BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR PEMUDA UMNO LEMBIK ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 30 May 2013 09:00 AM PDT


Kekuatan sesebuah parti seringkali dikaitkan dengan tenaga pemuda.Jika pemudanya lembik,maka lembiklah parti itu.Justeru,di ketika UMNO menghadapi situasi yang genting ini,semua mata beralih kepada Ketua Pemuda parti ini.Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin,sememangnya satu watak yang kontroversi.Kemunculan beliau dalam politik negara tidak diraikan malah dipersalahkan hampir seratus peratus atas kemerosotan prestasi BN dalam PRU 2008.Nama beliau telah dikaitkan dalam berbagai skandal yang melibatkan GLC yang turut mengukir label 'rasuah' di dahinya.Beliau,bagaimanapun tidak pernah dikenakan tindakan yang mana menyebabkan dendam dan marah rakyat terhadapnya amat sukar untuk dipadamkan.Mungkin ada yang akan sakit hati dengan tindakan penulis mengungkit latarbelakang Khairy,tetapi ini adalah sejarah serta bukannya kisah yang direkacipta demi kepentingan politik sesiapa.Suka atau tidak,kita tidak boleh memadam atau menukar sejarah. 

Namun,Khairy bernasib baik kerana kepimpinan nampaknya ingin terus memberi peluang kepadanya atas dasar 'kebijaksanaannya' dan 'demi pembaharuan' dalam parti.Kepimpinan tentunya menaruh harapan besar yang beliau akan berubah demi membawa anak-anak muda ke arah kecemerlangan atau memimpin Pemuda UMNO ke arah kegemilangan,sesuai dengan imejnya yang 'terbilang' itu.Malang sekali, sehingga ke hari ini,walaupun dijulang sebagai 'lulusan Oxford' dan 'bergaya' Pemuda UMNO di bawah Khairy masih lagi belum mampu membentangkan idea yang bernas setaraf dengan kelulusannya mahupun tindakan yang efektif selaras dengan imejnya.Antara 'perjuangan' beliau yang boleh 'dikenang' adalah membela Mat Rempit.Beliau juga diingati kerana membawa sikap 'pemimpin jalanan',menjerit-jerit serta membaling botol ketika menerajui demonstrasi suatu ketika dahulu.Selain itu,beliau mungkin dikenali kerana minatnya pada bola sepak.Manakala,hari ini kita diperlihatkan akan bakat beliau bermain dram pula.Tidak dapat dinafikan beliau punya kebolehan bercakap dan petah berdebat tetapi lebih dari itu,kita belum melihat 'hasil' yang signifikan dari buah fikiran atau kerja tangan Ketua Pemuda ini dalam konteks pembangunan negara atau parti.Hakikatnya,negara dan parti kini sedang menghadapi masalah,terutamanya dalam isu perpaduan yang mana membawa kepada masalah hala tuju masa depan.Masalah ini adalah parah di kalangan anak-anak muda yang rata-ratanya 'tidak keruan' akan jati diri,asas kenegaraan,keagamaan mahupun di mana letaknya diri mereka di bumi ini. 

Anak-anak muda Malaysia dari berbagai kaum keliru tentang apa yang penting dalam hidup mereka,apa yang mereka cari dan siapa yang mereka perlu jadi.Mereka tidak tahu dan keliru tentang sejarah dan budaya Malaysia.Mereka juga tidak langsung tidak punya pegangan,menolak ilmu pengetahuan, suka berpeleseran tetapi perasan bagai cendekiawan.Semua ini perlu ditangani oleh Ketua Pemuda dan pasukannya dengan segera demi keteguhan negara.Aktiviti-aktiviti yang lebih serius dan bukan 'glamour' perlu dipertingkatkan untuk menarik anak-anak muda berfikir dan menjadi manusia bijak dalam ertikata yang sebenar.Dari segi parti pula,Pemuda UMNO perlu aktif mendaftarkan ahli-ahli UMNO di kalangan anak-anak muda,memahamkan mereka akan perjuangan parti keramat ini serta membina semangat juang yang padu.Program-program usahawan muda,idea-idea untuk menjana ekonomi mereka perlu dijalankan.Pemuda juga wajar mempunyai kebolehan untuk melontarkan idea bernas dalam membina, mempertahan dan meningkatkan kedudukan bumiputera. 

Perlu pantas mengenalpasti masalah yang sering dikeluh-kesahkan oleh rakyat contohnya,pemilikan aset negara oleh orang asing yang semakin berleluasa,seperti yang diluahkan oleh Norman Fernandez,Timbalan Pengerusi DAP Johor.Rakyat hairan kenapa persoalan seperti itu tidak datang dari dalam UMNO,khususnya Pemuda UMNO,tetapi DAP.Justeru, kita tertanya-tanya dengan rekod sang ketua dan pasukannya yang corot serta imej yang 'gila glamour',apakah Pemuda UMNO mampu memikul tanggungjawab berat dan serius ini ??? Malah,seringkali kita juga musykil mungkinkah Pemuda UMNO juga berkongsi kekeliruan dan ketidak-keruan anak-anak muda Malaysia masa kini ??? Bezanya,sebagai Pemuda UMNO,mereka sudah punya kuasa jadi tidak perlulah terkinja-kinja merusuh bersama Anwar Ibrahim.Jika tidak,mungkin mereka juga akan ke hulu ke hilir berbaju hitam menjerit-jerit yang demokrasi sudah mati.Sekiranya artikel ini begitu pedas,anggapkanlah ia sebagai satu cabaran.Tidak perlu melompat membela diri atau menghala senapang ke sana sini.Buktikan pada rakyat bahawa Pemuda UMNO bukanlah Mat Jiwang,Mat Bunga,Mat Glamour,Mat Rempit,Mat Rewang atau Mat Lembik.Berdirilah bagai seorang hulubalang menjaga hak dan kedaulatan umat Melayu dari dirampas dan diserang.Bangunlah bagai pejuang menuju era baru di mana kebijaksanaan merupakan jaminan terakhir untuk terus hidup.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAYUAN KES RASUAH DR. KHIR TOYO DITOLAK TIGA HAKIM MAHKAMAH !!!

Posted: 30 May 2013 07:01 AM PDT


Bekas Menteri Besar Selangor,Dr. Mohamad Khir Toyo kalah dalam perbicaraan kes rasuah yang dikenakan terhadap dirinya dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan.Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Sri Zahrah Kechik,45,dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat NO 8 & 10,Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Seri Shamsuddin Hayroni, empat tahun lalu.Menurut rekod,Mohamad Khir mendapatkan hartanah tersebut dengan harga RM 3.5 juta sedangkan Ditamas membeli dengan nilai RM 6.5 juta pada 23 Disember 2004. Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 29 Mei 2007 di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor (pada waktu itu) di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam. 

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis,2011.Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan,serta hujah daripada kedua-dua pihak,panel bersetuju bahawa hakim perbicaraan telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu. - Kl Pos 

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #BLACKOUT505 !!! MANA LAPORAN POLIS TENTANG PENGUNDI HANTU ??? SAH !!! PR KENCING RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 30 May 2013 05:00 AM PDT


Setelah beberapa minggu PRU berlalu, Anwar Ibrahim masih lagi menyanyikan lagu SPR penipu.Biarpun sekutu dan orang-orangnya sendiri sudah mendiamkan diri,namun Anwar masih tidak dapat berhenti menyanyi dan berbuat konsert di sana sini untuk menghiburkan anak-anak muda tak sedar diri.Kata Anwar,SPR penipu kerana dakwat tak kekal dan SPR telah pun memberi jawapan yang panjang lebar mengenai perkara tersebut.Justeru,benar ada kes dakwat tidak kekal,tetapi itu bukan satu bukti penipuan,hanya bukti kelemahan.Jika Anwar ingin mendakwa SPR menipu,beliau harus melaporkan perlakuan tersebut secara spesifik,contohnya mengundi dua kali kerana dakwat dijari telah hilang selepas dibasuh dan bukan sekadar melaporkan dakwat hilang selepas dibasuh.Masalahnya,walaupun sudah berminggu berlalu,Anwar tidak mampu mencari walau satu kes sebegitu untuk dilaporkan.Samalah juga dengan tuduhan beliau mengenai pengundi hantu. 

Sehingga kini,tiada satupun laporan mengenai pengundi hantu.Jangankan senarai nama mereka,tetapi satu nama pun tidak ada.Yang ada hanyalah satu demi satu pembongkaran mengenai salah-tuduh dan penipuan oleh pihak Anwar sendiri.Antaranya,Chua Lai Fatt iaitu warga Malaysia keturunan India yang menjadi anak angkat kepada keluarga Cina yang dituduh PR sebagai pengundi hantu.Kemudiannya,kisah sekeluarga yang dituduh pengundi hantu lalu terjadi 'perang mulut' sehingga kenalan dan jiran mereka mengesahkan kedudukan sebenar.Ada juga kes di mana warga Indonesia dibayar oleh puak PR agar berlakon sebagai pengundi hantu tetapi kemudiannya kantoi apabila mereka sendiri mengaku menerima bayaran dari PR.Tidak lupa juga sebuah bas yang kononnya membawa pengundi hantu BN siap membawa bendera BN yang entah kenapa melalui kawasan yang dipenuhi penyokong PR tetapi kemudiannya didedahkan sebagai sengaja diada-adakan oleh PR sendiri.

Dan paling terbaru gambar salah seorang yang dikatakan pengundi hantu dan diedarkan di Facebook oleh puak PR,akhirnya kantoi apabila gambar lamanya bersama Bhawani dan Ambiga terdedah.Oleh itu,inilah disarankan kepada pihak SPR iaitu daripada melayan Anwar Ibrahim menuduh itu dan ini tanpa membuat laporan jelas,adalah lebih baik pihak SPR sendiri yang membuat laporan terhadap Anwar dan Ambiga kerana menipu.Dengan cara ini sahaja maka Anwar akan terpaksa mendedahkan senarai nama-nama pengundi hantu yang dikatakannya.Jika Anwar punya maklumat terperinci mengenai jumlah dan cara kemasukan mereka yang dikatakan pengundi hantu sebelum ini,maka tidak mungkin Anwar tidak mempunyai meklumat mengenai nama mereka, tempat mereka mengundi dan siapa yang mereka undi dalam PRU yang lalu.Lebih penting,di manakah mereka sekarang ???  Apakah mereka telah dihantar pulang atau terus menjadi warganegara Malaysia ??? Seharusnya,inilah yang ditanya oleh peserta-peserta Himpunan 505 setiap kali Anwar berucap di pentas.Tidakkah mereka sendiri tertanya-tanya akan perkara ini ??? Bagaimana mereka boleh berhimpun tanpa penjelasan yang pasti tentang kenapa mereka berada di situ ??? Bagaimana seseorang itu sanggup berhimpun atas alasan menentang penipuan tanpa dapat menjelaskan penipuan apa,di mana,siapa yang terlibat dan bagaimana ia berlaku ??? Maka jelaslah sudah bahawa peserta-peserta Himpunan 505 sememangnya terdiri dari manusia-manusia yang tidak tahu berfikir dan hanya manusia-manusia beginilah yang menjadi pengikut Anwar Ibrahim dulu kini dan selamanya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SAM KETOT MEMBELASAH HADI AWANG KAW-KAW !!!

Posted: 30 May 2013 01:30 AM PDT


Selepas Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali menyelar Hadi Awang kerana tidak mengambil tindakan serius terhadap calon PAS yang bertanding di kawasan yang ditandingi mereka dalam PRU 13,kini giliran Ketua AMK,Shamsul Iskandar Mohd Akin melakukan tindakan sama terhadap Presiden PAS berkenaan kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.Shamsul yang baru merasa jawatan sebagai ahli Parlimen Bukit Katil,turut meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.Shamsul dipetik mengeluarkan kenyataan dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9,tempoh hari.Beliau turut menyindir Hadi yang katanya seolah-olah benak tidak memahami 'tahalluf siyasi' (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia. 

Semasa kempen Pilihan Raya 2013,Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti.Tanpa menamakan calon,menurut Abdul Hadi,PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah "pil kuda" dan berideologi komunis."Nak jadi calon macam mana edar pil kuda ??? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni,terang-terang saya sebut.Ada calon yang menjulang gambar Lenin,gambar Stalin.Macam mana orang PAS nak sokong ??? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan.dengan DAP je.Tak kerjasama dengan parti Lenin,parti Stalin," kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia,Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.

Shamsul juga mencadangkan supaya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013.AMK jelas Shamsul turut mendesak agar semua parti komponen PR,baik PKR,DAP mahupun PAS,memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat."Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat," katanya angkuh sebaik sahaja merasakan dirinya sebagai ahli Parlimen mempunyai satu kekuatan. Dalam Pilihan Raya 2013,Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka,Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.

RENUNG-RENUNGKAN

TERKINI !!! PERBICARAAN AKHIR KES KHIR TOYO BERMULA !!!

Posted: 30 May 2013 06:48 AM PDT


Tiga orang hakim Mahkamah Rayuan akan masuk ke bilik perbicaraan bila-bila masa dari sekarang untuk memutuskan kes rayuan terhadap Dr Khir Toyo. 


Saat-saat yang sungguh mendebarkan sekarang ini. 

Bebas atau kekal bersalah ? 

Ya Allah Ya Tuhanku,bebaskanlah kenalan hamba ini... Amin....  RBF

HOT NEWS !!! JUSOF KALLA PERLU DEDAHKAN BUTIRAN PERJANJIAN ANTARA PM @NAJIBRAZAK DAN ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 29 May 2013 10:00 PM PDT


Bekas Naib Presiden Indonesia,Jusof Kalla ada sebab untuk merasa kecewa apabila rakan baiknya,Anwar Ibrahim gagal mematuhi perjanjian bertulis yang dibuat dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.Antara terma pernjanjian yang sudah diketahui ramai ialah perlunya kedua-dua pihak menerima dan menghormati keputusan PRU-13,yang mana ia dicadangkan sendiri oleh Ketua Umum PKR namun akhirnya Anwar sendiri yang memungkiri janji.Anwar seperti sengaja melupakan perjanjian yang dimeterainya dan cuba berdolak-dalih menyalahkan SPR yang didakwanya sebagai punca pakatan pembangkang yang diketuainya melakukan siri bantahan terhadap keputusan PRU-13.Walhal umum tahu,jika wujud penipuan seperti yang didakwa, tentu sahaja prestasi BN jauh lebih baik dari sekarang manakala PR di negeri Selangor,Kelantan dan Pulau Pinang akan memboikot acara angkat sumpah. 

Sebagai orang tengah yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian tersebut,tentulah Jusof berasa seperti dipermainkan apabila rakan baiknya sendiri bertindak demikian sedangkan Datuk Seri Najib sehingga kini mematuhinya.Inilah keperibadian sebenar Anwar yang terkenal dengan sikap hipokrit dan mungkir janjinya yang gagal difahami oleh bekas Naib Presiden Indonesia itu.Difahamkan,antara isi kandungan perjanjian itu turut melibatkan isu pencerobohan Lahad Datu,dendam politik dan persaraan Anwar seandainya pakatan pembangkang yang diketuainya kalah.Perkara ini memerlukan pengesahan rasmi dari Jusof Kalla.Anwar sudah mungkir janji maknanya tiada guna lagi untuk Jusof menyimpan rahsia yang berada dalam pengetahuannya.Berikutan itu,amatlah wajar sekali untuk Jusof tampil mendedahkan keseluruhan butiran kandungan perjanjian tersebut supaya rakyat lebih memahami dan dapat mengenali betapa munafiknya Anwar Bin Ibrahim.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! #BLACKOUT505 AKAN GHAIB BULAN DEPAN !!!

Posted: 29 May 2013 07:00 PM PDT


Kegagalan Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng dan Presiden PAS,Abdul Hadi Awang hadir ke perhimpunan Blackout 505 yang dianjurkan oleh PKR di Amcorp Mall,Petaling Jaya pada 25 Mei 2013 yang lepas menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam PR.Jarang benar para pemimpin utama DAP dan PKR memboikot sebarang perhimpunan bantahan yang dianjurkan apatah lagi hanya menghantar pemimpin bertaraf kelas kedua sahaja sekadar memenuhi undangan.Alasan kononnya pemimpin utama DAP dan PAS itu berada di luar negara untuk urusan lain agak pelik bunyinya seolah-olah mereka tidak mengetahui penganjuran himpunan tersebut dan langsung tak dijemput untuk menyampaikan ucapan.

Selain mereka berdua,Penasihat DAP Lim Kit Siang juga tidak hadir sementara jumlah kehadiran penyokong PR juga jauh berkurangan berbanding himpunan pertama Blackout 505 di Stadium MBSJ Kelana Jaya sebelum ini.Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang menyedari sudah wujud sosek-sosek kebimbangan dikalangan penyokong PR dilihat cuba meredakannya dengan menjanjikan lebih banyak perhimpunan sama akan diadakan di seluruh negara.Dilihat pada senario semasa ini jelas kelihatan penganjuran terbaru himpunan 505 lebih dimonopoli oleh pemimpin PKR dan NGO yang dekat dengan parti itu sahaja,seperti mengiakan DAP dan PAS cuba menjauhkan diri dari PKR.Jika keadaan ini berterusan tidak sukar menjangkakan kemungkinan momentum blackout 505 akan semakin merudum dan akhirnya menjelang penghujung bulan depan ianya akan padam dan ghaib dari pandangan.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! #PRU13 !!! GAGAL KUASAI BAHASA KEBANGSAAN PUNCA CINA SENANG KENA TIPU ???

Posted: 29 May 2013 04:00 PM PDT


Pilihanraya ke-13 telah berlalu selama lebih kurang 3 minggu dengan kemenangan majoriti mudah Barisan Nasional.Dengan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh jentera2 Barisan Nasional,kemenangan dengan majoriti mudah ini ternyata mengecewakan ramai pihak.Najib sebagai Perdana Menteri telah menunjukkan prestasi yang sangat baik, segala jenis transformasi yang menguntungkan rakyat diperkenalkan.Namun keputusan PRU-13 baru2 ini menunjukkan sebilangan rakyat masih tidak berpuas hati.Penulis sendiri berasa pelik semasa keputusan DUN dan Parlimen diumumkan terutama kawasan2 bandar dan majoriti pengundi kaum Cina,apa sebenarnya yang tidak kena ? Mungkin hal ini menyebabkan penulis Utusan menulis artikel kontroversi "Apa lagi yang Cina Mahu?" Jelas terpancar kekecewaan di wajah pemimpin2 Barisan Nasional dengan "penghargaan" yang diberikan oleh hampir 90% pengundi Cina setelah pelbagai bantuan dan sokongan diberikan oleh kerajaan BN kepada komuniti berkenaan.Mana tidaknya,ada diantaranya menunjukkan wajah yang begitu manis sekali apabila menerima bantuan tetapi "mempersendakan" bantuan yang diterima.Tak perlulah diulas dengan lebih mendalam,nanti dikata rasis pula, tetapi bagi mereka yang biasa berurusan dengan mereka tentu faham maksud penulis.Memang benar,mengundi adalah hak individu.Tak kiralah hatta mengundi calon yang mempunyai 'track record' yang buruk sekalipun. 

Itulah istimewanya demokrasi,Jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada kebijaksanaan rakyat menganalisa berita yang mereka terima samada benar atau fitnah.Malangnya keputusan PRU-13 menunjukkan golongan yang membentuk 'undi popular' gagal 'menapis' maklumat2 palsu yang dimomokkan kepada mereka.Dalam kes ini PR berjaya membentuk 'undi popular' disebabkan sokongan hampir 90% pengundi Cina.Gelombang sokongan pengundi Cina kepada PR adalah disebabkan tiada tangkisan fitnah2 yang dilemparkan terhadap BN.Kita harus akui hakikat bahawa jentera cyber pro BN gagal menembusi komuniti cyber kaum Cina disebabkan limitasi bahasa.Kita memang mempunyai ramai jentera cyber pro BN,tetapi majoriti daripadanya adalah kaum Melayu. Di pihak PR pula mereka mempunyai jentera cyber terdiri daripada kaum Melayu dan "Red Bean Army" dari kalangan kaum Cina.Keberkesanan jentera Cyber BN mempengaruhi kaum Melayu terbukti berkesan apabila kita berjaya menghentikan gelombang sokongan orang Melayu pada PR seperti yang mula dibentuk pada PRU-12 .Pada PRU-12 gelombang sokongan Melayu,Cina dan India terhadap PR bermula apabila media sosial dipergunakan sebaiknya oleh parti2 pembangkang. Pada PRU-13,kebangkitan gelombang itu terbukti berjaya dikekang namun hanya terhad kepada kaum Melayu dan India saja.Ternyata medium 'bahasa melayu' yang digunakan gagal 'sampai' kepada pengguna2 media sosial berbangsa Cina atau mereka mungkin gagal memahami maksud yang cuba disampaikan dalam bahasa melayu? 

Pernah satu ketika dahulu,seorang pengguna media sosial berbangsa Cina mendakwa Tun Mahathir telah mengaku menyalahgunakan kuasa beliau apabila menangkap Anwar dan sumbat ke dalam penjara berdasarkan 'caption' Youtube Tun yang berada dalam sidang media.Pengguna media sosial berbangsa Cina itu sebenarnya gagal memahami 'sindiran' Tun dan menerima bulat2 apa yang diperkatakan.Jadi tak mustahil ramai yang menghadapi 'masalah' ini gagal memahami penjelasan yang cuba dibuat dalam bahasa melayu.Penulis berpendapat,BN sebenarnya kekurangan jentera cyber berbangsa Cina atau sekurang-kurangnya mereka yang mahir berbahasa Cina untuk membetulkan persepsi masyarakat itu setelah termakan dengan pelbagai fitnah yang ditabur pembangkang.Bezanya dengan kaum Melayu dan India (yang lebih minat mempelajari bahasa melayu) , segala tohmahan yang dilemparkan ditangkis dengan segera.Namun bagi komuniti Cina pula setiap tohmahan gagal ditangkis disebabkan masalah pemahaman bahasa.Penulis pohon maaf,tetapi sebenarnya ia adalah hakikat tak ramai orang cina yang boleh berbahasa melayu dengan baik dan mampu 'blend' dengan kaum2 lain di negara ini.Jadi kesempatan ini digunakan oleh mereka yang berkepentingan politik untuk menghasut dan membuat fitnah. Kita mungkin terlepas pandang perkara ini pada PRU-13,jadi untuk persediaan PRU-13,sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah persepsi buruk masyarakat Cina terhadap BN. Parti komponen BN,MCA atau Gerakan mungkin perlu merencanakan sesuatu dalam membendung fitnah2 di media sosial. Mungkin perlu dibentuk organisasi seperti Unit Media Baru MCA atau Gerakan ? Atau mungkin juga bekerjasama dengan NGO seperti Nadi Rakyat ? Sebagai sebuah negara majmuk kita tidak boleh menidakkan fakta bahawa kita memang memerlukan antara satu sama lain. - Bidaman 

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...