CELAH GELEGAR |
- [SAMUN] 5 penyamun berjaya ditahan
- [TERKINI:PENIPUAN MEDIA FILIPINA] 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu
- Julia Perez KELUAR PENJARA, Mohon Restu Presiden Indonesia Untuk Jadi Baik
- [DEWAN RAKYAT] Ramai YB Cina TAK RETI Cakap Melayu, di-Pertua Dewan JANGAN Benar Cakap Inggeris
[SAMUN] 5 penyamun berjaya ditahan Posted: 18 Jun 2013 09:05 PM PDT
Mangsa berpangkat Lans Koperal berusia 30-an yang juga anggota unit peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini, mengalami kecederaan di jari kelingking kiri dan lutut kanan akibat rempuhan itu. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, pihaknya menerima makluman mengenai satu kejadian samun di sebuah restoran di Tanjung Malim, Perak, dekat sini, dan lima suspek menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi melarikan diri menghala Kuala Kubu Baru, kira-kira jam 2.30 petang. Difahamkan, lima suspek terbabit dikatakan menyamun pemilik dan pelanggan restoran berkenaan menggunakan senjata parang sebelum melarikan diri namun, salah seorang pelanggan sempat mencatat nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek lalu menghubungi polis. "Bertindak atas maklumat diterima, sebuah unit peronda dipandu mangsa diarahkan untuk membuat sekatan jalan raya. Kereta suspek berjaya dikesan di lampu isyarat Batang Kali menghala ke Serendah. | ||
Posted: 18 Jun 2013 08:35 AM PDT
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom), Datuk Mohamad Mantek memberitahu The Star pada selasa bahawa dakwaan berlaku pertempuran itu adalah tidak masuk akal. "Tiada insiden seperti itu berlaku. "Tiada berlaku sebarang pencerobohan atau pergerakan sesiapa. Tiada apa-apa berlaku," katanya. Menurut beliau, dakwaan sedemikian adalah berniat jahat dan bertujuan untuk mencetuskan huru-hara. Mohamad berkata, polis sedang meneruskan siasatan terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki bertopeng di Kampung Tanagian, dalam Zon Tanjung Labian, Lahad Datu pada petang Isnin sebelum mereke menghilangkan diri. Media Filipina melaporkan bahawa kira-kira 400 lelaki bersenjata Sulu bertempur dengan pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tungku dekat Lahad Datu pada petang Isnin. Jurucakap kumpulan bersenjata Sulu, Abraham Idjirani mendakwa pertempuran itu dilaporkan kepadanya oleh Agbimuddin Kiram yang juga adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram. Abraham mengakui mereka memasuki Kampung Tungku kira-kira pukul 1 petang sebelum bertembung dengan pasukan keselamatan Malaysia. Berikut adalah laporan berita philSTAR.com Fresh clash breaks out between Malaysia, Sultan followers | ||
Julia Perez KELUAR PENJARA, Mohon Restu Presiden Indonesia Untuk Jadi Baik Posted: 18 Jun 2013 08:08 AM PDT JAKARTA: Artis kontroversi Indonesia, Julia Perez yang dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan memohon restu daripada Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono untuk menjadi individu yang lebih baik. Detik Hot pada Selasa melaporkan, Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe yang dibebaskan pada Isnin dilaporkan menghantar mesej menerusi Twitter miliknya kepada Susilo sebaik keluar dari penjara. "Apa khabar Tuan Presiden, Jupe sudah kembali. Mohon doa-Nya. Semoga Jupe menjadi lebih baik," katanya. Jupe atau nama sebenarnya Yuli Rahmawati terpaksa meringkuk dalam penjara selama tiga bulan sejak awal Mac lalu selepas didapati bersalah kerana mencederakan penyanyi dangdut Dewi Perisik di lokasi penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada tahun 2010. Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang melakonkan satu adegan pergaduhan dalam filem seram itu. | ||
[DEWAN RAKYAT] Ramai YB Cina TAK RETI Cakap Melayu, di-Pertua Dewan JANGAN Benar Cakap Inggeris Posted: 18 Jun 2013 04:59 AM PDT SIDANG Parlimen akan bermula 26 Jun ini. Ia merupakan sidang pertama selepas PRU-13 lebih sebulan lalu. Berbagai-bagai jenis Ahli Yang Berhormat (YB) telah dipilih oleh rakyat. Ada yang menang mudah ada yang menang tipis. Di Malaysia, calon yang tak boleh bercakap bahasa Melayu pun boleh menang dan dipilih sebagai YB. Bahasa Melayu bukan prasyarat kelayakan menjadi calon. Maka itu dalam sidang Parlimen lepas, ada calon yang nak cakap Melayu pun tersasul dan terpelat-pelat bahasa pasar seperti YB Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne. Dalam Parlimen Malaysia, bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu. Kalau nak guna bahasa Inggeris pun kena mohon dengan izin daripada Speaker dewan. Maka itu semasa Dong Zong, sebuah pertubuhan cauvanis mempersoalkan kefasihan bahasa Cina dua orang menteri keturunan Cina yang dilantik dalam Kabinet baru-baru ini, maka kita akan saksikan berapa ramai pula YB-YB yang boleh berbahasa Melayu dengan fasih? Kita persetankan apa niat Dong Zong mempersoalkan kefasihan bahasa Cina dua menteri itu. Tetapi, kita tunggu dan saksikan adakah Parlimen kita akan menjadi ala pasar borong selepas ini, atau seperti Pasar Pudu atau Pasar Chow Kit. Kita tengok berapa ramai YB baharu itu akan bercakap bahasa pasar dan bahasa baku serta bahasa Melayu yang betul. Akan menjadi satu kemaluan yang besar jika YB-YB ini tidak boleh berbahasa negara sendiri. Kita tunggu apa reaksi murid-murid sekolah yang duduk di galeri awam menyaksikan "suasana pasar Pudu" itu. Tentu mereka terkejut. Oleh itu marilah kita saksikan berapa ramai lagi YB-YB ala Gwo Burne dilahirkan oleh Parlimen Malaysia. Atau Parlimen terpaksa menyediakan guru-guru khas bahasa Melayu untuk satu crash course bahasa Melayu asas 101. Aduhai. |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment