Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Pendedahan Berani Dari 'Bos' UMB @TunFaisal!!

Posted: 15 Jun 2013 08:20 AM PDT


Sebelum ini segala pergerakan UMB dalam operasi khas adalah rahsia. Bila ada puak PR turun buat demo untuk menghuru-harakan negara. Kami dalam UMB yang akan turun berdepan dengan puak-puak ni. Melaporkan perkara sebenar, tentang apa yang sedang berlaku dikawasan demo, rusuhan dan perhimpunan puak PR ni.

Tugas yang dibuat bukan mudah, jika tersalah langkah, 'kantoi' silap-silap boleh hilang nyawa. Tetapi budak-budak UMB ni teruskan juga demi perjuangan, demi Agama, bangsa dan Tanah Air. Mc tak pertikaikan kerja kumpulan lain, sebab masing-masing ada tugas tersendiri. Tapi adakah orang tahu kerja tangan budak-budak UMB?

Takkan kami nak dedahkan apa saja operasi khas yang kami buat, takkan kami nak laporkan dalam blog kata benda 'black ops' tu UMB buat! Grey ops tu UMB punya kerja. Cukuplah dengan laporan yang dihantar ke pemimpin atasan. Tapi bila ada 'mangkuk' yang dok pertikaikan kerja UMB, rasanya sampai masa UMB buat pendedahan, bagi Mc apa yang Tun Faisal dedahkan ini hanyalah sebilangan kerja yang UMB pernah buat.

Nak tau cerita lebih lanjut rasanya elok pembaca rujuk blog Tun Faisal, nak baca boleh klik kat SINI

PANASS!! Penipuan Jahat Red Bean Army Untuk Si Tolol Percaya!! #TolakPR

Posted: 15 Jun 2013 05:37 AM PDT



Salah satu kaedah penipuan Red Bean Army

Taktik mudah

1) Buat fake account

2) Update info jadi Puteri UMNO atau apa-apa yang melibatkan UMNO

3) Update status mengarut yang menghina agama seperti gambar diatas

4) Cybertroop PR print screen

5) Post dalam group-group Pro PR

6) Orang bodoh tak tau apa akan komen tanpa menilai

Ingat,dalam propaganda penipuan yang diulang-ulang akan menyebabkan orang percaya.Ini salah satu modus operandinya.

Jom tengok lagi penipuan Red Bean Army dan yang setaraf dengannya di bawah. Kabarnya ada kajian yang menunjukkan bahawa bahan-bahan ini memang direka khas untuk kerangka akal orang yang tolol.

Tidak semestinya kalau anda berijazah atau seorang profesional, anda tidak tolol. Walaupun anda berijazah dan dari golongan profesional, asalkan anda tolol, bahan-bahan yang direka khas ini pasti membuatkan anda percaya.

Kalau anda bijak sedikit saja, bahan ini tidak mungkin dapat menipu anda dan anda akan terselamat dari penipuan PR.


Contoh 1 - bahan yang sangat bodoh, tak ada nilai estetik, tapi macam saya cakap ia berkesan untuk kerangka akal orang yang tolol.



Contoh 2 - ish3 kalau anda percaya ia daripada BN, anda memang tolol





Contoh 3 - errk? tampal cerita lain, sebelah gambar bangla yang masuk untuk bekerja dah menjadikan cerita ni benar? Betul tak ia untuk mereka yang tolol?

Contoh 4 - yang ni kalau percaya memang confirm IQ rendah

Jika kita lihat bahan-bahan yang dihasilkan oleh cybertrooper BN pula. Hmm.. sekali pandang pun tahu bahan-bahan ini hanya untuk mereka yang bijak je. Kena berfikir. Kalau tak fikir, confirm tak percaya. Bahan ini terlalu susah untuk difahami oleh manusia-manusia yang tolol,



Contoh 1 - ramai penyokong PR tak faham gambar di atas. Selepas diketuk kepala 11 kali baru mereka nampak apa yang hendak diceritakan


Contoh 2 - Fuhhh, ini lagi susah. Nak kena baca-baca la pulak.... malas arr, pun nak kena bijak juga kalau nak faham..


Contoh 3 - confirm yang tak bijak, tak faham sebutir habuk pasal poster ni. Apa yang nak disampaikan, apa motif dan jalan ceritanya.

Yang herannya, banyak pula stok budak-budak pembangkang yang senang ditipu ni. Mana diaorang jumpa stok budak-budak macam ni tak tahulah.

1998 dulu, ada stok budak-budak pembangkang yang kena tipu pasal Anwar kena racun arsenik dan suntikan HIV.

2004, ada stok budak-budak PR yang kena tipu pasal kononnya Anwar sakit tengkuk dan belakang macam dah nazak sangat dah, tak boleh operate dengan pakar-pakar di Malaysia di hospital yang serba serbi lengkap; tapi hanya boleh diubati oleh Tabib Ajaib di Jerman yang hanya ada klinik kecil.

2008, ada juga stok budak-budak PR yang kena tipu pasal 16 September, beriya-iya buat banner, turun himpunan sana sini dengan 4-5 kali, ada pemimpin PR sampai pergi ke Taiwan kejar Ahli Parlimen BN ... last-last penipuan rupanya

2013, macam tak percaya, ada stok budak PR yang percaya dongeng 40,000 rakyat Bangladesh akan di bawa untuk undi BN. Fuh, kena guna 100 buah Jumbo Jet, kena buat 40,000 pasport, kena buat 40,000 IC alamat lain-lain di seluruh negara, kena landing time wartawan dan cybertroopers PR tak ada, kena ambik 10,000 bas untuk bawa mereka mengundi, kena cari bilik hotel untuk mereka menginap dan mandi-mandi, kena ajar 40,000 orang ni cara-cara mengundi, nak kena pakat dengan pegawai SPR nak bagi lepas 40,000 orang ni mengundi, nak kena pakat dengan polling agen dari kedua-dua parti pula... wah bodohnya sapa percaya

But it works - ONLY for the gullibles...

Ada je stok yang senang kena tipu di kalangan budak PR ni. sampai menyebabkan saya tertanya-tanya, yang mereka senang sangat kena tipu ni memang semula jadi ke, genetik ke, apa ke? Bila ada lawyer, doktor, akauntan, lecturer yang boleh secara tololnya mempercayai penipuan PR dan Anwar, rasanya orang kampung yang selalu puak PR kutuk bodoh sebab sokong UMNO tu, sebenarnya lebih pandai mereka yang mengakui educated person!

Artkel pembongkaran penipuan ni Mc ambil dari SINI.

Sebenarnya ramai orang tertipu dengan puak PR ni, kadang-kadang sampai benda tak logik macam tu pun ada orang boleh percaya. Paling best bila ada sesuatu yang berlaku, dorang akan kata, ini konspirasi UMNO atau pun salah UMNO.

Sampai macam tu sekali Anwar dan PR dah set kepala orang-orang dia.

McTheory:
Memang sah, penyokong PR ni sakit mental!

PANASS!! Syabas Kerajaan Negeri, Singkirkan 'Virus Hijau' Dalam GLC!! #HanyaDiKedah

Posted: 15 Jun 2013 12:16 AM PDT


hero hindustan mana plak ni? heh..

Mula-mula sekali Mc nak ceritakan tentang seorang manusia yang bernama Jahubar Sathik, siapa dia ni, apa kerjanya, apa yang dia lakukan, kenapa kita nak kena fokuskan kepada dia. Kita kena fokuskan pada dia sebab dia ni seorang totok Pas yang dilantik menjadi 'Board Of Director' Bina Darulaman Berhad sewaktu dalam zaman Pas memerintah.


Sekarang ni Kerajaan negeri Kedah telah menamatkan kontraknya dengan notis 6 bulan. Namun setelah diberikan notis, Jahubar menentang notis tersebut dengan mengatakan ianya 'tidak sah' dan cuba menyaman PKNK dengan alasan dia diberhentikan tanpa sebab.

Sedangkan dalam kontrak PKNK berhak memberhentikannya tanpa sebab dengan memberi notis 6 bulan tanpa pampasan. Soo kenapa dia nak kalut nak saman PKNK sedangkan kontrak mengatakan sebaliknya.

Kalau nak kata PKNK kejam pun tak boleh, sebab Jahubar ni bukan memberikan prestasi yang baik masa buat kerja di BDB. Kontraknya tamat setelah diambil kira dari segala segi, bukan hanya dari sudut politik sahaja.

Dulu dia banyak buat masalah dalam pengurusannya di BDB. Dia menerima tekanan daripada Lembaga Pengarah BDB akibat kegagalan menguruskan sumber kewangan untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan projek Kerajaan negeri, walaupun beberapa intitusi kewangan secara dasar telah bersetuju untuk membiayai projek tersebut.

Kegagalan pengurusan Jahubar dapat dilihat berikutan 3 peristiwa perletakkan jawatan CFO BDB oleh tiga individu berbeza dalam masa 2 tahun. Sumber juga memberitahu, telah berlaku pergeseran antara dia dan Lembaga Pengarah berikutan skim gaji yang diterima oleh dia dan surat perletakan jawatan pernah dimajukan kepada Lembaga Pengarah.

Jahubar ni akan memberhentikan sesiapa saja yang tidak sehaluan dan setuju dengan kemahuannya. Malah Jahubar juga mempunyai hubungan yang bermasalah dengan GLC-GLC yang lain.

Orang bermasalah seperti Jahubar ni, layak kah untuk kita kekalkan dalam BDB?

Dah la Pas yang lantik dia secara kontrak, buat kerja pun teruk, kemudian bila nak diberhentikan, mengelupur nak saman PKNK, muka taktau malu ka apa dia ni? Orang yang rasa bijak pandai macam Jahubar ni susah orang nak buat kerja dengan dia. Sebab kalau ada orang lebih pandai dari dia, dia kerja nak 'kerat' orang tu dari BDB.

Sekarang ni Kerajaan BN Kedah dah tak perlukan khidmat dia lagi, soo bila orang dah bagi notis tu, terimalah dengan hati terbuka, jangan dok buat kalut, nak saman sana, nak saman sini. Sebab kalau saman pun takkan menang, nak menang apa kalau lantikan pun KONTRAK. he he he..

Pesanan pada Jahubar, turun belakang pejabat tu, cari kotok kosong, bukan apa senang nak 'pack' barang bawa balik rumah. he he he..

McTheory:
Misi singkirkan Virus 'Hijau' dalam GLC negeri Kedah!!

PANASS!! Kedah Patut Tegas Dalam Isu Air Dengan Pulau Pinang!!

Posted: 14 Jun 2013 10:08 PM PDT


Selama berpuluh-puluh tahun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengemis belas daripada Kerajaan Negeri Kedah agar menyalurkan air mentah kepada negeri berkenaan. Ketika Pulau Pinang berada di bawah Barisan Nasional, masalah tidak banyak timbul ekoran negeri Kedah juga ditadbir oleh Barisan Nasional dan persefahaman mudah dicapai.

Namun apabila Pulau Pinang berada di bawah Lim Guan Eng dan DAP, lain pula ceritanya. Lim Guan Eng yang diketahui sangat gemar bercakap besar dan berlagak seolah-olah dia seorang Ketua Menteri yang sangat hebat, pernah berkonfrontasi dengan bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berhubung isu air mentah.

Lim Guan Eng berkeras enggan membayar walau satu sen pun kepada Kerajaan Negeri Kedah walaupun pada masa yang sama, amat berharap Kedah tidak menyekat bekalan air mentah kepada Pulau Pinang. Apabila Azizan berkeras dan mengancam untuk memanjangkan kes berkenaan ke mahkamah menerusi proses undang-undang, Lim Guan Eng dengan segera mendapatkan Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim agar mereka bertiga berunding bagi pihaknya dan bagi membolehkan Pulau Pinang terus menikmati air percuma dari Kedah tetapi mengenakan bayaran yang tinggi kepada penduduk Pulau Pinang.

Memandangkan pentadbiran negeri Kedah sudah berubah, manakala Lim Guan Eng pula masih kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, maka sudah sewajarnya Kerajaan Negeri Kedah memperbetulkan semula segala kesilapan sebelum ini. Tiada yang percuma perlu diberikan kepada sebuah negeri di mana Ketua Menterinya cukup sombong dan angkuh.

Pemberian secara percuma tidak pernah dihargai oleh Lim Guan Eng mahupun DAP. Bahkan mereka beranggapan ia adalah kewajipan Kedah untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Kedah sudah kalah kepada Pulau Pinang dalam beberapa hal dan kes. Tuntutan Kedah untuk mengembalikan semula Pulau Pinang sebagai salah sebuah daerahnya, nampaknya semakin kelam dan tidak berpenghujung. Sudah tidak kedengaran lagi suara-suara yang mahu menuntut Pulau Pinang agar dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Kedah. Sebaliknya, Pulau Pinang dibiarkan terus menjadi sebuah negeri sekalipun sebenarnya Kerajaan Persekutuan sendiri terikat dengan perjanjian menerusi Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia.

Sudahlah kehilangan dua buah daerah, nampaknya Kedah juga bakal kehilangan air mentah tanpa mendapat sebarang pampasan daripada Pulau Pinang. Lim Guan Eng mungkin berasakan dia seorang Ketua Menteri yang bijak kerana berjaya menakut-nakutkan Kedah dan pentadbiran negeri. Kali pertama dia berjaya menggertak dan memperdayakan pentadbiran Kedah yang diterajui Azizan Abdul Razak.

Adakah kali ini, ketika Kedah di bawah pentadbiran Mukhriz Mahathir, dia juga akan berjaya melakukannya?

Adakah Kedah akan terus memberikan khidmat percuma kepada Pulau Pinang, atau barangkali Kedah sudah mula memikirkan kaedah untuk mendapatkan pampasan atau bayaran daripada Pulau Pinang setelah sekian lama Kedah bertindak sebagai badan kebajikan untuk Pulau Pinang?

Kedahan69

PANASS!! Virus Paling Bahaya Dalam Kedah Tersebar!! #HanyaDiKedah

Posted: 14 Jun 2013 06:18 PM PDT

Virus hijau...

Mc banyak mendapat komen yang meminta MB Kedah memberi perhatian pada GLC utama yang telah menjadi sarang puak Pas. Selama 5 tahun Pas memerintah Kedah. Depa dah susun puak Pas ni menyerap masuk ke dalam GLC untuk memegang banyak jawatan penting.

Sebenarnya selepas BN menawan semula Kedah. Puak Pas ni risau bahawa BN akan lakukan tindakan yang sama seperti Pas dulu, memecat atau menamatkan kontrak kerja orang yang dipercayai tegar UMNO/BN.

Walaupun mereka amat bimbang sekiranya Mukhriz akan mengulangi apa yang dilakukan oleh PAS dulu, namun kini selepas 50 hari BN menjadi Kerajaan negeri, tidak nampak Mukhriz akan lakukan perkara yang sama terhadap kakitangan GLC yang menyokong Pas.

Malah sudah ada suara di kalangan para penyokong PAS yang masih berada dalam GLC serta entiti-entiti penting Kerajaan Negeri Kedah, termasuklah Kulim Hi-Tech, mereka telah yakin tidak akan diketepikan sama sekali oleh Mukhriz, kerana menganggap Mukhriz tak kisah akan perkara tersebut.

Tapi mereka silap sebenarnya, Mukhriz bukan tak kisah, tapi tak sempat nak pandang lagi tentang perkara tu. Sebab orang UMNO/BN ni selalunya pulun cari duit untuk majukan negeri dulu, sebelum pedulikan perkara lain.

Kalau ikutkan, banyak kerja yang perlu diselesaikan dan diperbetulkan oleh Mukhriz Mahathir. Sudah tentulah perkara utama adalah menggantikan pentadbiran GLC yang telah dikuasai oleh virus Pas yang telah menyerap masuk jauh ke dalam. Perkara itu tak boleh biar, kerana sampai satu masa virus ini akan merebak dan merosakan GLC tersebut.

Bak kata orang, baik mencegah dari mengubati, betul tak?

Selain membersihkan GLC, Mukhriz juga perlu membetulkan semula pentadbiran PBT Kedah dengan bantuan KCS yang boleh dipercayai. Pegawai-pegawai daerah  yang ada sebelum ini terlalu lembab bekerja dan hanya menghangatkan kerusi empuk di pejabat masing-masing, perlu digerakkan untuk turun padang dan meninjau masalah rakyat di daerah yang mereka dipertanggungjawabkan.

Sebelum masalah yang ada, di lontar kepada Kerajaan negeri bulat-bulat, baik push orang yang sepatutnya bekerja, dari terus tidur. Ini dibawah tanggung jawab Exco yang memegang portfolio PBT, perlu memainkan peranan. Benda nampak macam kecil, tapi sebenarnya boleh memberi kesan yang amat besar.

Posting ini bukan untuk mengajar Kerajaan negeri membuat kerja, cuma pendapat seorang penulis blog kerdil yang mengumpul suara dari bawah. Jika rasa ianya berguna, sila ambil kisah, kalau rasa ianya menyemak, boleh abaikan saja posting ini.


McTheory:
Siapa kita untuk orang dengar dan ambil kisah, betul?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...