Kedah Ke KL - MctHeory |
- Rakyat Kedah jangan lupa noo...
- TUDIAA!! Kuasa Barat Pun Anwar Boleh Tipu!! #Blackout505
- PANASS!! Cara Mudah Nak Tipu dan Beli Jiwa Melayu!! #TolakPR
- PANASS!! Gambar dan Cerita Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh!!
- HOT!! Walaupun #PRU13 Tak Adil Di Tolak Anwar, Namun Sumpah MP Tetap Jalan!! #Blackout505
Rakyat Kedah jangan lupa noo... Posted: 07 Jun 2013 09:37 AM PDT Esok rakyat Kedah sekitar Anak Bukit dan Alor Setar, diminta jangan lupa untuk mengikuti kursus mingguan di rumah rasmi MB. Boleh rujuk banner diatas. Jangan risau ini kuliah agama, 100% takdak politik. Pas ka UMNO ka boleh datang. Takdak masalah. Jangan lupa noo.. Sent from my BlackBerry 10 smartphone. |
TUDIAA!! Kuasa Barat Pun Anwar Boleh Tipu!! #Blackout505 Posted: 07 Jun 2013 05:37 AM PDT Macam mana Anwar tipu barat untuk dapatkan sumber kewangan dengan berjanji akan jadi PM Malaysia. 1. Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya. 2. Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar. 3. Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu. 4. Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya. 5. Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar. 6. Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu. 7. Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya. 8. Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing. 9. Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan. 10. Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka. 11. Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian. 12. Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat. 13. Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia. 14. Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan. 15. Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau. 16. Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat. 17. Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN. 18. Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan. 19. Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat. 20. Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya. 21. Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu. 22. Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal. 23. Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya. 24. Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar. |
PANASS!! Cara Mudah Nak Tipu dan Beli Jiwa Melayu!! #TolakPR Posted: 06 Jun 2013 11:17 PM PDT Bukannya susah untuk memanupulasi orang-orang Melayu Islam. Dengan hanya bersongkok dan berbaju Melayu, ini merupakan satu jalan yang mudah untuk menyusup dalam kelompok orang-orang Melayu Islam dan mengambil hati mereka. Orang-orang Melayu mudah alpa dan mudah terpersona dengan penampilan seseorang. Itu yang cuba dipraktikkan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua. Tidak perlu susah-susah masuk Islam. Berpura-pura jadi Islam dan anda akan dijunjung oleh Bangsa Melayu Islam. Kita tidak perlu hairan dengan taktik sebegini. Tahun 60an dahulu, Lee Kuan Yew sudah lama mempraktikkannya dengan berkopiah untuk berjumpa dengan orang-orang Melayu. Apakah Lee Kuan Yew sudah memeluk Islam sekarang? Di bawah gambar Lee Kuan Yew pada tahun 1965, memakai songkok sewaktu berkempen pilihanraya di Kampung Tani, Singapura. Kini 2013, anak didiknya mula mengikuti jejak langkahnya dengan sedikit penambahbaikan. Orang-orang Melayu masih tidur. Gambar dan info yang Mc ambil dari blog CTS, sebenarnya taktik cina macam LKY dan cina Dap untuk beli jiwa melayu. Sama macam di Pulau Pinang, siap ada yang kata kalau Pakatan menang lagi di Pulau Pinang, Guan Eng akan masuk Islam. pehh.. sampai macam tu sekali. Orang melayu mudah percaya dan mudah tertipu.. hanya dengan sedikit duit dan berlakon menjadi orang Melayu. Sudah cukup untuk membeli jiwa melayu ni. Tapi bukan semua melayu macam tu, melayu yang tegar macam kita ni la yang golongan melayu bodoh ni panggil rasis. Depa taktau, sebab melayu rasis ni la nanti nak kena jaga anak cucu, sebab melayu tak rasis dah habis semua kena tipu!! McTheory: LKY dah buat kat melayu Singapore, melayu Malaysia pun nak ikut sama ka? |
PANASS!! Gambar dan Cerita Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh!! Posted: 06 Jun 2013 07:42 PM PDT Rakyat Malaysia tergempar dengan cerita Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh. Malah ia melibatkan korban nyawa. Pasukan mencari dan menyelamat memotong keluli dan rangka konkrit yang besar untuk sampai ke kawasan di mana sebuah kereta tertimbus selepas penyambung jambatan kedua Pulau Pinang di Batu Maung yang masih dalam pembinaan runtuh pada pukul 7 malam Khamis. Polis berkata, pasukan penyelamat mencuba untuk lebih dekat dengan kereta itu tetapi ia dihalang oleh runtuhan rangka konkrit. Lalu lintas di kawasan itu pada pagi Jumaat sesak apabila orang ramai menuju ke tempat kerja di kilang-kilang di kawasan perindustrian. Kerja-kerja pembinaan dihentikan untuk memudahkan penyiasatan dan laluan masuk dan keluar laluan ke kawasan itu terus ditutup kepada semua kenderaan. Tiga orang cedera akibat penyambung konkrit dan keluli di persimpangan bertingkat di Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh. Dua daripada mangsa adalah pekerja pembinaan Slamat, 36, dari Indonesia dan Tin Maung Iwin, 39, dari Myanmar. Kedua-dua mereka dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Timbalan Ketua Pulau Pinang, Polis Datuk Abdul Rahim Jaafar pada malam Khamis berkata bahawa pekerja asing sedang bekerja di tapak projek ketika kejadian berlaku. Seorang lagi yang cedera ialah Thilasheni Rajendran, 24, yang telah terkena serpihan runtuhan. Thilasheni, yang ketika itu sedang memandu, berjaya menghentikan keretanya kira-kira dua meter dari tempat kejadian. Rakannya, Gajashaantini Gajanujan, 24, yang turut berada di dalam kereta tidak cedera. Abdul Rahim berkata, lebih 300 anggota bomba dan polis berusaha mencari mangsa di dalam kereta yang tertimbus dalam runtuhan. Abdul Rahim berkata, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan kren besar apabila kren yang dibekalkan oleh syarikat pembinaan gagal untuk mengangkat konkrit. Jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) berkata, runtuhan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung sedang disiasat. Jalan susur projek jambatan itu dilaksanakan oleh Cergas Murni Sdn Bhd. JKSB berkata, ia akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada Jumaat. Cergas Murni Sdn Bhd adalah sebuah syarikat tempatan di Pulau Pinang, yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Jadi ianya takdak kena mengena dengan Kerajaan Pusat. Soo.. jangan pula ada yang tuduh, ini salah Pusat sebab kontraktornya negeri ok. McTheory: Kita tengok apa Guan Eng nak SPIN pasal ni pulak.. |
HOT!! Walaupun #PRU13 Tak Adil Di Tolak Anwar, Namun Sumpah MP Tetap Jalan!! #Blackout505 Posted: 06 Jun 2013 06:16 PM PDT Macam mana ada rakyat Malaysia boleh percaya dengan anak beranak penipu ni? Terang-terang mereka ni tak pejuang pun apa yang mereka kata selama ini. Menipu saja lebih.. Anwar kata PRU ke 13 yang lepas, BN menang sebab tipu guna SPR. Tapi Anwar masih lagi nak angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan sekaligus memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang Malaysia? Kata tipu.. patutnya Anwar boikot la. Sebenarnya Anwar tahu, tak ada penipuan pun semasa PRU ke 13 tempohari, tapi Anwar yang sengaja mengada-adakan cerita untuk tutup malu Pakatan yang kalah pada BN. Kalau benar ada penipuan sudah tentu Kelantan, Penang dan Selangor tak akan tubuh Kerajaan dan Menteri Besar dari Pakatan akan tolak mentah-mentah angkat sumpahnya. Kerana mereka memperjuangkan dan mempertikaikan keputusan PRU ke 13. Tapi semua itu tak berlaku, mereka hanya mempertikaikan keputusan ditempat yang mereka kalah sahaja. Ditempat yang menang, tak ada pula nak pertikai. Mereka hanya iktiraf PRU, kalau semua tempat mereka menang, barulah mereka kata PRU tu adil!! Tuduhan terhadap blackout dan Bangla, myanmar dan pengundi import lain, langsung tak dapat buktikan. Yang ada hanya rakaman video bas bawa bangla, tapi tak tunjuk pun bangla masuk tempat pengundian. Itu pun mereka kata bukti, sedangkan video tu, sesiapa pun boleh buat. Disebabkan itu Mc mencabar Anwar, supaya buktikan pendiriannya yang mengatakan PRU ke 13 ni tak adil dan penuh penipuan dengan memboikot angkat sumpah sebagai ahli parlimen. Kalau tidak, segala percakapan dan kempen menentang keputusan PRU dan SPR, hanyalah dusta dan tipu helah semata-mata. Ia menunjukan Anwar ini tidak ada kredibiliti, kata tolak, tapi terima pulak!! Cakap tak serupa bikin!! McTheory: Tapi cakap tak serupa bikin tulah Anwar... |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment