CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Akta Derhaka hanya tunjukkan Malaysia ekstrem, kata PKR

Posted: 07 Jun 2013 09:30 PM PDT


PETALING JAYA - PKR menyatakan akta baru tidak perlu dibentuk bagi menghukum pesalah yang terbabit dengan penderhakaan kepada raja sepertimana yang dicadangkan oleh seorang bekas hakim.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata penggubalan undang-undang untuk membentuk akta baru akan memberi impak negatif kepada negara termasuk "dicop" sebagai ekstrem.

Menurutnya, Akta Hasutan 1948 telah mencukupi untuk menghukum individu yang bersalah berkaitan penghinaan terhadap Yang di Pertuan Agong.

"Tak perlu sebab sebenarnya, Akta Hasutan bagi saya sudah ada peruntukan untuk undang-undang kepada penderhaka, ia juga perlu dihapuskan sebenarnya akta tersebut.

"Tak mungkin disebabkan segelintir individu yang mempunyai fikiran yang berlainan, berbeza pendapat kita nak buat akta baru yang bagi pengaruh kepada orang asing yang akan anggap kita semakin ekstrem," katanya pada Sinar Harian ketika sesi wawancara eksklusif di sini, semalam.

Kelmarin,  bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mencadangkan penggubalan undang-undang khas mengenai kesalahan menderhaka kepada raja.
  
"Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja.

"Sudah tiba masanya bagi kerajaan menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan," katanya.

Sehubungan itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menambah, tindakan perlu diambil kepada penderhaka jika ada bukti-bukti yang mencukupi dan pihak berkuasa juga perlu adil dalam melaksanakan tugas.

"Ada dua pertimbangan untuk pesalah diambil tindakan, pertama dari segi undang-undang di mana apa yang ditulis ada perkiraan undang-undang, perlu ada siasatan dan sebagainya.

"Kedua, keadilan jangan berat sebelah ada banyak 'posting' di laman Facebook yang bersifat menghina, perkauman dan sebagainya, semua ini perlu dikenakan tindakan yang sama," katanya.
Beliau berkata, meskipun pada masa ini sudah ada Akta Hasutan 1948 yang mengambil kira perbuatan-perbuatan seperti itu, namun ia merupakan perbuatan yang berbeza.

PUNCA BN KALAH: Syarikat Jual Peralatan Mencuci DAPAT KONTRAK Bekal Komputer 1Malaysia

Posted: 07 Jun 2013 09:09 PM PDT

Posting daripada blog Tun Faisal Dot Com
Saya tertarik membaca artikel blogger Double-Y yang bertajuk "14 Syarikat Cina kuasai projek Komputer 1Malaysia Salah Siapa? SKMM atau Teraju @TerajuOfficial"

Dalam artikel tersebut tersenarai 25 syarikat yang dikatakan memenangi tender untuk membekal Komputer 1Malaysia ini. 

Taklimat Am mengenai tender ini boleh diperolehi di sini dan di sini.

Oleh kerana artikel ini menarik minat saya untuk memahami peranan TERAJU, saya telah membuat pencarian susulan dalam talian ke atas 14 syarikat pemilik kaum Cina yang dikatakan memenangi tender membekal Komputer 1Malaysia tersebut.

Hasil carian di Google mengenai 14 syarikat tersebut adalah seperti berikut - 


1.     DIVERSIFY NOBLE TRADING SDN.BHD. (977374-V)No.3A-042, 4th Floor, Endah Parade Shopping Centre, No.1, Jalan 1/149E,
Taman Seri Endah, Bandar Baru Seri Petaling , 5700 Kuala Lumpur.
Tel No.: +603-9059 1668 Fax No.:+603-9059 1668
virtual4422@gmail.com 
PIC: See Chong Fah (Managing Director) 
Tiada Maklumat
2.      TABLET NETWORK TECHNOLOGY SDN BHD (973547-K)
SU 900, Jln Bandar Baru Masjid Tanah,
78300 Masjid Tanah Melaka.
Tel: 06-3841118 Fax: 06 – 3841048
Steven.tbnet@gmail.com 
PIC: Yap KwangHua (Managing Director) 
Hanya ini sahaja yang diperolehi.
 3.      RUYI VENTURES SDN BHD
Lot 2, Block H, Bandar RamaiRamai, P.O. Box 2303,
90726, Sandakan, Sabah.
Tel: 089-622139/ 229363 / 012 – 8188339
Fax: 089-622239 / 089 226933
ruyiventures@gmail.com 
PIC: Margaret Voon Lee Ching (Director) 
Syarikat penjual `Mopping Equipment' lebih canggih daripada syarikat pembekal komputer kerana syarikat ini ada website yang kemas dan boleh menjadi rujukan.
 4.      Aerogate Capital Sdn Bhd
Suite 2.43, Asia City Complex,
88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088- 311000               Fax: 088 – 244198   H/p: 012 – 8289777 (Ms. Chin Chin)
info@aerogate.com.myam 
PIC: ThamKamFor (Managing Director) 
Ini sahaja maklumat yang ada 

5.   AZS Resources Sdn Bhd (449140-P)
D 32 – 2, 1st Floor, Block D,
Yoshi Square, Lot 67, Seksyen 66,
KLTD, JlnPelabu 93450, Kuching Sarawak.
Tel: 082 – 453788             Fax: 082- 577898
azsrsb@gmail.com           
PIC: Leong SeikMoi (Director) 
Syarikat Investment Holding
6.   3C Depot Sdn Bhd
Lot 2 – 083, Endah Parade,
Jln 1/149 E, Tmn Sri Endah,
Bandar Baru Seri Petaling,
57000 Kuala Lumpur.
Tel; 03-90564039             Fax: 03- 9058 3039
raymond.3cdeport@gmail.com 
PIC: Hiew Then Siong 
Tiada nature of business
 7.   SINERGI SURIA SDN BHD,
No.2-2-5A, Block A,
Lot 5, 2nd Floor, Kolam Centre Phase 2,
JalanPintas, Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088-246 414               H/p: 016 - 8368900 
PIC: Yap Kong Shean (Director) 

Tiada maklumat 

8.   AVIMONT DEVELOPMENT SDN BHD
NO 1-3A, Jalan Solaris, Mont' Kiara,
50480, Kuala Lumpur.
Tel: 03- 6203 6522           H/p: 016 – 8303478
Email: avimdev@gmail.com 
PIC: Loo Nyuk Siong 
Carian menunjukkan Avimont Development adalah Investment Holding Company
9.   COMPUNATION TECHNOLOGY SDN BHD
No.20-2, Jalan PJU 5/10,
Dataran Sunway,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-6148 1966 Fax: 03-6148 3966 
PIC: Chew Wan Kok (Director) 
Syarikat penjual komputer runcit
10.   PULM RESOURCES SDN BHD,
Lot 2059, JalanCattlrya 2,
MCLD 98000,
Miri P.O. BOX 304, 98007, Miri,
Sarawak
Fax: 085 655 002
Email: pulm.resourcessb@yahoo.com 
PIC: Tan Hung Tin (Managing Director)
Tiada maklumat

11.   Jasa Citra Sdn Bhd (855549-D)
Lot 2792, 2nd Floor, No.354, 3rd Mile, JlnTun Ahmad Zaidi Adruce,
93250 Kuching, Sarawak
Tel: 012-8559813             Fax: 082-253680
jasacitra.sdnbhd@yahoo.com 
Choo Chong Beng (Managing Director) 
Hanya ini sahaja maklumat yang diperolehi
 12.   FFCY  Resources Sdn Bhd (832838-A)
22, Lorong Raja Udang 2B,
Kingfisher Park Phase 2,
88450 Kota Kinabalu, Sabah.
P.O. Box 20674, 88763 Luyang, Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: 088 – 311 888            Fax: 088 – 311999
ffcyrsb@hotmail.com 
PIC: Thai Kui Yu (Director)  


Hanya ini maklumat yang ada
13.   MaxGross Sdn Bhd (603260-T)
No.21,(Level 1-3), JalanPuteri 2/2,
Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03-80612481/4481   Fax: 03-80614481 
PIC: Lee Kok Hoong (General Manager)  

Hasil carian pertama menunjukkan syarikat MaxGross adalah syarikat dalam kumpulan  CCMSB

Carian kedua mendapati syarikat MaxGross adalah sebuah syarikat yang dorman
14.   Asadvance Sdn Bhd (879548-H)
H/p: 012 – 22220293 
PIC: Loo Chay Siong 


Hanya ini maklumat yang ada

Rujukan tambahan - Senarai syarikat berdaftar dengan SKMM pada tahun 2012
http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/registers/cma/class/2012/ASPClass-2012.asp


Kesimpulan


1. Walaupun syarikat ini memenangi tender membekalkan Komputer 1Malaysia, namun majoriti daripada syarikat ini tidak mempunyai website atau laman facebook mengenai syarikat masing-masing. Betulkah syarikat-syarikat ini menjual komputer?

2. Salah satu syarikat pembekal Komputer 1Malaysia adalah syarikat penjual peralatan mencuci - Mopping Equipment, 2 syarikat Investment, 1 syarikat berstatus MSC yang tiada maklumat produk, 1 syarikat dorman, 8 syarikat tanpa maklumat dan hanya 1 syarikat menjual komputer.

3. Soalan kepada TERAJU - Takkan tak ada syarikat Bumiputera yang boleh lawan syarikat penjual mopping equipment dan syarikat lain di atas?

Eksklusif dari Tanduo: RAHSIA KOLAM UDANG

Posted: 07 Jun 2013 07:47 PM PDT

Kolam Udang

KAMPUNG Tanduo yang dahulunya menjadi kediaman bagi 20 buah keluarga, kini bagi sudah tidak bernyawa.

Ia terpaksa ditutup selepas dikatakan menjadi lokasi dan kubu pengganas Kiram.

Semalam, kami berpeluang menyelusur semula kisah pahit itu. Bagai terdengar bunyi tembakan sepanjang berada Kampung Tanduo yang pernah menjadi penempatan pengganas Kiram.

Selepas serangan ofensif dilancarkan pasukan keselamatan pada 5 Mac lalu penduduknya diarah berpindah bagi mengelak lokasi itu terus menjadi kubu kuat pengganas.

Sewaktu fikiran sedang melayang dan membayangkan apa yang terjadi pada kampung ini, kami diberitahu terdapat sebuah muara sungai yang diempang dipercayai untuk memudahkan pengganas mendarat menggunakan bot dari laut lepas.

Menurut pasukan keselamatan, muara sungai itu terletak berhampiran rumah salah seorang suspek pengganas yang kini ditahan.

Rumah yang terlindung itu kononnya dijadikan kolam ternakan udang bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Muara sungai itu cetek, mereka gunakan jengkaut untuk mendalamkan muara dan kami yakin mereka menyusup masuk melalui kaedah ini berdasarkan denai di kawasan belukar hingga ke rumah penduduk tempatan yang kita percaya dijadikan tempat penginapan," katanya.

Jelasnya lagi, pengganas menggunakan bot laju, pancung bagi mengelak dikesan dan kegiatan ini dipercayai dilakukan waktu malam.

"Jarak muara sungai dari Kampung Tanduo ini adalah kira-kira setengah jam dari kepulauan di Filipina dan ia menjadi pilihan pengganas masuk," katanya.

Manakala sebuah lagi lokasi pendaratan adalah persisiran pantai di madrasah Kampung Tanduo yang terletak kira-kira satu kilometer dari muara sungai itu.

"Tentera penceroboh berkumpul di dua lokasi ini dalam jumlah yang ramai sebelum dikerah untuk berkubu di Kampung Tanduo," katanya.

Tambahnya lagi, pengganas sudah merancang lama untuk masuk ke kawasan itu dengan dibantu penduduk yang merupakan saudara-mara mereka di situ.

"Mereka boleh dapat bekalan makanan dengan mudah. Masuk melalui muara sungai ini jalan terbaik," katanya.

Tidak cukup dengan maklumat itu, kami kemudian dibawa ke lokasi dimaksudkan.

Dalam serangan ofensif lalu, pasukan keselamatan melancarkan serangan ke atas penceroboh dan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi melalui serangan udara.

Serangan dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.

Pasukan komando mengepung kawasan itu bersama Pasukan Gerakan Am. Serangan itu dilakukan selepas lapan anggota polis maut dalam beberapa siri serangan bermula di Kampung Tanduo dan perkampungan air di Simunul, Semporna.

-Sinar

[GAMBAR SEKSI] Pakaian Ketat Shila Amzah Pergi Ke Gym Dikritik

Posted: 07 Jun 2013 05:15 AM PDT


Beberapa minit lalu, Shila Amzah telah memuat naik sekeping foto menerusi laman Instagramnya dengan caption berbunyi :
Off to gym.. Bye :) #fitnessfreak
Namun foto tersebut telah mengundang pelbagai perspektif negatif peminat terhadap Shila sehingga ada menghamburkan kata-kata lucah, dan ada juga yang menasihati penyanyi tersebut agar memadam foto berkenaan.


Atas nasihat serta pandangan orang ramai, akhirnya Shila memadam foto berkenaan dan memohon maaf kepada semua peminatnya dengan kata-kata berbunyi :
Sorry, but I don't need any part-time people in my life.
Mungkin ini boleh dijadikan sebagai pengajaran buat Shila agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan berfikir dahulu sebelum memuat naik sebarang foto dilaman Instagramnya selepas ini.

Sumber: OhBulan
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...