CELAH GELEGAR |
[KERAJAAN PAS KAJI] Wanita Kelantan KAHWIN Lelaki Negeri Lain Dapat RM1,000 Posted: 17 Jun 2013 12:18 AM PDT KOTA BHARU 17 Jun - Kerajaan Pas Kelantan akan mempertimbang cadangan memberi bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada wanita Kelantan yang mahu berkahwin dengan lelaki dari negeri lain. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Mumtaz Md. Nawi berkata, bantuan tersebut yang dikenali sebagai Skim Gerbang Az-Ziwaj bertujuan menggalakkan perkahwinan dan meringankan beban perbelanjaan urusan perkahwinan. Menurutnya, skim yang diperkenalkan pada 2010 itu setakat ini hanya memberi bantuan kewangan kepada kaum lelaki Kelantan berpendapatan RM700 ke bawah yang mahu berkahwin, namun pelaksanaannya boleh diperluaskan lagi. Sementara itu menurut beliau, pihak kerajaan telah mengeluarkan peruntukan berjumlah RM6.85 juta di bawah skim tersebut sejak ia diperkenalkan pada 2010. Beliau berkata, daripada jumlah itu, kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.4 juta pada 2011, RM3.4 juta pada 2012 dan RM1.2 juta sehingga Mei tahun ini khusus untuk pelaksanaan skim berkenaan. "Bantuan ini diberi dengan syarat jumlah pendapatan (lelaki) tidak melebihi RM700 sebulan yang merupakan penanda aras kemiskinan, buat masa ini kerajaan rasa (jumlah ini) wajar dan munasabah serta belum bercadang mengubah syarat. "Berhubung bantuan kepada pengantin perempuan kerajaan belum berhasrat untuk memperkembangkannya tetapi setuju untuk membuat kajian kepada perempuan yang mahu berkahwin dengan lelaki luar," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohamad Awang (Pas-Gual Periok) yang mengemukakan soalan mengenai skim tersebut pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. |
[PANAS] Pasangan khalwat Shahz Jaszle tampil cerita sebenar Posted: 16 Jun 2013 08:41 PM PDT |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment