Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Pakatan Haram Cuba Bunuh Rakan Parti Sendiri?

Posted: 29 Jun 2013 06:36 AM PDT


Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim mendakwa Pakatan Rakyat "menikam" parti itu daripada belakang pada pilihan raya umum lalu sekalipun berpandangan gabungan itu bukan musuh utama mereka.

"Benar, kita tetap bermasalah apabila kawan sendiri membelot dan menikam kita dari belakang kerana pada hemat kami mereka ini bukanlah musuh utama.

"Namun kita tetap dilanyak dan kita cuba bertolak ansur dengan harapan dapat bersatu.

"Walhal kalau mengikut sejarah perjuangan PSM, kita tidak gentar menghadapi musuh utama, sanggup kena pukul dipenjara dan diheret ke mahkamah. Masih bangun melawan," katanya dalam ucapan dasarnya sempena kongres parti itu di Kuala Lumpur semalam.

Sambil menyifatkan hubungan PSM dengan Pakatan "kucar kacir" semasa pilihan raya umum lalu, Dr Nasir bagaimanapun berkata pada masa lain mereka bersatu membanteras ketidakadilan dan salah guna kuasa.

Menurutnya, parti itu "diasak, dimungkiri janji, lembab menangani masalah parti dan mementingkan kedudukan masing-masing" ekoran tiada kekuatan keahlian dan sokongan sekali gus mengharap Pakatan meraih kejayaan dalam pilihan raya.

"Namun begitu, sebagai kawan Pakatan, kita sanggup bertolak ansur bagi memudahkan Pakatan menuju ke Putrajaya. Malangnya tindakan ini dipandang remeh dan dianggapkan satu kelemahan.

"Akibat daripada tindakan Pakatan yang lekehkan semangat setia kawan ini, ramai kawan NGO, mahasiswa, individu bersimpati dan menawarkan bantuan material dan meluangkan masa menyertai ceramah-ceramah semasa pilihan raya," katanya. - Utara News

TUDIAA!! Buruk Betui Perangai Azeez Rahim Ni laaa.. #HanyaDiKedah

Posted: 29 Jun 2013 02:31 AM PDT


Awat buruk, apa yang dia buat? Jangan terkejut, Azeez ni nampak saja macam garang, tapi hati dia baik. Macam-macam orang tuduh dia, tapi cuba tanya orang Baling, kalau dia tak baik takkan orang Baling nak undi dia? Fikir laa..

Hari ini Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim menyerahan Kambing kepada 78 Pusat Daerah Mengundi yang terdapat di daerah Baling di Majlis Kesyukuran Kemenangan BN Dalam PRU13.. Menurut Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Azeez Rahim, segala Aku Janji BN Baling pada PRU13 akan di laksanakan secara berperingakat-peringkat.

Datuk Azeez Rahim bersyukur kerana pada awalnya beliau hanya mampu menjanjikan pembinaan Institut Kemahiran Mara (IKM) sahaja kepada rakyat Baling. Namun berkat kesungguhan Datuk Azeez Rahim untuk membangunkan Baling, Datuk Azeez Rahim telah berjaya menghadiahkan UiTM kepada rakyat Baling apabila pihak pengurusan UiTM bersedia membina satu kampus UiTM di Baling.

Pembangunan UiTM di Baling kini dalam proses mengenal pasti tapak untuk di bangunan sahaja dan majlis pecah tanah di jangka akan di lakukan selewat-lewatnya hujung tahun ini. Bagi proses pembinaan UiTM ianya di jangka mengambil masa 24 Bulan selepas pecah tanah di lakukan.

Manakala Hospital Pakar dan Kilang yang di janjikan Datuk Azeez Rahim, ianya masih lagi dalam peringkat perbincangan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan dan Insya'Allah akan di percepatkan.

Menurut Datuk Azeez Rahim.. Pembangunan yang akan di bawa masuknya ke Baling adalah untuk semua rakyat Baling tanpa mengira fahaman politik. Beliau akan berusaha menunaikan segala apa yang di janjikan BN Baling pada PRU13.

Sumber

PANASS!! Azalina Othman Sesuai Ganti Shahrizat Jadi Ketua Wanita!

Posted: 28 Jun 2013 10:15 PM PDT


Siapa ingat dengan Datuk Seri Azalina Othman, Pengasas Puteri UMNO yang suatu ketika dulu amat digeruni oleh lawan. Kalau ada PRK atau PRU, Puteri UMNOlah yang turun mendampingi belia dan beliawanis bagi memahami perjuangan UMNO/BN.

Itu dulu, Puteri UMNO sekarang ni Mc malas nak komenlah.. ada ok, takdak pun ok.. he he.. jangan marah haaa. Ikhlas dari hati!

Cuma bila Azalina nak lawan jadi Ketua Wanita ni, Mc ingat satu langkah yang bagus. Beliau rasanya layak untuk memegang jawatan tersebut, berbanding Sharizat. Sebab Shahrizat banyak sangat kes peribadi.. terlalu banyak!

Persaingan utama dalam Umno akan menyaksikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Seri Azalina Othman Said yang bersedia untuk berjuang dalam menerajui kepimpinan Wanita Umno.

Shahrizat mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas perjuangan pahit dihadapi Tan Sri Rafidah Aziz.

Ahli Parlimen Pengerang dan bekas Ketua Puteri Umno Azalina, ketika dihubungi, berkata: "Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan."

Shahrizat, dengan kerjaya politik telah terjejas oleh skandal Pusat Fidlot Kebangsaan atau NFC tahun lepas, berkata keputusan beliau berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap wanita.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak mengambil apa-apa untuk diberikan tetapi yakin ahli-ahli Wanita Umno akan berdiri bersama beliau.

"Mereka berada di sana untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah kawan-kawan saya dan rakan-rakan adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau.

Persaingan antara kedua-dua wanita itu mungkin akan mengambil perhatian dalam pemilihan parti berikutan ia melibatkan dua personaliti besar mereka dan berkepentingan.

Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lepas.

Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu.

Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum dan walaupun masalah melanda beliau, sayap wanita itu terus berdiri di bawah pimpinan beliau seperti yang dibuktikan semasa perhimpunan secara besar-besaran di peringkat akar umbi Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika kemuncak skandal itu.

Ditanya sama ada beliau mempunyai pesaing yang akan bertanding dalam jawatan itu, beliau berkata, beliau akan berbincang dengan penyokong beliau.

Beliau juga berkata, beliau belum lagi bertemu dengan Pengerusi Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Azalina, seorang bekas menteri dan anggota Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil:

Tarikh lahir: 15 Ogos 1953

Pada masa ini merupakan Ketua Wanita Umno, dan merupakan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ahli Parlimen Lembah Pantai dari 1995 sehingga 2008. Senator dari 2008 sehingga 2012.

Pernah terbabit dalam kontroversi yang melanda ahli keluarganya yang didakwa menyalahgunakan wang rakyat dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).

Isteri kepada Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan memperoleh tiga anak.

Datuk Seri Azalina Othman Said:

Tarikh lahir: 31 Disember 1963

Merupakan Ketua Puteri Umno dari 2002 sehingga 2004.

Pernah dikaitkan dengan kontroversi dalam cadangan projek Brickendonbury ketika beliau ketika itu merupakan Menteri Belia dan Sukan, dan mengenai perbelanjaan Pempena ketika beliau menjadi Menteri Pelancongan.

Ahli Parlimen Pengerang dari 2004.

Merupakan pemegang tali pinggang hitam taekwondo. -mStar

PANASS!! Apa Benda Pusat Transformasi Bandar (UTC) tu? #HanyaDiKedah

Posted: 28 Jun 2013 07:18 PM PDT





Apa benda UTC tu? Mula-mula Mc ingat bas UTC, rupanya Pusat Transformasi Bandar (UTC). Apa kegunaan Pusat Transformasi Bandar? Ada transformers ke dalam dia? he he he.. tak, satu tempat yang banyak kaunter dan jabatan untuk kita mudah berurusan.

Takpa baca info dari Utusan ni dulu..

Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah yang dibangunkan dengan kos sebanyak RM40 juta dijangka beroperasi di Kompleks Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) Jalan Kolam Air mulai 22 Julai ini.

Datuk Bandar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, UTC Kedah yang berkeluasan 77,688 meter persegi di bangunan enam tingkat itu merupakan UTC kelima di negara ini selepas dibuka di Kuala Lumpur, Melaka, Pahang dan Perak.

Menurut beliau, UTC Kedah menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk keselamatan, kesihatan, perkhidmatan, kewangan, pembangunan belia, utiliti dan pendidikan.

"Bangunan itu nanti turut menyediakan bilik mesyuarat berkapasiti 150 orang dan dua bilik seminar serta gelanggang futsal di tingkat atas," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mat Noh berkata, sehingga kini sebanyak 22 jabatan kerajaan dan swasta telah membuat pengesahan untuk beroperasi dan akan ditempatkan mulai 15 Julai ini.

Menurutnya, antara jabatan terlibat adalah Klinik 1Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

"Apabila siap kelak, UTC Kedah akan memudahkan orang ramai berurusan di bawah satu bumbung, tidak perlu ke sana sini," katanya.

Tambahnya, kemudahan lot tempat kereta juga disediakan di bangunan tersebut sebanyak 400 lot.

Terdahulu sebanyak 21 Ahli Majlis MBAS dilantik bagi penggal 2013 hingga 2014.

Mat Noh berkata, pelantikan itu terdiri daripada kalangan profesional, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), penjaja, belia dan ahli korporat.

"Selepas ini kita akan buat lantikan jawatankuasa kecil mengikut keupayaan masing-masing dan cuba seimbangkannya," katanya.

Tambahan info, UTC ni depa buat kat bangunan City Point dulu tu. Dari biar bangunan tu hidup segan mati tak mau, baik renovate buat UTC untuk kegunaan orang ramai.

Cuma satu la Mc harap, buat bangunan hebat, cantik atau besar macam mana pun, parking kereta tu jangan lupa buat besar-besar sama. Sebab kawasan tu tempat paling susah nak parking.

Bukan nak mengajar tapi ini rintihan dari rakyat marhien.


McTheory:
Sejak BN perintah ni..2 bulan macam 2 tahun pulak perkembanganya.. hmm..

INFO! Live Streaming Kuliah Pagi Dari Sri Mentaloon Terganggu Akibat Masalah Teknikal!

Posted: 28 Jun 2013 06:12 PM PDT


Salam semua, pagi ni Mc nak minta maaf sebab Live Stream Kuliah Pagi dari Sri Mentaloon rumah Menteri Besar Kedah tak dapat dilakukan atas masalah teknikal yang tak boleh dielakkan.

Kuliah Pagi tu tetap berjalan di Sri Mentaloon, cuma Live Stream saja dah takdak, Insyallah minggu depan ada rezeki kita sambung balik Live Stream ni.

Harap Maaf..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...