BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! #PRKKUALABESUT !!! PENYOKONG PAS TAK PUAS HATI DAN MENYAMPAH DENGAN PERLANTIKAN HUSAM KAMBING !!!
- HOT NEWS !!! #PRKKUALABESUT !!! PAS RIAK DENGAN KEKAYAAN AZLAN !!! BUKAN KERANA ISLAM !!! APA CERITA NI ???
- KURANG AJAR !!! CYBERTROOPER PEMBANGKANG HINA AL-QURAN !!!
| Posted: 14 Jul 2013 08:30 AM PDT Kisah di sebalik tabir Pilihanraya Kecil Kuala Besut memperdengarkan rungutan penyokong-penyokong PAS mengenai keputusan PAS Pusat melantik Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihanraya.Husam bakal dibantu oleh Dr. Hatta Ramli dan Ustaz Satiful Bahri yang bertindak sebagai timbalannya.Alasan PAS melantik Husam yang berasal dari Kelantan ialah kerana Kelantan mempunyai pengaruh besar Kuala Besut.Ini kerana Kuala Besut terletak di sempadan Terengganu-Kelantan dan suatu masa dahulu merupakan sebahagian dari Kelantan.Walaubagaimanapun,penyokong PAS di Terengganu merasakan tindakan tersebut sebagai tidak wajar. Hujah mereka,bukan sahaja kerana Husam Musa bukan orang Terengganu,tetapi juga kerana beliau adalah dari kumpulan Anwarinas yang kini dipandang serong oleh kebanyakan penyokong tulen PAS.PAS Terengganu yang dipimpin oleh Wahid Endut mempertikaikan keputusan tersebut dengan mengungkit insiden lama ketika PRK Manek Urai di mana PAS Kelantan menghalang sebarang penglibatan PAS Terengganu.Justeru,PAS Kelantan seharusnya mengambil pendekatan yang sama untuk tidak terlibat apatah lagi menjadi Pengarah kepada PRK Kuala Besut ini.Kemuncak ketidakpuasan hati ini,PAS Terengganu telah mengambil tindakan memboikot Majlis Perisytiharan Calon.Akibatnya,majlis tersebut hanya dihadiri tidak sampai 1000 orang yang mana sebahagian besarnya adalah penyokong PAS dari Pasir Puteh Kelantan. Ini merupakan petanda malapetaka kepada PAS kerana yang bakal mengundi bukanlah orang Pasir Puteh,tetapi orang Kuala Besut.Sebelum nama Husam diumumkan,Wahid Endut telah lebih awal mengisytiharkan YB Satiful Bahri (ADUN Paka) sebagai Pengarah PRK.Namun,PAS Pusat nampaknya telah tidak mengambil kira suara beliau tetapi membuat keputusan tanpa meminta pendapat Wahid Endut dan PAS kawasan tersebut.Apa yang membuat pihak PAS Terengganu lebih 'panas' ialah khabar yang menyatakan bahawa perlantikan Husam ada kena mengena dengan hubungannya dengan calon iaitu Azlan Endut,di mana mereka merupakan rakan proksi dalam perniagaan.Tidak keterlaluan dikatakan bahawa penyokong PAS sudah tidak begitu mempercayai Husam lagi kerana kedudukannya sebagai wakil Anwarinas. Sudah menjadi rahsia umum bahawa team Anwarinas mempunyai agenda tersendiri yang seringkali tidak selaras dengan agenda PAS.Selain berjuang semata-mata untuk Anwar,team Anwarinas juga lebih cenderung membawa aspirasi DAP dari PAS sendiri.Oleh itu,ramai yang musykil bahawa Husam akan benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan kemenangan PAS di Kuala Besut.Memandangkan DAP sendiri tidak begitu 'teruja' dengan PRK ini,malah menyarankan agar ia dipulaukan saja oleh PAS, maka tidak mustahil yang Husam turut mempunyai pandangan yang sama.Kekhuatiran DAP dan PKR serta PAS dari team Anwarinas ialah kebarangkalian kemenangan PAS di mana ia mampu membawa kepada terbentuknya kerajaan perpaduan di Terengganu.Ini berdasarkan kedudukan kerusi yang akan menjadi seri iaitu 16-16 sekiranya PAS berjaya merampas kerusi Kuala Besut.Seperti yang kita tahu,sebarang bentuk perpaduan UMNO-PAS merupakan malapetaka bagi DAP dan juga Anwar (PKR).Justeru,kemarahan dan keraguan Wahid Endut dan PAS Terengganu terhadap Husam Musa secara dasarnya adalah berasas.Namun,malang bagi PAS kerana PAS Pusat nampaknya masih lagi begitu naïf tidak dapat menjangka atau membaca agenda tersirat parasit-parasit di dalam parti itu.Jelas,PAS Pusat masih tidak belajar apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 14 Jul 2013 05:00 AM PDT PRK Kuala Besut memperlihatkan satu 'pembaharuan' dalam kempen PAS.Jika dulu PAS sering menengahkan ciri-ciri 'Islam' seseorang calonnya dan kemudiannya membandingkan dengan calon lawan yang akan dicemuh sebagai 'kurang Islam' tetapi kali ini keadaan tampak agak berbeza.Calon PAS,Haji Enduk @ Azlan Jusoh tidak dicanang sebagai 'alim' untuk mengambil hati pengundi,tetapi sebagai 'kaya'.Beliau seorang kontraktor Kelas A yang juga merupakan Bendahari PAS Besut.Haramkahdaily ada menyiarkan artikel mengenai beliau yang merujuknya sebagai 'bank' PAS.Berikut adalah petikan dari artikel tersebut : "Seorang kontraktor pembinaan yang terkenal dengan sifat dermawannya.Tidak keterlaluan kalau diistilahkan bahawa beliau salah seorang 'bank' PAS kawasan Besut. " – Haramkahdaily Jelas,jolokan 'bank' ini diberi bukan kerana tugasnya sebagai Bendahari PAS tetapi kerana perniagaannya yang berjaya dan mampu menderma kepada parti.Beberapa laman web dan blog pro-PAS juga memainkan faktor kekayaan Azlan sebagai modal utama kempen mereka.Selama ini parti PAS amat gemar mendabik dada dengan 'kedaifan' atau 'kesederhanaan' pemimpin mereka.Sebolehnya,PAS akan cuba menunjuk-nunjuk betapa pemimpin mereka miskin tetapi alim.Tindakan ini menjustifikasi tindakan mereka mengutip derma dari penyokong-penyokong mereka setiap kali turun padang.Tetapi,Kuala Besut menyaksikan PAS berbangga dengan kekayaan pula. Azlan dijulang sebagai calon tepat kerana kaya.Tindakan ini seolah-olah memberi 'permit' kepada rakyat untuk meminta derma darinya sekiranya beliau menang.Mungkin PAS sedar yang rakyat Kuala Besut bukanlah dari golongan berkemampuan untuk menderma kepada tabung PAS.Malah,rakyat Kuala Besut amat memerlukan pemimpin yang tidak memerlukan derma dari mereka.Justeru,Azlan merupakan satu-satunya personaliti yang mampu menderma kepada rakyat tanpa perlu meminta dari parti PAS.Nampaknya,PRK Besut bukan mengenai membuat pilihan antara si alim dengan si jahil atau Islam dengan kafir sepertimana setiap kali berlaku pertembungan antara PAS dengan UMNO.Tetapi pengundi Kuala Besut perlu hanya perlu membuat pilihan antara 'orang kaya PAS' dengan 'orang terpelajar BN' untuk menjadi wakil mereka.Maka benarlah bahawa PAS telah berubah.Akhirnya,slogan 'UBAH' DAP terbukti berjaya mengubah PAS. RENUNG-RENUNGKAN |
| KURANG AJAR !!! CYBERTROOPER PEMBANGKANG HINA AL-QURAN !!! Posted: 14 Jul 2013 02:42 AM PDT |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.




No comments:
Post a Comment