beliau hari ini.Abdul Rahman berkata demikian ketika mengulas kecaman Tony yang juga Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara yang telah menuduhnya sebagai 'ekstrim' apabila mempertahankan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam isu membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah. "Lim Guan Eng melabel saya sebagai seorang yang bersifat perkauman dan pelampau? Betul ke? Adakah ini orang yang sama yang pernah menipu masyarakat India di Kampung Buah Pala?,"katanya lagi. Bidasan balas Abdul Rahman yang ditujukan kepada Tony Pua itu menyebabkan mereka saling membalas hujah. ANDA NAK LIHAT TWITTER PENUH ??? UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! USTAZ YOUTUBE LEBIH POPULAR BERBANDING NIK AZIZ !!! Posted: 20 Jul 2013 05:00 PM PDT Dulu sewaktu zaman kegemilangan Nik Aziz Nik Mat selaku pemimpin veteran PAS yang paling berpengaruh,bagaikan sudah menjadi kebiasaan apabila jumlah kehadiran di majlis ceramahnya melimpah ruah sehingga berlaku kesesakan teruk berkilometer dari lokasi majlis.Bukan sahaja mulutnya di sesatu majlis ceramah ramailah si penyokong yang bertakbir hingga ada juga yang jadi histeria tiba-tiba dek kerana semangat rasukan yang menerjah datang.Yang mana dapat bersalaman dengannya terasa seperti mendapat berkat kalau boleh seminggu tak dibasuh tangan pun tak apa.Mengambil kesempatan dari pengaruh tersebut,maka banyaklah PAS Kawasan dan Negeri mengusung orang tua itu ke sana ke mari untuk memeriahkan program anjuran mereka kemudian bila selesai majlis masing-masing senyum sampai ke telinga melihat kantung kutipan wang 'tiket' yang diterima.Demikian gambaran kasar betapa berpengaruhnya Mursyidul Am PAS itu,tapi itu semuanya dulu-dulu punya cerita tatkala masih ramai yang terkeliru dengan mitos dan ceritera keberkatan buatan seorang tok guru jadi-jadian. Sekarang sudah lain,terlalu banyak perubahan seiring dengan peredaran zaman di mana pengaruh Nik Aziz terlalu jauh bedanya berbanding dulu.Ucap katanya sudah tidak begitu berbekas di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri.Hadirin yang datang pun berkali ganda berkurangan membuktikan popularitinya kian merudum.Jika mahu melipat gandakan jumlah kehadiran penyokong bagi memeriahkan sesuatu ceramah,mahu tidak mahu Nik Aziz terpaksa digandingkan dengan orang lain yang lebih popular.Jika tidak,hambarlah jadinya sama macam betapa hambarnya ceramah PAS di Kuala Besut pada 15 Julai lepas sehingga memaksa Nik Aziz memboikot program ceramah sendiri dengan alasan kesihatan tak mengizinkan.Terkedik-kediklah Mat Sabu sendirian pada malam itu di hadapan sekitar 200 orang juak PAS.Oleh itu,untuk program akan datang sempena kempen PRK DUN Kuala Besut ini,dengar khabarnya Nik Aziz akan digandingkan bersama Ustaz Youtube atau pun lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus,bertujuan untuk mengekang kegagalan majlis sebelumnya dari berulang. PAS yakin cara begini boleh menyelamatkan maruah PAS dan mengelakkan air muka Nik Aziz dari dipandang rendah meski pun di masa yang sama ia mengesahkan Ustaz Youtube itu lebih popular berbanding Mursyidul Am PAS.Begitulah ura-uranya yang menunjukkan betapa terdesaknya PAS tika ini.Jadi atau tidak ura-ura itu kemudian cerita. Jika gandingan bersama ini gagal dilaksanakan sebagaimana dihasratkan alamatnya terpaksalah sekali lagi Nik Aziz menggunakan alasan kesihatan untuk memulau programnya sendiri, agaknyalah. RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




No comments:
Post a Comment