tun faisal dot com |
- Gila publisiti akibatkan 3 politikus PKR didenda, dipenjara dan hilang kerusi
- Angkat Sumpah: Anwar hipokrit, Zuraida menipu! PKR tak jadi boikot majlis
- Anwar masih nak jadi Ketua Pembangkang, arah PKR batal boikot angkat sumpah malam ni?
- UMB pasca #PRU13 - anda blogger dan cybertrooper bebas! @NajibRazak @KhairyKJ
Gila publisiti akibatkan 3 politikus PKR didenda, dipenjara dan hilang kerusi Posted: 12 Jun 2013 05:30 PM PDT Denda RM 10,000 , RM 3 juta dan 3 tahun penjara. Nik Nazmi, Rafizi dan Tian Chua sebabkan PR hilang 3 kerusi. 3 KERUSI PKR BAKAL HILANG? NAMPAKNYA KONSPIRASI AZMIN ALI BERJAYA? 20:30 No comments NIK NAZMI DI MAHKAMAH 4 JUN 2013 Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu. Nik Nazmi, 31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Rozina Ayob, sebentar tadi. Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik. Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes. RAFIZI RAMLI DI MAHKAMAH 10 JUN 2013 Kes Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Mohd. Rafizi Ramli dan seorang bekas kerani bank yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Jun ini. Hakim G. Rames menetapkan tarikh tersebut sementara menunggu rayuan yang dikemukakan oleh Mohd. Rafizi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Rayuan tersebut akan didengar pada 23 Mei ini. Mohd. Rafizi, 36, dan Johari Mohamad, 42, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam bela, Michelle Yesudas sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Haziq Razali. Pada 23 November 2012, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd. Rafizi untuk mengetepikan pertuduhan itu selepas mendapati permohonan itu bersifat pramatang. Mohd. Rafizi memfailkan permohonan itu pada 10 September tahun lalu atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen berkenaan bermotifkan politik. Pada 1 Ogos 2012, Mohd. Rafizi mengaku tidak bersalah atas tuduhan mendedahkan maklumat akaun bank tiga syarikat yang terlibat dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada konsultan media, Yusof Abdul Alin dan wartawan akhbar The Star, Erle Martin Carvalho. Dia didakwa mempunyai akses kepada salinan rumusan akaun Public Bank milik National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), National Meal & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan akaun peribadi Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail. Mohd. Rafizi didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bafia yang boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya. Johari yang merupakan bekas kerani (bahagian kredit) Public Bank Bhd. cawangan Jinjang pula didakwa bersubahat dengan Mohd. Rafizi melakukan perbuatan itu pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) akta tersebut dibaca bersama Seksyen 97(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa. TIAN CHUA DI MAHKAMAH DIJANGKA JUN 2013 UMNO berhak di sisi undang-undang atau mempunyai locus standi untuk menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan dua lagi berhubung artikel diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. yang didakwa mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh pada 15 Mac lalu memfailkan saman terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chiang; Editor portal berkenaan, Fazallah Pit; dan penulis artikel, Aisha Geoffrey. Menurut Ab. Rauf, hak untuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966. Seksyen itu memperuntukkan, sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya seperti yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu. Perkara tersebut terkandung dalam afidavit Ab. Rauf bertarikh 7 Mei lalu yang dikemukakan bersama permohonannya untuk membatalkan pembelaan yang difailkan oleh ketiga-tiga mereka pada 23 April lalu. Ab. Rauf berbuat demikian atas alasan pembelaan mereka tidak mendedahkan klausa pembelaan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan. Tian Chua dalam pernyataan pembelaan antaranya menyatakan, kenyataannya adalah komen yang wajar dan dibuat di bawah perlindungan bersyarat demi kepentingan awam berkenaan isu keselamatan negara dan ketelusan media. Peguam Raihanah Ariffin yang mewakili Ab. Rauf selaku pihak plaintif memberitahu pemberita, permohonan anak guamnya itu akan didengar pada 12 Jun ini. Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Rosilah Yop ketika pengurusan kes saman itu di kamar beliau hari ini dengan kehadiran peguam S.H. Tan mewakili Tian Chua, Fazallah dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga. Baca berita penuh di |
Angkat Sumpah: Anwar hipokrit, Zuraida menipu! PKR tak jadi boikot majlis Posted: 12 Jun 2013 12:23 PM PDT Sengaja saya petik berita daripada The Star dan Harakahdaily 12 Jun 2013 agar pembaca boleh buat perbandingan. Jelas tak kelentong Anwar dan Zuraidah? Kata media spin, tapi Tian Chua pula sahkan Anwar memang ada buat cadangan untuk boikot tu... Tak habis-habislah budak-budak PR kena tipu lagi. Pendirian saya jelas dan konsisten - Anwar perlu boikot majlis angkat sumpah di Parlimen untuk membuktikan dia konsisten dalam gerakan Black Out 505 yang mempertikaikan keputusan PRU13 dan SPR PKR backs down from Parliament opening boycott threat By SIRA HABIBU Wednesday June 12, 2013 MYT 11:34:00 PM PETALING JAYA: PKR will not boycott the opening ceremony of the 13th Parliament sitting after all. The party's political bureau made a unanimous decision Wednesday night not to boycott the sitting scheduled on June 24. PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin confirmed that the decision was unanimous. She claimed that PKR adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim's earlier suggestion to boycott the sitting in protest of alleged electoral fraud was spun. "His statement was spun. We are not going to boycott," she said when contacted. Zuraida had earlier said the Wanita wing did not agree to the boycott as they needed to be present at Parliament to effectively represent the electorate. Anwar, who is also the Opposition leader, was quoted in media saying PKR should perhaps look into boycotting the sitting in protest of alleged electoral fraud. DAP and PAS leaders did not agree to the suggestion. PKR tidak boikot majlis angkat sumpah anggota Parlimen Muhammad Faizal, 12 Jun 2013 PETALING JAYA: PKR tidak akan memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat sepertimana yang dihebohkan oleh media sebelum ini. Malah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik PKR, beliau tidak pernah menyebut untuk boikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini. "Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyebut untuk memboikot majlis angkat sumpah, apa yang diperkatakan sebelum ini hanya diputar belit oleh media semata-mata. "PKR memutuskan tidak ada boikot akan dilakukan pada majlis 24 Jun nanti," jelas sumber PKR yang menyertai mesyuarat Biro Politik PKR malam ini kepada Harakahdaily. Beliau menjelaskan majlis angkat sumpah akan berjalan seperti biasa dan Ahli Parlimen PKR akan hadir pada majlis tersebut. Sebelum itu, DAP melalui Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw memberitahu tidak ada sebab Ahli Parlimen DAP yang telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 lalu memboikot majlis angkat sumpah dan sesi Dewan Rakyat akan datang. Nada yang sama turut dinyatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang berkata, PAS telah bermesyuarat dan membuat ketetapan akan menghadiri majlis angkat sumpah di Parlimen. Pakatan Rakyat akan memastikan majlis tersebut akan berjalan dengan lancar dan akan melaksanakan bertanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat pada sesi persidangan parlimen akan datang. Sebelum ini, memboikot majlis ini hanya cadangan anggota Parlimen PKR secara individu sahaja. It was just a suggestion, says Tian Chua By LOSHANA K SHAGAR loshana@thestar.com.my Monday June 10, 2013 PETALING JAYA: PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim's call to boycott the opening of the 13th Parliament is only a suggestion, said party vice-president Tian Chua. He said no official decision had been made on the matter. "The boycott plan, along with plans for more rallies, will depend on the Election Commission members taking responsibility for the alleged fraud during the general election. "We still have two weeks before the swearing-in on June 24 and we hope that the EC members will resign before that," he said in an interview here yesterday. Tian Chua said should the EC members resign, then "things would proceed as normal". "Otherwise we will consider other means of action," he said. MPs from the party, he said, were only planning to boycott the Parliament swearing-in as a protest, adding that this had yet to be confirmed. |
Anwar masih nak jadi Ketua Pembangkang, arah PKR batal boikot angkat sumpah malam ni? Posted: 12 Jun 2013 03:56 AM PDT Apa lagi yang flip flop ni Anwar Ibrahim? Anwar perlu memboikot upacara angkat sumpah di Parlimen bagi menunjukkan bahawa dia konsisten menolak keputusan PRU13. Anwar masih nak jadi Ketua Pembangkang tanpa merit? Malulah cakap pasal merit, tapi jadi Ketua Pembangkang guna simpati. PKR hanya mempunyai 30 kerusi di Parlimen. DAP ada 38 kerusi. Anwar patut mengiktiraf bahawa kemenangan PR adalah kerana undi kaum Cina yang menyokong DAP. Nak fikir apa lagi? Takkan nak jilat ludah sendiri? Taklimat dah boikot. Tak payah timbang-timbang dah. PKR wajar teruskan dengan boikot angkat sumpah pula. Barulah konsisten.. PKR cadang ubah haluan, mahu tarik balik boikot pada 12-06-2013 03:06 Ditulis Oleh Farah Eliana Mohd Adnand PETALING JAYA: Setelah sekutunya dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PAS bertegas bahawa ahli Parlimen mereka akan menghadiri majlis angkat sumpah sidang Dewan Rakyat pada 24 Jun ini, PKR pula mengumumkan keputusan muktamad parti itu akan dibuat malam ini. Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, perkara tersebut akan dibincangkan bersama pemimpin atasan pada mesyuarat biro politik malam ini. "Kita belum buat keputusan. Malam ini ada (mesyuarat) biro politik, kita akan bincangkan malam ini," katanya ringkas pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mempertimbang untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan. Bagaimanapun, pada hari yang sama Penasihat DAP Lim Kit Siang dilapor menegaskan tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah walaupun parti itu tidak puas hati dengan sistem pilihan raya dan akan memfailkan petisyen pilihan raya. Tiga hari kemudian, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu membuat pendirian yang sama dengan menolak gesaan memulaukan sidang Parlimen sambil menegaskan MP PAS akan menghadiri sidang Parlimen seperti biasa. Semalam semasa sesi taklimat, hanya seorang Ahli Parlimen DAP, Er Teck Hwa (Parlimen Bakri) hadir bagi mendengar maklumat terbaru berhubung sesi Dewan Rakyat. Bagaimanapun sejurus selepas itu Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Loke Siew Fook menyatakan tindakan disiplin akan diambil terhadap Teck Hwa kerana telah melanggar arahan parti. Memetik laporan Sinar Harian Online, Loke memberitahu DAP akan memanggil Teck Hwa untuk memberi keterangan berhubung kehadirannya pada taklimat tersebut. |
UMB pasca #PRU13 - anda blogger dan cybertrooper bebas! @NajibRazak @KhairyKJ Posted: 11 Jun 2013 09:48 PM PDT Ini adalah artikel pertama dari beberapa siri artikel untuk memberi penjelasan mengenai Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tanggap masyarakat. Biarpun diiktiraf sebagai lawan yang ketat oleh pembangkang, terdapat sejumlah serangan yang sengaja dibuat oleh pihak tertentu dari dalam UMNO sendiri kerana salah tanggap atau kerana tidak senang dengan kejayaan UMB serta pengiktirafan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Memandangkan UMB bukan satu-satunya kumpulan yang membantu operasi Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 maka adalah adalah adil jika sebarang kejayaan dan kelemahan operasi sepanjang tempoh PRU13 ditanggung bersama oleh semua kumpulan yang terlibat termasuk ketua yang mengendalikan keseluruhan operasi. Saya dan UMB tidak mempunyai sebarang masalah untuk memikul tanggung jawab sepenuhnya di atas kejayaan dan kelemahan operasi PRU13 hanya jika saya dan UMB sahaja yang mengetuai atau mengendalikan sepenuhnya operasi siber BN semasa PRU13. Memandangkan ia bukan tanggung jawab UMB secara tunggal, sebaliknya merupakan gerak kerja bersama pelbagai pihak, maka segala tanggung jawab ini perlu dipikul secara bersama oleh kumpulan-kumpulan lain juga. Misalnya di Selangor, saya ingin menegaskan bahawa UMB bukan jentera yang diberi mandat dan sokongan oleh pihak UMNO negeri dan agensi untuk mengendalikan gerak kerja siber. Gerak kerja di Selangor dilaksanakan oleh Team Media Selangor (TMS) UMB Selangor dengan penuh kesukaran dan hampir keseluruhan operasinya dibiayai oleh UMB. Bagaimanapun artikel hari ini bukan berkenaan siapa dan kumpulan mana yang terlibat tetapi lebih untuk menjelaskan kedudukan UMB selepas PRU13, iaitu :- 1. UMB adalah jentera parti di peringkat Pergerakan Pemuda UMNO. Ia bukan berada pada satu tahap yang sama dengan sebarang Biro Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Jentera Penerangan Pusat, tetapi merupakan hanya sebahagian kecil daripada Jentera Penerangan Pusat. Atas kapasiti Pergerakan Pemuda UMNO, ada had dan batasan dari segi operasi dan peruntukan. UMB bukan pasukan blogger bebas yang boleh bertemu dengan mana-mana Pengerusi Badan Perhubungan Negeri melainkan selepas melalui heirarki parti. Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), kelulusan beroperasi di dalam PRK diluluskan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan UMB perlu bergerak melalui Ketua Penerangan UMNO selepas mendapat izin dan laluan daripada Ketua Pemuda UMNO Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri. Ini merupakan format yang dilalui oleh UMB sejak Pilihan Raya Kecil (PRK) Manek Urai sehinggalah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. 2. Berdasarkan keputusan yang dibuat di dalam Mesyuarat Jawatan Kuasa Pemuda UMNO Malaysia baru-baru ini, jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi biro, sekretariat dan unit dalam PPUM masih kekal dan berkuat kuasa sehingga pemilihan parti. 3. Berdasarkan perjanjian yang dibuat dengan para blogger dan cybertroopers sebelum mereka menyertai UMB, selepas operasi terakhir, iaitu PRU-13, semua blogger dan cybertroopers UMB TIDAK LAGI terikat dengan sebarang peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh UMB. Mereka bebas memilih untuk terus bersama UMB atau untuk menjadi blogger dan cybertroopers bebas seperti status mereka sebelum menyertai UMB. 5. Sebagai blogger dan cybertroopers bebas, adalah tidak adil untuk saya dan UMB menyekat mereka daripada menyuarakan pandangan mereka. Atas status BEBAS mereka ini, maka UMB dan saya tidak akan bertanggung jawab sama sekali dengan sebarang tulisan, kenyataan dan pendekatan mereka. 6. Namun begitu, sekiranya terdapat operasi khas, misalnya himpunan Black-Out dan PRK yang memerlukan bantuan mereka, mereka akan dipanggil semula untuk membantu UMB dan BN. UMB akan mengambil mode ad-hocracy mulai hari ini. Saya dan UMB, dan bagi pihak PPUM amat berterima kasih kepada semua bloggers, cybertroopers dan sukarelawan siber yang terlibat, termasuk menerusi BNYCT kerana tanpa bantuan anda semua, tugas yang diberikan kepada UMB oleh Pusat Operasi tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Seperti yang saya nyatakan tadi, ini bukan pembubaran. Kita dalam UMB masih merupakan satu keluarga dan insya-Allah akan terus berjuang bersungguh-sungguh demi parti, agama, bangsa dan negara |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment