House PK

House PK


PELIK TAPI BENAR! BELUM ANGKAT SUMPAH TAPI MASUK OPIS! APAHAL NI KHAIRUN CHE ASEH?

Posted: 07 Jun 2013 12:38 AM PDT

Aku terkejut jugak bila mndapat tahu bahawa Khairun Che Aseh anak kepada bos Putrajaya Holidings ni dah mula kerja sebagai Setpol PM tapi khabarnya dia belum angkat sumpah lagi? Aik! Pelik sungguh kan?

Kalau benar bagai dikata, kalau benar la Khairun belum angkat sumpah, masih belum terlambat lagi untuk PM untuk tidak melantik beliau. Dalam keadaan sekarang ni PM perlukan orang yang kuat dan mempunyai kredibel yang hebat! Khairun bukanlah orangnya.

Sudahlah bapak dia jadi boss Putrajaya, anak pulak jadi Setpol PM! Ish, ini sudah lebey ni, bukan nak mengajar PM siapa yang patut kerja untuk dia cuma sebab aku sayangkan PM najib ni, maka aku nak bialah orang yang cerdik duduk disekeliling beliau.

Kalau nak compare Khairun ngan Azeez pun, malu rasanya aku nak tulis. Apa la sangat jasa Kahirun ni nak dibanding dengan Azeez yang dah selamatkan berapa ribu orang Malaysia yang dalam kesusahan di luar negara? Apa hebatnya Khairun? Dasyat sangat ke networking dia?

Selagi ada masa ni, aku harap PM dapat mencari pengganti yang lebih kredibel, aku masih pelik macamana Khairun belum angkat sumpah tapi dah masuk kerja sebagai Setpol di pejabat PM ek? Can somebody explain? Betul ke ni?

TO BE OR NOT TO BE! ARTIKEL PANAS KHAS BUAT PEMUDA UMNO!

Posted: 06 Jun 2013 07:00 PM PDT

Untuk artikel penuh, KLIK SINI dan juga baca artikel GAP tentang Pemuda UMNO disini

Kalau sudi lepas dah baca kedua artikel tersebut, balik ke sini dan kongsikan pandangan anda mengenai isu ini. Tq

TERKINI! PENJELASAN TERPERINCI OLEH BE DA MAN TENTANG JAMBATAN RUNTUH DI PULAU PINANG! WAJIB BACA

Posted: 06 Jun 2013 05:00 PM PDT

Ada satu artikel yang sangat terperinci penjelasannya tentang insiden Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh semalam. Aku nak berkongsi dengan korang artikel yang telah ditulis oleh Be Da Man:

Tajuk di Malaysiakini seolah-olah menggambarkan sebahagian jambatan kedua Pulau Pinang runtuh adalah tidak tepat . Berdasarkan gambar dari portal Malaysiakini , nampak bahagian yang runtuh ada lagi struktur2 'scaffolding' , maksudnya runtuh masa kerja pembinaan sedang dijalankan , dan bukan masa struktur itu siap sepenuhnya . Kemalangan berlaku semasa 'work in progress' berdasarkan struktur2 scaffolding yang turut runtuh . Berdasarkan pemerhatian dari gambar, penulis berpendapat ia adalah kecuaian dalam pembinaan stuktur2 sokongan . Struktur2 sokongan ini adalah struktur2 sementara yang menjadi 'support' bagi struktur kekal yang sedang dibina. Ini hanyalah pendapat penulis semata-mata.



Sedikit latar belakang mengenai jambatan kedua Pulau Pinang, jambatan ini dibina oleh China Harbour Engineering Co Ltd dengan kerjasama UEM Construction Sdn Bhd. Rekabentuk jambatan kedua ini dibuat oleh Malaysian Highway Authority dan UEM Builders. UEM Construction da UEM Builders adalah anak syarikat UEM Group (United Engineer Malaysia Berhad) .

Projek2 tempatan UEM Builder dalam pembinaan sekarang ialah KLIA2 , Pahang Selangor Raw Water Transfer, MRT V8, MRT S3, 2nd Penang Bridge dan beberapa lagi. Syarikat ini juga ada mengendalikan beberapa projek luar negara di Brunei, India, Qatar, Saudi Arabia, Singapore dan Indonesia. UEM Group sama seperti Petronas adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

China Hourbour Engineering pula adalah sebuah syarikat dari China yang mempunyai 'track' record projek2 pembinaan di seluruh dunia kebanyakkan kontrak2 dari Asia, Afrika dan Europe.

Jelas kedua-dua buah syarikat ini mempunyai track record yang baik untuk projek2 yang lepas. Kejadian sebahagian struktur yang runtuh ini mungkin disebabkan kelemahan dalam 'supervision' semasa struktur dibina dan pelbagai lagi faktor kejuruteraan yang lain . Tak perlu salahkan parti politik mengenai hal2 berkaitan kejuruteraan ini, agak jelas hal2 sebegini adalah 'human error' .

Bagi mereka yang biasa terlibat dalam industri minyak dan gas, memang banyak kemalangan2 berkaitan 'human error' tak di report pada 'public' (scaffolding runtuh, oil leakage,platform terbakar, tug boat tenggelam dan sebagainya) . Takkan semua ni nak dikaitkan dengan politik ? Pembinaan jambatan ke-2 Penang adalah sesuatu yang besar , hal2 berkenaan pembekalan bahan dan sebagainya memang melalui proses2 yang teliti . Perlu ada sijil2 dan pengiktirafan badan2 tertentu . Kalau pembinaan jambatan ke-2 Penang ini kurang kualitinya mengapa sekarang baru ada struktur yang runtuh , tetapi struktur yang ada di tengah2 laut masih teguh ? Juga perlu diingat , UEM Construction juga adalah kontraktor yang sama membuat kerja2 pelebaran Jambatan Pulau Pinang (yang sedia ada) . Dan sehingga sekarang tiada struktur yang dilebarkan itu gagal .

Oleh itu tak perlu lah pembangkang mengambil kesempatan menggunakan isu struktur jambatan kedua yang runtuh untuk menyalahkan kerajaan. Biarlah para juturera dan pakar2 menyiasat punca2 nya , elok lah dihentikan segala spekulasi2 jahat sekiranya kita tidak arif tentang perkara ini . UEM Construction dan China Harbour Engineering adalah 2 syarikat pembinaan yang terbukti mempunyai track record yang baik dalam kerja2 mereka dalam dan luar negara . Kalau nak dikatakan syarikat ini gagal , tentulah saja kita boleh lihat stuktur2 lain binaan dari 2 syarikat ini turut mengalami masalah yang serupa .

Berikut adalah senarai pakej2 yang terlibat dalam pembinaan Jambatan Ke-2 Pulau Pinang , pakej yang mengalami masalah ialah Batu Maung interchange di bawah kendalian Cergas Murni Sdn Bhd



Cergas Murni Sdn Bhd adalah syarikat yang ada kaitan dengan Latimer Corporation yang juga banyak pengalaman dalam industri2 pembinaan . Penulis juga mendapat maklumat bahawa Cergas Murni adalah kontraktor tempatan yang dilantik oleh Penang Development Corporation di mana Lim Guan Eng sebagai pengerusi . Walaau bagaimanapun , pada penulis ini bukan lah berkaitan politik .. lebih kepada 'human error'
Berikut adalah salah seorang komen pembaca yang agak menarik ;

"It's human error by using that type of scaffolding on a traffic running road.The vibrations of vehicles,especially lorries would have made the scaffolding weak at the bottom.An alternative safer method should have been done,that is by traveling formwork."

. Cuma kita terkilan bila mana ada pihak cuba bermain politik dengan insiden sebegini.

AYUH MELAYU DAN BUMIPUTERA DI MALAYSIA, KITA TERUSKAN KEMPEN BOIKOT!

Posted: 06 Jun 2013 05:11 AM PDT






Aku akan cuba dapatkan list kat mana kita perlu beli barangan. Aku tau bulan Ramadhan dah dekat, maka kita perlu beli macam-macam barangan. Insya'allah aku dan kengkawan aku semua sedang berusaha untuk dapatkan senarai barangan perniagaan orang melayu dan bumiputera.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...