CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


[PANAS] Misha Omar Tangguh Kahwin Sebab Urus Kes Cerai Dengan Suami Terdahulu?

Posted: 27 Jun 2013 08:07 PM PDT


Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Angin Syurga iaitu Misha Omar, didakwa kononnya pernah berkahwin dan disebabkan itu dia terpaksa menangguhkan perkahwinannya bersama tunang tercinta, Firos Ezzwan Rosly, 31 kerana ingin selesaikan kes perceraiannya dengan bekas suami terlebih dahulu.

Bagaimanapun sewaktu bertemu dengannya petang semalam, Misha dengan sekeras-kerasnya menolak dakwaan tersebut dan mencabar agar mana-mana pihak yang menimbulkan cerita itu tampil memberikan bukti.
Apa yang boleh saya cakap, dayus lelaki itu kerana menceraikan Misha Omar.
Biarlah apa orang nak cakap, lagipun saya tahu siapa yang sebarkan cerita-cerita macam ini. Kalau betul saya pernah berkahwin, kemukakan bukti. Pergi cari dekat mana-mana jabatan agama Islam yang mengatakan saya pernah berkahwin. – Tegas Misha sewaktu bertemu di The Bee, Publika, petang semalam.
Mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan tunang, penyanyi ini mengakui akan melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihannya itu sekitar bulan Februari tahun depan dan tarikh sebenar akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri akan datang.
"Alhamdulillah setelah ditangguhkan tahun lalu, kita akan langsungkan perkahwinan pada Februari tahun hadapan. Saya pilih bulan Februari sebab ia genap 2 tahun kami bertunang. Lagipun jika dilihat daripada jadual kerjaya saya, suku pertama tahun hadapan jadual saya agak lapang.
"Insyallah, selepas Hari Raya kedua-dua keluarga kami akan bertemu untuk membincangkan tarikh yang sesuai."

Sumber:OhBulan
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...