tun faisal dot com

tun faisal dot com


#DAPBlackOut : 753 pemilih berdaftar DAP dinafikan hak mengundi, @LimKitSiang wajar letak jawatan

Posted: 30 May 2013 09:00 PM PDT

Post Pic

Black-out DAP telah menyebabkan 753 pemilih berdaftar DAP dinafikan hak mengundi, kata Pendaftar Pertubuhan (ROS). Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa parti cauvinis DAP ditadbir secara autokratik oleh pemimpinnya dan terhakisnya amalan demokrasi dalam parti tersebut. Selain penafian hak, integriti parti dan pemimpin DAP turut tercemar apabila timbul insiden kesilapan penjumlahan undi yang begitu ketara dan tidak masuk akal. Kesilapan penjumlahan ini mengakibatkan anak tiri berketurunan Cina, Allahyarham Tan Sri Khir Johari, Zairil Khir Johari yang pada mulanya hanya mendapat 305 undi tiba-tiba sahaja memperolehi 803 undi. Black-out DAP nampaknya boleh kurangkan jumlah pengundi dan boleh naikkan jumlah undi dalam sekelip mata. Integriti parti DAP sudah tercemar teruk akibat tregedi ini. Lim Kit Siang dan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng memang patut letak jawatan disebabkan tragedi yang memalukan ini.





Ramai ahli DAP tak terima notis mesyuarat - ROS

pada 30-05-2013 06:05 



KUALA LUMPUR:  Siasatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendapati ramai anggota DAP yang layak, tidak menerima notis panggilan untuk menghadiri kongres kebangsaan parti, pada 15 Dis lalu.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata keputusan siasatan itu diperoleh selepas siasatan ke atas aduan daripada anggota DAP yang tidak menerima notis tersebut.

"Anggota-anggota DAP yang tidak menerima notis itu telah dinafikan hak untuk mengundi dan seterusnya membuat pemilihan di kongres tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Rahman juga memaklumkan bahawa ROS akan meneruskan siasatan terhadap isu lain yang dikemukakan pengadu dan akan meneliti semua dokumen sebelum keputusan dibuat berdasarkan Akta Pertubuhan 1966.

Isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti berkenaan pada tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh anggotanya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada hari tersebut.

Anti-Federalisme : Nurul Izzah dihukum makan KFC sebelum dihantar pulang ke KL

Posted: 30 May 2013 05:00 PM PDT


AUTONOMI Sabah adalah antara retorik kebencian yang sering dimainkan oleh pemimpin PR dalam agenda anti-Federalisme mereka. Namun bila pemimpin Sabah melaksanakan autonomi dalam aspek imigresen, mereka pula yang gagal untuk menghormati keputusan pemimpin Sabah. Autonomi dalam aspek imigrasi dan kemasukan ke dalam negeri Sabah merupakan salah satu perkara di dalam Memorandum 20 Perkara Borneo Utara ketika bersetuju menyertai Malaysia pada tahun 1963. 

Perkara 6 dalam Memorandum 20 Perkara adalah mengenai aspek Imigresen, yang menyatakan bahawa - Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.

Nampaknya pemimpin PR bercakap hanya macam burung kakak tua ketika berceramah tentang autonomi Sabah dan sewaktu memainkan sentimen anti-Federalism - mereka tak faham pun apa yang mereka kata...


Minah gampang ni dakwa dirinya tak diberi makan semasa ditahan

on Friday, May 31, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa


http://sejarahmelayu.blogspot.com/2013/05/minah-gampang-ni-dakwa-dirinya-tak.html


Nurul Izzah bukan sahaja meroyan tak boleh masuk Sabah hari ini oleh kerajaan negeri  , malah anak Anwar yang kuat fitnah ini  juga mahu tarik simpati dengan cara  menipu  tak diberi makan semasa ditahan .

Anak Anwar ini  mendakwa dalam status  FB semasa di tahan oleh pihak imegresen dia tidak di beri makan minum.

Walhal  yg sebenarnya beliau di beri maknan dan minuman KFC secukupnya seperti  dalaam  gambar ini...

GPB difahamkan tindakan pihak berkuasa menghalang dia masuk ke Sabah kerana tidak mahu puak-puak nak  membuat huru hara sesukahati menghasut pulak rakyat Sabah.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...