BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! PETISYEN #PRU13 #BLACK505 AKAN MENDEDAHKAN BUKTI PEMBOHONGAN PR !!! WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! DAP DAN PSM BAKAL KOMUNISKAN PR !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! KU LI MENCABAR PM @NAJIBRAZAK UNTUK MENJADI PRESIDEN UMNO ???
- HOT NEWS !!! KANTOI !!! TIADA SATU PATISYEN PR MENGATAKAN PENIPUAN #PRU13 ???
- HOT NEWS !!! SIAPA SEBENARNYA YANG ULTRA KIASU ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! DATUK SERI SHAFIE APDAL SOKONG AKTA BARU PELIHARA INSTITUSI RAJA !!! WAJIB BACA !!!
HOT NEWS !!! PETISYEN #PRU13 #BLACK505 AKAN MENDEDAHKAN BUKTI PEMBOHONGAN PR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 14 Jun 2013 08:30 AM PDT PR dilaporkan akan memfailkan 35 petisyen iaitu 25 kawasan yang dimenangi parti itu dan 10 kawasan yang dimenangi Barisan Nasional.Kos keseluruhan dianggarkan berjumlah sehingga RM1.5 juta.Nampaknya,keputusan untuk memfailkan petisyen ini diambil setelah siri Himpunan 505 masih tidak berjaya memberi impak besar,jauh sekali menjatuhkan kerajaan.Akhir-akhir ini,PR dilihat merasa tertekan diketawakan rakyat kerana hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwat tidak kekal walaupun beria-ia menuduh penipuan melalui gangguan elektrik dan pengundi hantu.Petisyen ini dijangka mengembalikan maruah PR yang sudah ketandusan isu untuk dijadikan bahan dalam ucapan di himpunan-himpunan anjuran mereka.Walaubagaimanapun,saya sangsi yang petisyen ini mampu memberi keuntungan politik kepada PR,sebaliknya ia dilihat sebagai perangkap yang bakal memakan tuannya.Apabila petisyen difailkan,ia akan memaksa pihak berkuasa menyiasat secara terperinci proses pengundian termasuk kempen dan rangkaian kejadian sebelum mahupun selepas pengundian. Dengan itu,saya berharap agar segala tandatanya rakyat mengenai sumber kewangan PR akan turut terjawab.Ramai yang tertanya-tanya,dari mana datangnya wang PR untuk menampung kos kempen yang begitu mewah.Sudahlah sepanjang penggal asyik berkempen yang pastinya menelan begitu banyak belanja,sepanjang tempoh kempen PRU pula masih lagi mampu mengeluarkan belanja yang berlipat ganda lagi banyaknya.saya bukan sahaja bercakap tentang bahan-bahan biasa seperti poster,risalah dan ceramah yang tidak kunjung henti tetapi juga penggunaan helikopter,bas khas,jet peribadi,pengawal peribadi dan berbagai-bagai lagi belanja sampingan termasuk mengupah wartawan dan pelobi asing untuk memaparkan gambaran buruk terhadap kerajaan Malaysia.Tidak lupa juga belanja tidak perlu seperti beribu-ribu bendera kecil berwarna-warni yang 'dihias' di tepi-tepi jalan di kawasan-kawasan tertentu. Ini belum lagi dikira jentera propaganda yang 24 jam kerjanya mengutuk kerajaan dan menabur fitnah.Apa yang lebih menarik ialah bukan semua kawasan yang dipertanding PR memperlihatkan kemewahan yang sama,sebaliknya hanya tempat-tempat tertentu yang jelas menerima peruntukan lebih.Antaranya,Lembah Pantai,Permatang Pauh,Gombak,Ampang,Bandar Tun Razak,Gelang Patah,Alor Setar,Bagan dan Kota Bharu.Selebihnya,calon PR dikhabarkan menerima peruntukan sekadar cukup untuk bahan yang perlu sahaja.Kita berharap agar petisyen ini mampu menjawab persoalan tentang dari mana datangnya pengundi Cina yang begitu ramai di bandar-bandar besar sehingga membawa kepada kemenangan DAP dengan majoriti yang 'memkagumkan' ??? Kita ingin tahu, apakah terdapatnya pengundi hantu di kalangan kaum Cina ??? Kita juga ingin pendedahan dibuat mengenai tingkahlaku agen PR dalam menjalankan tanggungjawab mereka sepanjang waktu bertugas.Kenapa mereka tidak mengambil tindakan sekiranya benar terdapat penipuan ??? Atau apakah mereka sendiri yang menipu ??? Begitu juga dengan bagaimana mereka menangani isu undi rosak akibat dakwat terlekat di kertas undi. Selain itu,saya ingin mendengar bagaimana PR dengan sengaja menyerbu pengundi yang telah 30 tahun menetap di Taman Cempaka dan menuduh mereka sebagai pengundi hantu atau bagaimana pos di Facebook hos Astro AEC,Gan Jiang Han mengenai gangguan elektrik di Bentong mendapat 73,576 'like' dalam sekelip mata seolah-olah semua orang sedang menunggu pos tersebut.saya juga ingin tahu kenapa kemudiannya, ADUN DAP Ketari Lee Chin Chen DAP Bilut,Chow Yu Hui sendiri menafikan berlakunya gangguan elektrik di Bentong ketika proses pengundian dan mengira undi.Siapakah yang menipu ??? Kedua ADUN DAP itu atau Gan ??? saya juga ingin melihat di mana Anwar mendapat bukti terdapatnya 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh seperti yang didakwanya di dalam ceramah-ceramah sebelum PRU dan juga bukti di manakah tempat mereka-mereka ini mengundi serta di manakah mereka pada ketika ini. Apa yang pasti,petisyen yang bakal difailkan ini haruslah bukan sekadar mempersoalkan dakwat yang tidak kekal kerana ia telah pun diakui sebagai kelemahan,bukan penipuan.Tetapi,ia haruslah merangkumi semua tuduhan PR terutamanya 2 perkara pokok yang dibangkitkan mereka iaitu kewujudan pengundi hantu dan juga gangguan bekalan elektrik.Tanpa kedua isu ini menjadi asas petisyen tersebut, maka PR dengan sendirinya terbukti menipu dan hanya mereka-reka cerita.Jangan lupa bahawa petisyen ini membawa kos sehingga RM1.5 juta.Justeru,rakyat tidak mahu mendengar kes remeh mengenai satu dua kes terpencil yang tidak membawa signifikan dari segi keputusan pengiraan undi di satu-satu kawasan semata-mata.Sebaliknya,ia haruslah mempunyai impak kepada keseluruhan keputusan PRU-13. RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! DAP DAN PSM BAKAL KOMUNISKAN PR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 14 Jun 2013 05:00 AM PDT Setelah gagal menepati janji kepada pengundi Cina menjadi Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu,Anwar Ibrahim kini terpaksa membayar harga politik yang mahal sebagai menebus dosanya kepada Dap.Anwar kini tersepit antara mengukuhkan pengaruhnya dalam Pas melalui permainan politik kumpulan Anwarinas yang mendokong agenda beliau atau sebaliknya melutut kepada kuasa baru Dap.Setelah muncul sebagai pemenang terbesar di kalangan parti-parti dalam PR dengan merangkul 38 kerusi Parlimen,Dap sekarang memainkan peranan 'Godfather' atau ketua Mafia kepada Pas dan PKR.Ini membuat Anwar semakin lemas dan cemas kerana jika beliau dilihat kepada Dap,sokongan Melayu kepada PKR akan terus terhakis.Ini jelas boleh dilihat daripada keputusan PRU13 yang menunjukkan kenaikan sokongan terhadap UMNO-BN meningkat sebanyak 30 peratus.Dengan kekuatan Dap di Dewan Rakyat,ditambah pula dengan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang,parti itu dilihat sebagai kuasa paling kuat yang bakal melakar arah tuju Pakatan Rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang sehingga PRU14. Dap tidak akan mudah tunduk kepada tekanan PKR atau Pas kerana ia kini muncul sebagai taiko yang boleh membuat apa keputusan yang bagi kepentingan politiknya.Terbaru Pengerusi Kebangsaan Dap,Karpal Singh meminta agar Anwar memperkenankan,Parti Sosialis Malaysia (PSM) parti kecil yang berorientasikan ideologi sosialis sebagai ahli terbaru PR.Ahli Parlimen Sg Siput,Dr Michael Jeyakumar pula berkata permohonan parti itu yang sudah dibuat beberapa tahun lalu seharusnya diberi pertimbangan yang sewajarnya.Mesyuarat pimpinan PR baru-baru ini menolak sekali lagi permohonan PSM untuk menyertai gabungan pembangkang itu.Persoalannya selama mana Anwar akan mampu berkata tidak kepada PSM bila mana Dap akan menggunakan kuasa dan pengaruhnya akhirnya untuk memastikan parti sosialis itu akan mendapat tempat sebagai rakan sekutu secara rasmi di dalam PR.Jika ini terjadi maka jumlah parti di dalam pakatan pembangkang akan bertambah menjadi empat buah. Tetapi adakah kemasukan PSM kelak akan menguntungkan PR atau ianya hanya akan mengukuhkan parti tertentu di dalam pakatan pembangkang. PSM dan Dap berkongsi ideologi politik yang sama iaitu sosialisme.Sementara PSM dilihat mengamalkan bentuk sosialis yang lebih kritikal,tidak berkompromi dan keras Dap pula menggunakan pendekatan ilmiah dan politik yang lebih licik.Apapun kedua-duanya berkongsi pandangan politik yang menentang sistem kapitalisme.PKR pula mempunyai ideologi politik yang berteraskan kepada kepelbagaian dan ini termasuklah menerima prinsip liberalisme dan pluralisme agama dengan mudah.PKR,Dap dan PSM boleh bekerjasama kerana ketiga-tiga parti tidak berorientasikan agama berbeza dengan Pas yang berjuang di atas prinsip Islam.Bagaimana Pas boleh menerima PSM sebagai sekutunya di dalam Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji. Sementara pucuk pimpinan Pas mungkin akan menggunakan alasan tahaluf sahsiah untuk menghalalkan penerimaan keahlian Pas,peringkat akar umbi pula tidak mungkin menerima dengan hati terbuka. Ketika polemik merebut beberapa kerusi DUN di antara Pas dan PKR,Abdul Hadi Awang dalam komennya payah bagi Pas sesetengah PKR yang didakwa mengantung gambar ideolog komunis Karl Marx dan Lenin di dinding pejabat mereka.Sekiranya PSM berjaya meyakinkan Anwar melalui Karpal,kedudukan Pas sebagai rakankongsi kanan di dalam PR akan tercabar. Ini kerana walaupun saiz keahlian PSM adalah kecil,namun ahli-ahlinya adalah lebih agresif,komited dan tidak mudah beralah dalam memperjuangkan hak mereka.Ini boleh dilihat dalam perebutan antara PSM dan PKR di kerusi DUN Semenyih dan pertelagahan tiga sudut di antara PSM,PKR dan Pas di DUN Kota Damansara. Ahli-ahli Pas pada peringkat umbi menentang keras kerusi DUN Kota Damansara diberi kepada PSM yang bertanding di bawah lambang PKR tetapi suara mereka tidak dipedulikan. Malah untuk menyakitkan lagi hati penyokong-penyokong do kawasan itu,Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menghentam mereka sebagai derhaka, pengkhianat dan sebagainya.Situasi ini sudah tentunya tidak akan membawa keharmonian di antara Pas, PSM dan PKR dan akan memburukkan hubungan politik sehingga menjelang PRU14.Apakah PSM akan bersetuju dengan rancangan Pas untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam apabila ideologi parti itu menolak prinsip-prinsip agama dalam ??? Apakah Pas sanggup berkompromi dengan PSM yang mendapat sokongan kuat daripada Dap dan PKR dalam perkara yang menyentuh hak-hak Melayu,Islam dan Institusi Raja ??? Bolehkan Pas menerima prinsip kesamarataan yang diperjuang oleh ketiga-tiga parti itu yang akan merugikan Melayu dan Islam ??? Persoalan seperti ini akan memeningkan kepala pimpinan Pas kerana perbezaan ideologi, pendekatan politik serta keutamaan prinsip perjuangan adalah amat jauh berbeza sekali antara parti-parti tersebut.Akhirnya PR akan terjerumus di dalam kemelut dan krisis politik yang tidak ada sudahnya.Kemungkinan Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat di masa yang tidak berapa lama lagi tidak boleh diketepikan.Perkara ini malah pernah disuarakan oleh Abdul Hadi beberapa kali yang membayangkan parti itu akan mengorak langkah bersendirian jika pandangan percanggahan prinsip politik tidak dapat diatasi lagi. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KU LI MENCABAR PM @NAJIBRAZAK UNTUK MENJADI PRESIDEN UMNO ??? Posted: 14 Jun 2013 02:00 AM PDT desas desus mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) akan mencabar Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dalam pemilihan UMNO akan datang,sudah mula bertiup kencang di sana sini.Banyak blog dan facebook sudah mula memainkan isu tersebut dengan pandangan yang pelbagai.Ada yang menyokong,ada yang tidak dan sebagainya.Sememangnya,sebagai sebuah parti yang berasaskan kepada demokrasi,hasrat Kuli ini (jika benar) bukanlah satu kesalahan,tapi dalam masa yang sama kita perlu ingat,menjadi Presiden UMNO bukan setakat menjadi ketua kepada parti terbesar orang Melayu tersebut semata-mata,tapi dalam masa yang sama,Presiden UMNO juga akan turut memikul tanggungjawab secara automatik sebagai Pengerusi BN. Disinilah kredebilti dan keupayaan Kuli untuk memimpin BN menjadi tanda tanya banyak pihak.Beliau mungkin diterima oleh orang Melayu yang membentuk majoriiti dalam UMNO,tapi mampukah kepimpinan Kuli diterima oleh parti komponen BN yang lain ??? Hal ini penting untuk disebut kerana yang akan bertanding dalam pilihanraya ialah BN,bukan UMNO.Lagipun,pada usia 76 tahun sekarang,saya dan ramai yang lain lagi tidak yakin Kuli mampu menjadi seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang berkesan untuk rakyat Malaysia.Kuli gemar menoleh kebelakang,dari melihat masa hadapan dan atas sebab itulah ketika Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutuan) mengharamkan UMNO pada 1988,Kuli mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan Semangat46 (S46) yang bertujuang menghidupkan semangat UMNO lama.Orang Melayu tidak memerlukan semangat UMNO lama, pada masa itu pun (ketika S46 ditubuhkan),orang Melayu bukan berada pada keadaan dimana semangat laut dan semangat padi masih di puja untuk mendapatkan hasil yang lebih. Orang Melayu memerlukan perubahan dari segi ekonomi dan sebagainya untuk mengubah nasib kaum tersebut. Bercakap tentang S46, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kuli pernah menubuhkan 2 pakatan pembangkang yang diterajui S46 untuk mencabar BN selepas melihat 'kejayaan' PAS dan S46 merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990. 2 pakatan pembangkang tersebut ialah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat.Secara mudahnya,APU mewakili parti pembangkang berasaskan Melayu/Islam (PAS, Berjasa,HAMIM,KIMMA) sementara Gagasan Rakyat mewakili parti pembangkang bukan Islam (DAP dan PRM).Kenapa diwujudkan 2 pakatan pembangkang mengikut kaum dan kepercayaan agama berbeza ??? Sebab Kuli tidak mampu menyatukan kesemua parti pembangkang di Negara ini pada waktu itu, atas platform yang sama.Lagipun S46 adalah parti clone kepada UMNO (sebut Melayu) dengan Kuli sendiri dilihat sebagai ultra Melayu seperti mana Datuk Ibrahim Ali dan pertubuhan PERKASA hari ini. BN dan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang ultra Melayu.BN memerlukan pemimpin moderate yang mampu mengendalikan kepelbagaian kaum dan kepercayaan agama di negara kita. Kuli sudah tentu sedar akan perkara tersebut sebab beliau akhirnya membubarkan S46 dan membawa ahli parti tersebut menyertai semula UMNO pada 1996.Pendek kata,Kuli tidak mampu memimpin sebuah parti berbilang kaum seperti BN, melihat kepada sejarah poltiiknya yang lampau.Yang penting sekali,Kuli bukanlah jenis pemimpin yang mampu mengadaptasikan dirinya kepada perubahan semasa dan keadaan ini sudah tentu tidak sesuai untuk sebuah negara yang menghampiri status negara maju seperti Malaysia. Selain faktor umur yang disebutkan di atas. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! KANTOI !!! TIADA SATU PATISYEN PR MENGATAKAN PENIPUAN #PRU13 ??? Posted: 13 Jun 2013 11:00 PM PDT sebaik sahaja BN diumumkan oleh pihak SPR sebagai pihak yang menang dalam PRU13 yang lepas,pembangkang memulakan gerakan besar-besaran untuk menafikan kemenangan tersebut dengan pelbagai dakwaan,antaranya berlaku penipuan oleh pihak SPR,pengundi hantu,blackout dan sebagainya.Kemudian,dicananglah berulang-ulang kali pembohongan tersebut sehingga boleh tahan jugaklah yang terpengaruh dengan pemikiran songsang tersebut.Termasuk dari kalangan profesional yang Anehnya,sehingga tarikh akhir untuk memfailkan petisyen berakhir kelmarin dan pembangkang sendiri pun telah memfailkan sehingga 34 petisyen pilihanraya,tak satu pun di antara petisyen-petisyen tersebut yang menyebut tentang dakwaan pengundi hantu,blackout dan sebagainya.Dari apa yang saya dimaklumkan,majoriti daripada petisyen tersebut mempersoalkan undi rosak melibatkan dakwat kekal, dakwaan rasuah, membeli undi dan sebagainya.walaupun saya berada di mana pun,saya tahu semua ni walaupun sekarang saya di washington DC dalam masa yang sama juga,pembangkang melata berceramah dan berkempen mendakwa BN melakukan penipuan,40,000 orang warga Bangladesh dibawa menaiki ratusan pesawat dari Sabah dan Sarawak untuk mengundi BN dalam PRU yang lepas,di Bentong dan 30 kawasan lain berlaku blackout di pusat penjumlahan undi dan kononnya pada waktu itulah peti undi tambahan dibawa masuk,digugurkan dari helikopter dan sebagainya.Bahkan beberapa perhimpunan haram besar-besaran dengan menggunakan Blackout sebagai tema, telah diadakan di hampir seluruh negara dengan pemimpin pembangkang terlibat berpakaian hitam bagi menunjukkan memang betullah penipuan, blackout dan sebagainya itu berlaku.Kalau benar seperti mana dakwaan pembangkang tersebut, kenapa perkara itu tidak dimasukkan dalam mana-mana satu dari 34 petisyen yang difailkan sekarang ??? Kalau ikut daripada graviti dakwaan yang dibuat,terutama membabitkan 40 ribu pengundi Bangladesh dan 30 kawasan blackout, bukan mana-mana satu,sepatutnya setiap satu petisyen mesti mengandungi dua perkara tersebut, tapi kenapa tidak ada ??? Tipu rakyat dan dakwa macam-macam,tapi dalam petisyen pilihanraya,perkara yang dituduh itu tidak dimasukkan pula supaya senang dibahaskan di Mahkamah nanti.Inilah yang dikatakan menipu dalam terang. Mulut cakap lain tapi buat lain.Depan rakyat dakwa macam-macam penipuan,tapi dalam petisyen tak sebut langsung pun penipuan yang di dakwa.Tak sukar nak mengagak kenapa dakwaan pengundi hantu 40 ribu dan blackout ini tidak dimasukkan dalam petisyen, sebab memang pembangkang tidak ada bukti.Kita harap,rakyat sedar dan ambil iktibar sewajarnya.Tak sepatutnya perkara ini dibiarkan kerana kalau pembangkang berjaya juga akhirnya berkuasa dan membentuk kerajaan, kita tak tahulah pada waktu itu, apa yang akan berlaku.Silap-silap,penipuan dan spin akan diwajarkan, malah dijadikan sebahagian dari undang-undang dan pada waktu itu keadaan akan menjadi tidak terkawal. Itu yang kita bimbang sangat tu.Semoga Allah menyelamatkan kita semua dan negara kita dari terjerumus ke kancah tersebut RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! SIAPA SEBENARNYA YANG ULTRA KIASU ??? WAJIB BACA !!! Posted: 13 Jun 2013 07:30 PM PDT Pada 1 Jun minggu lalu saya dijemput berceramah (forum) oleh sebuah pertubuhan Islam di Singapura.Malangnya,setiba di sana saya ditahan dan disoal siasat selama 1 jam.Saya tidak tahu sebab musababnya.Tiga bulan lalu saya turut dijemput,tidak timbul masalah sebegini.Sebelum itu,sudah lama juga (hampir 4 tahun) saya tidak ke Singapura kerana tidak dapat clearance daripada pihak berkuasa di sana.Saya sudah dapat agak sebabnya.Cuma, kali ini (2013) saya hairan kerana saya dijemput semula.Seperti biasa saya menerima jemputan tersebut.Saya disoal siasat dengan pelbagai soalan bersifat amat peribadi.Semua perkara mengenai saya dan keluarga ditanya mahukan jawapan.Saya menjawab semua soalan dengan baik,sehinggalah percubaan untuk mengambil telefon bimbit saya. Ketika itu,saya mula berkeras,kerana ia terlalu peribadi dan saya tidak benarkan sama sekali.Saya bertanya kenapa saya ditahan dan disoal siasat,mereka mengatakan ia prosedur biasa.Kenapa saya,bukan pelancong lain? Tiada jawapan.Sejurus dilepaskan,saya bertanya kepada pihak penganjur.Mereka mengatakan ia ada kaitan dengan artikel yang saya tulis dalam akhbar-akhbar tempatan terutama menyentuh isu Melayu Islam di Malaysia,tidak ketinggalan di Singapura.Jangkaan saya selama ini benar.Apa yang saya tulis kebelakangan ini,tidak disenangi oleh pihak berkuasa ultra kiasu di sana.Perangai ultra kiasu Malaysia sama sahaja dengan ultra kiasu Singapura.Ingatan saya kepada kerajaan Malaysia,berhati-hatilah.Jangan gadaikan kepentingan negara seperti hartanah,rumah,air dan sebagainya atas nama persahabatan dan sangka baik.Belum tentu mereka menghargainya. Mereka mempunyai banyak duit dan boleh buat apa sahaja.Sebahagian daripada hartanah di Johor dan Pulau Pinang sudah banyak dibeli dan menjadi hak milik kekal.Ini tidak termasuk di negeri lain (Malaysia).Apa pengajaran yang dapat dipetik daripada insiden ini ??? Bahaya ultra kiasu kepada negara.Jika tidak dibendung,apakah nasib Melayu (Islam) di bumi Melayu.Justeru,saya mahukan umat Islam sedar,tidak kira apa jua partinya.Seagama tetap bersaudara,walaupun tidak sebangsa.Benar,kita perlu berbaik sangka.Tetapi apakah kita harus terus berdiam,jika musuh begitu nyata di depan mata dan sentiasa merancang untuk memusnahkan kita.Bukanlah maksud saya kita turut bertindak memusnahkan mereka.Paling penting,kita perlu bertegas dengan mereka mulai sekarang.Jangan terlalu fikirkan soal pembangunan dan undi.Menang sorak kampung tergadai.Kaduk naik junjung.Bertindaklah mengikut perlembagaan.Jika mereka menyentuh isu-isu sensitif,seperti menghina Islam,raja dan Melayu (bangsa dan bahasa),yang terkandung dalam akta hasutan,jangan ragu-ragu dengan tindakan itu.Jika kita terus berlembut,kita akan terus menjadi mangsa.Jangan haraplah dengan berlembut,mereka akan mengundi kerajaan sedia ada. Insiden yang saya alami cukup jelas.Ultra kiasu tidak mahu ada sesiapa yang menghalang mereka.Awal-awal lagi sudah dibanteras.Orang Melayu (Islam) yang belajar di sekolah kerajaan,tidak dibenarkan memakai tudung (menutup aurat). Umat Islam mesti akur dengan keputusan tersebut, suka atau tidak.Jika berceramah,perkara yang tidak boleh disentuh adalah ; polisi dan dasar kerajaan mereka tidak boleh dikritik,isu Israel tidak boleh disentuh,isu agama apatah lagi.Pendek kata,jika berceramah di Singapura,hanya boleh bercakap tajuk itu sahaja.Jangan unsur-unsur sindiran,hasutan dan sebagainya.Berbeza sungguh demokrasi di negara kita dengan mereka.Kita terlalu memberi banyak kebebasan,sehingga ultra kiasu menjadi semakin berani.Sama ada isu tersebut sensitif atau tidak,semuanya dilanyak.Kerajaan terus berdiam diri.Jika pihak berkuasa cuba bertindak,maka dituduh melanggar hak asasi manusia.Kita pun mengalah.Lihatlah bagaimana ultra kiasu membela wanita yang menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA).Pada mereka,itu tidak salah,malah dibenarkan.Sedangkan ultra kiasu tahu itu salah.Mereka begitu berani.Kenapa? Jawapannya,mudah,kerana adanya ultra kiasu menyebelahi mereka.Kesimpulannya,janganlah kita asyik menuding jari kepada saudara seagama.Lihatlah sama musuh kita itu,kerana mereka lebih bahaya daripada saudara seagama. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! DATUK SERI SHAFIE APDAL SOKONG AKTA BARU PELIHARA INSTITUSI RAJA !!! WAJIB BACA !!! Posted: 13 Jun 2013 05:00 PM PDT Naib Presiden Umno,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi orang pertama di kalangan menteri kabinet yang bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan satu rang undang-undang baru bagi menghukum perbuatan sesetengah pihak yang semakin berani menghina institusi Raja-Raja Melayu.Ini kerana sudah acap kali institusi ini dijadikan sasaran kejian,makian,hinaan dan sebagainya.Sejak kebelakangan ini,institusi Raja-Raja Melayu telah dijadikan sasaran serangan, khususnya di kalangan pimpinan pakatan pembangkang yang secara tidak langsung cuba mengheret Raja-Raja Melayu ke dalam kancah politik sempit mereka.Tidak cukup dengan itu,ada di kalangan penyokong mereka yang bertindak kurang ajar dengan mengeluarkan pelbagai komentar di laman-laman sosial atas nama hak dan kebebasan bersuara.Ironinya,apabila ditanya pimpinan pakatan akan segera menafikan niat di sebalik perbuatan mereka itu dengan mengatakan mereka tidk berniat untuk menghina atau sebagainya.Namun apabila ada di kalangan penyokong mereka yang ditangkap untuk tujuan siasatan,pimpinan pakatan pembangkang akan menjadi orang pertama tampil membela perbuatan itu sambil menggesa agar pihak berkuasa segera membebaskan tahanan tersebut. Ekoran serangan yang tiada henti ini bekas Hakim Mahkamah Rayuan,Mohd Noor Abdullah tampil untuk mengemukakan cadangan agar kerajaan menimbangkan usul untuk mewujudkan satu undang-undang khas terhadap kesalahan menderhaka kepada raja.Ia bertujuan untuk mengelakkan perkara ini menjadi satu budaya baru dalam masyarakat.Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,institusi Raja yang berdaulat perlu dipelihara bagi mengelak penghinaan terhadap institusi tersebut. Satu undang-undang baru perlu digubal untuk menghukum perbuatan mereka yang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu ini "Institusi Raja-raja ini sebuah institusi yang termaktub dalam perlembagaan dan ianya berdaulat. Jadi kita tak nak ia dipersendakan.Mungkin salah satu kaedah yang baik ialah dengan menyediakan satu akta bagi mengelak penghinaan pada institusi Raja ini supaya takkan berlaku (penghinaan)," katanya. Shafie turut menegaskan,kajian menyeluruh harus dilakukan dalam penggubalan akta itu,yang dilihat sesuai untuk menghalang pihak atau individu tertentu daripada menderhaka kepada raja,sama ada dalam bentuk ucapan,sindiran,grafik dan sebagainya.Walaupun banyak pihak terutama di kalangan pimpinan parti-parti pembangkang yang membantah,ia tidak bermakna akta itu nanti tidak boleh menjadi kenyataan suatu hari nanti.Setidak-tidaknya apa yang disuarakan oleh Mohd. Noor sangat relevan dalam keadaan sekarang.Menerusi akta tersebut,ia memberi mesej jelas bahawa institusi diraja tidak boleh dipersendakan apatah lagi dihina selain dapat membantu menangani ekstremisme.Tiada sesiapa yang perlu gusar terhadap akta seumpama itu jika tiada niat serong.Rakyat yang cintakan Perlembagaan negara dan menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, tidak sepatutnya menolak. Malah saya turut bersetuju dengan komentar yang diberikan oleh Awang Selamat (salah seorang kolumnis dari Utusan Malaysia) yang mengatakan cadangan Mohd. Noor itu sedikit sebanyak mampu mencetuskan perhatian terhadap sejauh manakah komitmen kita semua dalam menjaga institusi diraja. Ia boleh membuka perdebatan apakah undang-undang sedia ada termasuk Akta Hasutan 1948,Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sudah memadai.Ini kerana undang-undang sedia ada dilihat tidak memadai,kerana jika ia memadai,mengapa makin banyak kes menghina raja kita ??? Sebagai contoh cuba kita bandingkan negara luar yang begitu bertegas dalam mempertahankan sola ini. Mahkamah Thailand di bawah undang-undang 'lese-mejeste' sebelum ini telah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) menghina raja pada 2011.Dalam satu kes di Kuwait pada 8 Mac lalu,mahkamah di negara itu menjatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan ke atas seorang aktivis selepas didapati bersalah menghina Amir Kuwait selain menyeru perhimpunan antikerajaan dan menyebarkan berita palsu menerusi akaun twitternya. Di Mesir pada 2 Jun lalu pula,sebuah mahkamah di Kaherah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun terhadap seorang lelaki Kristian atas kesalahan menghina al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam. Di Malaysia,hukuman ke atas pesalah menghina Raja-raja Melayu masih ringan,yang sesiapa pun tidak gerun untuk melakukan perbuatan itu.Ada beberapa kes,mencuri sebotol serbuk minuman di pasaraya lebih berat hukumannya daripada menghina raja.Benarkah tahap penguatkuasaan undang-undang di Malaysia kurang berkesan kerana kita mahu menjaga hati kaum dan penganut agama lain ??? Baik sangatkah mereka kepada umat Islam ??? Percayalah selagi tidak ada undang-undang dan hukuman tegas dikenakan kepada penghina, maka mungkin bentuk penghinaan yang lebih dahsyat akan berlaku pada masa depan.Setakat ini,penulis blog,facebook,twitter yang hina orang Melayu dan agama Islam hanya menyatakan mohon maaf.Cukupkah setakat itu sahaja ??? Selagi masih ada kelompongan di dalam perundangan kita,maka pasti akan ramai lagi yang cuba bertindak biadab ibarat 'kaduk naik junjung'. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment