Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! BN Kelantan Supply Dadah Untuk Tarik Undi?

Posted: 17 Jun 2013 06:26 AM PDT


 Tindakan penyokong kerajaan negeri Kelantan menuduh Umno dan Barisan Nasional (BN) mengamalkan taktik kotor pada pilihan raya umum lalu dengan memberi pil kuda kepada penagih dadah dan arak adalah tohmahan untuk memburuk-burukkan Umno.

Ketua Pembangkang Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) berkata tuduhan Mohd Zaki Ibrahim (PAS-Kelaboran) itu bertujuan supaya rakyat tidak menyokong Umno dan BN.

"Mana mungkin kita mengupah penagih yang terlibat dengan pil kuda untuk menyokong, sedangkan ia musuh kita...kita nak banteras benda ini (ketagihan dadah).

"Sebab itulah saya lihat perkara ini, pemimpin PAS cuba fitnah kita untuk memburukkan memburukkan kita di mata rakyat supaya berterusan tidak menyokong Umno," kepada pemberita sewaktu persidangan DUN berhenti rehat.

Terdahulu, semasa membahaskan titah ucapan Sultan Kelantan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini, Mohd Zaki mendakwa BN telah memberikan pil kuda dan arak kepada petugas parti pada pilihan raya umum ke-13 lepas.

Nozula berkata PAS sengaja membuat tuduhan liar itu bagi memainkan sentimen di kalangan penduduk di negeri ini serta anak-anak muda yang berhijrah ke luar Kelantan untuk terus memberi sokongan kepada mereka.

Sebelum ni tuduh bawa bangla, kali ni tuduh UMNO sokong penagih dadah pula untuk dapat undi. Macam-macam la depa tuduh, sampai tempat kita kalah pun, kita masih ditipu buat kerja jahat. adehh

PANASS!! Cara Pas Kedah Perabih Duit Balak RM80 juta!! #HanyaDiKedah

Posted: 16 Jun 2013 05:37 PM PDT

Gambar sapa ni? he he..
 Dulu Pas dan puak Pakatan dok tuduh Kerajaan negeri UMNO/BN selalu membazir guna duit rakyat. Bagi mereka duit kerajaan tu duit rakyat, istilah duit rakyat tu wujud, selepas Anwar jadi Ketua Pembangkang. Kalau benar duit rakyat, maknanya rakyat boleh pergi pejabat Kerajaan dan minta duit sesuka hatilah ya? Itu baru betul duit rakyat!

Tapi, apa yang Mc nak ceritakan disini adalah, cara Exco Pas menghabiskan duit balak RM80 juta, hasil yang pernah depa canang dulu tu.

Apakah pelik bila Exco Pas diberikan elaun khas untuk belajar guna Ipad? Nak belajar Ipad pun di beri elaun rm1000? Di bayar oleh GLC negeri Kedah pulak tu. Dah la Ipad dapat free, nak belajar patutnya orang yang nak belajar keluarkan duit, tapi ni lain pulak. Orang nak belajar dapat duit. he he..

Kemudian Mc dapat tahu, Exco Pas Kedah dulu, ada elaun khas untuk berceramah, satu ceramah RM300. Elaun tu pun dibayar oleh GLC. Cuba bayangkan, duit kutip derma dapat, duit elaun lagi, kalau satu bulan ada 20 ceramah, dah berapa depa dapat. Itu baru satu Exco, belum yang lain-lain lagi. Patut la Exco depa lebih suka ceramah dari turun padang tolong rakyat. Masyukk rupanya..

Ketua unit penerangan, Zulkifli Yahaya, dia juga merupakan ketua blogger Pas Kedah. Banyak arahan dan kempen media maya daripada dia. Tapi sejak akhir-akhir ini selepas kalah, jentera maya Pas Kedah nampak lebih meroyan. Malah ada yang kata, Pas terus masuk gear 3, serang UMNO/BN  tanpa dengan strategi yang khusus.

Zul Ya ni pula, dibayar RM8000 sebulan, setengah dari Kerajaan negeri, dan setengah lagi dari MBI. Buat kerja tak hebat mana pun, tapi gaji dahsyat!! Sedangkan diluar Wisma tu, masih ramai cybertroopers Pas yang susah dan tak makan demi perjuangan, namun depa taktau, di Kedah ni, tak payah buat kerja hebat  sangat pun, gaji dah di bayar tinggi.

Itu baru Zul Ya, belum termasuk gaji anak buah dia yang lain. Disebabkan itulah duit balak RM80 Juta setahun yang Pas dapat tu, habis begitu saja tanpa dapat digunakan untuk kepentingan rakyat. Dok bayar benda-benda merepek macam nilah.

Ini baru sikit yang kita tahu, belum lagi dalam soal lain. Bab berniaga pun banyak masuk angin keluar asap. Modal RM160juta, untung cuma RM2juta.

Bab tu, sampai masa Mc akan korek bawa keluar. Ingat, ini bukan fitnah, ini sesi pendedahan perangai buruk Pas selama 5 tahun memerintah!

McTheory:
Wut u give, u get back laa.. hehe..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...