tun faisal dot com |
@awani501 "Enggan pulau angkat sumpah bukti PR hipokrit" - Pemimpin UMNO @NajibRazak @shaberyc Posted: 07 Jun 2013 10:01 PM PDT "Enggan pulau angkat sumpah bukti hipokrit PR" - Pemimpin Umno Haider Yutim | Kemas kini: Jun 08, 2013 http://www.astroawani.com/news/show/enggan-pulau-angkat-sumpah-bukti-hipokrit-pr-pemimpin-umno-15876 KUALA LUMPUR: Sikap teragak-agak Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk memulaukan majlis angkat sumpah di Parlimen telah mendapat kritikan daripada beberapa pemimpin Umno yang menyifatkan perkara tersebut sebagai 'bukti hipokrit' pembangkang. Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz berpendapat, PR seharusnya memulaukan majlis angkat sumpah tersebut jika benar mereka tidak menerima keputusan PRU13. "Tidak adil lah... tempat yang dia kalah, dia tidak boleh terima... tempat yang dia menang, dia terima. Ini adalah mentaliti budak-budak yang kalah. "Himpunan 505 yang dilakukan adalah bagi membantah perjalanan PRU serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Eloklah Anwar Ibrahim boikot bagi menunjukkan pendirian yang konsisten," kata beliau ketika dihubungi Astro Awani. Kata Tun Faisal, jika mereka meneruskan angkat sumpah tersebut ia bermakna mereka menerima keputusan PRU13. Jelasnya, ia berbeza dengan petisyen yang dibuat oleh BN kerana petisyen itu dibuat bagi mencabar perjalanan pilihan raya yang telah diganggu oleh PR. "Petisyen yang dibuat oleh BN tidak mempertikaikan ketelusan SPR atau pilihan raya tersebut," tambahnya lagi. Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan keengganan PR memulaukan majlis angkat sumpah tersebut membukti bahawa tuduhan terdapat 'penipuan' dalam pilihan raya umum baru-baru ini hanyalah satu sandiwara. Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata beliau pernah mencabar PR supaya memulaukan majlis tersebut sebagai bukti jika adanya 'penipuan'. "Itu bermakna tuduhan (yang mengatakan) SPR tak adil, PRU13 tipu hanya sandiwara. Saya pernah mencabar mereka dua minggu lepas agar boikot angkat sumpah MP bagi buktikan konon PRU13, SPR & Barisan Nasional (BN) tipu," katanya dalam satu kiriman teks kepada Astro Awani. Bagi Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan pula, beliau mengalu-alukan tindakan ahli-ahli DAP dan Pas yang telah menolak idea memulaukan majlis itu. "Tindakan mereka untuk tidak memulaukan majlis di Parlimen harus dipuji. Tiba masanya untuk bergerak ke hadapan... apa jua dakwaan atau tuduhan berkaitan SPR boleh didengar di mahkamah terbuka." "Hidup perlu diteruskan. Negara memerlukan kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan untuk duduk dan bekerja bersama-sama, ia adalah penting untuk kita segera mulakan kerja," kata Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kataya lagi, mana-mana Ahli Parlimen yang memulaukan majlis angkat sumpah itu akan meletakkan negara dalam situasi yang sukar. Abdul Rahman juga menggesa Pakatan Rakyat supaya menjadi pembangkang yang kuat dan bukannya pemberontak yang kuat, sambil menyifatkan himpunan 505 mungkin akan menjadi sesuatu yang dipersoalkan rakyat suatu hari nanti. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/enggan-pulau-angkat-sumpah-bukti-hipokrit-pr-pemimpin-umno-15876?cp |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment