tun faisal dot com

tun faisal dot com


Senarai Penuh Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri 2013 - 2018

Posted: 15 May 2013 04:41 PM PDT



Kabinet berimbang Najib Razak

PENUH KABINET 2013-2018Apa yang ditunggu-tunggu selama ini sudah diumumkan.Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai 24 kementerian, 30 Menteri dan 27 Timbalan Menteri.

Dua tokoh Muda UMNO Khairy Jamaluddin dilantik Menteri Belia dan Sukan manakala Datuk Rahman Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Datuk Seri Hishamuddin Hussein tukar ke Kementerian Pertahanan manakala Datuk Seri Zahid Hamidi ke Kementerian Dalam Negeri.

Datuk Shafie Apdal kekal sebagai Menteri Kemajuan Wilayah dan Pembangunan Luar Bandar.

CEO May Bank Datuk Seri Wahid Omar jadi salah seorang dari lapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.Juga bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut serta dalam kabinet sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ialah Presiden Transparency International (Malaysia), Datuk Paul Low yang giat menjalankan kempen anti-rasuah.

Sejumlah 12 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dilantik Menteri kali ini. Ia adalah jumlah terbanyak dalam sejarah.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar diselaraskan menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan, manakala portfolio kesejahteraan bandar di bawah kementerian itu digabungkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diselaraskan menjadi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, manakala elemen kebudayaan dicantumkan dengan Kementerian Pelancongan.

Najib kekal sebagai Menteri Kewangan manakala Datuk Seri Husni Hanadzlah kekal Menteri Kewangan II.Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan.

Setiausaha Agung UMNO/BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kembali jadi Menteri Wilayah Persekutuan,jawatan yang pernah disandangnya satu ketika dulu.

Orang kuat Hindraf P Waryamoorthy dilantik Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Noh Omar dan Datuk Shaziman Mansor digugurkan. Menteri Pertanian ialah Datuk Ismail Sabri manakala Datuk Fadilah Yusof (Sarawak) jadi Menteri Kerjaraya.

Datuk Ahmad Shabery Cheek jadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Datuk Rohani Karim dari Sarawak jadi Menteri Wanita Keluyarga dan Pembangunan Masyarakat.

Datuk Seri Nazri Aziz akhirnya keluar dari portfolio yang lama dijaganya yakni Parlimen dan kini jadi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Senarai Kabinet baru bagi penggal 2013-2018:

PERDANA MENTERI:
DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:
MENTERI:
(1) DATUK SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) DATUK SERI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
(3) SENATOR DATUK SERI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) TAN SRI JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) DATUK SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)
TIMBALAN MENTERI:
(1) DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(2) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: DATUK SERI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: DATUK SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: DATUK SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(3) TIMBALAN MENTERI I: DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : DATUK FADILLLAH YUSOF (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : DATUK SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ANIFAH BIN AMAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : DATUK HASAN BIN MALEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : DATUK SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : DATUK SERI SHAFIE BIN APDAL (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : DATUK ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI SUBRAMANIAM (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI HILMI BIN YAHAYA (UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : DATUK SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK SERI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : DATUK SERI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : DATUK SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
(1) MENTERI : DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
TIMBALAN MENTERI:
(2) TIMBALAN MENTERI : DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)



http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/khairy-jamaludin-dan-rahman-dahlan-dalam-kabinet-najib-tiada-wakil-mca.html

Senarai Menteri Kabinet 2013-2018 , Tahniah @NajibRazak

Posted: 15 May 2013 03:33 AM PDT

Perdana Menteri Umum Senarai Menteri Kabinet Baharu Penggal 2013-2018

PUTRAJAYA, 15 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi 
mengumukan senarai kabinet beliau selepas Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya 
umum ke 13 pada 5 Mei lalu.
Berikut adalah senarai menteri bagi Kabinet baharu penggal 2013-2018 yang diumumkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak:

Perdana Menteri : DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK
Timb. Perdana Menteri : TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:
DATO JAMIL KHIR
DATUK SERI ABDUL WAHID OMAR
DATUK SERI IDRIS JALA
TAN SRI JUSUF KURUP
DATUK SERI SHAHIDAN KASIM
NANCY SUKRI
JOSEPH ENTULU
PAUL SENG KUA

Menteri Pertahanan : DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN

Menteri Kewangan II :
DATUK SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH
DATUK AHMAD MASLAN

Menteri Pelajaran & Pengajian Tinggi (Digabung) :
TAN SRI MUHYIDIN YASIN
DATUK SERI IDRIS JUSUH ke II

Menteri Dalam Negeri : DATUK SERI AHMAD ZAHID AHMAD HAMIDI
Menteri Pengangkutan: DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN (pemangku)
Menteri Pelancongan : DATUK SERI MOHAMED NAZRI AZIZ
Menteri Luar : DATUK SERI ANIFAH AMAN
Menteri Kerja Raya : DATUK FADILAH YUSUF
Menteri Kesihatan : DATUK DR S.SUBRAMANIAM
Menteri Belia Dan Sukan : KHAIRY JAMALUDDIN
Menteri Sumber Manusia : RICHARD RIOT
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna : HASSAN MALIK
Menteri Perdagangan Dan Industri : DATUK MUSTAPA MOHD
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani : DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKUB
Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi : IVON IBIN
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar : G. PALANIVEL
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air : MAXIMUS ONGKILI
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah : SHAFIE AFDAL
Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi : DOUGLAS UNGGAH
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan :
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga : ROHANI AB KARIM
Menteri Komunikasi Multimedia : AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Wilayah Persekutuan : TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Menteri Kesejahteraan Bandar : AB RAHMAN DAHLAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...