BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! MCA RESTUI TINDAKAN 'THE STAR' MEMBURUKKAN IMEJ DATIN SERI ROSMAH !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 #BLACK505 !!! ANWAR IBRAHIM MEMPERBODOHKAN PENYOKONG PR !!!
- HOT NEWS !!! BLOGGER TULANG BESI @MALAYSIAWAVES MENUTUP BLOG KERANA MERAJUK ???
- HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #BLACK505 !!! TIMBALAN PENGERUSI SPR MEMBELASAH PR KAW-KAW !!!
- EKSKLUSIF !!! PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPP) !!! CABARAN BN SELEPAS #PRU13 !!!
BONGKAR !!! MCA RESTUI TINDAKAN 'THE STAR' MEMBURUKKAN IMEJ DATIN SERI ROSMAH !!! APA CERITA NI ??? Posted: 21 Jun 2013 08:30 AM PDT Jika ada pihak di dalam BN yang menyangka bahawa peperangan sudah selesai sejurus selepas selesainya PRU,maka mereka silap.Jika ada yang menyangka bahawa ancaman sebenar adalah pada Himpunan 505, maka mereka juga silap.Himpunan 505 sudah basi,kerana itu Husam Musa terpaksa mengeluarkan 'fatwa' bahawa menyertai himpunan itu adalah jihad bagi memanaskannya semula.Hakikatnya,himpunan itu hanyalah sekadar untuk mengisi masa lapang sementara mereka menyerang secara halus dari luar dan mungkin juga dalam.Rasanya kita tidak perlu memberitahu kepimpinan bahawa musuh yang paling bahaya ialah musuh dalam selimut bukan di seberang jalan.Berdasarkan keputusan PRU-13 yang lalu,kita sudah pun mengetahui siapa musuh dalam selimut kita. Hanya musuh dalam selimut yang dapat duduk begitu dekat dengan kita dan menikam belakang kita.Siapa lagi yang menikam belakang kita jika bukan MCA.Kita mungkin sembuh dari tikaman itu tetapi bagaimanakah kita menangani musuh tersebut selepas itu ??? Apakah masih lagi membiarkan mereka berada di sekeliling kita ??? Masihkah kita ingin mempercayai lakonan penyesalan mereka ??? Perlu diingatkan bahawa orang yang terasa bersalah dengan yang mengaku bersalah adalah berbeza. Orang yang benar-benar terasa bersalah tidak akan memberi alasan untuk membela dirinya dan tidak akan mengulangi kesalahan yang dilakukan dengan sengaja.Sebaliknya, orang yang mengaku salah tetapi langsung tidak merasa bersalah akan mengambil sikap selamba sahaja sebaik kesalahan mereka terdedah.Oleh itu,tidak salah jika dikatakan MCA sebenarnya tidak merasa bersalah kerana menikam UMNO dari belakang dan tidak salah juga jika dikatakan bahawa MCA bukan lagi kawan,tetapi lawan.Jika ini tidak benar,maka kita ingin bertanya MCA kenapa akhbar milik parti itu,iaitu The Star,semakin galak 'mempersendakan' kerajaan dan Perdana Menteri ??? Lihat sahaja bagaimana The Star memaparkan senarai "10 Wanita Paling Berkuasa di Malaysia" dengan kata-kata "kita meraikan sumbangan wanita-wanita ini kepada masyarakat dari segi ekonomi,politik dan sosial" dan senarai teratas dalam senarai tersebut pula diletakkan nama Datin Seri Rosmah Mansor.Bagi mereka yang kurang peka dengan strategi halus politik,mungkin melihatnya sebagai satu laporan yang jujur dan tiada salahnya bagi seorang isteri Perdana Menteri untuk mendahului senarai.Namun,bagi yang arif dan benar-benar memahami sentimen masyakarat, cukup faham akan mesej tersirat akhbar tersebut.Kita sedia maklum bahawa pembangkang sering menuduh Datin Seri Rosmah sebagai menguasai Datuk Seri Najib, boros dan campurtangan dalam urusan kerajaan. Justeru, tindakan The Star menyiarkan senarai tersebut jelas bertujuan untuk mengukuhkan persepsi buruk yang disebarkan oleh pembangkang itu. Apa yang menarik ialah The Star tidak menggunakan tajuk 'berkuasa' dan bukannya 'berpengaruh'.Maka terbuktilah bahawa The Star sengaja mengiakan tuduhan pembangkang bahawa Datin Seri Rosmah mempunyai kuasa.Senarai tersebut turut meletakkan nama personaliti pro-pembangkang dan pemimpin pembangkang sebagai antara wanita paling berkuasa.Antaranya,Ambiga,Nurul Izzah,Hannah Yeoh dan Teresa Kok.(Pelik juga kerana nama Wan Azizah tidak tersenarai sekali, sedangkan beliau adalah Presiden parti dan juga isteri kepada manusia 'Anugerah Tuhan'.Mungkin benarlah persepsi rakyat bahawa Wan Azizah hanyalah boneka di dalam parti sendiri).Secara tidak langsung,The Star juga seolah-olah cuba menyindir kerajaan kerana tidak memberi peluang yang luas kepada kaum wanita di kabinet selepas PRU-13.Di masa yang sama akhbar itu ingin menonjolkan betapa pemimpin pembangkang dan pro-pembangkang mempunyai tempat cukup signifikan dalam 'pembahagian kuasa di kalangan wanita' di Malaysia.Sikap The Star menyindir dan mempersendakan kerajaan sudah lama dikesan dan sudah berkali-kali ditegur.Namun,entah kenapa MCA tidak pernah mengambil pusing untuk menegur,jauh sekali mengambil tindakan ke atas akhbar itu.Akhbar yang dimiliki oleh sebuah parti pasti membawa suara hati parti itu. Dalam hal ini, jelas sekali bahawa The Star membawa suara hati MCA dan suara hati MCA itu berbunyi dendam,tidak setia dan tidak menghormati UMNO serta tidak menghargai persahabatan dalam Barisan Nasional.Dalam kata lain,suara hati MCA adalah sama dengan suara hati DAP. Perlu diingatkan bahawa DAP itu musuh. Jadi, MCA itu apa ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #BLACKOUT505 #BLACK505 !!! ANWAR IBRAHIM MEMPERBODOHKAN PENYOKONG PR !!! Posted: 21 Jun 2013 05:00 AM PDT Seperti yang dijangka,Anwar tidak jadi memboikot sidang Parlimen walaupun beria-ia mengatakan akan berbuat demikian Entah tebal mana muka Anwar apabila terpaksa juga mengangkat sumpah dan menghadiri sidang Parlimen setelah siri himpunan Blackout 505nya gagal menjatuhkan kerajaan.Anwar mencadangkan boikot sidang Parlimen kerana menyangka DAP dan PAS akan bersetuju.Namun,congakannya salah lagi apabila kedua parti itu ternyata enggan mengambil risiko kehilangan suara di Parlimen.Justeru,Anwar terpaksa menurut rentak rakan sekutunya kerana takut kehilangan jawatan Ketua Pembangkang.Kita tahu bahawa DAP dan PAS sudah bersedia menghadapi sidang Parlimen tanpa Anwar.Malah,mereka telah pun berkira-kira melantik Ketua Pembangkang yang baru. Anwar, bukan lagi satu faktor dalam perjuangan PR.Dalam banyak segi,Anwar hanya menjadi liabiliti di mana tidak cukup dengan skandal seks,tindakan Anwar yang seolah-olah sudah kehilangan fokus atau buntu, membuatkan PR berada dalam keadaan keliru. Selain itu,Anwar juga kelihatan seolah-olah tidak lagi berpijak di bumi nyata dan hilang dalam angan-angannya sendiri yang kempunan untuk menjadi Perdana Menteri.Dalam keadaan separuh sedar itulah Anwar membuat keputusan untuk menghadiri sidang parlimen kerana jawatan Ketua Pembangkang itulah saja sandarannya untuk ditukar dengan jawatan Perdana Menteri.Sebelum PRU,wartawan barat ada menyebut bahawa Anwar bagaikan seorang penghibur yang hanya membuat persembahan.Lama sebelum itu pula beliau pernah dilabel sebagai 'sesumpah' dan 'talam dua muka' oleh sebuah majalah barat dan baru-baru ini,ketika menjawab isu perjumpaan Najib-Anwar di Jakarta yang tidak pernah berlaku,seorang penulis dari seberang memetik pandangan Jusuf Kalla terhadap Anwar.Menurut Bekas Naib Presiden Indonesia itu,Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana dia menganggap dirinya adalah Perdana Menteri hatta percaya dirinya adalah Perdana Menteri. Penulis sebenarnya telah terlebih awal mengesan tanda-tanda 'delusional' Anwar iaitu setahun yang lalu. Anwar sebenarnya sudah rosak teruk dari segi kerohanian. Sifat ego yang melampau bercampur baur dengan perasaan bersalah tetapi ingin terus mencabar takdir Allah SWT,menyebabkan jiwa Anwar semakin hari semakin parah lalu menjejaskan akalnya.Anwar yang kita lihat hari ini bukan Anwar yang sama walaupun 'kegilaannya' tampak serupa. Sikap talam dua muka atau sesumpahnya itu bukan lagi dirancang, tetapi telah pun sebati dengannya.Sesungguhnya,apabila penipuan dan kebenaran diterbalikkan, ia pasti akan membawa kepada kehancuran.Nampaknya,Malaysia mempunyai Ketua Pembangkang yang telah hancur rohaninya.Oleh itu,bagaimana pembangkang boleh memainkan peranan untuk sama-sama membantu kerajaan memajukan negara ??? Strategi Anwar Ibrahim di Parlimen nanti sudah boleh dibaca.Beliau bukannya berminat untuk menangani masalah rakyat atau membina negara tetapi hanya akan membuat kacau dengan membangkitkan isu bantahan keputusan pilihanraya.Ironi sekali,beliau juga mengangkat sumpah menerima keputusan tersebut dan turut memikul peranan Ketua Pembangkang, berasaskan keputusan PRU yang sama.Malang bagi negara ini kerana pembangkang tidak meningkatkan kematangan sejajar dengan kemajuan negara, sebaliknya membawa negara ke belakang dengan mengambil sikap seperti dunia ketiga,kalaupun tidak bersikap seperti orang gila.Yang bodohnya,adalah penyokong pembangkang yang percaya kepada orang gila.Susah payah berhimpun menolak keputusan PRU, sudahnya pemimpin mereka yang mengangkat sumpah dahulu. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! BLOGGER TULANG BESI @MALAYSIAWAVES MENUTUP BLOG KERANA MERAJUK ??? Posted: 20 Jun 2013 11:00 PM PDT Tulang Besi pemilik laman pro pembangkang,malaysiawaves.net mengumumkan penutupan lamannya berkuat kuasa pada 18 Jun. "Atas sebab-sebab yang tidak boleh didedahkan, Tulang Besi mengisytiharkan bahawa Tulang Besi terpaksa menutup blog Tulang Besi. "Terima kasih saya ucapkan kepada yang telah bersama dengan Tulang Besi selama ini. "Doakan Tulang Besi berjaya dalam hidup Tulang Besi selama ini,"katanya dalam posting terakhir bertajuk "Pengumuman Penting Dari Tulang Besi."Blog darah-satria mendedahkan Tulang Besi adalah nama pena kepada Abdul Rahman Abdul Talib.Blogger itu dilihat sealiran Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor,Khalid Samad. "Menyerang hampir kesemua pimpinan PAS Pusat kecuali yang ada hubungan dengan kumpulan erdogan dalam Pas.Beliau akan memuji dan melambung tinggi serta membela pimpinan dari kumpulan erdogan.Lebih khusus lagi beliau menyerang Pas Terengganu habis-habisan.Bahasanya pedas,kotor,dan jijik.Apabila Dr Hassan Ali dipecat dari Pas,antara manusia paling gembira dalam dunia ini ialah TulangBesi@Rahman Talib.Segala dendam dan marahnya terhadap Hassan Ali seolah-olah sudah terbayar.Oleh kerana Hassan Ali tidak beri dia jawatan politik dalam kerajaan negeri Selangor,TulangBesi@Rahman Talib amat marah dan terus menerus serang Hassan Ali. Padahal TulangBesi@Rahman Talib ini adalah pegawai khas kepada Hassan Ali sebelum PR menang di Selangor. "Draf surat dari Abdul Rahman Talib kepada Pas pusat untuk singkirkan Hasan Ali, Nasharudin dan Harun Din –> http://dc191.4shared.com/doc/HyaWBJPZ/preview.html," dedah darah-satria - AIDC RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #BLACK505 !!! TIMBALAN PENGERUSI SPR MEMBELASAH PR KAW-KAW !!! Posted: 20 Jun 2013 07:30 PM PDT Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan PRU13.Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip."Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi,tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot,taklimat dia kata," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di sini, hari ini.Selain itu,Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding. "Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan.mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya.Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil,percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat.Mereka menang,dapat tubuh kerajaan,dapat pecahkan monopoli parti pemerintah," katanya.Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan,namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya. Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang."Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118. "Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun,sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan. "Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?" soalnya.- Bernama |
EKSKLUSIF !!! PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPP) !!! CABARAN BN SELEPAS #PRU13 !!! Posted: 20 Jun 2013 05:00 PM PDT PRU-13 sudah berlalu dan kerajaan BN sudah pun mula bekerja.PR pula meneruskan bangkangan mereka terhadap apa saja termasuk keputusan pilihanraya.Rakyat rata-ratanya sudah muak dengan politik yang tidak berkesudahan dan ingin melihat Malaysia terus mara ke hadapan.Justeru,mereka mengambil sikap 'tunggu dan lihat' terhadap urustadbir kerajaan secara dekat dan tidak lagi mengambil pusing dengan karenah pembangkang.Isu yang menjadi perhatian rakyat sekarang ialah mengenai hala tuju negara setelah 'ditampar' dengan tsunami Cina,selain isu ekonomi.Jangan terkejut sekiranya rakyat mendahului kerajaan dalam beberapa isu kerana kita berada di era maklumat di mana semuanya boleh diperolehi dari hujung jari.Kajian dan penyelidikan juga sebahagian besarnya hanya memerlukan hujung jari. Pendek kata,tiada apa yang benar-benar rahsia pada hari ini. Ia hanya rahsia dalam imaginasi masing-masing sahaja.Oleh itu,saya dapati isu Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) kini sedang dihalusi oleh rakyat di masa yang sama kerajaan sedang menanganinya.Secara dasarnya rakyat yang ingin tahu mengenai buruk-baiknya telah pun mendapat semua maklumat itu dan telah pun membuat kesimpulan sendiri.Apa yang ditunggu oleh rakyat kini hanyalah kenyataan rasmi dari kerajaan mengenai keputusan mengenainya.Satu contoh dari butiran TPP ialah jika Malaysia tidak menyertainya, maka barangan kita akan dikenakan cukai import yang lebih tinggi.Tetapi jika kita menyertainya, maka kita perlu menanggung harga ubat-ubatan yang jauh lebih tinggi iaitu sehingga 60% – 80%.Cukai import yang tinggi tentu memberi kesan kepada ekonomi negara dan para peniaga sementara harga ubat-ubatan yang tinggi akan memberi kesan kepada semua golongan.Yang paling terjejas pastilah rakyat miskin tetapi dengan kenaikan yang terlalu tinggi sebegitu, ia pasti akan turut menjejaskan golongan pertengahan. Perlu diingatkan bahawa golongan inilah yang memberi mandat kepada Barisan Nasional pada PRU yang lalu.Walaupun cukai import yang tinggi turut memberi kesan kepada rakyat marhaen juga akhirnya tetapi ia bersifat tidak langsung dan rawak. Manakala ubat-ubatan yang terlalu mahal menyebabkan keperitan dan penderitaan kepada yang terlibat hatta melibatkan nyawa manusia. Tanpa penjelasan dan butiran terperinci,di mata rakyat persoalannya hanyalah satu iaitu : Malaysia punya hak untuk memilih untuk mengambil risiko atas nyawa rakyat miskin atau menghadkan sedikit peluang para peniaga untuk meluaskan perniagaan mereka.Tidak salah jika dikatakan TPP ini merupakan ujian pertama kepada BN selepas PRU-13.Justeru,ia perlu diberi perhatian sewajarnya agar rakyat tidak merasa seolah-olah diperbodohkan oleh kerajaan dengan mengambil sikap membisu.Penjelasan perlu dilakukan segera di peringkat tertinggi bagi meredakan kebimbangan rakyat terhadap isu ini.Jika benar ia baik untuk Malaysia, bentangkan alasan yang munasabah yang tidak boleh dicabar oleh sesiapa.Namun,sebelum itu,suka saya mengingatkan bahawa rakyat tidak suka diperlakukan bagai orang bodoh. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment