Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Syaitan Kiram Bakal Di Tahan!! #LahadDatu
- PANASS!! UMNO Kedah Perlu Transformasi yang Besar!! #UMNOKedah
- HOT INFO! Apa si Nyah @Shook1974 ni nak? Dok Serang UMB Lagi?
- PANASS!! Harun Taib pun dah LEMAU dengan Mat Sabu!! #PasForALL
- PANASS!! Lim Kit Siang Bersedia Jadi Ketua Pembangkang? #Blackout505a
- PANASS!! Pentadbiran Mukhriz Mahathir Di Serang Penyakit Hantu Hijau!! #HanyaDiKedah
PANASS!! Syaitan Kiram Bakal Di Tahan!! #LahadDatu Posted: 11 Jun 2013 08:17 AM PDT Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu serta pengikutnya, akan ditahan dan didakwa dalam waktu terdekat. Menurut sebuah laporan dalam Utusan Malaysia hari ini, Biro Siasatan Antarabangsa (NBI) Filipina yang menyiasat pencerobohan Sulu ke Sabah, telah menyerahkan laporan siasatan kepada Kementerian Kehakiman negara itu. Suratkhabar itu tersebut memetik kata-kata seorang 'sumber' yang melaporkan kumpulan Sulu tersebut akan didakwa atas tiga pertuduhan iaitu melancarkan perang ke atas negara luar, memiliki senjata api secara haram dan larangan membawa senjata api sewaktu tempoh pilihan raya memandangkan ketika insiden itu, Filipina dalam proses kempen pilihan raya. Sumber tersebut juga berkata siasatan oleh pihak berkuasa Filipina mendedahkan bahawa pencerobohan tersebut telah dirancang seawal bulan November tahun lepas, sebelum pihak itu mendarat di pantai timur Sabah pada 12 Februari. Sumber itu juga berkata bahawa pihak berkuasa Filipina sedang giat memburu adik Jamalul Kiram, Agbimuddin Kiram yang dikesan bersembunyi di kepulauan di Filipina. Sementara itu, anak perempuan 'Sultan' tersebut, Jacel Kiram berkata ahli keluarga mereka telah menerima maklumat dari sumber "dalam kerajaan" tentang perancangan untuk menyerahkan Kiram kepada kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun, menurut satu laporan dalam Philippines Daily, Jurucakap Presiden Edwin Lacierda menafikan dakwaan tersebut. "Ia hanyalah dakwaan…tunggu kenyataan rasmi dari kami," kata Lacierda. |
PANASS!! UMNO Kedah Perlu Transformasi yang Besar!! #UMNOKedah Posted: 11 Jun 2013 05:37 AM PDT Semalam Datuk Bashah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah sudah memberi signal untuk melepaskan jawatannya sebagai pengerusi perhubungan UMNO Negeri. Maknanya UMNO Kedah akan ada pengerusi perhubungan yang baru. Alhamdulillah, sudah tentu akan ada perubahan juga dalam organisasi dibangunan UMNO tu. Mc minta jika nak kukuhkan UMNO Kedah, gantikan bahagian-bahagian penting seperti penerangan UMNO dengan orang-orang yang lebih muda dan peka dengan persekitaran. Bukan orang lama tak penting, tapi zaman sekarang ni orang dah pakai komputer, cara penerangan pun dah berubah. Tolong jangan salah faham, Mc bukan nak mengajar pimpinan UMNO buat keputusan, tapi UMNO juga perlu lakukan transformasi untuk berubah menjadi lebih baik. Kekalkan yang boleh buat kerja dan jujur. Singkirkan yang selalu bawa masalah dan makin duit orang sesuka hati. Dalam UMNO bukan semuanya baik, malah yang masuk UMNO untuk cari makan pun ramai. Depan sokong UMNO, menjerit sokong sana, sokong sini. Tapi pada hakikatnya jerit untuk cari makan, bukan untuk semangat. Yang betul-betul buat kerja, siang malam tak tidur si persisihkan, malah jentera dulu yang jadi idaman, lani merempat tak makan. Itulah politik, kadang-kadang syaitan lebih dimuliakan lebih dari malaikat yang merempat. Sebab tu, posisi yang penting perlu di isi oleh orang yang boleh buat kerja. Bukan boleh bercakap saja. Mc percaya Dato Paduka Mukhriz akan buat keputusan mengikut kebijaksanaannya, jangan terpengaruh dengan kaki bodek yang dok mengikut Dato 24jam tu sudah. he he he.. McTheory: Transformasikan UMNO Kedah!! |
HOT INFO! Apa si Nyah @Shook1974 ni nak? Dok Serang UMB Lagi? Posted: 11 Jun 2013 02:17 AM PDT Sebenarnya Mc tak kenal pun siapa pondan di atas tu. Apa kerjanya, apa dia buat. Dia nak jual bontot pun, lantak la, bukan masalah Mc. Cuma bila dia kutuk UMB, organisasi Mc sendiri bernaung besama rakan-rakan yang lain. Itu yang buat Mc panass.. Hanya orang dalam UMB yang tahu apa kami buat, dan apa kerja kami. Tak payah pertikaikan kerja orang lain, berdiri depan cermin, bogelkan diri, kemudian tanya diri apa yang ko buat untuk bantu UMNO/BN pertahanan Malaysia. Kalau kami tak tidur, merempat, tak makan, tidur atas kotak sekali pun. Takkan nak beritahu orang ramai kot? Kalau tak tahu apa-apa jangan buat kepala tau. Takut nanti malu muka tu taktau nak letak kat mana. Mc malas nak sambung, boleh baca lebih lanjut KLIK SINI McTheory: Kalau muka buruk, perangai tu bagi elok sikit boleh? |
PANASS!! Harun Taib pun dah LEMAU dengan Mat Sabu!! #PasForALL Posted: 10 Jun 2013 11:17 PM PDT Harun Taib pun macam malas nak layan Mat Sabu yang terhegeh-hegeh nak pi berhimpun. Mat Sabu semangat nak berhimpun disebabkan dia kalah di Pendang. Dia kalah sebab faktor syiah dan orang luar, tapi nak salahkan BN pulak.. bodoh betul! Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib enggan mengulas lanjut kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu seluruh pimpinan parti itu turut serta dalam perhimpunan pembangkang 15 Jun ini. Katanya, beliau tidak tahu-menahu mengenai kenyataan itu dan tidak mahu membuat sebarang ulasan. "Saya tak tahu pun. Jadi, saya malas nak komen panjang-panjang," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Harun berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu selepas mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur hari ini. Menurut Mat Sabu, jawatankuasa itu sebulat suara bersetuju supaya parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan. "Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya seperti yang dilaporkan portal propembangkang, Malaysiakini. Kenyataan itu sekali gus bertentangan dengan pendirian yang disuarakan Harun sebelum ini bahawa Pas tidak menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut kerana menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13. Mengulas mengenai perbezaan pendirian itu, Harun sekadar menegaskan, menyertai perhimpunan bagi penyokong dan pemimpin Pas adalah perkara biasa. "Kita memang 'sokmo' (selalu) pergi himpunan. Pergi dengar ceramah dan sebagainya. Biasalah," katanya. Dari kenyataan Harun Taib tu, Mc nampak macam ahli Pas terpaksa bersetuju dengan Timbalan Presiden depa tu. Nak bantah, dia Timbalan Presiden Parti, apa nak buat, ikut saja la. Nanti marah pulak! McTheory: Tu laa, ambil orang tak cerdik jadi pemimpin, nasib badan.. |
PANASS!! Lim Kit Siang Bersedia Jadi Ketua Pembangkang? #Blackout505a Posted: 10 Jun 2013 09:18 PM PDT Anwar dah mula goyang nampaknya. Cerita dia untuk boikot daripada angkat sumpah parlimen ditagih oleh ahli PKR sekaligus menandakan kempen #Blackout505 yang menolak keputusan pilihanraya lebih relevan. Namun begitu Lim Kit Siang mewakili DAP menyatakan hasrat mereka untuk tidak turut serta dalam menolak keputusan #PRU13. Di nampaknya sudah bersedia untuk memimpin barisan pembangkang yang menerima keputusan #PRU13 yang lalu. Mengikut pengiraan jumlah kerusi yang dimenangi oleh pakatan, pecahannya adalah seperti berikut: 38 kerusi Dap 30 kerusi Pkr dan 21 kerusi Pas Ini bermakna Dap mempunyai hak untuk menuntut kerusi pembangkang dan Anwar yang dah buat jelajah tolak keputusan #PRU13 memang tak layak jadi ketua pembangkang. Dia sendiri tidak akan angkat sumpah, jika dia masih angkat sumpah maknanya semua siri kempen jelajah #Blackout505 hanyalah satu penipuan kan? Apapun kini Kit Siang dah susun kerusinya sebagai ketua pembangkang. Anwar? Dia tak terima maka serah jelah kerusi dia untuk Pilihanraya Kecil. McTheory: Tak sabar la nak tunggu PRK ni.. he he.. |
PANASS!! Pentadbiran Mukhriz Mahathir Di Serang Penyakit Hantu Hijau!! #HanyaDiKedah Posted: 10 Jun 2013 06:16 PM PDT Di Wisma Darulaman, tempat utama pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, tersembunyi beberapa ekor hantu hijau yang masih tertinggal akibat kesan daripada pentadbiran Pas terdahulu. Kalau orang tanya Mc hantu tu macam mana, Mc pun tak boleh jawab, sebab Mc pun tak kenal. Tapi apa yang Mc tahu, hantu dalam Wisma ni, lagi jahat pada hantu-hantu diluar sana. Iblis dan Syaitan pun tak jahat macam dia, sebab iblis dan syaitan tak merekacerita, tak fitnah dan tak salurkan maklumat negeri kepada orang luar. Ini bermakna, hantu dalam Wisma yang karat hijau ni lagi teruk perangai dari hantu biasa. Kalau nak 'leak' info dari Kerajaan Negeri pun Mc tak kisah, sebab perlu ada ketelusan, tapi apa yang menjadi masalah, bila info yang 'leak' atau bocor tu digaram-gulakan hingga menjadi fitnah. Contoh macam cerita MB ke luar negara, info leak, siap kata MB guna duit Kerajaan Negeri, sedangkan MB guna duit poket sendiri. Cerita pasal MB kena kawal dengan KCS, cerita MB susun pekerja dari KL. Sedangkan pekerja dari KL tu, sorang saja, Mc pun kenal. Dia memang bagus bekerja, sebab tu MB tetap ambil dia. Tapi info yang dibocorkan ni, seolah-olah, MB bawa satu team bola sepak turun kerja di Kedah! Punya la teruk fitnah puak karat hijau ni. Mc nak pesan satu saja ada hantu Wisma ni. Hangpa sebenarnya bodoh dan tak cerdik, sebab mula terlalu awal. Kami ada 4 tahun lagi masa nak 'kesan' hantu hijau ni. Patutnya gunakan untuk salurkan info yang 'sulit' sahaja. Bukan info bodoh-bodoh tu. Lepas ni Mc pun nak kerap-kerap turun Wisma, nak pi tangkap hantu. Di sebabkan hantu Wisma tu bodoh kerana dapat dikesan terlalu awal, Mc akan dedahkan siapa hantu tu jika dapat tangkap nanti. Tak kisah la orang tu KCS ka, staff biasa ka, kumpulan sokongan ka, kalau dia jadi hantu hijau, siap la. McTheory: Terlalu gelojoh, memang selalu buat salah! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment