CELAH GELEGAR |
- [TERKINI GAMBAR MELAMPAU] Blackout505: Anggota Polis Cedera Dipukul di PARLIMEN
- [HINA ISLAM] Abby Pertahan Seekor Red BABI Army DAP MENGHINA ISLAM dan Rasulullah SAW!
- [KEBENARAN] Pakatan Benci Malaysia BERTANYA, Idris Jala MENJAWAB
- [TERKINI Jam 5.00 pg 24 Jun] DBKL Rampas Khemah Jam 4.40 Pagi Tadi Ketika Peserta HARAM Black505 Sedang TIDUR
- [AZMIN DIPULAU?] Demonstrasi HARAM Black505, Di mana Azmin Ali?, Kenapa TIDAK BERUCAP?
- [CINA AMBIL KESEMPATAN] Cina Cari 100 ribu Orang SANGGUP MATI Ekoran FATWA SYAHID HUSAM
[TERKINI GAMBAR MELAMPAU] Blackout505: Anggota Polis Cedera Dipukul di PARLIMEN Posted: 24 Jun 2013 01:06 AM PDT
Berbeza sekali di luar dan di dalam Parlimen, di luar pengikut Anwar bergolek-golek baring atas jalan dan memukul polis, di dalam Parlimen Anwar dengan tenang makan minum semeja dengan Najib. Siapa yang bodoh, siapa yang cerdik?? | ||
[HINA ISLAM] Abby Pertahan Seekor Red BABI Army DAP MENGHINA ISLAM dan Rasulullah SAW! Posted: 23 Jun 2013 08:02 PM PDT Kita percaya yang berkemungkinan besar akaun FB ini ada palsu dan gambar amoi cun digunakan bagi menarik ramai jantan berhidung belang menjadi rakannya sebagai strategi untuk mempengaruhi mereka semua kepada agenda politik tertentu. Demi cinta dan nafsu, bukankah ramai yang menjadi tidak keruan? Taktik yang jijik tetapi berkesan dalam aspek gerak saraf di media sosial. Yang lagi best, 'amoi' ini bukan setakat tidak takut dengan tindakannya menghina Islam dan Rasulullah SAW, malah dengan selamba mempertahankan dan memperlekehkan lagi UMNO dan BN apabila tindakan kurang ajarnya disebarkan. Di bawah ini adalah komen terkini 'Sally Yen' pada hari ini berhubung tindakan bangsatnya itu. Ok, tadi kami ada kata yang berkemungkinan besar akaun FB ini merupakan perangkap seksual bagi parti politik tertentu. Jika anda bijaksana, cuba teka parti politik mana yang menjadi tunjang sokongan amoi ini? Kadang-kadang kita pelik bukan, bukankah dalam Pakatan Rakyat itu ada juga orang Islam yang mewakili PAS dan PKR, malahan DAP?!! Apakah mereka tidak merasa sedikit pun marah dan jijik dengan tindakan amoi bangsat ini?!! Apakah kerana amoi ini sefikrah dengan mereka, maka segala-galanya HALAL bagi amoi ini?!! Lebih menjelikkan, mereka boleh berdebat lagi dengan mereka yang kecewa dan marah dengan tindakan penghinaan ini dengan menyalahkan pula UMNO dan BN sebagai puncanya. Apa peranan PAS sebagai parti yang menggunakan nama ISLAM jika kes amoi yang seorang ini tidak mampu ditangani? Tidak cukupkah diperkudakan dengan hina oleh DAP bagi parti tersebut meraih kemenangan besar pada PRU lalu? Tidak cukupkkah PAS dihina di P.Pinang apabila tidak diberikan satu jawatan yang signifikan pun dalam Kerajaan Negeri?
Malah, sebagai parti yang memenangi majoriti kerusi DUN di Selangor pun boleh diperkotak katikkan oleh DAP dan PKR sehingga dinafikan jawatan MB, malah Pesuruhjaya Negeri sendiri pun tersingkir?!! Apakah besar sangat "elaun" bulanan hasil rumah urut yang dibayar kepada setiap pemimpin PAS oleh DAP bagi memastikan mereka tidak bangkit melawan dan menuntut kuasa?!! Ayuh, para pembaca yang sayangkan Islam semua. Anda semua dapat lihat bukan kesan daripada "dakwah" dan tahalluf siyasi yang dibawa PAS kepada DAP selama ini bukan? Marilah kita jalankan tanggungjawab kita sebagai umat Islam dalam mempertahankan maruah agama kita dengan melaporkan penghinaan ini kepada FB dan pihak berkuasa. Persetankan mereka yang telah dibeli jiwanya. Kuasa di tangan kita. Ayuh berjuang dan bersatu demi Islam yang HAK! Laporkan perkara ini kepada FB dan SKMM di URL seperti di bawah ini: Sumber: MyMassa | ||
[KEBENARAN] Pakatan Benci Malaysia BERTANYA, Idris Jala MENJAWAB Posted: 23 Jun 2013 06:08 PM PDT Baru-baru ini saya sempat berbual dengan seorang rakan warga Malaysia. Marah sungguh beliau, berjela-jela rungutannya tentang masalah di negara ini. Baginya, semua serba tak kena dengan Malaysia. Saya kongsi di sini perbualan kami. Mudah-mudahan akan tersingkap kebenaran dan lahirlah sinar harapan bagi mereka yang sudah hilang keyakinan dengan masa depan negara kita. Izinkan saya menggelar beliau "Angry Malaysian (AM)" bagi merahsiakan identiti dan menghormati privasi beliau: Malaysia juga sedang mengalami sindrom sama, dipanggil 'Crime Perception Lag', yakni persepsi masyarakat yang tidak seiring mengenai jenayah. Kita sudah masuk tahun ketiga program NKRA bagi mengurangkan jenayah. Separuh daripada tempoh yang diambil UK ketika mereka dilanda persepsi serupa. Saya percaya kita perlu menggandakan lagi usaha." Idris Jala, Ketua Eksekutif bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri. AM: Pada pendapat saya, Malaysia negara paling korup di dunia. Jika kerajaan tidak korup, sudah pasti semua masalah negara akan selesai. Takkan ada kemiskinan dan setiap rakyat akan hidup sejahtera. Idris: Ia tidak benar. Tahun lalu, pencapaian Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) telah meningkat. Malaysia mencapai 49 mata daripada 100 pada 2012 berbanding 4.3 mata daripada 10 bagi 2011 (kaedah pencapaian indeks telah ditukar oleh TI pada 2012; pemberian mata daripada 1 hingga 10 pada 2011 telah diubah menjadi 1 hingga 100 pada 2012). Kedudukan Malaysia juga meningkat apabila berada di kedudukan ke-54 pada 2012 berbanding 60 pada 2011. Andaian bahawa satu-satunya jalan penyelesaian membasmi kemiskinan dan memperoleh kemakmuran hanya dengan menangani rasuah juga tidak benar. Bebas rasuah tetapi miskin Hampir semua negara yang kedudukannya lebih tinggi dari Malaysia dalam senarai indeks rasuah, masih dihimpit kemiskinan sama ada mutlak atau pun relatif. Bukan semua rakyat Amerika Syarikat, United Kingdom (UK), Jerman atau Singapura kaya. Jenayah juga masih wujud di negara itu. Lihat pula daerah luar bandar di merata-rata tempat di Malaysia dan negara lain di dunia, sungguhpun hampir tiada sogokan rasuah di sana, tetapi rakyatnya masih miskin. Sewaktu saya membesar di Bario, di kawasan tanah tinggi Borneo, kami hampir tersisih dari setiap pelosok dunia dan tiada langsung rasuah di kampung kami. Namun kami tetap miskin. Ya, rasuah wajib dibanteras agar setiap orang berpeluang sama rata dan standard kehidupan juga meningkat. Kerajaan sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menanganinya. Namun, setiap warga Malaysia juga harus memikul tanggungjawab agar mereka tidak terbabit atau menggalakkan amalan rasuah ini. Selagi ada yang memberi, akan adalah yang mahu menerima, justeru, ia tanggungjawab semua. AM: Datuk Sri Anwar Ibrahim mendakwa ketika perhimpunan sebelum PRU13 bahawa Malaysia mengalami kerugian aliran keluar wang haram sebanyak RM873 bilion dalam tempoh 10 tahun, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Global Financial Integrity (GFI). Ini membuktikan bahawa rasuah adalah wabak paling dahsyat melanda Malaysia. Tambah beliau, jika rasuah di pihak kerajaan dan kroninya dihentikan, sudah pasti cukup wang untuk Malaysia. BNM sangkal tuduhan Anwar Idris: Dakwaan itu telah disangkal oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ia telah menjelaskan bahawa 80 peratus dari aliran keluar wang haram itu berpunca dari trade mispricing atau transfer pricing yang mana syarikat swasta menyerahkan resit atau invois yang nilainya berbeza dari nilai yang diurusniagakan, bagi mengelak bayar lebih cukai kepada kerajaan. Ia bukan hal rasuah dalam kerajaan. Bank Negara juga telah menerangkan 20 peratus dari aliran keluar wang haram itu merujuk kepada perkara kesilapan dan ketinggalan yang mencakupi jumlah sisa yang kecil disebabkan perniagaan haram dan amalan rasuah. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada Mac itu, kenyataan bahawa kerugian aliran keluar wang haram sebanyak RM873 bilion itu berpunca dari rasuah adalah tidak benar sama sekali. AM: Dua puluh tahun dulu, Malaysia setara dengan Korea Selatan dalam banyak hal. Contohnya dalam GNI (Keluaran Dalam Negara Kasar) perkapita. Malah, dalam bola sepak pun kita sering mengalahkan mereka. Pada saya, Malaysia sudah hilang taringnya akibat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Jika kita mansuhkan DEB, sudah pasti Malaysia akan melonjak daya saingnya dan kita mampu menyaingi Korea Selatan. Idris: Ya, memang Korea Selatan telah jauh ke depan berbanding kita. Namun, saya tidak bersetuju bahawa Malaysia akan mampu menyaingi mereka hanya dengan menghapuskan DEB. Rakyat Korea Selatan berjaya kerana mereka tidak merungut memanjang jika tidak diberi kontrak kerajaan. Mereka juga tidak bersungut tak sudah-sudah mengatakan semuanya serba tak kena. Mereka bertumpu kepada menginovasi barangan mereka sehingga dianggap terbaik di dunia. Mereka juga melatih diri untuk memasar dan menjual barangan mereka di pasaran dunia. AM: Ramai warga Malaysia berhijrah kerana dasar yang tidak adil seperti DEB, lebih-lebih lagi warga bukan Bumiputera. Kebanyakannya berhijrah ke Singapura kerana di situ tiada DEB dan masyarakat mereka adalah adil. Idris: Ia tidak benar. Satu kaji selidik oleh Mindshare yang dibuat tahun lalu ke atas 2,000 rakyat Singapura melaporkan bahawa lebih separuh (56 peratus) berhajat untuk berhijrah, walhal tiada dasar DEB di republik itu. Mengikut Bank Dunia pula, Singapura mempunyai 300,000 orang pendatang pada 2010, merangkumi 10 peratus rakyat Singapura. Sebab penghijrahan ini adalah kompleks dan berbeza-beza, maka jangan menuding jari kepada DEB semata-mata. AM: Banyak sungguh cukai yang dikutip kerajaan daripada kami. Kami bertungkus lumus bekerja tetapi terpaksa membayar cukai yang tinggi. Kerajaan pula membiarkan cukai ini dibazirkan oleh rasuah dan kronisme. Tak semua rakyat kena bayar cukai Idris: Saya tidak sependapat bahawa Malaysia mengenakan cukai terhadap semua orang, inikan pula memeras cukai yang tinggi daripada orang ramai. Pertama, penduduk Malaysia seramai 29 juta. Tahun lalu bilangan yang bekerja berjumlah 12.5 juta. Dari bilangan itu, 1.5 juta saja berdaftar sebagai pembayar cukai dan cuma 1.2 juta yang membuat pembayaran. Kedua, kebanyakan pendapatan cukai kerajaan datangnya daripada PETRONAS serta syarikat minyak dan gas yang ada, diikuti cukai korporat dan barulah daripada 1.2 juta pembayar cukai tadi. Ketiga, adalah tidak benar yang Malaysia melampau dalam soal kutipan cukai. Hasil cukai persendirian dan korporat yang wajib dibayar begitu kompetitif jika dibandingkan dengan negara lain di dunia. Keempat, Malaysia adalah segelintir kecil negara yang masih belum melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Lebih 140 buah negara sudah pun melaksanakannya. Kelima, berikutan matlamat Malaysia adalah mengekalkan cukai pendapatan pada kadar berpatutan, dan oleh sebab kerajaan membayar jumlah yang besar untuk menampung subsidi, cukai yang diperoleh tidak mencukupi bagi perbelanjaan pembangunan dan pengendalian negara. Ini menyebabkan Malaysia mengalami defisit fiskal. Di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, defisit fiskal ini telah dikurangkan secara berperingkat daripada 6.6 peratus pada 2009 kepada 4.5 peratus tahun lalu. AM: Saya dengar ura-ura yang kerajaan akan memperkenalkan (GST). Cukai ini sudah tentu akan menindas orang miskin dan golongan berpendapatan sederhana di negara ini. GST akan menyeksa rakyat dan ekonomi Malaysia pasti akan hancur. Idris: Masih belum ada kata putus daripada kerajaan. Sudah lebih 140 negara mengamalkan GST termasuk negara membangun dan juga sedang membangun. Menerusi GST, banyak barangan yang digunakan golongan miskin dan berpendapatan sederhana akan dikecualikan, manakala sesetengah barangan akan disenaraikan sebagai 'berkadar sifar'. Ini akan mengurangkan impak GST. Sebab itulah GST telah dilaksanakan di begitu banyak negara miskin dan yang sedang membangun. Tolak GST seksa rakyat Saya menolak pandangan yang GST akan menyeksa rakyat, atau ekonomi negara akan hancur. Fikirlah sendiri, hal ini tidak pun berlaku di 140 negara yang melaksanakan GST. AM: Jenayah berlaku di setiap ceruk di Malaysia. Setiap hari ada saja berita jenayah. Polis langsung tak buat apa-apa. Kerajaan tak ambil peduli keselamatan dan keamanan rakyat. Idris: Usaha mengurangkan jenayah adalah antara agenda utama negara. Malah, ia adalah antara NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) di bawah GTP (Program Transformasi Kerajaan). Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan pasukan polis sedang bertungkus lumus menjalankan inisiatif untuk memerangi jenayah. Kadar jenayah menurun Usaha yang kami gandingkan telah membuahkan hasil. Kadar jenayah menurun daripada 575 kes sehari pada 2009 kepada 407 kes sehari dalam tempoh lima bulan pertama pada 2013. Ia menunjukkan kejayaan menangani jenayah meningkat 29 peratus. Namun, tidak bermakna jenayah langsung tidak berlaku, cuma kadarnya turun. Pada masa sama, kami teruskan usaha untuk memperbaiki kelemahan yang wujud dan memastikan bahawa jalan raya, kawasan kampung, bandar dan pusat bandar adalah selamat. Dalam hal ini, wajar kita renungkan bersama pengalaman dilalui United Kingdom (UK) pada 1998, ketika bekas Perdana Menterinya, Tony Blair melancarkan program membanteras jenayah pada peringkat kebangsaan. Program memperkasa pasukan polis UK itu telah diberi peruntukan begitu tinggi. Hasilnya, ia berjaya mencegah jenayah dengan berkesan. Namun, persepsi rakyat UK ketika itu betul-betul berlawanan. Sungguhpun kadar jenayah menurun pada 1998, mereka masih menganggap yang ia sedang meningkat. Hanya selepas enam tahun, pada 2004, barulah persepsi rakyat UK mula berubah. Malaysia juga sedang mengalami sindrom sama, dipanggil 'Crime Perception Lag', yakni persepsi masyarakat yang tidak seiring mengenai jenayah. Kita sudah masuk tahun ketiga program NKRA bagi mengurangkan jenayah. Separuh daripada tempoh yang diambil UK ketika mereka dilanda persepsi serupa. Saya percaya kita perlu menggandakan lagi usaha. Begitulah sekilas perbualan saya dengan warga Malaysia berkenaan. Memanglah negara kita mempunyai kelemahan. Negara mana yang sempurna? Tetapi negara kita banyak keistimewaannya, dan terpulanglah kepada setiap kita untuk merebut peluang yang ada dan membantu negara dan diri sendiri untuk maju. Semuanya tidaklah seburuk yang disangka. Penulis Ketua Eksekutif bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebarang komen yang adil dan telus amat dialukan di idrisjala @ pemandu.gov.my | ||
Posted: 23 Jun 2013 03:54 PM PDT | ||
[AZMIN DIPULAU?] Demonstrasi HARAM Black505, Di mana Azmin Ali?, Kenapa TIDAK BERUCAP? Posted: 23 Jun 2013 03:19 PM PDT WALAUPUN hadir memberikan sokongan kepada himpunan Black505 semalam, menjadi tanda tanya apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tidak mengambil bahagian di pentas ceramah di Padang Merbok. Azmin antara pemimpin PKR yang lantang berhujah di pentas-pentas ceramah, namun ketiadaan beliau di pentas berkenaan, menimbulkan sedikit perasaan hairan. Adakah ini suatu petanda bahawa Azmin cuba mengasingkan diri atau sudah disisihkan oleh PR? Menerusi laman mikro Twitter miliknya semalam, Azmin menulis, "saya dan YB Khalid Samad sekarang menghala ke Padang Merbok, "peserta sedang berarak dari Masjid Negara ke Padang Merbok. Laungan SPR letak jawatan bergema!". Sementara menerusi posting di blognya tertulis, "sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor. Kumpulan berkenaan dikawal oleh Unit Amal Pas, dan diketuai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. "Azmin Ali kemudian bersantai di tengah padang bersama rakyat di bawah cuaca panas dan jerebu dari jam 2 petang sehingga jam 5 petang". Namun, Azmin - seperti kelazimannya akan menyampaikan sepatah dua kata di pentas ceramah, tidak berlaku semalam. Walhal, pentas itu semalam sewajarnya digunakan beliau untuk mengembalikan 'populariti' yang kian hari kian pudar dek kerana pelbagai kontroversi yang muncul. Ahli Parlimen Gombak itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menolak demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh sebilangan penyokong pembangkang sebagai langkah untuk menggulingkan kerajaan. "Saya tak setuju berarak di jalan raya, timbulkan huru-hara. Saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur. Kita nak berhimpun saja," katanya. Malah kontroversi Azmin membabitkan jawatan Menteri Besar Selangor, dakwaan amalan nepotisme dalam PKR bukan lagi rahsia. Namun apa yang berlaku semalam, pandangan mata kasar penulis, Azmin seolah-olah 'dipulau' kerana kelantangannya mengkritik kredibiliti kerajaan Negeri Selangor. Terbaru, beliau turut mempertikaikan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik negeri itu. Maka tidak hairanlah himpunan Black505 kali ini seolah-olah memandang sepi akan kehadiran Azmin Ali. | ||
[CINA AMBIL KESEMPATAN] Cina Cari 100 ribu Orang SANGGUP MATI Ekoran FATWA SYAHID HUSAM Posted: 23 Jun 2013 04:23 AM PDT Perkhemahan haram di Padang Merbuk memasuki fasa baru apabila terdapat sekumpulan pemuda kaum Cina mengutip tanda tangan untuk menghantar memorandum membantah keputusan pilihan raya. Tidak ada salahnya dengan memorandum kecuali antara risalah yang dilekatkan menyeru ke arah revolusi bagi menegakkan demokrasi ala Pakatan."100 ribu orang yang sanggup mati untuk demokrasi" Melihat kepada jumlah kertas yang telah ditandatangani, dianggarkan sebanyak 300 orang telah menurunkan nama dan tanda tangan. Sumber: Mykmu.net |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment