CELAH GELEGAR |
- [GAMBAR TERKINI] Polis Tahan Peserta Flash Mob depan SOGO
- Proton Saga SV serendah RM33,438 diperkenal
- [TAMPARAN kpd HUSAM] Tuan Ibrahim SANGKAL Tidak Hadir Blackout 505 adalah PENGKHIANAT PARTI
- Selebriti Melenting Bila Ditegur Seksi
[GAMBAR TERKINI] Polis Tahan Peserta Flash Mob depan SOGO Posted: 15 Jun 2013 02:25 AM PDT KUALA LUMPUR, 15 JUN: Sekurang-kurangnya 15 peserta flash mob Black 505 ditahan polis di hadapan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, hari ini. Mereka yang ditahan termasuk aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Edi Nor Riduan dan aktivis mahasiswa Ekhsan Bukharee, selain seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dibawa dengan trak ke IPD Dang Wangi. "Saya bersama 14 yang lain kini berada di Balai Dang Wangi. Seorang budak 10 tahun turut ditahan. Hidup Rakyat!, tulis Edi Nor Riduan laman twitternya. Seorang anggota SAMM Wilayah Persekutuan dikenali sebagai Alex memaklumkan Keadilandaily, kumpulan kira-kira 50 peserta berhimpun secara aman di hadapan Sogo sambil membawa plakad membantah penipuan pilihan raya. Menurutnya, kumpulan mereka yang berhimpun sejak jam 2 petang diawasi kira-kira 30 anggota polis beruniform dan preman. "Ada yang berucap secara ringkas. Sebahagian berdiri di pinggir jalan dan bawa plakad bantah penipuan pilihan raya. "Tiba-tiba, beberapa polis dekati orang yang berucap. Berunding sekejap dan mereka di tahan untuk dibawa ke trak polis," katanya. Flash mob Black 505 di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini adalah siri pertama program menuju kemuncak himpunan Suara Rakyat Black 505, 22 Jun depan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Jelajah akan turut diadakan di Ipoh (17 Jun), Sungai Besar (18 Jun), Puduraya (19 Jun), Temerloh (20 Jun) dan KLSCAH (21 Jun) | ||
Proton Saga SV serendah RM33,438 diperkenal Posted: 15 Jun 2013 02:12 AM PDT SHAH ALAM – Proton hari ini melancarkan varian Saga terbarunya, Saga Super Value (SV) dalam menyahut cabaran untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Menurut sumber industri, model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888 menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini. Sementara itu, varian baru Saga itu diperkenalkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum Proton, Mutiara Damansara, hari ini. Hisham berkata, Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna dan orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini. Untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic). | ||
[TAMPARAN kpd HUSAM] Tuan Ibrahim SANGKAL Tidak Hadir Blackout 505 adalah PENGKHIANAT PARTI Posted: 14 Jun 2013 09:18 PM PDT
Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir bukan bererti tidak menyokong. "Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai komitmen atau uzur. "Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan. Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu. Husam turut melemparkan sindiran kepada pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan itu seolah-olah membawa suara Umno dan Barisan Nasional, namun dalam masa sama menasihatkan pemimpin Pas agar mencetuskan perubahan dalam politik negara. Tuan Ibrahim berkata, apa yang dikatakan Husam itu bukan bermaksud melakukan 'khianat', sebaliknya mengingatkan pemimpin memberikan sokongan dalam himpunan tersebut. "Pemimpin yang tidak hadir bukannya khianat, mereka tetap menyokong. Saya yakin tiada pemimpin yang tidak menyokong, semuanya bersatu hati. "Bantahan mereka mungkin tidak terjemah dengan kehadiran, tapi tetap sokong dengan himpunan itu," katanya. | ||
Selebriti Melenting Bila Ditegur Seksi Posted: 14 Jun 2013 04:27 AM PDT Segelintir manusia hari ini bila berbangga-bangga membuat kesalahan, marah pula bila ada yang menegur. Kalau rasa tindakan tu betul, kenapa perlu marah kan? Marah tentulah sebab tahu apa yang dibuat tu salah tapi walaupun tahu salah, tetap tak peduli. Mungkin perlu azankan balik ditelinganya. Insan biasa atau yang bergelar artis, sama sahaja sebab artis pun manusia biasa dan tiada apa yang istimewa pun kan? Ada fan tegur sikit (baru teaser), terus melenting keluar karangan 800 patah perkataan. Hahaha! Jadi nilaikanlah sendiri. Sumber: OhArtis |
You are subscribed to email updates from CELAH GELEGAR To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment