CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


ADIK NAJIB (CEO CIMB) dipersoal sokong Azran

Posted: 11 Jun 2013 11:44 PM PDT


KUALA LUMPUR 11 Jun - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mempersoal tindakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Bank Bhd., Datuk Seri Nazir Tun Razak yang memuji sikap CEO AirAsia X, Azran Osman-Rani melabel akhbar Utusan Malaysia sebagai rasis.

Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini menjelaskan, mereka kesal dengan tindakan Nazir itu dan menyifatkan beliau terperangkap dalam kerangka minda membelakangkan sensitiviti kaum Melayu.

Sehubungan itu, pertubuhan berkenaan secara sinis meminta Nazir bertukar-tukar jawatan atas dasar suka sama suka dengan Azran demi menguatkan lagi sikap anti-Melayu mereka.
"
Nazir dan Azran adalah dua contoh terbaik anak Melayu yang menepati maksud peribahasa 'Seperti Kacang Lupakan Kulit'.
"
Janganlah hanya disebabkan bank dipimpin oleh Nazir menjadi penasihat utama AirAsia X, maka beliau sanggup mengecewakan bangsa Melayu yang sememangnya mengharapkan pembelaan daripada anak-anak Melayu yang sudah berjaya seperti beliau," kata kenyataan itu.

Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.

Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.

Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian Pengarang Utusan)."

Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya akan menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Gabungan NGO Islam juga menggesa Nazir serta Azran supaya segera sedar asal-usul mereka dan jangan sekali-kali bersikap angkuh dengan wang, kekayaan termasuklah pangkat yang dimiliki.
"
Apa yang anda berdua miliki adalah hasil perit-jerih nenek moyang bangsa Melayu menyabung nyawa, jiwa dan raga mempertahankan tanah tumpah darah yang bertuah ini.
"
Adakah benar seperti yang pernah diluahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa anak Melayu seperti anda adalah 'Melayu mudah lupa'?" jelas kenyataan itu.

'CEO' Terbitan Syarikat Abdul Razak Baginda Tiada Kaitan Politik

Posted: 11 Jun 2013 09:47 PM PDT

Razaisham Rashid (tengah) bersama pelakon CEO iaitu Remy Ishak (kanan) dan Beto Kusyairy.
KUALA LUMPUR: Penghasilan filem CEO di bawah syarikat penganalisis politik Abdul Razak Baginda iaitu ARAfilm Sdn Bhd tidak akan membawa sebarang mesej berunsurkan politik.

Pengarah filem tersebut, Razaisham Rashid berkata, walaupun Razak merupakan penganalisis politik, plot cerita kisah CEO mengisahkan tentang kehidupan realiti masyarakat pada zaman kini.

"Tidak semestinya orang yang membabitkan diri dengan politik akan membuat filem tentang politik.

Macam Razak, syarikatnya hanya melaburkan wang bagi menghasilkan sebuah filem semata-mata.

"Malah idea asal filem ini adalah daripada Razak sendiri. Saya harap tiada pihak yang memandang serong atas pembabitannya dalam industri perfileman tempatan ini," katanya.

Razaisham ditemui pada majlis pelancaran filem CEO di restoran Bora Ombak di sini pada Selasa bersama-sama dengan barisan pelakonnya iaitu Deanna Yusoff, Remy Ishak dan Beto Kusyairy.

Abdul Razak sebelum ini pernah dikaitkan mengenai kes kematian pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) mengisahkan tentang dua lelaki yang berlainan darjat iaitu Adam (Remy) sebagai CEO dalam sebuah syarikat besar yang berjaya dan Sufian (Beto) seorang penghantar piza yang tiada cita-cita.

Bagaimanapun, kerana satu insiden, kehidupan kedua-dua lelaki itu berubah di mana Adam telah kehilangan jawatannya manakala Sufian pula mengambil alih tempat Adam.

Keliru dengan perubahan diri masing-masing, Adam dan Sufian mula menyiasat punca-punca keadaan mereka berubah.

Tambah Razaisham, dia bersyukur kerana memiliki barisan pelakon yang bagus menerajui filem arahannya yang pertama itu.

"Mula-mula risau juga memikirkan bagaimana nak mengarah pelakon-pelakon yang sedia hebat ini.

Adakah mereka akan lakukan seperti yang saya inginkan walaupun pertama kali mengarah filem?

"Mujurlah, pada latihan sebelum penggambaran, kami saling memberi kerjasama antara satu sama lain.

"Kami akan menjalani penggambaran selama 25 hari bermula 15 Jun ini. Harap-harap hasil filem ini dapat menarik perhatian ramai Insya-Allah," katanya.

Selain itu, filem CEO turut membabitkan pelakon Christina Suzanne dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Shahidan: FAM memang MELAMPAU, "Tak perlu gantung-gantung, pecat jelah saya"

Posted: 11 Jun 2013 06:03 AM PDT


"PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memang melampau," demikian reaksi bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan FAM yang berkata, pihaknya akan meneliti sama ada beliau akan dibicarakan ataupun tidak selepas mengkritik badan induk itu biarpun dalam tempoh penggantungan selama 30 bulan.

Menurut Shahidan, sekiranya beliau akan dikenakan hukuman selepas ini, beliau menyarankan agar FAM terus memecatnya daripada PFA.

"Tak perlu gantung-gantung, pecat jelah saya, tapi dengan syarat jangan bagi PFA kacau saya lagi.

"Saya tidak mahu ada kaitan apa-apa lagi dalam persatuan itu," kata Shahidan ketika ditemui selepas Majlis Taklimat ahli-ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-13, di sini hari ini.

Tambah Shahidan, beliau tetap mempertahankan tindakannya mengkritik FAM.

"Saya tak tahu apa jenis pemimpin FAM, mereka bukan mahu  mengucapkan terima kasih kepada saya yang terpaksa membayar gaji kepada PFA, sebaliknya terus mengambil tindakan.

"... orang yang bercakap mengenai hal ini tidak pernah mengkaji, mereka hanya tahu pandai bercakap sahaja.

"Pihak PFA datang jumpa saya minta duit, mereka kata FAM tidak tolong, walaupun undang-undang kata tidak boleh tolong, tapi kenapa mereka datang kacau saya.

"FAM harus fikir, saya pemimpin BN yang selalu pegang janji, mereka pemimpin apa, pemimpin penyamun ke?.

"Inilah perangai FAM, sepatah tak ucap terima kasih, tapi bertindak tidak siuman, saya ingat akan mintak rakyat Malaysia terus mengkritik mereka," kata Shahidan lagi.

Dalam pada itu, Shahidan turut melahirkan rasa terkilan apabila FAM hanya mahu mengenakan hukuman kepada beliau meskipun masih ramai pemimpin yang mengkritik badan induk bola sepak itu.

"Tan Sri Annuar Musa keluarkan kenyataan tiap-tiap hari mengenai FAM, mereka tidak kata apa-apa, Datuk K Rajagobal pun tak kena gantung.

"Kalau saya suka hati mahu hukum, ingat saya tiada kepentingan senang-senang mahu denda," jelas Shahidan.

Shahidan pada Sabtu lepas, mengeluarkan kenyataan berhubung kemarahannya terhadap FAM yang sudah 'membuangnya', menggantungnya tetapi tiada pegawainya yang bertanya khabar PFA.

Bekas Presiden PFA itu juga meluahkan keluhan kerana terpaksa mengeluarkan duit sakunya untuk membayar gaji pemain Perlis ketika menjadi presiden pasukan Singa Utara itu, dan meminta FAM membantu PFA yang kini dilanda masalah kewangan.

Selain digantung 30 bulan, Shahidan yang kini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut didenda RM39,000 dan hilang status sebagai Presiden PFA, anggota Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM dan anggota Jawatankuasa Kewangan FAM sehingga September 2015.

[DENGAR PENYOKONG PAS] Kalau demo untuk revolusi saya tak setuju kata Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS

Posted: 11 Jun 2013 03:12 AM PDT


Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata, beliau akur dengan keputusan parti berhubung penyertaan dalam perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya 'Black 505' yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Harun bagaimanapun berkata, kenyataannya sebelum ini yang mengatakan PAS tidak menganjur dan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut secara sukarela merupakan pendapat peribadi beliau.

Jelasnya, pendapat tersebut diberi sekiranya perhimpunan tersebut bertujuan untuk mengadakan revolusi.

"Saya kata kalau perhimpunan untuk revolusi itu saya tak setuju. Bercanggah dengan dasar parti.

"Tapi kalau perhimpunan aman dan ada ceramah. Itu tak apa. Kita memang kita dah biasa.

"Saya ikut keputusan parti. Keputusan saya sebelum ini pendapat saya sebelum parti ada keputusan. Jadi sekarang pendapat saya ialah ikut keputusan parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam dalam mesyuarat bulanan PAS, timbalannya Mohamad Sabu berkata, parti sebulat suara bersetuju untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...