BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! SUBJEK TAMADUN ISLAM !!! SAH !!! DR KO CHUNG SEN BERPEMIKIRAN CETEK KE LUTUT !!!

Posted: 15 Jul 2013 08:30 AM PDT


Manusia dianugerahkan dengan otak yang terbahagi beberapa bahagian kegunaannya.Di bahagian pemikiran,otak manusia dibahagikan pula kepada dua iaitu kanan dan kiri.Satunya berfungsi untuk memproses maklumat logik,seperti perkataan dan matematik manakala satu lagi untuk memproses perkara seni,abstrak dan emosi.Kedua-dua bahagian akan berfungsi dalam tahap tertentu tetapi berbeza dalam otak manusia normal.Perbezaan inilah yang membentuk seseorang itu cenderung ke arah menjadi seorang seniman ataupun seorang saintis.Kedua-dua bahagian ini perlu 'dilatih' dan 'dijana' sebaiknya bagi membentuk seorang yang bijaksana.Oleh kerana itulah di negara barat,misalnya, matapelajaran kesusasteraan dan sejarah tetap akan diperkenalkan di peringkat awal, walaupun dunia mereka amat mementingkan sains dan matematik. 

Matematik dan sains mungkin menjadikan seseorang itu bijak,tetapi kesusasteraan dan sejarah mampu menjadikan beliau 'bijaksana' kerana ia melatih seseorang itu berinteraksi dan berfikir secara mendalam.Justeru,tidak hairanlah seorang bijakpandai di barat termasuk saintis selalunya mampu memetik bait-bait Shakespeare dan mengupasnya dengan baik.Di Malaysia,matapelajaran Tamadun Islam di pusat-pusat pengajian tinggi sebenarnya membawa objektif yang sama.Lebih dari itu,ia juga turut merupakan pengetahuan am yang tidak rugi jika dipelajari. Justeru, kita amat terkejut dengan kecetekan minda Ahli Parlimen DAP yang bergelar Doktor,iaitu Ko Chung Sen yang mendesak agar subjek tersebut tidak dijadikan subjek wajib di IPTS.Dr. Ko menyangkakan yang Tamadun Islam adalah subjek berkaitan agama Islam hanya kerana terdapat nama 'Islam' di situ.Akibat diselubungi emosi anti Islam yang amat kuat maka beliau tidak dapat melihat sebarang kaitan, jauh sekali kelebihan matapelajaran tersebut.

saya percaya jika nama subjek tersebut adalah Tamadun Dunia atau lain-lain,maka ia tidak akan begitu menjadi masalah kepada Dr. Ko dan DAP.Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan UKM telah pun menjelaskan bahawa kursus tersebut yang dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu merangkumi huraian topik Islam dan bukan Islam serta membincangkan topik hal ehwal Melayu dan bukan Melayu.Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah Dr. Ko nampaknya ingin kembali ke era tertutup China.Pemikiran Dr. Ko amat konsisten dengan pemikiran rakyat negara China dahulu kala di mana segala-galanya adalah searah dan arah itu pula hanya menjurus kepada 'keuntungan'. Ini berdasarkan kepada hujahnya bahawa subjek Tamadun Islam adalah 'tidak berguna' kepada pelajar-pelajar yang ingin menjadi Jurutera.Mana mungkin skil berfikir dan bersosial tidak berguna kepada mana-mana manusia ??? Dan apa jenis graduan yang tidak punya pengetahuan am ??? Jika kita biasa bergaul dengan kaum Cina dari negara China,kita akan dapati bahawa mereka mempunyai pengetahuan am yang cukup rendah.Kebanyakan mereka tidak tahu langsung tentang budaya dan agama orang lain dan negara lain. 

 Justeru, mereka sering bersikap tidak wajar ketika berada di negara orang.Contohnya,memberi hadiah berbentuk 'tokong' kepada jabatan kerajaan Malaysia atau meraikan pelanggan Islam dengan hidangan tidak halal.Perkara sebegini tidak mungkin berlaku jika berurusan dengan orang-orang Barat. Kita pasti bahawa punca warga China menjadi begitu tidak sensitif ialah kerana mereka meremehkan subjek yang membentuk 'skil' berfikir dan bergaul,sama seperti Dr. Ko. Jelas sekali bahawa cara pemikiran Dr. Ko akan membawa Malaysia ke belakang.Apa yang membahayakan ialah pemikiran beliau turut dikongsi oleh sebahagian besar masyarakat Cina negara ini yang meremehkan skil berfikir dan bersosial yang termasuk di dalamnya adab, patriotisme,toleransi,hormat-menghormati dan belas kasihan. Masyarakat Cina hari ini telah meletakkan objektif hidup kepada 'untung' semata-mata.saya percaya cara pemikiran sebegini masih terus giat dipupuk di sekolah-sekolah vernakular yang mana hasilnya telah mula dilihat hari ini di mana anak-anak Cina amat biadap sekali dan tidak tahu menghormati sesiapa lagi.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PEMBANGKANG BERBUKA PUASA DENGAN FITNAH BERSAMA SUARAM DAN KEMUKA SAKSI BARU !!! APA CERITA NI ???

Posted: 15 Jul 2013 05:00 AM PDT


saya tidak terkejut jika PR dan 'kuncu-kuncunya' ingin terus memainkan isu scorpene dan Altantuya walaupun isu tersebut telah kembali tertepek ke muka mereka.ini kerana PR benar-benar ketandusan isu dan berada dalam keadaan malu yang amat sangat apabila Anwar mengangkat sumpah menerima keputusan PRU-13.Tetapi kita agak terkejut juga apabila mereka menggunakan isu scorpene untuk terus menipu orang ramai atas nama bulan Ramadhan yang mulia.Inilah yang dilakukan oleh PR melalui SUARAM dengan menganjurkan 'Majlis Buka Puasa dan Makan Malam' dengan tema Ops Scorpene.Iklan majlis ini di akhbar Suara Keadilan memaparkan butiran tarikh iaitu 19 Julai 2013 di Dewan Sivik,PJ dan nombor-nombor telefon untuk tempahan tiket.Di tulis juga butiran No. Account SUARAM bagi mereka yang ingin menderma. Antara 'acara' menarik ialah 'penampilan khas saksi kes scorpene'.Isu scorpene telah pun terdedah sebagai satu rekaan SUARAM dan PR semata-mata. 

Ia tidak pernah menjadi 'kes' di mahkamah Perancis kerana telah ditolak atas alasan tiada asas,sejak dari awal lagi.Oleh itu,menyebutnya sebagai 'kes' juga merupakan satu penipuan.Pihak Perancis termasuk Kementerian Luar,polis dan juga mahkamah negara tersebut telah membuat kenyataan rasmi menafikan kemasukan Altantuya ke Perancais,mahupun penglibatannya dalam urusniaga Scorpene.Penafian pihak Perancis itu dengan sendirinya membongkar motif SUARAM untuk memburuk-burukkan kerajaan.Motif ini turut menepati pendedahan Raja Petra Kamaruddin tentang bagaimana beliau dan beberapa individu lagi diupah untuk mereka cerita mengenai isu yang sama bagi menjatuhkan Datuk Seri Najib.Walaupun PR berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat ini, rakyat tidak mudah diperdaya dengan cerita rekaan SUARAM dan RPK kerana ia mempunyai terlalu banyak versi dengan butiran yang berubah-ubah. 

Apatah lagi ia kisah mereka hanyalah bersandarkan 'dengar cakap' serta akuan bersumpah yang boleh ditukar-tukar sesuka hati.Ini membuktikan semua 'saksi' yang disebut tidak punya kredibiliti.Oleh itu,bagi SUARAM untuk menampilkan lagi 'saksi' dalam Majlis Berbuka Puasa ini merupakan satu usaha terdesak yang paling jelek dan memualkan.Jika tiada kes dan saksi yang ada pula telah pun mengaku diupah,maka mana datangnya lagi 'saksi' lain ??? Tidak cukupkah SUARAM dikantoikan oleh 'saksi' yang dikatakan mereka telah disapina oleh Mahkamah Perancis tetapi beliau kemudiannya tampil menafikan mentah-mentah yang beliau telah disapina oleh mana-mana pihak? Kita hairan betapa tebalnya muka si Cynthia Gabriel,Teng Chang Khim dan Nalini iaitu watak utama dalam penipuan SUARAM.Apakah mereka ini memang jenis manusia tidak tahu malu sehinggakan didedah menipu berpuluh kali juga masih ingin terus menipu ??? Atau apakah mereka sengaja menganjurkan majlis ini semata-mata untuk menjustifikasi kedudukan kewangan mereka ??? 

Seperti yang kita tahu,SUARAM telah pun dibuktikan sebagai sebuah NGO yang menerima dana dari rangkaian George Soros dan kita juga tahu bahawa tiada cara yang lebih mudah untuk menutup jejak penerimaan dan penggunaan dana tersebut selain dari mencatatnya sebagai 'derma' orang ramai.Kerana itulah,SUARAM sering menganjurkan majlis untuk mengutip derma.Kebanyakan derma ini tidak pula digunakan untuk aktiviti-aktiviti memperjuangkan hak asasi manusia secara langsung tetapi apa yang dapat dilihat ialah NGO ini menghabiskan begitu banyak wang untuk membayar peguam asing termasuk kos penginapan, pengangkutan dan segala kos sampingan mereka bagi terus menghidupkan isu scorpene.Apa yang menyedihkan ialah majlis meminta derma kali ini diadakan atas nama Ramadhan. Nampaknya hadirin di majlis ini nanti bukan sahaja akan kenyang dengan makanan yang terhidang tetapi juga kenyang menelan fitnah demi fitnah yang ditaburkan SUARAM.Bayangkan,bagaimana sebuah NGO yang membawa misi Zionis untuk 'pertukaran rejim' telah dengan biadapnya menggunakan nama 'Ramadhan' dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Islam yang sah.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TAHNIAH DATUK MUKHRIZ !!! MASALAH KUIN BERJAYA DISELESAIKAN !!!

Posted: 15 Jul 2013 01:30 AM PDT


Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang sekian lama menghadapi konstroversi akibat pengurusan yang tiada kredibiliti dan korupsi yang keterlaluan kini mula melihat cahaya dihujung terowong.Kolej itu sebelum ini berhadapan dengan masalah kewangan yang kronik sehingga menjejaskan pekerjanya.Difahamkan selama ini potongan gaji untuk bayaran faedah hartanah dan kenderaan yang dinikmati oleh pekerja KUIN yang dibuat,tidak dibayar ke bank yang terlibat.Akibatnya,pekerja KUIN terpaksa berhadapan dengan masalah hutang yang tidak dijangka.Selain pekerja yang terpaksa berhadapan dengan masalah kewangan,KUIN sendiri telah disaman oleh kontraktor akibat gagal menepati perjanjian dan bayaran.Tidak cukup dengan masalah kewangan,pembangunan KUIN juga menyaksikan masalah besar apabila pihak pengurusan mengubah dan menukar perancangan tanpa mempedulikan apa yang telah dipersetujui sebelumnya.Kesemua masalah ini adalah berpunca dari Reaktornya yang tidak berpengalaman dan tidak berkelayakan.

Masalah menjadi berganda apabila beliau kemudiannya melantik 'orang-orangnya' sendiri termasuk rakan-rakan dan keluarga mereka yang juga tidak layak dan tidak berpengalaman bagi memegang jawatan-jawatan penting.Apabila kerajaan Negeri Kedah bertukar tangan kepada Barisan Nasional,Menteri Besar yang baru iaitu Datuk Mukhriz Mahathir pantas memberi perhatian kepada KUIN.kita faham bahawa masalah sebegini besar tidak mungkin akan dapat ditangani dalam masa sehari dua.Namun,tindakan awal Mukhriz untuk menangani ketidakpuasan hati pekerja KUIN terlebih dahulu,membuktikan kebijaksanaan serta keprihatinan beliau.Untuk itu,beliau mengumumkan persetujuan kerajaan negeri untuk menerima pakai pekeliling perkhidmatan kerajaan yang termaktub di dalamnya kenaikan gaji 13 peratus kepada kakitangan KUIN mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012,kenaikan kadar bantuan sara hidup RM50,pemberian pemindahan gaji kepada kakitangan KUIN mengikut Sistem Saraan Baru (SSB) serta penambahbaikan jadual gaji kepada kakitangan KUIN mengikut SSM. Seramai 550 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) memberi tepukan gemuruh sejurus menerima berita tersebut. Nampaknya, mereka sudah boleh menaruh keyakinan kepada kerajaan BN dan tidak lagi berada dalam keadaan bingung sepertimana ketika di bawah PAS. 

Apa yang menarik ialah Mukhriz langsung tidak ragu-ragu untuk meletakkan kebajikan pekerja KUIN sebagai keutamaan walaupun kolej tersebut telah mengakibatkan kos yang terlalu tinggi terhadap kerajaan negeri.Pengumuman Mukhriz ini bakal menyebabkan RM3.4 juta lagi dihabiskan untuk KUIN.Bagaimanapun semua pihak percaya bahawa Mukhriz akan memastikan semua masalah yang dihadapi KUIN selesai dengan secepat mungkin dan kolej tersebut mampu beroperasi dengan sempurna.Keyakinan ini adalah berdasarkan hakikat bahawa Menteri Besar yang baru ini telah pun mengadakan siasatan dan berjaya mengenalpasti bahawa sebahagian besar masalah KUIN yang mana terletak pada penubuhan anak syarikat KUIN iaitu Insaniah Holdings Sdn. Bhd. (IHSB).Pada 7 Julai lalu Mukhriz telah mengumumkan akan menilai semula syarikat ini sekali gus menyusunatur struktur akademik kolej tersebut.Jelas,beliau benar-benar tahu apa yang berlaku di dalam KUIN.Tidak keterlaluan jika saya membuat penilaian awal terhadap kepimpinan Mukhriz melalui KUIN.Beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai maklumat tepat dan terperinci dan bukan sekadar mendengar 'cerita' mana-mana pihak.Tidak hairanlah rakyat Kedah sudah begitu lama 'mendambakan' kepimpinan beliau.Tahniah diucapkan kepada Datuk Mukhriz dan tahniah juga kepada warga KUIN serta rakyat Kedah keseluruhannya.Semoga Kedah akhirnya benar-benar sejahtera..

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! #PRKKUALABESUT !!! PAS TIDAK PERCAYA PADA CALON A.K.A AZLAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Jul 2013 10:00 PM PDT


Walaupun melafaz baiah sudah menjadi amalan PAS sekian lama,tetapi tindakan PAS menyuruh calonnya bagi PRK Kuala Besut iaitu,Azlan @ Endut Yusoh melafazkan baiah di khalayak ramai,dilihat sebagai masalah 'kurang keyakinan diri' yang kronik bagi parti itu.Selama ini,PAS hanya menuntut calon melakukannya secara tertutup di dalam bilik dengan dihadiri pemimpin-pemimpin tertentu sahaja.Inilah kali pertama parti itu menuntut lafaz baiah secara terbuka di hadapan orang ramai.Akur dengan arahan parti,Azlan telah pun melafazkan baiah bahawa beliau akan dilaknat Allah SWT jika melompat parti sekiranya PAS menang di Kuala Besut.Persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah kenapakah PAS mengambil pendekatan berbeza terhadap Azlan ??? Kenapa beliau tidak dituntut berbaiah secara tertutup sahaja ??? Apa signifikannya baiah tersebut diperdengarkan kepada umum ??? 

Satu-satunya penjelasan ialah PAS meragui kesetiaan Azlan.Harapan PAS,Azlan tidak akan berani melanggar baiah sekiranya terlalu ramai saksi yang telah mendengar beliau melafazkannya.Azlan merupakan kontraktor bangunan dan kejuruteraan awam Kelas A.Ini sekali gus meletakkan beliau sebagai salah seorang yang mendapat manfaat langsung dari kemajuan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional di negara ini.Malah,saya tidak hairan jika kebanyakan projek-projek yang membolehkan beliau menjadi 'orang kaya' di Kuala Besut,merupakan projek-projek kerajaan BN sama ada secara langsung atau tidak langsung.tapi yang banyak ada projek dari BN.kena ingat tu,muahahahaha...

Dalam kata lain,Azlan kemungkinan besar telah terlalu banyak memakan budi UMNO.Justeru,PAS amat khuatir jika beliau bertindak 'membalas budi' UMNO dengan cara lompat parti.Jika benar Azlan telah memakan budi UMNO sehingga dinobatkan sebagai orang kaya,maka tindakannya untuk bertanding atas tiket PAS di Kuala Besut boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan.Ini kerana PAS sering mencemuh dan menuduh BN sebagai 'tidak berbuat apa-apa' untuk membantu Melayu walaupun telah lebih sedekad berkuasa.PAS juga sering menuduh UMNO memberi projek kepada kroni sahaja dan membiarkan rakyat jelata hidup susah,tertindas dan sengsara.Namun,kewujudan Azlan,seorang kontraktor PAS yang kaya dengan sendirinya menafikan segala tuduhan tersebut.Tidak mungkin Azlan kaya tanpa UMNO memainkan peranan untuk menyediakan peluang perniagaan kepadanya,termasuk syarikat-syarikat pembekalan atau sokongan bagi membolehkan perniagaannya maju. Persekitaran dan peluang perniagaan sebegini hanya boleh diwujudkan oleh kerajaan yang cekap dan prihatin.Atas hakikat inilah maka kita tidak hairan jika PAS begitu meragui kesetiaan Azlan. Pada bila-bila masa saja Azlan boleh 'terkenang' kembali akan budi UMNO kepadanya atau Azlan mungkin juga perlu mengharap budi UMNO lagi di masa depan bagi membolehkan perniagaannya terus berkembang maju.Di waktu itu,perkara utama bagi Azlan pastinya mengenai 'survival' diri dan bukan lagi 'survival' PAS.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BURUNG '#UBAH' SIMBOL JIWA PENDATANG KAUM CINA DAP !!!

Posted: 14 Jul 2013 08:30 PM PDT


Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol 'UBAH' dalam bentuk burung kenyalang terapung,pada 13 Julai lalu.Burung UBAH terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki.Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg.Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.Menurut laporan rasmi DAP,kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja.Ia mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.Apa yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang mahsyur di Hong Kong.saya tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP diilhamkan dari Hong Kong,China, Singapura,Taiwan dan negara-negara yang se-sepet dengannya. Sesungguhnya, DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu. 

Tidak diketahui sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas 'derma' dan 'tajaan' yang diterima bagi menyiapkan burung ini.Tetapi yang pasti,kos RM60,000 dan masa 2 bulan yang diambil untuk menyiapkannya hanya untuk 'kepuasan dan kegembiraan' membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan Cina.Sebenarnya,cita-cita kaum Cina negara ini terlalu besar dan tinggi dan bukan sekadar ingin membela atau mempertahankan kaum mereka.Penting untuk semua pihak di negara ini untuk memahami perbezaan pemikiran kaum Cina dengan kaum-kaum lain.Jika politikus selalunya memegang kuasa politik dengan fahaman bahawa mereka perlu berkhidmat kepada rakyat kawasan mereka atau negara ini,tetapi tapi apa yang politikus dari kaum Cina faham mengenai kuasa politik ialah beliau mewakili kaumnya. 

Oleh itu,kaum Cina sekarang melihat kuasa yang mereka pegang di Pulau Pinang sebagai lambang kuasa kaum mereka.Ini menjelaskan bagaimana seorang rakan saya yang pergi bercuti di Cameron Highland boleh terdengar seorang dengan anak Cina sekolah rendah di situ menyanyi-nyanyi sendiri lagu Negaraku dengan mengubahsuai lirik yang menyebut negaranya sebagai Pulau Pinang.Maka,tidak hairanlah jika benar ada yang sanggup menaja dan menderma serta mencurahkan khidmat bakti mereka-bentuk dan menyiapkan burung UBAH secara percuma.Ini kerana,semangat yang mereka 'jana' dari kemenangan PRU-13 lalu merupakan semangat 'kenegaraan baru',bukan lagi sekadar semangat politik kepartian.Mungkin ada yang menuduh artikel ini sebagai keterlaluan dalam berprasangka terhadap kaum Cina.Namun,saya ingin menegaskan bahawa pihak yang kalah selalunya adalah pihak yang merendah-rendahkan matlamat dan kemampuan musuh.Pihak yang menang pula sentiasa merupakan pihak yang berpandangan jauh dan ke hadapan menjangkaui imaginasi musuhnya. Sudah sampai masanya orang Melayu membuang sifat 'tidak apa' dan 'tidak mungkin' dalam menilai sesuatu.Tidak cukupkah PRU-13 dan sikap MCA hari ini memberi pengajaran agar jangan sesekali 'mengtidak-apakan' sebarang bentuk kebarangkalian ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ASAL USUL GAMBAR SEBENAR SULTAN DALAM DUIT MALAYSIA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 14 Jul 2013 06:27 PM PDT


perhatikan gambar di atas dan perhatikan juga gambar di bawah.adakah sama atau tidak


Pada matawang Malaysia,tertera wajah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan.Beliau adalah yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (bertaraf Sultan atau Raja) dari tahun 1933-1960.Negeri Sembilan adalah sebuah negeri yang dihuni oleh suku Minangkabau semenjak abad ke-15 dan dinaungi oleh kerajaan Melaka pada masa itu.Apabila kerajaan Johor (pewaris kerajan Melaka) lemah pada abad ke-18,orang Minang meminta izin ke Sultan Johor agar pemerintah melindungi mereka.Permintaan itu diperkenankan dan mereka kembali ke tanah asal mereka di Pagaruyung untuk meminta perlindungan dari pemerintah Pagaruyung pada masa itu.Raja Pagaruyung menghantar anaknya,Raja Mahmud (Raja Melewar) sebagai raja di Negeri Sembilan yang pertama (bergelar yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).Tuanku Abdul Rahman yang gambarnya ada di mata uang Malaysia itu adalah keturunan ke lima dari Sultan Abdul Jalil, Raja Kecil dari Pagaruyung.


diatas adalah kisah sebenar di sebalik wajah duit yang anda pegang sekarang ini.adakah anda tahu semua ini ??? saya hanya menceritakan apa yang berlaku di sekeliling kita.selepas ini posting seterusnya macam biasa lah politik tanah air

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! HUSAM KAMBING DILANTIK PENGARAH PRK SUPAYA TAK MERAJUK LAGI !!!

Posted: 14 Jul 2013 06:10 PM PDT


Perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah PRK Kuala Besut dilihat sebagai tindakan PAS untuk memujuk hatinya yang masih lagi tidak dapat menerima kekalahan dalam PRU lalu serta terlepas jawatan dalam kabinet Kelantan.PAS sebenarnya tidak menaruh harapan tinggi terhadap kerusi Kuala Besut yang disandang oleh UMNO.Maka,tidak hairanlah parti tersebut sanggup meletakkan Husam sebagai Pengarah PRK walaupun tahu ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Husam merupakan antara 'parasit' di dalam PAS yang disebut-sebut oleh Datuk Hassan Ali.Tidak dapat disembunyikan lagi bahawa Husam adalah orang Anwar dan membawa aspirasi Anwar. 

Kewujudan beliau di dalam PAS hanyalah untuk memesongkan orang-orang PAS agar menerima aspirasi Anwar.Namun kini,warna sebenar Husam telah terserlah dan beliau tidak mampu lagi menyamar sebagai pendokong perjuangan PAS sebenar.Ini adalah antara sebab utama beliau diketepikan dari sebarang jawatan.Husam yang kecewa dengan nasib yang menimpa dirinya telah bertindak meragam bagai anak kecil.Beliau dikatakan dengan sengaja memboikot Majlis Persaraan Nik Aziz sebagai usaha 'menunjuk perasaan' akibat tidak terlantik EXCO.Malah,Husam juga dikhabarkan beberapa kali mengambil sikap 'kurang wajar' dengan mengkritik PAS secara terbuka.Beliau seolah-olah menuduh PAS menikam belakangnya.Justeru,bagi mengelak Husam memperbesarkan masalah yang kecil, PAS mengambil keputusan melantik beliau sebagai Pengarah PRK Kuala Besut.Dengan cara ini, beliau merasakan yang beliau masih mempunyai peranan penting dan masih lagi dihargai oleh parti.Namun,tidak pasti berapa lama taktik memujuk ini akan berjaya menenangkan Husam. Yalah, Pengarah PRK bukanlah satu tugas tetap dan selepas PRK ini berlalu Husam akan kembali menjadi 'nobody'.Pada waktu itu,Husam mungkin akan kembali meragam dan PAS perlu pantas mencari jalan untuk menenangkan Husam selamanya.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...