UMNO Online - “Implementing Selective Laws Is Like Gambling Country’s Future, Says Annuar Musa” plus 9 more

UMNO Online - “Implementing Selective Laws Is Like Gambling Country’s Future, Says Annuar Musa” plus 9 more

Link to UMNO Online

Implementing Selective Laws Is Like Gambling Country’s Future, Says Annuar Musa

Posted: 27 Jun 2013 06:45 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 27  - The move taken by certain quarters in supporting the implementation of selective laws and provisions of the constitution can be deemed as gambling the future of the country, Tan Sri Annuar Musa said.

He said it was wrong for those quarters to demand the implementation of certain laws or provisions of the constitution when at the same time, they were coaching their followers to break other laws or provisions in the constitution.

“In certain circumstances, they may adhere to the laws, but in other situations, they coach their followers to break all rules and regulations. If the country is ruled by people like this, the country’s future will be gambled because they will not practice what they preached.”

Annuar (BN-Ketereh) said this when debating the motion of thanks for the royal address by Yang di-Pertuan Agong at the Dewan Rakyat here today.

Meanwhile, Annuar said popular votes were irrelevant in the context of parliamentary democracy in Malaysia, which uses the first-past-the-post system, in terms of the number of seats won in the general election.

He metaphorically rapped Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) when she interjected his debate and questioned the ratio of voters in each parliamentary constituency.

“You challenged us in a football game, so we put on our jerseys, we went out into the field and played. But when you lost the game, you want us to recount your points according to the rules in a badminton game? Is that fair?” he chided.

Annuar also dismissed the allegation by Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) that the Barisan Nasional government was being cruel to Kelantan and had also been biased towards the opposition-led states.

“The federal government has never marginalised Kelantan. In the 8th, 9th or even the 10th Malaysia Plan, hundreds of millions of ringgit were allocated to develop Kelantan,” he said, adding that the underlying issue was not about being marginalised, but more about the fact that the Kelantan government was not capable of developing and providing comfort to its own people.

Masa Untuk Rakyat Desak Anwar Undur Dari Arena Politik

Posted: 27 Jun 2013 06:40 AM PDT

Sampai bila kita mahu diperbodohkan dan diperlekehkan oleh Anwar Ibrahim.  Beliau terlalu memandang rendah pemimpin dan rakyat Malaysia.

Janji demi janji yang membohongi dan mendustai rakyat terus ditabur oleh Anwar tanpa rasa malu dan keji sedikitpun. Dan beliau sentiasa berpendapat beliau mampu lepas dari apa sahaja janji dan kesalahan dengan memutarbelitkan fakta sewenang-wenangnya.

Penulis terpanggil untuk mengulas isu ini berikutan dengan tindakan Perdana Menteri Australia  Julia Gillard yang menunaikan janji beliau untuk meninggalkan arena politik apabila telah kalah kepada Kevin Rudd sebagai Ketua Parti Buruh. Walaupun beliau bukan beragama Islam namun beliau mengotakan janjinya.

Berlainan pula dengan Anwar Ibrahim yang berperangai cukup munafik apabila sentiasa memungkiri janji beliau apabila berjanji.  Di dalam video ucapan Anwar  pada 17 Ogos tahun lalu mendakwa beliau akan berundur daripada politik dan memilih menjadi pensyarah sekiranya rakyat masih memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Rakyat telah bersuara dengan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional untuk memerintah Negara namun janji munafik Anwar terus berlegar di awangan dengan putarbelit si munafik ini kononnya Suruhajaya Pilihanraya menipu.

Umum amat arif bahawa ini adalah tipudaya Anwar semata-mata untuk mengalihkan perhatian dari isu sebenarnya iaitu perletakkan jawatan Anwar Ibrahim

Umum amat arif bahawa ini adalah tipudaya Anwar semata-mata untuk mengalihkan perhatian dari isu sebenarnya iaitu perletakkan jawatan Anwar Ibrahim

Sesungguhnya Anwar memang manusia yang tidak ada maruah. Beliau sedar bahawa lebih dari 80 peratus pembaca akhbar kewangan, The Edge Anwar Ibrahim bersara setelah pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)

Bukan itu sahaja,  malahan  Anwar juga pernah menyatakan hasrat kepada Antarapos untuk bersara dari pentas politik dan menjadi pensyarah di Eropah sekiranya pakatan gagal menawan Putrajaya

Ayat putarbelit Anwar kali ini , "Bagi meneruskan keadilan kepada rakyat Malaysia (teruskan perjuangan). Saya dipermainkan oleh konco-konco Umno. (Sebelum ini) Saya (kata) akan undur sebaik habis pilihan raya tapi saya tidak akan putus untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil," katanya pada sidang media yang lepas di Ibu Pejabat PKR

Anwar dengan perangai munafik yang tak sudah berani mendesak  Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan masing-masing  di perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada petang Sabtu lepas.

Konon kedua-duanya telah gagal menjalankan tanggungjawab memastikan ketelusan pilihan raya terutama dalam isu dakwat kekal yang menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk mengendalikan SPR sedangkan dakwat kekal hanya sebahagian cara sahaja yang pembangkang desak.

Hakikatnya kehadiran wakil calon setiap parti disetiap Pusat Daerah Mengundi dan senarai nama yang dipantau dengan begitu rapi menjamin ketelusan proses undian yang telah dijalankan.

Bila Anwar akan mengotakan janjinya untuk berundur? Saya sarankan semua pihak patut membuat desakan berterusan ke atas Anwar Ibrahim untuk berundur dari arena politik tanahair. Kami semua sudah muak dengan sandiwara murahan Anwar.

Kak Chah

Apa Kata DAP Tanding Di DUN Kuala Besut?

Posted: 27 Jun 2013 06:34 AM PDT

DUN Kuala Besut yang kosong semalam akibat pemergian penyandang Allahyarham Datuk Dr. A Rahman Mokhtar, hampir keseluruhannya pengundinya adalah terdiri dari orang Melayu (99%), dengan 1% sahaja orang Cina.

Penulis melihat, inilah masanya yang sesuai untuk DAP membuktikan kepada dunia dan rakyat Malaysia ini bahawa parti itu adalah parti berbilang kaum dan dasar-dasarnya diterima oleh semua kaum dalam negara kita ini.

Bukan oleh kaum Cina sahaja seperti yang kita lihat hari ini.

Lagipun, bukankah pembangkang sekarang sudah ada satu nama, Pakatan Rakyat.  Sana Pakatan Rakyat, sini Pakatan Rakyat, sehinggakan jumlah undi ketiga-tiga parti pembangkang diambil kira sebagai mewakili Pakatan Rakyat – peliknya, entah bila lambang Pakatan Rakyat ada dalam kertas undi pun kita tak tahulah.

Jadi inilah masa dan peluangnya pembangkang nak menunjukkan ke'Pakatan Rakyat' sangat tu.

BN dah tunjuk bukti, letak calon dari UMNO bertanding di kawasan majoriti cina, contohnya di Gelang Patah di mana Datuk Seri Ghani Othman bertanding menentang Lim Kit Siang.  Kalah menang itu soal lain, yang penting kita berani dan dah buktikan pun.

Kalah pun sebab DAP main isu perkauman, sementara BN tidak dibenarkan buat begitu.

Jadi kita cabarlah DAP untuk bertanding di DUN Kuala Besut dalam pilihanraya kecil yang akan datang kali ini.  Jajalah nama Pakatan Rakyat tu sana sini, kok benarlah seperti mana dakwaan bahawa rakyat sebenarnya mengundi calon dari Pakatan Rakyat, bukan calon DAP, PAS dan PKR.

Anwar pun (disebalik dakwaan SPR menipu, pilihanraya tidak adil), menganggap pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Kuala Besut ini sebagai peluang baik untuk Pakatan.

Letaklah calon Melayu ke atau cina lebih baik tapi bertanding atas tiket DAP.  Kalau calon berkenaan berjaya menang di Kuala Besut, penulis terima hakikat bahawa Pakatan Rakyat ini sememangnya jenama politik yang layak untuk menyaingi BN dalam PRU14 akan datang – walaupun belum berdaftar lagi.

Kalau tidak, terima sajalah hakikat Pakatan Rakyat hanya satu sandiwara, nak menipu rakyat kononnya pembangkang bersatu, tak lebih dan tak juga kurang.

Penulis pun dah letih dengan drama pembangkang bersatu ni, dari Angkatan Perpaduan Ummah, Gerakan Rakyat, Barisan Alternatif sampailah ke Pakatan Rakyat sekarang, satu pun tak berdaftar sebagai parti politik sah dan menentang BN secara depan berdepan, tau tau bila menang, dakwa itu kemenangan Pakatan dan sebagainya.

mykmu.net

Semuda Jawatan Tertinggi UMNO Terbuka Untuk Ditandingi – Tengku Adnan

Posted: 27 Jun 2013 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata semua jawatan tertinggi dalam parti itu terbuka untuk ditandingi pada pemilihan yang dijadualkan hujung tahun ini.

“Siapa sahaja yang mahu bertanding untuk jawatan tertinggi, daripada Majlis Tertinggi ke jawatan presiden, boleh mendaftarkan diri mereka sebagai calon,” katanya di luar Persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Kenyataannya itu menyusuli gesaan beberapa pemimpin dan bekas pemimpin UMNO yang mahu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dicabar.

Berdasarkan format baharu pemilihan, beliau berkata antara 148,000 dan 150,000 anggota UMNO dari 199 bahagian akan mengundi calon yang berkenaan.

Mengenai mekanisme pengundian, Tengku Adnan berkata satu bahagian dikira sebagai satu undi.

“Sebagai contoh, jika (Perdana Menteri dan Presiden UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak ada pencabar, mereka harus bertanding di semua bahagian kerana setiap bahagian merupakan satu undi (kepada calon yang menang), sekalipun setiap bahagian mempunyai jumlah perwakilan berbeza,” katanya.

Katanya taklimat UMNO mengenai format baharu itu akan diakhiri dengan UMNO Sabah esok.

Ini merupakan kali pertama UMNO menggunakan mekanisme baharu pada pemilihannya susulan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Sebelum ini hanya sejumlah perwakilan dibenar mengundi bagi memilih pemimpin parti itu.

All UMNO Top Posts Open For Contest – Tengku Adnan

Posted: 27 Jun 2013 05:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 27 – UMNO secretary-general  Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor today said the party’s top posts are open for contest in the party polls expected to take place at year-end.

This despite calls for the posts of president and deputy president to remain uncontested.

“Anybody who wants to contest for the top posts — from the presidency right down to the supreme council — can register themselves as a full candidate,” Tengku Adnan told reporters on the sidelines of the Dewan Rakyat sitting, here today.

Under the new format, he said between 148,000 and 150,000 UMNO members at the grassroots from 199 divisions would cast their votes for the prospective candidates.

On the voting mechanism, Tengku Adnan said it would be counted as one vote for each division.

“For example, if (Prime Minister and UMNO president) Datuk Seri Najib Razak has a challenger for the presidency, they will have to contest in every division because each has one vote eventhough each division has a different number of delegates,” he said.

He said that UMNO briefings on the new format to the respective divisions would end tomorrow, with UMNO Sabah being the last.

This will be the first time that UMNO would be using the new mechanism following amendments to its constitution in 2009.

Previously, only a set number of delegates were allowed to vote for the party's leadership posts.

Ministry To Revitalise Youth Programmes

Posted: 27 Jun 2013 05:11 AM PDT

KLANG, June 27  - The Youth and Sports Ministry is conducting a study to revitalise youth programmes and make them up to date, said its minister, Khairy Jamaluddin.

He said the programmes, which would focus on spiritual and mental development such as debate and discourse on current issues, would be implemented from the end of this year until 2015.

“The ministry will also enlist the help of celebrity young ustaz (preachers) to add value to certain programmes,” he told reporters after visiting the Selangor Youth and Sports Office at the Klang Rakan Muda Complex in Sementa here today.

Khairy said under the study, youth programmes would re-branded to keep steps with changing times while old programmes and modules would be re-evaluated and updated.

“Leadership quality and character building will be imparted among youths. However, programmes such as futsal, martial arts, and youth and undergraduate chitchats will be continued as they draw good response from youths,” he added.

On youth programmes in Selangor, Khairy said they would also be reinvigorated, especially in nurturing entrepreneurship.

BN Akan Perkuat Jentera, Pertahan DUN Kuala Besut – Ahmad Maslan

Posted: 27 Jun 2013 05:05 AM PDT

PUTRAJAYA, 27 Jun – UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memperkuatkan jentera pilihan rayanya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata BN Terengganu juga mesti menang di DUN itu bagi mengelakkan status ‘DUN Tergantung’ memandangkan BN mentadbir Terengganu dengan kelebihan dua kerusi DUN sahaja.

“Dengan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut, kedudukan sekarang ialah BN 16 dan pakatan 15, jika pakatan menang di DUN Kuala Besut, kedudukan 16-16, ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

“Jadi untuk kestabilan pemerintahan negeri, BN mesti menang dan mempertahankan kerusi itu,” katanya selepas perasmian majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Akauntan Negara, di sini hari ini.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong selepas penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia semalam akibat kanser paru-paru. Ini membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan pilihan raya kecil iaitu yang pertama selepas pilihan raya umum ke-13 bulan lepas.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan bagaimanapun optimis pengundi di Kuala Besut tetap bersama UMNO dan BN.

Tambahan pula katanya Ketua UMNO Besut Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Kedua, merupakan pemimpin yang popular dalam kalangan penduduk di Besut, sekali gus memberi kelebihan kepada BN.

Pada pilihan raya umum 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 itu dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas Napisah Ismail.

Pada pilihan raya umum itu BN Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Wakil BN, Pembangkang Sepakat Mahu Dalang Insiden Lahad Datu Didedahkan

Posted: 27 Jun 2013 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun –  Beberapa wakil kerajaan dan pakatan pembangkang pada Khamis menggesa kerajaan mendedahkan dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah pada Mac lepas.

Mereka berpendapat tindakan melengahkan pendedahan dan penghakiman ke atas dalang berkenaan akan menimbulkan syak wasangka berterusan dalam kalangan masyarakat.

Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkata walaupun yakin dengan kepimpinan kerajaan dan kehebatan pasukan keselamatan dalam menangani isu itu, pendedahan dan pendakwaan segera ke atas dalang terbabit tetap ditunggu.

“Walau ada pihak yang berkata kerajaan lambat mendedahkan dalang terbabit tetapi saya yakin kerajaan pada masa kini sedang melakukan siasatan yang begitu rapi bagi memastikan mereka yang terbabit dapat diadili,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Menjawab isu penggunaan perkhidmatan AirAsia untuk mengangkut anggota tentera ke Lahad Datu yang dibangkitkan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong), Ahmad berkata ia bukan satu isu yang harus diperbesarkan.

“Pada saya, penggunaan perkhidmatan AirAsia tidak menjadi masalah tapi soalnya dalang atau tali barut yang berada dalam negara, itu lagi bahaya,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, Tian Chua (PKR-Batu) berkata kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mendedahkan dalang insiden pencerobohan itu bagi membolehkan pendakwaan segera dilakukan ke atas individu terbabit.

Ahmad, ketika mengakhiri perbahasannya, menarik perhatian semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada insiden berdarah itu dan mengenang jasa anggota keselamatan yang sanggup berkorban demi mempertahan kedaulatan negara.

“Apapun yang disebutkan di sini, kita menghala kepada satu tujuan sama iaitu mengutuk perbuatan dalang di sebalik pencerobohan berkenaan,” katanya.

Jerebu Pemikiran Pembangkang Jauh Lebih Berbahaya Dari Jerebu Hutan Bakar

Posted: 27 Jun 2013 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Jerebu pemikiran pembangkang yang sentiasa memutarbelitkan isu hingga membuatkan rakyat tertipu adalah jauh lebih berbahaya dari keadaan jerenu yang melanda negara ketika ini, kata Exco Puteri UMNO, Wan Salwati Abdullah.

Malah katanya pelbagai isu dan kemelut yang melanda dalam parti pembangkang selama ini juga boleh diumpamakan sebagai jerebu yang tiada kesudahan yang sehingga kini masih lagi gagal diselesaikan.

"Pembangkang jangan lupa isu pemilihan CEC DAP yang sehingga kini tidak selesai. Isu rasuah di kalangan mereka, isu pemimpin mereka yang penuh kontroversi dan banyak lagi. Ini belum lagi isu mereka memperbodohkan rakyat dengan pelbagai cerita dongeng. Sudah selesaikah masalah dengan ROS?

"Ini belum lagi isu janji-janji palsu mereka, fitnah-fitnah pilihan raya seperti blackout, mat bangla dan sebagainya ," ujarnya kepada UMNO-Online.

Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Seremban seterusnya berkata  tindakan pembangkang yang sentiasa memutarbelitkan isu, melakukan sandiwara politik termasuk pelbagai tuduhan tanpa bukti asa ternyata telah merosakkan pemikiran rakyat terutama di kalangan ahli dan penyokong mereka.

” Hati golongan muda yang sentiasa membara disuntik 'jerebu' agar tidak mampu menilai dengan baik apa yang betul dan apa yang salah. Sepatutnya pembangkang mengamalkan politik matang dan waras bukan politik sempit untuk agenda peribadi mereka," ujarnya lagi.  -MediaUMNO

 

Pembangkang Masih Belum Bangun Tidur, Terus Diulit Mimpi Undi Popular

Posted: 27 Jun 2013 04:13 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Jun -  Pihak pembangkang dilihat terus bermain mimpi kerana sehingga ke hari ini, mereka masih memainkan isu bahawa mereka adalah pemenang sebenar dalam  Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu menerusi undi popular.

Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan berkata sistem yang diamalkan di dalam negara ini adalah sistem British iaitu sistem yang menggunakan kaedah parti yang mendapat majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan, berhak diisytiharkan menang dan boleh membentuk Kerajaan.

"Dakwaan mereka bahawa pakatan lebih popular tidak betul kerana sistem kita tidak mengamalkan sistem undi popular iaitu mengira kemenangan berdasarkan jumlah keseluruhan undi yang diperolehi.

“Namun hakikatnya undi popular yang dijaja pembangkang bagi mengelirukan rakyat hanyalah diperoleh menerusi pengundi bukan Melayu di beberapa kawasan dari empat buah negeri yang mempunyai ramai penduduk kaum itu.

“Dalam masa yang sama, BN sebenarnya mendahului pencapaian undi popular berbanding tiga parti pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas yang bertanding atas tiket masing-masing," ujarnya ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.

Pendapat tersebut disokong Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusoh kerana sistem yang diamalkan adalah sistem demokrasi berpelembagaan, malah undi popular yang pembangkang dapat pun tidak boleh dijadikan ukuran bahawa mereka lebih layak membentuk kerajaan kerana hanya mereka hanya popular di kalangan satu kaum sahaja di beberapa kawasan.

"Mereka hanya bertujuan mengelirukan rakyat semata-mata, atau lebih mudah mereka yang nak popular, kerana sejak pilihan raya pertama pada 1959 hingga PRU-13, sistem yang digunakan dalam menentukan kemenangan adalah mengikut majoriti mudah dan bersandarkan kepada perwakilan mengikut kawasan termasuk ketika Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen BN di kawasan Parlimen Permatang Pauh dan sewaktu beliau berada di dalam kerajaan.

“Penentuan parti yang berhak membentuk kerajaan bukan berasas kepada jumlah undi popular atau jumlah bilangan besar undi yang diperoleh mereka dalam pilihan raya umum," ujarnya. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...