CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[PANAS] FAM KAUT KEUNTUNGAN atur program latihan dan perlawanan persahabatan di Australia.

Posted: 11 Jun 2013 02:56 AM PDT

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menyangkal sekeras-kerasnya laporan akhbar tempatan bahawa mereka meraih keuntungan dengan mengaturkan program latihan dan perlawanan persahabatan di Australia.

FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata kunjungan Harimau Malaya ke Australia tidak sepatutnya timbul kerana apa yang dilakukan mendapat kelulusan pihak pengurusan tertinggi badan induk tanah air itu.

"Di peringkat pertama, permohonan untuk Kem Latihan di luar negara akan dikemukakan oleh Ketua Jurulatih dengan persetujuan Pengurus Pasukan  kepada Sekretariat FAM.

"Sekretariat FAM seterusnya akan mempersembahkan permohonan serta anggaran perbelanjaan kepada KDYMM Tuanku Presiden FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan-Pasukan Kebangsaan,  Sultan Haji Ahmad Shah untuk diperkenan Baginda

"Hanya selepas diluluskan oleh KDYMM Tuanku Presiden FAM, dan sesuai dengan kemampuan kewangan FAM, barulah pasukan berkenaan akan membuat persediaan selanjutnya untuk Kem Latihan di luar negara dan prosedur yang sama dipraktikkan untuk semua Pasukan-Pasukan Kebangsaan.

"Jadi, adalah sama sekali tidak berasas untuk mana-mana pihak mendakwa bahawa ada individu atau pihak tertentu membuat keputusan secara tersendiri dan mendapat keuntungan atau meraih habuan daripada program itu," katanya.

Sehubungan itu katanya, mereka memohon kerjasama daripada pihak media untuk mendapatkan penjelasan terlebih dahulu daripada FAM sebelum melaporkan berita-berita yang berunsur negatif dan tidak berasas.

Ini kerana, berita-berita tidak berasas seumpama itu memberi tanggapan negatif  terhadap FAM.

Apa yang diperkatakan FAM itu reaksi mengenai dakwaan wakil PFSLJ, Alfadli Awaludin dalam laporan Arena Metro semalam bahawa ada pihak yang meraih keuntungan dengan mengaturkan program latihan dan perlawanan persahabatan di Australia.

Menurut Alfadli, pasti ada sesuatu yang tidak kena apabila FAM menolak mentah-mentah perlawanan persahabatan antarabangsa dengan skuad juara Piala AFF 2012, Singapura dan memilih untuk ke Australia bagi bertemu kelab bertaraf 'Liga Perdana', Canberra FC, Sydney Olympic FC dan Marconi Stallion.

Untuk rekod, siri jelajah Australia itu merupakan persiapan Datuk K Rajagobal membentuk barisan terbaik sebelum berdepan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam aksi peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2015 pada 15 Oktober depan.

Ketika ini, skuad negara menduduki tangga ketiga Kumpulan D dengan tiga mata selepas dikecewakan Qatar 0-2 sebelum kembali bangkit mengecewakan Yemen 2-1 di Stadium Shah Alam, 22 Mac lalu.

Harimau Malaya juga bakal berdepan Chelsea pada 21 Julai dan Barcelona (10 Ogos) dalam dua lagi aksi persahabatan sebelum menyambung misi dalam kempen kelayakan Piala Asia 2015.

[PANAS] Dato` AC Mizal Beli Pesawat Komersial?

Posted: 11 Jun 2013 01:48 AM PDT


KL, 10 JUN 2013: Terkejut beruk juga apabila dikhabarkan bahawa pengacara, pelakon dan penyanyi popular, Dato' AC Mizal khabarnya bakal memiliki pesawat komersialnya sendiri tidak lama lagi.

Ini dah kira lebih kaya daripada Anwar yang hanya mampu sewa jet peribadi berpuluh ribu untuk satu trip perjalanan.

Walau bagaimanapun tiada yang mustahil dalam hidup ini. Dato' AC Mizal, juga sememangnya seorang individu yang berwawasan tinggi dan berpandangan ke depan.

Bayangkan daripada hanya dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan rap terkenal sekitar 90-an, kini pelbagai pencapaian demi pencapaian telah dikecapi oleh Dato' AC Mizal seperti tauke gelang dan juga pengerusi sebuah syarikat laman sosial.

Jadi tak hairanlah impian untuk Dato' AC Mizal untuk memiliki sebuah pesawat komersial.

Tetapi persoalannya sekarang, mengapa pesawat komersial? Mungkin kalau Dato AC Mizal untuk memiliki pesawat peribadinya sendiri itu tidak mustahil. Tapi pesawat komersial? Ermm....

Mungkin juga Dato' AC Mizal ada alasannya sendiri mengapa pesawat komersial menjadi pilihan.

Jadi selepas ini semakin ramai peminat yang akan menaiki penerbangan komersial milik Dato' AC Mizal ke destinasi pilihan.

Tak sabar juga untuk mengetahui destinasi yang akan dijelajahi serta perkhidmatan yang ditawarkan pesawat komersial Dato' AC Mizal.

Bagaimanapun, sejauh mana sahihnya khabar angin ini, itu Murai Batu dan pasukan portal murai.com.my akan siasat kata portal tersebut.

Sumber: Murai.com

[MP DAP HADIR TAKLIMAT PARLIMEN JADI KESALAHAN DALAM DAP] Peraturan Kuno di zaman moden

Posted: 11 Jun 2013 01:36 AM PDT

Teck Hwa
KUALA LUMPUR - DAP menegaskan akan mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa kerana melanggar disiplin parti ekoran hadir ke taklimat Parlimen yang diboikot PR, hari ini.

Setiausaha Publisiti, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP akan memanggil Teck Hwa untuk memberi keterangan berhubungan kehadirannya pada taklimat pagi tadi.

"Kita akan paggil dia secepat mungkin, dalam tempoh dua tiga hari ini.

"Dia telah langgar disiplin, kita akan rujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, pembangkang menegaskan mereka mahu boikot sesi Parlimen ke-13 hari ini, selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antaranya, mereka mendesak supaya pengerusi dan timbalan pengerui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13.

Bagaimanapun, pagi tadi, Teck Hwa telah menghadirkan diri pada taklimat tersebut dengan alasan beliau mahu mendengar syarat-syarat yang akan digunapakai pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Teck Hwa juga menegaskan, kehadirannya kerana merasakan sesi hari ini adalah penting.

Dalam pada itu, apabila ditanya kemungkinan Teck Hwa tidak dimaklumkan, Loke yang juga ahli Parlimen Seremban menolak kemungkinan tersebut.

"Kita sudah putuskan memang kita boikot hari ini," katanya.

Teck Hwa: 'Saya hadir kerana ini penting'

Satu-satunya wakil pembangkang, Er Teck Hwa yang hadir ke majlis taklimat Dewan Rakyat hari ini menyifatkan kehadiran beliau ke sesi ini kerana merasakan ia perkara yang penting.

Menurutnya, hanya dengan hadir, beliau akan mengetahui syarat-syarat yang bakal digunapakai pada sesi persidangan Parlimen kali ini.

"Saya hadir hari ini kerana saya rasa taklimat hari ini penting, saya datang sendiri.

"Kalau ahli Parlimen PR yang lain tak hadir terpulang kepada mereka, tapi saya rasa ini penting," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sebelum ini, pembangkang menegaskan mereka mahu memboikot sesi Parlimen kali ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Apabila ditanya adakah Teck Hwa mengetahui PR telah memboikot sidang taklimat hari ini, beliau berkata perkara itu telah dimaklumkan kepadanya.

"Ya, saya tahu, saya hanya datang taklimat, saya dijemput datang, saya datang," katanya.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Ir Wee Ka Siong turut menyatakan tindakan yang diambil Teck Hwa baik.

"Saya berasa terharu apabila ahli Parlimen Bakri hadir hari ini, walaupun PR kata nak boikot.

"Tapi kita hormati keputusan ahli Parlimen Bakri... kita sepatutnya hadiri peluang ini untuk hadiri kursus orientasi.

"Saya juga diberitahu oleh dia, dia dapat jemputan, jadi dia hadirlah," katanya yang dilihat semasa Majlis Taklimat kepada  ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-13 mengambil tempat di sebelah Teck Hwa.

DBKL Tolak Permohonan Adakan Himpunan “Black 505” Di Padang Merbok

Posted: 10 Jun 2013 06:11 AM PDT


PETALING JAYA: Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan daripada penganjur perhimpunan "Black 505" untuk mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun.

Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib pada Isnin bagaimanapun berkata, beliau terbuka untuk bertemu dengan Pakatan Rakyat bagi membincangkan mengenai kemungkinan untuk mengadakan perhimpunan di kawasan yang lebih tertutup, di mana katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk meluluskannya.

"Terdapat beberapa sebab kenapa kami memutuskan untuk menolak permohonan terbaru mereka selepas mengadakan pertemuan dengan polis.

"Pertamanya ialah Padang Merbok sudah pun disewakan oleh Majlis Olimpik Malaysia untuk mengadakan Larian Olimpik pada 23 Jun.

"Mereka memerlukan padang itu sehari sebelumnya untuk persediaan logistik untuk majlis mereka. Dan mereka telah memohon lokasi itu pada akhir tahun lepas," katanya kepada para pemberita pada Isnin.

Ahmad Phesal berkata, beliau turut mengambil pertimbangan mengenai padang itu, yang terletak di sepanjang Jalan Parlimen, yang merupakan penghubung jalan utama seperti Jalan Hishamuddin, Jalan Kuching, Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja.

"Jalan Raja merupakan salah satu jalan utama yang menyokong kebanyakan jalan dalam dan luar bandar. Maka adalah sebaik-baiknya bagi kami untuk menasihatkan mereka untuk mengadakannya di kawasan tertutup bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, memandangkan majlis mereka akan berlangsung dari pukul 11 pagi sehingga 6 petang.

"Kebanyakan peniaga turut membuat permohonan untuk membuka gerai pada hari berkenaan, maka kami perlu memastikan mereka diberikan kawasan yang bersesuaian untuk beroperasi. Kawasan terbuka seperti Padang Merbok tidak sesuai untuk mereka," katanya.

Ketiganya, Datuk Bandar menyuarakan kebimbangan bahawa perhimpunan itu mungkin akan menjejaskan landskap Jalan Parlimen di mana katanya, ia telah dicantikkan dengan pelbagai jenis tanaman.

Bagaimanapun, Ahmad Phesal berkata, beliau terbuka untuk duduk berbincang dengan wakil Pakatan Rakyat pada 14 Jun untuk membincangkan mengenai perjanjian bersama mengenai lokasi baru perhimpunan itu.

Kedua-dua DBKL dan polis telah memberikan lampu hijau untuk perhimpunan itu, cuma lokasinya sahaja tidak dipersetujui.

"Mereka sepatutnya mempertimbangkan lokasi tertutup, seperti sebuah stadium yang mereka lakukan di Selangor," katanya, sambil menamakan Stadium Titiwangsa dan Stadium Merdeka sebagai pilihan mereka.

DBKL menolak permohonan daripada para penganjur "Black 505" untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok pada 22 Jun, sambil mengatakan padang itu perlu bersedia untuk penganjuran Larian Olimpik pada hari berikutnya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...