PAPA GOMO

PAPA GOMO


Game Shukor & Johan Rebut Jawatan Pengerusi Umno Selangor Jadikan Noh Omar Kudeta

Posted: 30 Jun 2013 07:00 PM PDT



Belum apa apa jawatan dulu menjadi rebutan pemimpin UMNO ini. Kita faham pilihanraya telah selesai namun pekara yang terbaik dilakukan oleh kepimpinan UMNO adalah melihat kekurangan yang mana wujud waktu Pilihanraya ke 13 lalu dan mengatasi masaalah tersebut. Apa yang nak disentuh disini adalah Negeri Selangor yang dilihat cukup berat PRU13 lalu dan tidak mustahil dengan perebutan jawatan yang wujud waktu ini memudahkan Pakatan PAS,DAP dan PKR menang sekali lagi pada PRU14.

Setahu Gomo PM Dato Sri Najib Tun Razak belum lagi melepaskan jawatan Pengerusi UMNO Selangor. Jawatan tersebut masih lagi kekal dan dipegang oleh Najib Razak walaupun PRU13 telah berakhir. Namun dengan keadaan waktu ini pengumuman telah dibuat yang mana jelas ada satu unsur perebutan jawatan sedang berlaku didalam kepimpinan UMNO Selangor. Siapa dalangnya?

Pada pandangan mata kasar Gomo individu tersebut adalah YB Dun Kuang Dato Shukor. Baru baru ini kita dimaklumkan bahawa Noh Omar sebagai pengerusi UMNO Selangor dan Syukor pula sebagai timbalan dan Johan sebagai setiausaha. Tanpa keputusan pucuk pimpinan atasan UMNO pusat pihak Umno Selangor mendahuluinya dan ini semua adalah satu Game yang dirangka agar seseorang individu dapat duduk didalam sangkar emas jika dilantik Pengerusi Umno Selangor yang baru.

Noh Omar yang digugurkan dari jawatan Kabinet dijadikan luncai oleh individu berkepentingan dalam Umno Selangor. Kenapa Gomo kata demikian? Kerana apabila Noh Omar diletakkan sebagai pengerusi Umno Selangor waktu ini yang mana Dato Sri Najib belum memutuskan siapa yang layak sudah pasti menimbulkan perasaan kurang senang Umno pusat dalam pekara ini. Besar kemungkinan Noh Omar tidak menjadi pengerusi Umno Selangor dan yang akan melobi jawatan tersebut sudah pasti Timbalan yang angkat bakul sendiri waktu ini Dato Shukor.

Game ini begitu tinggi percaturannya kerana tempoh hari Pertemuan telah dibuat di Jakarta dan Manila oleh beberapa ketua bahagian, dan memorandum kononnya mahukan Noh Omar telah ditandatangani oleh 16 ketua bahagian. Namun ianya tidak semua ketua bahagian bersetuju tetapi tandatangan untuk jaga hubungan baik dengan Noh Omar. Siapa yang mengerakkan Game ini yang menaja Ketua bahagian ke Jakarta dan Manila kalau bukan individu yang bercita cita besar menjadi pengerusi Umno Selangor?

Buat Dato Shukor dan Dato Johan sila hormati Presiden parti Dato Sri Najib Tun Razak. Kita semua faham apa yang berlaku di Selangor sewaktu PRU13 lalu dan semestinya kita mahukan Selangor kembali kepada BN pada PRU14 kelak. Namun dengan apa yang dilakukan waktu ini untuk memainkan game perebutan jawatan jelas ianya adalah satu pekara yang tidak sihat dan memualkan rakyat Selangor itu sendiri.

Gomo juga harap agar ketua Bahagian di Selangor jangan cuba membuat usul yang tidak sihat bagi menentang Dato Sri Najib pada Perhimpunan Agong ini. Cakap cakap tentang gerakan untuk menentang Najib Razak oleh Umno Selangor makin terasa bahangnya. Dan diharapkan Noh Omar selaku Timbalan Pengerusi Umno Negeri Selangor yang masih sah dapat menasihati ketua bahagian Umno yang cuba melakukan sesuatu yang dangkal pada perhimpunan Umno nanti.

Gomo harap Dato Noh Omar dapat melihat game yang dimainkan ini agar beliau tidak tersalah langkah. Jangan Noh Omar ingat semua ketua bahagian suka dengannya kerana dalam politik yang ada ini bila bila masa Noh Omar boleh jatuh dek kerana perangkap yang dipasang rakan sendiri.

Jika Noh Omar masih ragu ragu tentang Game yang dimainkan untuk mematikan karier politiknya sila tonton Wayang Filem White House Down. Lihat game yang dimainkan oleh politician dalam filem berkenaan dan jangan jadi mangsa kerakusan orang lain.

Buat Umno Selangor, cukup cukuplah memualkan rakyat.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...