House PK

House PK


PANAS BERAPI! MAZIDUL AKMAL DEDAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN TAKUT DENGAN TAUKE CINABENG!

Posted: 12 Jun 2013 01:00 AM PDT

Apa ni gang? Kita susah payah nak boikot sana sini, tapi MBPJ, TNB dan Syabas pulak buat bodoh je.
Untuk kisah sepenuhnya, KLIK SINI

CILI KASI TARUK! BETUL KE LEPAS OMAR ONG @omarmu MASUK PETRONAS MELAYU SEMAKIN TERPINGGIR?

Posted: 11 Jun 2013 11:00 PM PDT

CILI KASI TARUK! INI BUKTINYA NGEH KOO HAM BEBAL NAK MAMPOS!

Posted: 11 Jun 2013 09:00 PM PDT

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang menyelar kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak kerana mengadakan Sidang DUN selama sehari pada 28 Jun ini ibarat 'meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri'.

Pengerusi DAP Perak itu dalam akhbar Sinar Harian Edisi Perak hari ini mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar dengan menuduh kerajaan BN Perak takut untuk berdebat dan "masih dibayangi dengan kerajaan perompak kerana menjalankan sidang dewan dalam waktu yang singkat".

Pengerusi Kelab Adun Barisan Nasional (BNBBC) Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib, berkata Koo Ham sepatutnya menyelidik terleibih dahulu apakah yang sebenarnya berlaku semasa sidang dewan pertama sewaktu pakatan pembangkang memerintah kerajaan negeri Perak pada 2008.

"Sidang pertama pada 25 April 2008 yang bermula pada 3 petang juga berlangsung selama beberapa jam sahaja, semata-mata bertujuan memilih Speaker dan Timbalan Speaker serta mengangkat sumpah oleh ADUN-ADUN.

"Sudah menjadi kelaziman tidak ada perbahasan pada sidang pertama dewan pada awal penggal, dan ini juga berlaku semasa pakatan pembangkang memerintah Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Khusairi yang juga Adun Slim menegaskan, selepas sidang pertama, Kerajaan PR Perak ketika itu mengambil masa dua bulan untuk mengadakan sidang berikutnya, iaitu dari 24 hingga 27 Jun 2008.

"Nampaknya Koo Ham hanya pandai menuding dan 'meludah' muka orang lain, tetapi dia terlupa sebenarnya dia menuding dan meludah mukanya sendiri.

Baca seterusnya di Perak Today

PANAS BERAPI! APA NAK JADI DENGAN ANAK MELAYU KITA HARI INI?

Posted: 11 Jun 2013 07:00 PM PDT

Ini adalah anak melayu, mereka sangat bangga untuk menghina bangsa dan agama mereka sendiri. Aku yakin benda ni ramai dari kalangan anda dah baca, namun aku siarkan kat sini untuk berkongsi dan nak tau kenapa orang melayu boleh jadi sampai begini sekali/

Yang pertama tu, aku rasa banyak laporan polis dah dibuat dan macam kes-kes lain, SEMUANYA SENYAP je, aku dalam hal ini setuju dengan kupasan Sanggah Tok Janggut berkenaan dengan PEGUAM NEGARA, KLIK SINI

Manakala untuk imej kedua ni, korang kalau ada anak-anak muda yang belajara kat U akan berkata begitu. Bagi mereka, tak kisahlah siapa pun jadi PM, mereka yakin semuanya akan OK! Astagfirullah! Aku pun tak tau nak kata apa lagi dah..

Inilah perangai sebenar anak-anak melayu kita yang semakin lupa diri dan asal usul mereka. Kenapa boleh jadi macam ni ek? Kepada sesiapa yang komen kata aku ni bukan melayu maka kamu ni adalah anak luar nikah. Period!

CILI KASI TARUK! 3 JAWAPAN KHAS DARI SPR UNTUK HIMPUNAN KUNYIT 505!

Posted: 11 Jun 2013 05:00 PM PDT

Pakatan Rakyat telah menyenaraikan tiga tuntutan berkenaan dengan pembaharuan yang melibatkan Pilihanraya yang akan dikemukakan semasa perhimpunan "Black505" di Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Tiga tuntutan tersebut adalah seperti yang berikut:

  • (a) perletakan jawatan serta-merta anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);
  • (b) pilihanraya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti; dan
  • (c) menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihanraya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.

PERUNTUKAN UNDANG-UDANG MENGENAI ISU YANG DITIMBULKAN

1. Perletakan jawatan serta merta anggota SPR

Anggota-anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Perkara 114 juga, seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya.

Oleh yang demikian, jelas perletakan jawatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat oleh anggota SPR itu sendiri dengan rela hati tanpa apa-apa gesaan daripada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun seseorang anggota SPR itu boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat:

  • (a) melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu adalah seorang bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; atau

  • (b) melalui suatu Tribunal yang ditubuhkan (alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan).

Walau bagaimanapun jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan Kerajaan maka suatu Tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

2. Pilihan Raya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya.

Oleh yang demikian sehingga pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah maka pilihan raya tidak boleh diadakan semula di 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti itu.

Bagi PRU 13, tarikh akhir untuk memfailkan Petisyen Pilihanraya ialah 12 Jun 2013.

3. Menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.

Fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihanraya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat lat tempoh 8 tahun dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir dijalankan.

Bagi maksud itu, kajian semula yang terakhir dijalankan ialah pada 21 Mac 2003. Ini bermakna lat 8 tahun akan bermula selepas 21 Mac 2011. Kajian tersebut tidak wajar dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Maka apa-apa kelengahan apatah lagi terus diberhentikan atas alasan ingin melantik anggota-anggota SPR yang baru tersebut bukanlah merupakan alasan yang kukuh dan munasabah.

EMAIL BERAPI DARI PEMBACA KHAS UNTUK KEMENTERIAN KESIHATAN! TIADA WANG NYAWA BOLEH MELAYANG!

Posted: 11 Jun 2013 07:01 AM PDT

Kat bawah ni aku nak share dengan korang satu email yang sangat menyentuh hati. Benda ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Maka diatas kesedaran itu aku mahu pihak bertanggungjawab supaya mencari penyelesaian terabik untuk permasalahaan ini. Marilah kita baca luahan hati Hamba Allah yang tak mahu namanya disiarkan:

Saya adalah rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana berasal dari Kelantan. Rata-rata ahli keluarga serta sanak saudara saya berpendapatan rendah dan sederhana.

Kami tergolong dalam golongan masyarakat luar bandar. Rata-rata ahli keluarga kami dan sanak saudara kami adalah pengundi BN. Keterujaan dan kesetiaan kami kepada BN tidak perlu dipertikaikan lagi. Kami menghargai dan kami menyanjungi kerajaan yang ada kerana ianya banyak membantu kami golongan luar bandar.

Tujuan saya menulis surat ini bukan untuk menyalahkan Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri , Menteri berkenaan atau BN. Saya hanya ingin memberitahu dan meminta kerajaan memperbetulkan masalah yang berlarutan sejak sekian lama dan seolah-olah tiada jalan penyelesaiannya.

Pada tanggal 4.Jun.2013, pakcik saya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM). Beliau dimasukkan kerana melalui satu surat rujukan daripada sebuah klinik swasta kerana sakit dalam bahagian perut.

Pakcik saya ditempatkan di Wad 2 Intan. Doktor telah melakukan X Ray keatas beliau. Setelah ditanya oleh ahli keluarga doktor menjelaskan bahawa terdapat bubble di bahagian usus pakcik saya. Semasa di dalam wad ada masanya pakcik saya sakit dengan kuat, ada masa sakit sederhana dan ada masa sakitnya hilang. Tetapi tiap-tiap hari beliau akan sakit.

Selepas dua hari di hospital ahli keluarga masih belum mengetahui apa penyakit pakcik saya. Adakah ianya kanser, ada ketumbuhan atau penyakit lain ? Doktor hanya berkata tidak dapat dipastikan lagi, melainkan jika dilakukan CT Scan. Kami memohon kepada doktor agar dilakukan CT Scan. Doktor menjawab tidak boleh kerana mereka perlu mengutamakan pesakit lain. Tak mengapalah, kami menunggu.

Hari demi hari berlalu tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Setiap hari pakcik saya sakit. Perutnya makin membuncit. Akhirnya pada tanggal 10.Jun.2013 kami ahli keluarga sepakat untuk discaj pakcik saya dari HUSM dengan risiko sendiri.

Dari HUSM kami membawa pakcik saya ke sebuah hospital pakar swasta di Kota Bharu. Tujuannya untuk melakukan ujian CT Scan supaya kami dapat tahu apa penyakitnya. Setelah dibawa ke hospital swasta dalam masa 2 jam sahaja kami telah mengetahui penyakitnya. Doktor mengatakan ada satu benda seolah-olah ketumbuhan yang wujud berhampiran ususnya. Jika mahu dilakukan pembedahan ianya boleh dilakukan keesokkan harinya iaitu pada 11.Jun.2013. Kosnya lebih kurang RM 20,000.00. Kami tiada pilihan melainkan setuju. Soal kos kami sanak saudara sumbang sedikit seorang.

Hasil pembedahan yang dilakukan pada pagi 11.Jun.2013 doktor berjaya mengeluarkan hampir 1 liter nanah dibahagian usus pakcik saya. Dalam masa beberapa jam sahaja pakcik saya stabil dan kini telah ditempatkan di wad biasa.

Enam hari di HUSM tiada apa-apa perubahan yang berlaku. Dalam masa 24 jam dipindahkan ke hospital swasta segalanya berubah.

Apakah nasib yang akan menimpa pakcik saya jika beliau terus berada di HUSM ? Tidak mustahil beliau akan kehilangan nyawa.

Kami bernasib baik kerana kami dapat kumpulkan wang sumbangan dari sanak saudara untuk membiayai rawatan pakcik saya. Bagaimana pula dengan nasib orang-orang yang tidak berkemampuan ? Adakah mereka terpaksa menggadaikan nyawa di hospital kerajaan kerana mereka tidak punyai wang ?

Saya pun buntu dalam hal ini. Untuk salahkan kerajaan tidak boleh kerana kerajaan telah berusaha sedaya mungkin menolong rakyat dalam urusan kesihatan.

Nak salahkan pihak hospital juga tidak boleh kerana mereka juga menghadapi banyak masalah , seperti kekurangan doktor, kekurangan peralatan , bilangan pesakit yang terlalu ramai dan sebagainya.

Akhirnya nyawa rakyat yang menjadi mangsa.

Perkara ini bukan perkara baru. Ianya telah berlarutan sejak zaman berzaman. Satu kaedah atau satu jalan penyelesaian baru harus dicari untuk menyelesaikan masalah ini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...