BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! #PRKKUALABESUT !!! UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL DAN ELAK TEMPAH TIKET KE NERAKA !!!

Posted: 20 Jul 2013 12:56 PM PDT


Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan 'Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka' di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.Sebelum saya ulas secara panjang lebar ada baiknya anda melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai takrifan negara Islam.Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili rahimahullah (wafat: 371H). "Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam – Maktabah Syamilah) 

Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah,Imam Nawawi,Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.Mereka telah menggariskan kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam,dilaungkan azan,didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap minggu.Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara tersebut adalah negara Islam.Seterusnya mari kita lihat ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.Imam Masjid Nabawi,Madinah,Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 

Menurut Shaikh Solah,kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.Seterusnya Naib Mursyidul Am,Ikhwan Muslimin,Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan,modul negara Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara maju. Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan. Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain,yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.Selain dari itu ramai dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin,Somalia dan Afghanistan,turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina transformasi. 

 Malah negara kita juga pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk perpaduan dalam kalangan semua masyarakat.Mereka juga turut kagum dengan kestabilan Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.Presiden Guinea, Alpha Conde ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu, beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara ini. Semua komen dan pandangan yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan oleh pemimpin negara ini.Kesimpulannya,ahli dan penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming.Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka,sebarang percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini,akan menyebabkan mereka menempah ke Neraka.Kepada para pengundi di Kuala Besut,pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah calon dari Barisan Nasional

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! USTAZ YOUTUBE LEBIH POPULAR BERBANDING NIK AZIZ !!!

Posted: 20 Jul 2013 02:22 PM PDT


Dulu sewaktu zaman kegemilangan Nik Aziz Nik Mat selaku pemimpin veteran PAS yang paling berpengaruh,bagaikan sudah menjadi kebiasaan apabila jumlah kehadiran di majlis ceramahnya melimpah ruah sehingga berlaku kesesakan teruk berkilometer dari lokasi majlis.Bukan sahaja mulutnya di sesatu majlis ceramah ramailah si penyokong yang bertakbir hingga ada juga yang jadi histeria tiba-tiba dek kerana semangat rasukan yang menerjah datang.Yang mana dapat bersalaman dengannya terasa seperti mendapat berkat kalau boleh seminggu tak dibasuh tangan pun tak apa.Mengambil kesempatan dari pengaruh tersebut,maka banyaklah PAS Kawasan dan Negeri mengusung orang tua itu ke sana ke mari untuk memeriahkan program anjuran mereka kemudian bila selesai majlis masing-masing senyum sampai ke telinga melihat kantung kutipan wang 'tiket' yang diterima.Demikian gambaran kasar betapa berpengaruhnya Mursyidul Am PAS itu,tapi itu semuanya dulu-dulu punya cerita tatkala masih ramai yang terkeliru dengan mitos dan ceritera keberkatan buatan seorang tok guru jadi-jadian. 

Sekarang sudah lain,terlalu banyak perubahan seiring dengan peredaran zaman di mana pengaruh Nik Aziz terlalu jauh bedanya berbanding dulu.Ucap katanya sudah tidak begitu berbekas di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri.Hadirin yang datang pun berkali ganda berkurangan membuktikan popularitinya kian merudum.Jika mahu melipat gandakan jumlah kehadiran penyokong bagi memeriahkan sesuatu ceramah,mahu tidak mahu Nik Aziz terpaksa digandingkan dengan orang lain yang lebih popular.Jika tidak,hambarlah jadinya sama macam betapa hambarnya ceramah PAS di Kuala Besut pada 15 Julai lepas sehingga memaksa Nik Aziz memboikot program ceramah sendiri dengan alasan kesihatan tak mengizinkan.Terkedik-kediklah Mat Sabu sendirian pada malam itu di hadapan sekitar 200 orang juak PAS.Oleh itu,untuk program akan datang sempena kempen PRK DUN Kuala Besut ini,dengar khabarnya Nik Aziz akan digandingkan bersama Ustaz Youtube atau pun lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus,bertujuan untuk mengekang kegagalan majlis sebelumnya dari berulang. PAS yakin cara begini boleh menyelamatkan maruah PAS dan mengelakkan air muka Nik Aziz dari dipandang rendah meski pun di masa yang sama ia mengesahkan Ustaz Youtube itu lebih popular berbanding Mursyidul Am PAS.Begitulah ura-uranya yang menunjukkan betapa terdesaknya PAS tika ini.Jadi atau tidak ura-ura itu kemudian cerita. Jika gandingan bersama ini gagal dilaksanakan sebagaimana dihasratkan alamatnya terpaksalah sekali lagi Nik Aziz menggunakan alasan kesihatan untuk memulau programnya sendiri, agaknyalah.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENDAKWAAN TERHADAP ALVIN DAN VIVIAN ADALAH TEPAT !!! @PDRMSIA JANGAN LEPASKAN MEREKA !!!

Posted: 20 Jul 2013 01:30 AM PDT


Alvin Dan Vivian nampaknya telah tersalah congak apabila memilih untuk 'bergurau' dengan mempersendakan umat Islam di bulan Ramadhan.Sangka mereka,DAP dan PKR atau mungkin juga MCA akan bangun membela mereka sepertimana yang berlaku dalam semua kes menghina Islam/Melayu sebelum ini.Mereka juga pasti menyangka yang para pejuang hak asasi manusia akan bangun membela mereka atas hujah 'hak untuk mengekspresi diri' atau apa saja.Malah,mereka juga mungkin menyangka yang PAS akan turut membela mereka sekadar untuk membuatkan DAP bangga.Sangka mereka,umat Islam dari UMNO akan bersendirian berhadapan dengan mereka yang disokong oleh semua pihak di dalam Malaysia.Tidak keterlaluan juga jika mereka turut menyangka akan diberi maaf oleh kerajaan serta geran untuk membikin filem lucah secara rasmi sepertimana Namewee.Namun,ternyata segala sangkaan mereka salah sama sekali. MCA malah DAP sendiri mendesak agar mereka dikenakan tindakan. 

Manakala PKR tidak begitu keras dan sekadar menyatakan 'tidak setuju' dengan tindakan mereka.Mungkin kerana Vivian merupakan rakan Nurul Izzah.PAS pula terdiam sekejap mungkin terkejut apabila DAP mendesak mereka didakwa sedangkan PAS sudah bersedia untuk membela mereka demi DAP.Alvin dan Vivian pastinya tidak faham kenapa tiada mana-mana pihak yang tampil membela mereka sepertimana anak-anak Cina lain yang melakukan kesalahan yang sama. Apa bezanya mengajak umat Islam makan babi dengan beberapa posting di Facebook yang turut berbuat yang sama, cuma tidak meletakkan gambar sahaja ??? Malah,ada posting yang lebih teruk lagi dengan menggelar Allah SWT dengan berbagai gelaran, begitu juga Rasulullah SAW. Kenapa mengajak umat Islam makan babi lebih teruk dari menghina Allah SWT dan Rasulullah SWT ??? Persoalan ini tidak mungkin dapat dijawab oleh sesiapa melainkan oleh pihak yang menangkap dan mendakwa mereka.Apapun,pendakwaan mereka dii Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur adalah tepat. Tidak mustahil jika DAP dan MCA turut membela mereka maka mereka tidak akan didakwa sama sekali. Sudah sampai masanya pihak yang menghina Islam ditangkap,didakwa dan dikenakan hukuman berat. Kita sudah mendengar bagaimana negara lain tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang dengan sengaja menghina agama lain.

Ini kerana perbuatan sebegini mempunyai impak yang sangat besar kepada negara dan seringkali membawa kepada rusuhan dan perang saudara yang tidak berkesudahan.Tidak kira sama ada negara tersebut adalah negara Islam atau tidak,semua negara melihat penghinaan terhadap Islam dan agama lain sebagai kes berat kecuali Malaysia.Hatta,negara China yang merupakan negara asal nenek moyang Alvin dan Vivian juga tidak mungkin akan melepaskan pesalah kes seperti ini dengan hukuman ringan.Namun,itulah Malaysia,negara yang dituduh oleh kaum Alvin dan Vivian sebagai kejam,menindas minoriti serta zalim.Dengan pendakwaan mereka,saya mengharapkan agar Alvin dan Vivian dikenakan hukuman yang amat berat sebagai pengajaran kepada semua pihak agar jangan dengan sengaja menyentuh sensitiviti agama lain.Jika mereka hanya menerima hukuman ringan maka ia bakal membawa risiko di mana rakyat mula mengambil tindakan sendiri selepas ini dan jika ini berlaku juga,rakyat tidak ada pilihan selain percaya bahawa benarlah ada sesuatu yang 'sangat tidak kena' dengan pihak polis,sistem perundangan mahupun kerajaan.Pendek kata,jika rakyat tidak puas hati dengan hukuman terhadap pasangan ini,maka bersedialah untuk Malaysia yang tidak tenteram lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! DUTA VATICAN CITY LEBIH MULIA DARI PEMBANGKANG !!!

Posted: 19 Jul 2013 10:00 PM PDT


Seperti biasa,Malaysia dan orang Melayu yang terkenal sebagai 'pemaaf',telah memaafkan Duta Vatican yang mencetuskan kontroversi dengan mencampuri undang-undang dalam isu penggunaan Kalimah Allah dalam Injil yang diterjemah.Archbishop Joseph Marino telah membuat permohonan maaf secara rasmi setelah ditempelak oleh Menteri Luar,Datuk Anifah Aman agar jangan mencampuri urusan dalaman negara ini.Nampaknya,Marino telah tersedar yang beliau berada di negara Islam dan tidak wajar membuat kenyataan provokasi yang mampu mencetuskan huru-hara dan membahayakan diri sendiri.Bagaimanapun,saya percaya yang beliau merasa bertuah kerana terlepas cakap di Malaysia,bukan di Pakistan atau Arab Saudi di mana beliau mungkin sudah 'kehilangan kepalanya' sejurus selepas kenyataan seperti itu dibuat.Keberanian Marino menyentuh isu tersebut dilihat berpunca dari sikap pembangkang,terutamanya PAS yang pernah menyokong agar Kalimah Allah digunakan dalam Injil berbahasa Melayu. 

Mungkin menyangka terdapat umat Islam yang turut menyokong tuntutan pihak Kristian itu,maka Marino merasakan ia selamat untuk dibangkitkan dan mungkin beliau percaya yang DAP,PKR,malah PAS akan turut mempertahankannya jika berlaku kontroversi di mana akhirnya pihak Kristian akan menang apabila isu tersebut mendapat liputan ke seluruh dunia.Segalanya mungkin,tetapi buat masa ini kita bersyukur kerana ia tidak berlarutan setelah beliau pantas meminta maaf.Sebagai umat Islam,kita tidak harus mempertikai tindakan murni beliau meminta maaf dan wajib menerima kemaafannya,seadanya.Namun,kita masih tertunggu-tunggu pihak pembangkang meminta maaf dalam isu yang sama.Sehingga kini,Lim Guan Eng yang membangkitkan isu ini dalam perutusan Krismasnya,masih lagi tidak meminta maaf.Malah,terus angkuh seolah-olah tidak pernah menyinggung sesiapa.PAS yang flip-flop dalam isu ini juga tidak pernah meminta maaf malah menafikan yang parti itu pernah senada dengan Lim Guan Eng mempertahankan tuntutan pihak Kristian. 

PKR juga tidak pernah meminta maaf kerana bersubahat dengan Lim Guan Eng menyinggung perasaan umat Islam dengan tidak pernah menegur beliau.Hakikatnya,PR tidak pernah meminta maaf atas apa-apa pun jua.Setiap kesalahan dan kesilapan mereka akan dinafi dan diabaikan saja walaupun setelah terkantoi dan terbukti yang mereka bersalah.PR langsung tidak pernah mempromosi nilai-nilai murni dalam masyarakat.Parti itu merupakan pelopor sikap biadap dan kurang ajar di kalangan anak muda sehingga membawa kepada politik caci,maki-hamun,benci,carut dan lucah yang kronik.Parti itu juga yang mempromosi sikap derhaka pada Sultan serta samseng,walaupun di dalam sidang Dewan yang rasmi.Strategi politik PR pula semuanya berkisar soal melanggar undang-undang, membuat onar,huru-hara,anarki serta mencabar pihak berkuasa.

Walaupun strategi mereka sering menyusahkan rakyat,merugikan peniaga,mencederakan malah membawa kematian penyokong mereka yang mengalami masalah kesihatan,mereka tidak sekali pun meminta maaf.Dalam semua keadaan,mereka terus mendongak angkuh dan tidak malu dengan sikap kebinatangan mereka.Sebagai pejuang Kristian tegar,Lim Guan Eng wajar mencontohi Marino yang pantas meminta maaf apabila bersalah atau mungkin,Marino yang perlu mendakwahkan Lim Guan Eng berkenaan nilai-nilai murni kemanusiaan memandangkan Nik Aziz telah gagal berbuat demikian.Apa guna Lim Guan Eng bermati-matian memperjuangkan Kristian,jika diri sendiri tidak mengamalkan ajarannya ??? Atau mungkinkah Lim Guan Eng gagal menjadi Kristian yang baik kerana tidak faham perkataan 'Father' di dalam Injil yang dibacanya ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PARLIMENMALAYSIA !!! @NOHOMAR MEMBELASAH RAFIZI RAMLI KAW-KAW !!!

Posted: 19 Jul 2013 07:00 PM PDT


Rafizi Ramli (PKR - Pandan) perlu menjelaskan kenyataannya berkenaan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara telus dan tidak mengeluarkan kenyataan memesong dan menyeleweng. Datuk Seri Noh Omar (BN - Tanjung Karang) berkata,Rafizi perlu menyatakan secara spesifik individu yang terlibat dalam penyelewengan tersebut supaya tidak timbul keraguan dalam dakwaan yang dilemparkan terhadap badan berkanun tersebut. 

"Saya nak bagi tahu ialah 'wording' ataupun (penggunaan) perkataan.Perkataan yang Kepala Batas (Datuk Seri Reezal Merican) usulkan dalam ucapannya menyebutkan secara spesifik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR. "Dan itulah yang semestinya dia (Rafizi) perlu nyatakan dalam kenyataannya di luar dewan (Parlimen)," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. 


Noh berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan media yang dikeluarkan oleh Rafizi yang hanya menyebut kepimpinan SPR secara umum dan bukannya memetik nama individu secara spesifik berkaitan dakwaan terhadap penyelewangan yang dilakukan oleh SPR ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.Kenyataan membidas Rafizi mulanya dinyatakan oleh Datuk Seri Reezal Merican (BN - Kepala Batas) yang meminta Rafizi untuk mengemukakan dakwaannya secara spesifik di luar Parlimen sepertimana yang dijanjikan ketika berbahas di Dewan Rakyat sebelum ini. "Saya percaya Kepala Batas tidak akan membawa usul kalau dia dalam ucapan dia tidak sebut secara spesifik, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi (SPR).Ini menunjukkan dia (Rafizi) merupakan seorang yang tidak bermaruah.The great liar," tegas Noh. - Rakyat News

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...