Kedah Ke KL - MctHeory |
PANASS!! Penagih Remaja Di Tangkap!! Posted: 20 Jun 2013 06:06 AM PDT KULIM - Hasrat dua daripada tiga remaja lelaki berusia 18 dan 20 tahun untuk membeli dadah daripada seorang pengedar tidak kesampaian apabila polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) diketuai Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz bersama tiga anggota sukarelawan polis terserempak dengan mereka. Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika polis sedang membuat rondaan pencegahan jenayah di Taman Seri Mahkota, sebelum terserempak kereta jenis Perodua Kancil warna merah diletakkan di tepi jalan berhampiran ladang kelapa sawit dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, polis kemudiannya menghampiri kenderaan mereka dan mengarahkan supaya meninggalkan lokasi itu bagaimanapun suspek bertindak agresif dengan memecut kereta dipandunya ke arah Taman Merak sebelum melalui Jalan Pong Ah Yong. "Polis terus mengekori kereta suspek dalam jarak dekat. Kereta suspek kemudiannya membelok ke Jalan Kilang Lama dan menuju ke Pekan Kulim. Namun polis berjaya memotong kereta dinaiki suspek dan mengarahkan mereka berhenti, bagaimanapun arahan itu tidak dipatuhi. "Suspek sekali lagi memecut kereta dinaiki mereka menghala ke Taman Kota Kenari dan membelok ke jalan Sungai Ular. Suspek semakin terdesak apabila kereta dipandu mereka memasuki lorong bertentangan sebaik tiba di lampu isyarat taman Merak. "Bagaimanapun suspek berjaya dipintas oleh kenderaan polis sebaik tiba di hadapan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sungai Ular. Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut," katanya. Difahamkan, kesemua suspek kemudiannya diserah kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kulim untuk menjalani ujian saringan air kencing dan dua daripada mereka didapati positif dadah. Kulim terkenal dengan masalah sosial, Mc minta penguatkuasa dan pihak bertanggung jawab ada formula untuk tanganinya, kalau tidak sia-sialah rakyat Kulim tukar pemerintahan tempohari. Betul? |
PANASS!! Mampukah Azizan Razak Menjadi Seorang Pemimpin? #HanyaDiKedah Posted: 19 Jun 2013 05:37 PM PDT Jika sebelum ni kita melihat Azizan Razak sebagai seorang pemimpin yang tegas, berpengalaman, namun kini beliau bukan lagi seorang pemimpin yang berdaya. Apabila kedua-dua belah kakinya dipotong kerana gangrene, maka secara automatik, title pemimpin boleh gugur dengan sendirinya. Beliau sedar akan keadaan itu. Apatah lagi, Azizan sekarang lebih banyak berada di katil hospital berbanding bersama-sama rakyat. Malah difahamkan sehingga sekarang, Azizan belum lagi mengangkat sumpah selaku ADUN Sungai Limau. Baru-baru ini, dari sumber terdekat dengan keluarga isteri pertama Azizan memberitahu, Azizan sudah hampir meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk Pilihanraya Kecil pertama selepas PRU13 di Sungai Limau kerana keadaannya itu. Walau bagaimanapun, ada puak-puak PAS terutama sekali yang sebelum ini banyak bergayut di sekeliling kaki seluar Azizan, terburu-buru memujuk Azizan agar tidak berbuat begitu. Azizan menjadi bahan yang paling teruk dilanyak dan difitnah oleh puak-puak PAS sendiri. Beberapa kelompok dalam PAS yang bercempera, kelihatan bersatu hati dalam mengutuk dan menyalahkan Azizan setelah PAS gagal mempertahankan Kedah daripada dirampas oleh UMNO-BN. Malah ada yang menyalahkan sikap Azizan yang mudah baran dan lebih banyak mendengar nasihat daripada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negeri berbanding merujuk kepada Majlis Syura PAS. Azizan dikatakan mempunyai roh UMNO yang terlalu menebal dalam dirinya. Gerakan untuk menggulingkan Azizan telah lama dijalankan dan diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi. Beberapa orang Exco pilihan Azizan turut menikam belakang Azizan dan membuatkan kesihatannya bertambah teruk. Azizan dilihat kurang bersetuju dengan amalan MENYELEWENG dan RASUAH yang menjadi amalan sebahagian daripada pemimpin-pemimpin PAS sebaik-baik sahaja mereka berjaya merampas Kedah pada tahun 2008. Azizan juga seringkali bertelagah dengan beberapa orang pemimpin PAS Pusat berhubung tindakannya cuba menyekat pengaruh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng daripada bersarang dalam PAS Kedah. Malah, Azizan juga bertindak tegas terhadap golongan Syiah dan Khawarij yang telah mendapat lampu hijau daripada kepimpinan PAS Pusat daripada bertapak di Kedah dengan tidak membenarkan ketua-ketua mereka menjawat jawatan penting sama ada dalam Kerajaan Negeri mahupun GLC. Ternyata, secara peribadi kepimpinan Islam dalam diri Azizan sangat menyerlah. Namun beliau tewas kerana tak dapat membendung salahlaku dan rasuah disekelilingnya. Jika pembaca pernah baca surat terbuka dari bekas Setpolnya Sanusi, tentu pembaca faham situasi politik yang berlaku di Kedah pada akhir-akhir ini. Selepas pada itu, mungkin tekanan daripada pengelutan politik sama sendiri di Kedah. Menyebabkan Azizan jatuh sakit, lebih teruk dari sebelumnya. Namun sekali lagi Mc nak tanya, apakah Azizan masih mampu menjadi 'Yang Berhormat' di kawasan Sungai Limau? Hanya orang kawasan Sungai Limau yang mampu menjawabnya, jangan tanya orang Pas, jangan tanya orang UMNO. Tanya atas pagar yang lebih berhak untuk menjawab. Bagi diri Mc, jangan di seksa lagi Azizan, biar beliau berehat, bukan masanya untuk berkuasa lagi. Allah dah tentukan sudah sampai masanya untuk beliau berehat. McTheory: Selagi ditahan, selagi diseksa dirinya, semakin berat tanggung jawabnya.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment